Denyut Kasih Medik

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah , sekali lagi Allah izinkan penulis menamatkan  sebuah novel yang sedang hangat disebut-sebut orang dewasa ini

Denyut Kasih Medik



Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.


buku ini sudah agak lama berada di pasaran bahkan semasa penulis msih berada di tahun 1 lagi ia sudah pun terbit.Disebabkan tidak suka membli dan lebih suka meminjam , agak sukar untuk memperolehinya daripada kawan-kawan ,apatah lagi yang memilikinya lantas membawanya terbang bersama-sama ke bumi Mesir.Berjaya mendapatkannya beberapa bulan yang lalu namun berjaya membaca dan menghabiskannya beberapa hari yang lalu.Ketika masih berada dalam pergolakan bumi anbiyak itu.


alhamdulillah , seorang Doktor yang telah berjaya mencetuskan norma keinsafan dan kesedaran terhadap kemurnian dan tanggungjawab da'iah kepada Islam dalam profesion kedoktoran.Jika sebelum ini sekadar melaungkan ingin menjadi doktor muslim , kini Novel tersebut membawa penulis dan kita semua ke arah medan praktikal meskipun dalam rencana teori sahaja. Cukup mantap meski hanya sedikit sahaja ruang lingkup kerjaya doktor dimuatkan dalam novel tersebut.


Jika isteri beliau merupakan seorang novelis Islami yang sungguh mendapat tempat di media massa hari ini , maka beliau juga turut mempunyai peluang yang sama.Material yang cuba dibawa dan penulisan buku ini sungguh menampakkan kepada kita pahit maung seorang HO (bakal melalui kehidupan ini beberapa tahun lagi insyaALlah ) dalam emnghadapi kerenah sistem hospital , pesakit dan suasana di tempat kerja.


Tidak dinafikan , sebagai soerang yang makan gaji dengan pihak kerajaan apatah lagi terikat dengan pelbagai tugasan , tanggungjawab serta arahan ketua,.Keakuran dan ketaatan yang tidak membuta tuli bahkan berlandaskan prinsip yang menurut acuan islam adalah amat perlu.Ditambah pula dengan keperluan doktor yang semakin hari semakin meningkat setiap hari menjadikan ia buakan sekadar profesion 'gaji tinggi' atau 'hidup mewah' semata-mata.Sebagaimana yang diceritakan , seorang doktor berpangkat HO sangat dahsyah dan getir perjuangannya.


alhamdulillah , buat mereka-mereka yang tidak gemarkan buku-buku falsafah atau tazkirah secara direct dan lebih gemarkan novel yang diselitkan sekali info-info fiqh kehidupan ini , buku ini sangat membantu dan menyelesaikan masalah di atas.Setiap kali timbul satu masalah yang sering kali dianggap remeh lantas dibiarkan oleh pesakit mahupun doktor sendiri, disediakan hukum-hakam pelabagi serta sumbernya sekali buat rujukan pembaca dan pelatih-pelatih lain khususnya.Tidaklah hanya membabi buta mengikut telunjuk pakar mahupun senior dalam menghadapi berbagai-bagai senario di dalam wad kelak.

on a nutshell , baca sendiri buku ini  insyaAllah anda akan mengetahui tarikannya sendiri.
Tahniah buat Pengarang serta sesiapa sahaja yang membaca dan memanfaatkan setiap huruf yang tertera didalamnya.
wallhua'lam



NB
-looking forward to read more and more
-15 Feb dateline GKLN ... cepat!!!!
-27 Feb kuliah start? to egypt so soon?
-planning to visit island around trg .... insyaAllah

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger