seorang adik lelaki

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


sepanjang hayat penulis, penulis cuma diberikan soerang adik lelaki.Adik lelaki inilah yang menjadi teman di kala suka di kala duka.Kata orang adik lelaki dan abang lelaki memang rapat tetapi abang yang tengah sentiasa menjadi pendamai abang yang sulung dan adik yang bongsu.Penulis yang abang tengah ini begitukah?

alhamdulillah , biarpun tidak dapat bercakap telefon kerana kehabisan kredit voip , sekurang-kurangnya tepat jam 6 petang mesir bersamaan 12 tgh malam Malaysia tanggal 9 oktober penulis dapat menghantar sms selamat hari lahir kepada adindaku tercinta yang mungkin sekarang sedang bergelut dengan persiapan menghadapai peperiksaan SPM.Bukan senang untuk menghantar sms on time.Apatah lagi sendirian di mesir ini.

Mengenangkan adik TB di rumah teringatkan tanggungjawab terhadap adik-adik tahun 1 yang semakin bertambah-tambah di mesir mahupun di universiti Azhar sendiri.Kelas tahun 1 memang lagi penuh dan mantap berbanding kelas penulsi sendiri.Seaktu penulis baru sampai ke kuliah mereka sudah siap dengan nota dan buku rujukan di atas meja.Teringatkan sifat adik TB yang sentiasa on time dalam program-program berunsurkan tarbiyah , jauh sekali daripada sifat penulis yang selalu malas dan lambat ... ^_^


penulis dan TB pada asalnya bukanlah rapat sangat (haha) namun disebabkan didikan dan asuhan abi dan ummi kami kekal rapat insyaAllah hingga bertemu di dalam syurga.Punya seorang adik yang dahulunya sentiasa dapat dan lebih daripada penulis terutamanya dalam meminta barang , kalau dahulu memang sakkit hati dan selalu akan cakap macam ini " kalau tb tu selalu je ummi ngan abi bagi"  sehinggakan terbawa-bawa dalam tabiat kalau hendakkan sesuatu tidak bagitahu abi dan ummi dan pendam dalam hati sahaja.

kerana itulah penulis sentiasa hormat kepada TB , selaku abang kepada seorang adik , siapalah penulis untuk menidakkan kewujudannya di muka bumi ini, malahan TBlah yang banyak mengajara penulis itu dan ini. kalau di rumah Tb selalu mengingatkan penulis agara tidak lalai kerana dia sentiasa membaca buku-buku fikrah dan lidahnya sentiasa basah dengan peringatan dan zikrullah sedangkan penulis penuh gelak tawa dan senda... (haha).

dahaulu penulis sudah terlupa apa hadiah yang penulis janjikan kepadanya tapi penulis tidak kisah apatah lagi kalau TB yang tidak kisah kerana hanya doa dan nasihat sahaja sudah merupakah hadiah yang cukup besar maknanya kepada TB dan dengan itu penulis sangat bersyukur di kurniakan seorang adik lelaki yang bernama Solehuddeen Shaatibi bin Zahari ini.Sudah namanya soleh maka memang solehlah orang nya. Teringat 1 YM yang pernah TB sembang

soleh TB : salam
anonymous man : salam
anonymous man : nama sapa
soleh TB : Solehudden Shaatibi bin Zahari
anonymous man : mesti soleh budak ni

ya Allah kau berikanlah kejayaan dan kemudahan kepada Shaatibi .Sesungguhnya aku amat bersyukur di kurniakan sorang adik sepertinya.Kau makbulkanlah doanya untuk berjaya dan memijakkan kaki ke tanah abiyak ini.Kau permudahkanlah urusan kehidupannya yang penuh liku dan ranjau.Kau jadikanlah dia seorang daie yang boleh memimpin panji-panji syuhada' di masa hadapan.kau berkatilah kehidupannya.Ya Allah jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hamabmu yang beriman dan bersyukur.

sanah helwa tb ku sayang
semoag panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah


NB
-looking forward to call malaysia  since kak da had spoken that already
-praying for my scholarship matter
-ya Allah tahun 2 semakin susah , bantulah aku hambamu ini!

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger