eiduladha ~ 3

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

pertamanya , ingin sekali penulis memohon maaf kerana terlambat sekali menulis mengenai eiduladha ke tiga di mesir ini meskipun untuk kali yang kedua kerana terlampau banyak perkara yang penting dan perlu diselesaikan dengan segera menjelang pada hari yang keempat dan seterusnya.Apatah lagi sekarang sudah kembali mula kuliah dan nota-nota dan ulangkaji kemabli menimbun seperti sedia kala.

untuk eiduladha ke tiga ini tiada apa-apa yang terlalu istimewa.Pada pagi itu penulis telah memilih untuk berada di rumah sambil menulis dan mencoret sedikit sebanyak ke atas kertas-kertas putih yang bersusun di dalam almari itu.pagi itu sungguh damai sekali.mencongak juga dalam kepala ini mahu buat apa untuk petang dan tengahari itu.memandangkan penulis bertugas masak untuk petang itu maka terpaksalah me'reserve'kan waktu petang untuk tugasan itu.

Secara tiba-tiba dalam rumah kecil ini ada beberapa manusia yang merancang untuk memasak rendang dan sebagainya.Pada mulanya ia sekadar cakap-cakap biasa sahaja namun apabila tengahri mula menjelma , masing-masing sudah mula serius .penulis sudah pening . "Masak ni untuk tengahri ke untuk petang ke untuk malam? " tanya penulis melihat rendang daging itu sudah hampir masak di atas dapur. "untuk petang kot.Sebab nak makan sekali dengan kuah lodeh. " kata tukang masak..

usai solat zohor , penulis mengajak ahli bait ke rumah negeri Sembilan mahupun rumah Pahang kerana di sana ada rumah terbuka sempena aidiladha ini.Antara hobi tetap penulis di sini , pergi ke jamuan terbuka rumah negeri mana-mana sahaja.Meskipun bukan asal negeri tu , alasannya 'ana datang nak ziarah dll'.Akhirnya bertemankan Farhan dan Ilyas , kami bergerak ke rumah Negeri Sembilan yang terletak tidak kawasan hayyu sabi'.meskipun datang terlebih awal dan di'sound' sekali oleh ustaz di sana , kami berpuas hati dengan masakan dan lauk-pauknya yang sangat sedap .

dalam perjalanan pulang , singgah membeli kacang serta memproses nya untuk dijadikan kuah kacang setelah sayur lodeh tak dapat diadakan kerana kedai sayur semuanya tutup meraikan cuti.Sambil-sambil mem'baiki' laptop yang seringkali stuck dan hang secara tiba-tiba , kami memutuskan untuk menjemput along makan bersama kami.Janjinya lepas asar.jadi kami pun mula menyiapkan apa yang patut terutamanya perut yang mula berkeroncong in terutamanya mereka-mereka yang tidak pergi ke rumah negeri sembilan tadi.

tunggu punya tunggu along tak juga datang menyebabkan kami serba salah .Tak makan dah lapar, kalau makan apa kata along nanti...hadeihh ... akhirnya yang lapar-lapar tu semuanya sepakat untuk ambil sedikit sahaja lauk itu dan mengalas perut dengan makanan sarapan yang masih ada.Dalam hati selamat kerja penulis masak malam ni diambil orang ...hihi.Rupa-rupanya Along ada meeting lepas asr dan berjanji untuk datang selepas maghrib ... 'along nih, raya-raya pun meeting jugak .. :P'

selepas maghrib berlalu , akhirnya penulis mendapat keizinan frhan untuk makan terlebih dahulu kerana terpaksa bergegas pergi ke rumah terengganu kerana ada rumah terbuka.Ahli bait yang lain berjanji untuk datang dan penulis akan menyambut mereka di sana.Menuju ke rumah terengganu melalui jalan lain.Menyusur jalan daari Toob El-ramly keseorangan .dahlaa sejuk , sorang pulak tu.Alhamdulillah jalannya lebih aman dan kalau kena apa-apa jerit je mseti orang dengar sebab berdekatan dengan kawasan perumahan.hihi

program di rumah terengganu sangat seronok.Meskipun tidak kenala ramai orang lagi di sana tetapi itu adalah wasilah untuk menambahkan kenalan dan memsrakan hubungan.Makan tidak banyak kerana siangnya sudah bantai banyak sekali lauk-pauk sama ada di rumah negeri sembilan mahupun di rumah sendiri ...hihi.Tidak pulang pada malam itu dan bermalam di rumah Azmi di rumah pahang....berpindah-randah sekali perantau ni ya.....

wallahua'lam
sebagaimana yang dijanjikan , tiada gambar kerana beberapa masalah yang last minute timbul

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah

jom emel saya !

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers