winterbreak 11~ egyptian riot

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

sepatutnya , winterbreak ini merupakan entry untuk menceritakan pengalamn cuti penulis seperti yang dirancang sebelum ini.Jika diliat kembali dalam planner penulis yang kecil dan comel tuh , sudah penuh dua minggu berisi dengan segala macam aktivit.Ditambah pula dengan jadual mengulangkaji pelajarn yang sudah siap disusun menunggu masa untuk dilaksanakan serta barisan buku-buku yang perlu dihabiskan dalam masa cuti winter ini , ....akhirnya , semuanya tidak dapat diadakan kerana ... RUSUHAN


semuanya adalah kerana Allah mengizinkannya berlaku.Jika kita bernafas pun Allah tak izin kita menyedut oksigen , sudah pasti segala macam sel yang ada di dalam badan kita ini akan terkena carbon dioxide poisoning ... hihi .Tak mengapa , cumanyanak tekankan , sejauh mana pun kita merancang.Sebulan sebelum winterbreak merancang,kalau Allah tak izin untuk laksanakannya , maka siapakah kita untuk menidakkan dan mempersoalkan segala-galanya.Redha dan bersyukurlah atas segala nikmat dan kurniaannya.

keadaan di mesir


sejujurnya penulis tidak mampu untuk menggambarkan suasana sebenar di mesir secara keseluruhan kerana penulis menetap di kawasan yang sangat jauh daripada kawasan rusuhan iaitu di kawasan hayyu Sabi.Ia juga berdekatan dengan hayyu Asyir, Rab'ah dan madinat nasr.Lebih-lebih lagi penulis tinggal di kaherah dan tidak begitu tahu perkembangan di muhafazah lain seperti Iskandariah , mansurah dll.

kaherah- pusat demonstrasi
.Tahrir Square - 20 KM daripada kawasan tempat tinggal penulis
.jambatan sungai Nil - 23 KM daripada kawasan penulis
.dewan rakyat , kediaman istana - berhampiran kawasan di atas

kawasan di atas berhampiran dengan kawasan kediaman pelajar-pelajar universiti kaherah (JPA,YP dll).Jadi pelajar-pelajar tersebut lebih terdedah kepada bahaya dan mereka secara keseluruhannya telah selamat dipindahkan ke Asrama Melayu Abbasiyah Kaherah (ARMA) ataupun Badan kebajikan Anak Negeri (BKAN).sekarang ini mereka mungkin sudah menjalani fasa evakuasi pertama yang dijalankan. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai sesiapa di Universiti kaherah atau tinggal di kawasan tersebut , berdoalah Allah mempermudahkan urusan mereka.

kawasan lain 
.hayyu sabie
.hayyu asyir
.rab'ah
.madinah
.hayyu thamin

kawasan di atas jauh sebenarnya dengan tempat demonstrasi.Secara amnya kawasan tersebut selamat daripada tempias rusuhan.Namun begitu , pelbagai kejadian boleh berlaku seperti kecurian,pecah rumah , ragut , samun ,rompak dan banyak lagi.Ini kerana kebanyakan polis keluar ke kawasan rusuhan untuk mengawal mereka jadi keadaan menjadi sedikit bahaya.Namun begitu , jiran tetangga semuanya keluar membawa kayu , besi , parang , pisau dan sebagainya untuk mengawal keadaan.

mereka tidak menyerang mahupun membahayakan keselamatan pelajar-pelajar melayu mahupun warga asing.bahkan mereka sentiasa mengingatkan kami agar menutup dan mngunci pintu.Sanggup berjaga malam sambil membuat unggun api serta sentiasa alert dengan setiap keadaan di sekeliling.Jadi , mereka semua itu sebenarnya mambantu kami semua bagi mewujudkan suasana yang selamat.jangan risau ya.

balik ke malaysia?


sebenarnya isu ini , mungkin anda sendiri yang lebih arif daripada penulis , mungkin anda boleh lihat di sini . Penulis sebagai salah seorang pelajar di mesir ini sebenarnya merasa kami tidak perlu balik (sekiranya kuliah tidak benarkan cuti).Sekiranya sudah dimaklumkan cuti secara sahih dan kukuh, balik merupakan langkah yang baik sama ada menenagkan perasaan kita dan ibubapa , kembali untuk menyelesaikan segala urusan seperti urusan biasiswa,bank dan macam-macam serta peluang untuk kita muhasabah kembali segala perilaku kita sepanjang keberadaan di mesir ini.

cerita mesir di malaysia


sebenanrnya banyak cerita yang ditambah 'perisa' oleh banyak pihak.Secara jujurnya , semua ibu bapa berhak untuk berasa bimbang dan risau kerana mereka adalah anak mahupun keluarga anda.Cumanya untuk terlalu risau adalah tidak perlu.Kami di sini selamat semuanya dijaga oleh JPMK mahupun BKAN bahkan semua orang mengambil peranan masing-masing serta memberikan kerjasama yang sepatutnya.Namun begitu , siapalah penulis untuk menidakkan hak kalian menelefon setiap masa anak-anak anda.semoga keprihatinan kalian Allah balas di dunia dan di akhirat.

peranan anda di Malaysia


kami disini tidak mampun untuk berbuat apa-apa melainkan berserah sahaja kepada Allah atas segala ketetuan nasib kami di sini selain daripada meneruskan perjuangan hidup yang masih lagi berbaki di bumi nil ini. Kami sentiasa mengharapkan doa daripada kalian agar kehidupan kami ini Allah permudahkan dan segala urusan pembelajaran dan pengajian kami


tribute to these people

azharian second year tibb banin - get ready dengan segala kemungkinan ya 
housemates yang dicintai dan disayangi 
segala 'sahabat' ku yang berada di bumi mesir ini , semoga Allah bersama kita
Aizat Naim (cousin-alex) 
Hasyimi,Ihsan,Syamila, Deeni dan Raihana (schoolmates) - teruskan perjuangan
I,me and myself (especially)

ya Allah dimanakah perancangaMu , tuntunlah langkahku dalam setiap ketentuanMu
wallahua'lam

NB
.setahun ke , beberapa bulan ke , tak de langsung cuti utk azhar?
.nak balik !!!!!
.mohon doa semuanyanya
.kepada Ijo n Deeni - sanah helwa utk esok ya

2 comments:

Ukhti Ibtisam said...

Assalamualaikum wbt...
moga penulis blog n shbt2 di mesir sntiasa slmt di bwh prlindungaNYA...

saza s said...

kepada sang Ratu
terima kasih atas kunjugan dan doa
semoga sentiasa mendoakan kami dan semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraannya pada semua sentiasa

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger