eiduladha ~ 2

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah , kini sudah masuk hari raya ke dua.Jika dimalaysia bersamaan dengan hari raya pertama.hihi , kami awal sehari pula berbanding di sana, kebiasaannya kami terlewat sedikit daripada mereka di malaysia. Catatan eiduladha 2 ini boleh dikategorikan kepada 4 bahagian. bahagian Pagi , tengahhari, petang dan malam keran kesemuanya mengambil latar tampat dan peristiwa yang berbeza.

pagi

seawal jam 7.30 pagi penulis sudah mula bergerak bersama-sama dnegan jubah raya berwarna hitamnya menuju ke Arabiyata untuk ke Arma bagi meraikan jamuan perdana Aidiladha anjuran PERUBATAN yang ingatnya bermula jam 8 pagi.Ditemani tetamu daripada Alex,Fakhrul yang merupakan schoolmate ahli beit , bersamanya berjalan ke sana kerana tidak dapat melayaninya sepanjang kunjungannya ke rumah penulis pada malam raya dan first raya.

setibanya penulis di Arabiyata , penulis menemui beberapa adik-adik first year yang tibe lebih awal namun bas yang dijangka masih belum kelihatan.Bila ajk yang bertugas dihubungi , dikatakan bas sudah ada , barulah penulis perasan yang bas tersebut berada agak jauh daripada depan arabiyata tersebut.meskipun dimarahi kerana terlewat oleh 'ammu bas tersebut namun masih menunggu juga beberapa pelajar yang sangat lewat dan lewat jam 9 bagi , akhirnya barulah bas bergerak.

perjalanan private ke arma memang tidak lama apatah lagi pemandu bas tersebut mengambil jalan yang paling tidak sesak dan jam 9.20 pagi pun ka,mi selamat tiba di arma dan terus sahaja bergegas masuk.Alhamdulillah majlis belum bermula dan akan bermula tidak lama lagi. Bersyukur dapat berjumpa dengan beberapa pelajar universiti kaherah yang sangat susah untuk bertemu meskipun tak semuanya berkeinginan untuk bertemu penulis ... :((

acara dewan agak meriah meskipun hati penulis ketika itu sedikit galau ... hihi .... alhamdulillah video aidiladha memang mencuit hati dan kelakar serta penuh pengertian .Persembahan-persembahannya juga agak happening bairpun dari segi intipatinya agak biasa dan kosong .Yang paling dinanti adalah waktu makannya , terpaksa membairkan kesesakan manusia mereda dahulu dengan menunaikan solat zohor dan shopping secara berat di booth bikon perubatan .....

makan alar kadar sahaja bukan keran tidak sedap tetapi ingin memenuhi beberapa jemputan di beberapa bakan, alhamdulillah dapat bertemu lebih ramai teman-teman sekuliah yang lebih aim untuk datang pada waktu makan sahaja. Selebihhnya lebih banyak duduk-duduk memerhatikan manusia-manusia di sekeliling dan memuhasabah diri sambil terkenangkan ahli beit di rumah yang ditinggalkan..... bila ramai bertanya 'nak balik dah ke?' ... 'tak lagi , kena stay lama sikit , ada kerja sikit ' 'huishh ..orang sibuklah katakan ' 'haha...itu satu kenyataan yang tidak betul!!!' dan kami akan tertawa bersama-sama.

jam 2 petang penulis mula bergerak sewaktu bersalaman dengan teman seangkatan dari universiti kaherah merangkap setiausaha perogram tersebut , Ahmad naufal bin Basri  "nak balik dah ke? Bila lagi boleh jumpa ek kita ye..setahun dua kali je ke?" saya lah pulak dengan ucapan tersebut " insyaAllah ada masa , ada program nanti kita jumpa ye. nak datang rumah , jauh . pulak-pulak kami azhar cuti sehari je .. T_T" sayonara perubatan dan arma dan kengkawan ....

tengahri

bolehkah pukul 2 petang dianggap sebagai tengahari?

lama sekali menunggu bas di perkarangan menunggu bas di hadapan ma'ahad bu'uth.Akhirnya dapat juga bas ke hayyu sabie'.Azan zohor sudah berkumandang.Sambil tersengguk-sengguk di dalam bas , akhirnya selamat tibba di sabie'... 'villa ma'ak lau samah' ucap penulis setibanya di hadapan masjid musa. berjalan kaki menuju ke rumah kelantan.Meskipun rasa agak bersalah kerana tidak singgah di bersolat di masjid musa tetapi keperluan untuk menggunakan tandas menjadi prioriti.

ingatkan tiba di rumah kelantan dapatlah penulis menggunakan tandas namun akhirnya melihat kepada kelewatan dan ketiadaan banyak perkara , terpaksalah penulis terus makan dan dengan cepat sekali dan membeli beberapa buah buku antologi puisi keluaran pmram yang setakat ini dijumpai di sana sahaja memandnagkan penulis masih belum sempat berkunjung ke pejabat pmram. Akhirnya dengan langkah yang sangat pantas penulis meninggalkan rumah kelantan setelah mengucapkan terima kasih kepada ust2 di sana.

petang

tremco ketika itu susah pulak untuk diperolehi.terpaksa menguatkan pelvic nerve dan membaca buku yang dibeli untuk mengurangkan perasaan tersebut.Akhirnya doa dikabulkan berhampiran gami' penulis diturunkan. berjalnlah penulis keseorangan menuju ke kompleks untuk ke rumah terengganu. Seperti yang dijangka penulis sudah terlepas acara korban memandnagkan baru pagi tadi menerima ym 'acara korban bermula jam 6.30 pagi' ... datang dengan niat untuk berziarah semata-mata.

usai menggunakan tandas dan bersolat , akhirnya penulis naik ke bilik ihsan di tingkat atas. Maalish mengganggu Ihsan yang ketika itu baru hendak mula membasuh baju. berbual-bual bersama ihsan kerana sewaktu penulis pulang daripada rumah Ustaz mu'ab tempohari ihsan sudah pun tidur.Macam-macam yang diceritakan dan penulis lebih banyak ketawa dan ketawa sahaja  :D

tidak begitu lama di sana memandangkan tiad apa-apa acara yang berlangsung penulis terus sahaja beredar, setibanya di bawah , bertemu ust kamal , dipelawa pula untuk menyertai jamuan sup tulang malam itu. "maalish ustaz , ingatke sup tu masak untuk malam esok ...ana tak datang datanglah , ada urusan sikit di rumah ...." selesai bermaafan dengan ustaz kamal tersebut akhirnya penulis pulang ke hayyu safarat menaiki bas dari toob el-ramliy .. perjalanan kali pertama dari sana ... lebih dekat dan menenangkan fikiran .

malam

malam di rumah sahaja dan lebih menggemparkan penulis .. hihi

makan malam sambil emnonton sedikit movie tetapi disebabkan kompueter yang makin kerap stuck tiba-tiba itu , penulis membatalkan niat dan membuka buku yang dibeli .usai satu cerpen mata dah mengantuk.tidur sebentar hingga ke isyak .... solat isyak di rumah sahaja memandangkan teman serumah lupa untuk kejut dan usai solat isyak penulis bergegas bersiap dan akhirnya penulis memutuskan untuk tidur .., bdan perlukan rehat dan penulis rasakan penulis sudah terlebih exert badan ini untuk dua hari 'not at home' days

hinggalah ke pagi ini , jam 3 pagi barulah penulis terjaga .....panjang sekali tidurnya ..sambung lagi hingga alarm kedengaran barulah penulis bangun .. alhamdulillah ..another day to struggle for

diari eiduladha 3 akan menemui anda insyaAllah
wallahua'lam

NB
-maaf post ini tiada gambar
-post seterusnya juga tiada gambar juga

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah

jom emel saya !

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers