bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
sejuknya winter kali ini , lebih sejuk daripada winter tahun lalu.Alhadulillah Allah izinkan merasai manisnya kesejukan agar kita tahu nikmatnya berada dalam suasana panas dan hangat.Begitulah hakikat manusia , kalau sejuk tercari-cari panas , bila dah manis , mengharap sangat sejuk datang.Yang berpuas hati dan redha dengan apa yang ada adalah sangat sediki "tو قليل من الشاكرين"
berikutan kunjungan senior-senior penulis daripada Jordan , maknanya bersam merekalah penulis berkelana di bumi mesir ini.InsyaAllah , itulah antara rancangan cuti musim sejuk penulis agar terisi dengan perkara-perkara bermanfaat.Tak ingin sekali dua minggu cuti beserta empat hari cuti tambahan ini menjadi sia-sia tanpa perancangan dan pelaksanaan yang rapi insyaAllah.
jaulah 1 - piramid giza
kepada semua , jangan jeles ya
sebenarnya , meskipun sudah setahun lebih penulis di mesir , penulis belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Piramid giza , sekadar nampak bayang-bayang sahaja daripada pemandangan di Qal'ah Salahuddin tahun lalu.Sebelum ini ada juga yang mengajak , tapi ada sahaj alasannya kerana everytime sahabat-sahabat datang sini , insyaAllah ke tempat inilah kami akan bawa... so apa lagi tunggu ... jomlah datang mesir.
pada asalnya penulis tidak tahupun siapa yang akan ikut kami.Nak naik bas ke apa ... Allah nak izin , dapat sewa kereta avanza (kereta wajib untuk bawa tetamu berjalan) dan akhirnya setelah singgah di sana dan sini di sekitar sabi' dan rab'ah ini, akhirnya bergeraklah kami 9 orang menuju ke Giza.Tetamunya 2 orang sahaja , yang nak mengikutnya pula yang terlebih-lebih.Tak mengapa lebiih ramai lebih meriah , ikatkan ukhuwwah tambahkan kemesraan
perjalanan agak panjang dan lama memandangkan ini kali pertama menjejakkan kaki ke sana , jadi pening sedikit mengingat jalan.tambahan pula kawasan sayyidah zainab dan mohandisin tidak begitu mahir dan jarang sekali ke sana.Merentasi sungai Nil yang luas itu , alhamdulillah ada Taufiq Alis selaku pemandu pelancong dan Ihsan Ismail selaku perancang perjalanan juga ust Ali Hanifah selaku driver berpengalaman .... tidaklah hanya menjadi tugu bersejarah dalam avanza tu.
tiba di Giza , angin sejuk terlebih dahulu menyapa meskipun terik matahari garang sekali membara , terpaksa diketatkan vest kelabu yang membaluti tubuh.Tidaklah begitu menyesal tidak membawa sweater hitam penulis itu kerana angin sejuk masih di tahap survive'able' dan berjalan-jalan lagi meningkatkan 'heat production' untuk menghadapi keadaan sejuk.
bila berurusan dengan orang arab , everything impossible can be possible , bila lima orang yang sepatutnya membayar tiket 60 geneh ,settle dengan hanya menghulurkan tips 5 geneh kepada penjaga pintu ... itu dikira rasuah ke ? Sistem pun tak berapa nak betul ... hihi ... tetapi alhamdulillah itu sahaja saat kegentingan yang berlaku ... whoaaa... inilah piramid giza yang disebut-sebut tuh.Alhamdulillah meskipun piramid sudah semestinya dikaitkan dengan kewujudan firaun , maka ambillah ibrah disetiap cebisan sejarah itu 'those who forget the past are condemned to repeat it again'.
penulis ingatkan sekejap sahaja sudah cukup untuk berada di piramid, rupanya sepetang itu sahaja hari duduk di Piramid.Selepas di piramid , kami ke panorama ... kawasan yang memberi view bergambar dan posing yang banyak danversatile... masih ingat pose Hilal Asyraf memijak piramid , di Panorama inilah.Penulis sekadar membuat pose yang stereotype , tidak mahir sangat dengan kreativiti seperti ini.
pose stereotype
kemudian kami ke Sphinx ataupun Abou Houl , ingatkan kecil dan banyak . rupa-rupanya satu dan besar .Dahlah hidung sphinx itu sudah rompong dan rosak... tapi tak mengapa ... ada satu pose menarik di sini.... Lama berjalan kami bergegas keluar kerana ingin menunaikan solat Zohor.Penulis sejujurnya pancit agak awal kerana tidak bersarapan secara serius di rumah.Berlakunya hypoglycemia,increase lipolysis ,increase ketogenesis dan akhirnya menyebabkan ketosis dan pening (rasanya tak delah seteruk tuh - tapi pening tu memang betullah).
haha
taufiq dan sphinx nya
setelah kami bersolat di masjid Imam Syafie dan menziarahi makam baginda , kami berjalan-jalan pula menziarahi makan para sahabat.ternyata orang mesir lebih memuliakan Auliya' daripada Para sahabat. Bukankah mereka yang mendampingi Rasulullah , kenapa makam mereka dibiarkan tanpa penjaga? Sampah-sarap memenuhi setiap ceruk, kotor busuk dan banyak lagi. Ya Allah berilah hidayah dan kesedaran kepada mereka.
ya Allah , tak tahan lagi ... jomlah kita pergi makan , dah increase intracranial pressure dah nih. Akhirnya setelah mendapat persetujuan semua kami pun singgah di restoran china di Kawasan Bu'uth untuk menikmati makanan tengahri pada jam 4.30 petang :) . Terpancar keletihan bersulamkan kegembiraan pada wajah semua.Alhamdulillah perjalanan yang menyeronokkan dan penuh pengalaman.Satu kelebihan makan di restoran china ini adalah mee nya dibuat sendiri oelh tuan kedai , jadi kami menyaksikanlah aksinya menarik-narik mee tersebut hinggalah ia hilang ke dalam perut kami semua.
jom increasekan specific dynamic action dan stimulate feeding center
perjalanan pulang tidak begitu banyak untuk diceritakan , memandangkan jalan tiba-tiba jam secara dahsyat dan penulis lebih banyak melelapkan mata dan mendiamkan diri di seat belakang.Bak kata taufiq 'badan letih,perut kenyang,cuaca sejuk , alamatnya tidurlah yang paling best'.Alhamdulillah , dapat kembali tuala hijau yang hilang di rumah ust Musab dan telh selamat dibasuh oleh penghuni rumah tersbeut meskipun berkali-kali diminta agar tidak berbuat demikian.
Alhamdulillah , hari pertama cuti berjaya dimanfaatkan sebaiknya.Tidka lupa juga kepada pom-pom ball palestin yang berjaya dicipta semalam.selamat disangkut di beg sandang dan sering dimain-main oleh masyarakat arab
arab: kamu ambil gambar dengan saya percuma tapi kamu bagi saya satu button bag kamu ni kat saya , boleh?
penulis : haha (dalam hati: mush ma'ul @ impossible)
ahh... rambut panjang !!
insyaAllah , hari ini , perjalanan macam lebih jauh dan mencabar ...mohon doa agar Allah permudahkan segala urusan kita semua.jazakumullah .
wallahua'lam
2 comments:
arhhhh... p pyramid x ajak!!!!
x aci... ana x p lagi pyramid... :D
kepada hasyimi
haha .... klu ajak pun mane bleh dtg.. syimi kan exam !!!!
lps exam kita pergi ya
jgnla merajuk n marah
Post a Comment