winterbreak 11~trip evakuasi

bismillahirahmanirrahim
assalamulaikum w.b.t.


langit Malaysia sungguh mendamaikan.begitulah adat orang merantau,Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri , baik lagi negeri sendiri.Alhamdulillah , di kesempatan yang Allah kurniakan tak putus-putus kepada penulis dan juga kepada semua anak rantau mesir yang pulang ke tanah air berikutan konflik keamanan yang tercetus di bumi perantau , perlembahan Nil al-kinanah

sungguh , seharusnya tidak putus-putus penulis harus lontarkan rasa syukur kerana terpilih antara jutaan manusia di bumi ini untuk merasai pengalaman yanng sungguh tidak dapat dilupakan.

pengalaman 1:berada di bumi rusuhan




masih ingat pada entry yang lalu di mana penulis ada menyebut bahawa kehidupan penulis di mesir seaktu rusuhan ini adalah aman damai dan tenteram sahaja.Begitulah jika mulut ingin memberikan ketenangan kepada orang yang jauh.meskipun tidak dirasakan sangat bahayanya di kawasan hayyu sabi' dan hayyu asyir , harus juga diingat bawaha kehidupan penulis bukan hanya tertakluk di kedua tempat itu sahaja bahkan tahrir  dan Ramsis yang berlakunya rusuhan itupun acap kali menjadi tempat tujuan penulis

inilah pengalaman pertama penulis menghadapi situasi rusuhan yang dahsyat.Bayangkan ini merupakan rusuhan pertama dalam masa 30 tahun ini.Meskipun penulis sebenarnya lebih banyak mengikuti perkembangan daripada kaca TV dirumah (di mesir ) namun bahangnya tetap di rasa.Kadang-kala rasa takut nak keluar sorang-sorang meski[pun di siang hari.kalau malam memang keluar untuk ke masjid sahajalah.Alhamdulillah , masjid betul-betul didepan rumah.Kalau nak ke airport ataupun ke hayyu asyir sekalipun kerap kali ditahan tentera untuk pemeriksaan pasport.Memang harulah kalau tak bawa...

pengalaman 2:terkandas di airport dengan sangat lama


ini merupakan pengalaman yang benar-benar mendidik kesabaran.Apatah lagi banyak sangat insiden menyakitkan hati berlaku sebelum berlepas ke airport cairo.Di sana kami diuji pula dengan terpaksa menunggu dengan sangat lama.Terik panas di tengahari winter pula agak mencucuk-cucuk kulit yang kering ini.gatal bermaharajalela di sana-sini.Di mana-mana adalah tenpat duduk , tak kira tepi jalan , atas lantai , bawah khemah , mana-mana sahaja .... asalkan boleh dibuat tenmpat berehat sambil menunggu.


bayangkan sampai airport pukul 10 pagi.Dapat boarding pass pukul 6 petang , berlepas dari cairo ke jeddah pukul 9 malam.Itu memang satu pemngalaman yang memang berharga.Teringat zaman-zaman beratur untuk ambil cop visa di safarah dan peristiwa membayar yuran , memang hidup di mesir mnguji kesabaran.Alhamdulillah  segalanya Allah permudahkan , meskipun terpisah daripada kawan-kawan , terpaksa membawa diri di celah kalangan ustaz-ustaz yang tidak dikenali itu.Mulalah status 'mute' berfungsi seperti biasa.

itu tidak kira di airport Jeddah lagi.penulis sampai kira-kira bebrapa minit sebelum jam 12 tengah malam.Membolehkan kami untuk menjadi manusia-manusia yang tiba 4 Feb.Daripada 12 tengah malam itu , penulis terpaksalah menunggu di situ sehingga jam 9 pagi barulah dibenarkan keluar dari airport menuju ke madinatul hujaj.Di airport itu , laparnya Allah sahaja yang tahu.Makanan dalam CHARLIE (pesawat tudm) berapa kerat saje.Alhamdulillah ada lagi bekalan ayam goreng yang dibawa daripada rumah.Bolehlah juga suap pada teman-teman yang turut senasib dengan penulis.


pengalaman 3:menjadi penumpang pesawat TUDM (seronok atau tak)


inilah mahalnya perjalanan ini.Pada mulanya agak excited sebab dapat naik pesawat tentera ini.Pada mulanya ingat , oklah kan untuk kami mungkin kurang sikitlah dari keselesaan dan makanan namun yang lebih buruk pula berlaku. Bayangkan pesawat TUDM yang kecil itu , biasanya memuatkan hanya 20 orang tentera (mengikut perkiraan penulislah) disumbat kedalam itu hingga 200 pelajar.Ya Allah , Dia sahaja yang tahu betapa sesakntya nafas kaki , betapa 'cramp'nya kaki kami dan betapa sakitnya tubuh badan kami.terpaksa bersila dan 'motion'less untuk lebih 3 jam tanpa henti.

alhamdulillah Allah bagi pelpebral muscle ini sudah berat dan parasympathetic action pun mula mengambil alih.Tidak lama selepas pesawat bergerak penulis terus terlelap hinggalah bila sudah mendarat.Makananya jauh lebih 'tasteless' daripada makanan dalam lain-lain pesawat.namun itu yang ada , itu juga yang sedap bila perut sudah lapar.Alhamdulillah penulis mampu untuk berjalan seperti biasa dan tidak perlu dibantu kerana ada beberapa pelajar yang tidak mampu berjalan baik dan terpaksa ditolong untuk berjalan ...

bila ditanya , best tak naik charlie ..... 'alhamdulillah itu merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan " - dalam hati .... ah , itulah first and last .... hihi

pengalaman 4:Madinatul Hujjaj , Jedah , Arab saudi




menurut perancangan, insyaAllah saifi nanti penulis berhajat untuk melaksanakan ibadah umrah. Namun Allah izin penulis ke Arab Saudi beberapa bulan lebih awal.Semua pelajar yang dievakuasi daripada mesir akan dihantar beberapa ketika di Arab Saudi .Alhamdulillah kerjasama dan belas Ihsan daripada pemimpin di sana King Abdullah al-Aziz , baginda telah membenarkan kami semua untuk menginap paling lama selama seminggu di Arab Saudi.Di Madinatul Hujjaj la kami ditempatkan.

Katanya , di sinilah para jemaah haji akan menginap sebelum dihantar pulang ke Malaysia tatkala usai menunaikan rukun islam yang kelima itu.Banyak sekali buku-buku tentang haji bersusunan di atas rak di dalam surau.Segala kemudahan , alhamdulillah cukup selesa  meskipun rasa macam duduk dalam asrama pula seketika.

pengalaman 5:bertemu si dia , dia dan banyak lagi dia


cuba bayangkan satu kawasan yang sangat kecil , dilambakkan seramai beribu-ribu pelajar Malaysia di situ.Alamatlah macam banjir manusia pula di situ.Bersepahan orang di sana sini.Setiap masa , ada sahaja orang berjalan di tengah laman, ada sahaja yang sedang membeli dan ada sahaja yang berada di surau.Pendek kata , manusia ada di mana-mana, kalau nak cari adik , atau kakak , mesti kena buat annpncement .bahkan , kawan nak cari kawan pula buat pengumuman sekali

"perhatian kepada si polan bin si pulan , sila turun ke tempat menunggu kerana ada kawan lama anda ingin berjumpa " macam kelakar pun ada


namun yang paling penulis bersyukur sekali adalah di sanalah penulis bertemu dengan semua teman-teman lama penulis yang tidak sempat ditemnui ketika berada di mesir mahupun yang sudah lama tidak ditemui.Alhamdulillah , yang sekali datang berjumpa , bila dekat masing-masing buat hal sendiri.Itulah hikmahnya Allah temukan kami semua.Yang jauh kita rapatkan , yang dekat kita eratkan.Alhamdulillah.

pengalaman 6: pulang lagi ke malaysia




kini , lagi sekali penulis kembali ke kampung halaman malaysia yang akan terus dirindui dan terengganu yang akan terus disayangi.Kembali membelah awan dan segenap benua di dalam kapal terbang.Menaiki Saudi Airlines , rasa seronok pula dapat naik ramai-ramai.Cuma yang tak gembiranya adalah , penulis tidak sempat membeli apa-apa kepada ahli keluarga.Ketika shopping di Lu'lu Center tatkala habis exam tempohari , ada juga merancang untuk borong itu dan ini , namun tak boleh pula

sekadar membeli beberapa kotak coklat dan kurma buat santapan keluarga di rumah.Masing-masing kebanyakkan memang 'hantu coklat'.So , belilah sikit beberapa coklat yang hanya boleh didapati di tanah sana .... cari yang exotic and delicious-looking sikit untuk dibawa pulang serta sekotak kurma yang agak mahal itu (kerana dijual dalam harga saudi riyal , so , currency lebih tinggi dan mencekik .... hihi

alhamdulillah , masih belum tahu berapa lama akan menetap di tanah kelahiran ini.InsyaAllah akan pulang seberapa segera memandangkan tiada perkhabaran bahawa cuti akan diteruskan dan kuliah bermula seperti biasa.Maka , tiada sebab mahu berlama-lama di tempat rehat sedangkan perjuangan masih rancak diteruskan.InsyaAllah , kini berita Hosni Mubarak sudah melepaskan jawatan sudah tersebar dan menunggu masa untuk bahang demonstrasi ini reda , insyaAllah , sayonara sekali lagi buat Malaysia ....



wallahu'alam

NB
-planning for these enexpected vacation , any suggestion?
-attachment?
-whoah .... looking forward to read and write n meet lots of people

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger