coretan mid year

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

lega
itulah perkataan pertama yang terlintas dalam benak penulis usai sahaja meletakkan pen untuk kertas terakhir yang diduduki beberapa jam yang lalu tadi.Alhamdulillah , kenangan yang sangat pelbagai dapat diraih daripada musim peperiksaan kali ini.yang manis , menakutkan , cuak , gembira, lega dan banyak lagi.


seminggu sebelum mid year 


seminggu ini sebenarnya kami minta direhatkan daripada kuliah kerana ingin memberi peluang kepada kami (khusunya) penulis untuk touch up balik mana-mana yang tertinggal sepanjang penulis dijangkiti hepatitis A beberapa bulan yang lalu.Alhamdulillah meskipun seminggu itu terasa lama dengan hanya menelaah buku dan nota,meringankan kepala dengan berbincang dan melukis gambar-gambar tubuh manusia memang menyeronokkan.Tambahan pula ahli bait semuanya menjadi saingan mantap pada tahun ini menyebabkan penulis tidak senang duduk sahaja tanpa bersama buku.

paper 1 : Anatomy


rasanya sepanjang tahun 2 ini , subjek anatomylah yang paling banyak ditelaah bermula daripada mula kuliah hinggalah ke sekarang.Orang lain pun macam tu .Sikit-sikit buka buku head and neck, sikit-sikit buka buku thorax....Sehari sebelum exam , penulis sudah delegate masa untuk semua subtopik dalam anatomy ni , pagi untuk head and neck , lepas zohor untuk thorax , lepas asar untuk special embryology dan malam untuk buku soalan.

diizinkan Allah,penulis terpaksa menyegerakan urusan internet etisalat pada hari yang sama.Seperti yang dijanjikan dengan tuan rumah , penulis pun berangkatlah ke pejabat etisalat di hayyu thamin.Jam 1 30 , penulis cuba hubungi tuan rumah ...katanya lima minit lagi sampai.Tunggu punya tunggu sampai pukul 2 baru nampak.Dahlah hujan pula hari itu , sejuk hingga ke sum sum .Alhamdulillah tak pakai stokin , kalau tak mesti dah lenjun basah.

bila tunggu giliran dalam pejabat etisalat , kami terpaksa pergi ke city star kerana router yang murah sudah habis stok di situ.Terpaksalah tuan rumah membawa penulis ke sana.Ditambah dengan jalan jam yang sangat dahsyat serta tuan rumah pula tersilap jalan , lama sekali penulis menghabiskan masa membaca nota secara tidak khusyuk di dalam kereta.Di city star pula , pejabat etisalat pula yang tak jumpa.Pusing dua tiga kali akhirnya baru nampak.Dahla lapar , tengok food court kat situ memang stimulate salivary secretion.

urusan yang agak lama , akhirnya pulanglah penulis dengan hati yang penulis dengan lambang -______- .Special emryology yang dijadualkan untuk revision pada petang itu terpaksa ditangguh ke malam.Pukul 5 sampai ke rumah . jam keluar berurusan.Esok nak exam! hihi .... malam itu tensionnya Allah sahaja yang tahu , macam dah tak nak masuk je benda-benda tu dalam kepala.Pasrah jelah ... semoga Allah permudahkan urusan kami semua


result : semua benda 100% ada dalam buku - tapi tak semua dapat dijawab dengan baik ~ nge3

paper 2 - Histology


pada kami (khusunya penulis) buku latihan untuk histology hanya ada dua .Buku keluaran universiti Ain Shams dan juga buku department yang sangat sikit soalannya itu.Jadi selama sehari gap yang ada , penulis lebih banyak bercouple dengan nota penulis serta dua buah buku di atas .Yang lain lebih banyak mendnegar discussuion daripada orang lain di ruang tamu.Di sangkakan histology senang sahaja kerana quizzes sebelum ini soalannya lebih kurang sama dan insyaAllah boleh dijawab tapi lain pula jadinya.

pagi exam itu , Ust Jalal bakal berangkat pulang , jadi sebelum ke kuliah , penulis bergegas ke rumah ust Musab untuk meng'wave'kan bye-bye yang terakhir .Semoga kepulangan ust Jalal ke tanah seberang mendatangkan manfaat dan kemudahan insyaAllah.Kemudian daripada bawabat 3 itu penulis terus sahaja ke kuliah .Awal pulak sampai , tiada orang lagi.Bila semua dah sampai dan peperiksaan pun dimulakan .... ya Allah , soalan apa ni ....... Allah sahajalah yang tahu betapa seriusnya professor dalam mendidik kami.Dibaginya soalan-soalan mencabar kemampuan berfikir ... aduh!!!!!

result : penulis terbunuh !

paper 3 - Biochemistry


berikutan tragedi histology semalam , kami semua (khususnya penulis) lebih berwaspada dan banyak memoho perlindungan dan kemdahan daripada Allah untuk persediaan.Mungkin terlampau memandang rendah pada histo ... ingat histo senang sangat , ambik! soalan tahap gergasi professor bagi. Untuk biochemistry pula , gap yang dijadualnya telah berpindah ke dua hari yang lepas kerana peperiksaan histology ditangguh ke semalam. Jadi untuk satu malam itu penulis lebih banyak habiskan revise balik semua nota dan beberapa soalan.

sebelum ini , professor telah pun mengadakan test untuk semua chapter yang masuk jadi penulis tiadalah stress sangat untuk ulang balik semua chapter itu.Ditambah pula seminggu lepas telah disiapkan semua nota-nota yang telah tertinggal alhamdulillah dan test kecil itu memberikan impak yang sangat tinggi rupanya buta penulis. 'we learn from our mistakes' begitulah kata ilyas yang sangat penulis sayangi.

masing-masing menjangkakan soalan yang sama akan keluar sama ada daripada buku mahupun soalan-soalan past year yang lalu.Bila sampai kuliah , peperiksaan kali ini dijalankan di dalam dewan peperiksaan final bukan di dalam dewan kuliah. debaran makin dirasakan. Ada ke tak soalan essay ya ? Bila pembantu kuliah mengedarkan kertas jawapan , terjawaplah segala persoalan .... soalan essay ada! Jadi bergembiralah siapa yang belajar untuk berjaya dan bukan belajar untuk peperiksaan semata-mata.

result : separa terbunuh / half past dead

paper 4 - physiology


adakah ini killer suject ku?
personally , physiology bukanlah killer subject penulis, namun ia tetap susah dan mencabar terutamanya ia sangat banyak dan sangat memeningkan bila dah lama tak baca.Tak nak cerita dua hari berkurung dengan buku-buku physiology itu , meskipun rasa macam 'study untuk exam semata-mata' tapi kata ummi 'betulkanlah niat tu , lepas exam ni ubah cara study kalau rasa benda tu terjadi' .... terima kasih ummi.

pagi tadi , penulis sudah hilang mood untuk meneruskan bacaan sekadar menjadi peng'interpretasi' pada perbincangan ahli bait yang lain

ahli bait 1 - ok , apa dia transport of thyroid hormone
ahli bait 2 - kalau kentang , bagi tahu cepat manifestation of brown sequard syndrome
ahli bait 3 - cepat-cepat , dah tak sabar-sabar nak merdeka nih!
ahli bait 4 - kalau MCQ yang keluar nanti , matilah aku! aku dahlah baca soalan essay je

ahli bait 5-sedang study di dalam bilik
ahli bait 6- sedang melalak-lalak dalam bilik air
ahli bait 7-sudah lama keluar ke kuliah
ahli bait 8 - haha

result : berakhir sudah segala penantian (sempat lagi berpuisi di dalam dewan peperiksaan)!

ibrah musim peperiksaan


 ingatlah ya penulis , elajar itu adalah kewajipan semua terutamanya penulis.untuk jadi doktor bukan hanya tahu membebel itu dan ini kepada pesakit tetapi haruslah dimulakan dengan cemerlang di dalam pembelajan ini barulah senang untuk masuk ke medan praktikal nanti.jangan nak tunggu exam baru nak hancur buku latihan tu .... ingat ya penulis!

kejayaan itu Allah yang bagi , maka mintalah selalu daripada Allah.janganlah study lama-lama sampai tahjjud pun tertinggal.tak elok tuh.musim peperiksaan kan musim perjuangan , setiap inci perlu dijaga dan dipelihara. Ingat , Quran jangan lupa baca , jangan asyik-asyik baca buku pelajaran je. tengok orang lain , siap boleh hafal surah lagi sambil-sambil sibuk pegang buku! meriahkanlah hati dengan Alquran , insyaAllah hati meriah dengan kefahaman...... ingat ya penulis

lepas ni terus cuti , jadual kelas yang dijanjikan tidak terjadi (hooray!) dalam hati tak putus-putus ucapkan Alhamdulillah.ingin sekali masa untuk mengulang kaji pelajarn setelah jadual dua minggu itu pack dengan aktiviti yang pelbagai.Ingat jangan jadi macam winter break yang lepas , berkurung dalam rumah je , lepas tu tengok movie ... esok lusa , habis winter break tak dapat apa-apa ... jangan lupa ya penulis .....

untuk kalian pembaca .... semoga mendapat ibrah yang sama daripada perkongsian yang sedikit sekali ini 
wallahua'lam

4 comments:

Anonymous said...

perkongsian yang bagus hasil pengalaman2 yang sangat bernilai....

-salman_azmin-

putrapurabuana said...

Salam akhi,rindu betul kayt abg SAEED.
Tb nak tanye?
Apa yg blh Tb buat sementara cuti ni.Harap boleh ditunjuk ajar.

saza s said...

kepada anonymous @ salman_azmin

inilah hasil tarbiyah bumi tandus subur ilmu ini ...

semoga setiap huruf yang ditaip mampu membuahkan muraqabatullah kepada ana dan juga semua pembaca yang lain

NB-rindu anta

saza s said...

kepada putrapurabuana

bukan nama lain ke ... ape ye nama yg arab dulu tuh TB?

ok... utk cuti tanpa kerja nih ...

1-lesen mesti siapkan segera sebab awk nak terbang jauhkan ... so , benda tu yg perlu mendapat prioriti paling utama

2-berbakti kepada sekolah sriq@smakl@komesnet ... klu dah cukup tenaga kat situ barulah fikir nak kerja nak luar atau tmpt lain

3-bnyk habiskan masa bersama abi ummi dan adik2 di rumah - inilah masaanya utk awak didik diri awak dgn kerenah rumah dan adik2

4-istiqamah dengan perkara2 kebaikan ... jagan jd mcm abng saeed , balik rumah je lagha

5-kikis sifat suka@susah utk kejut tidur awak tuh-nanti kat RCS nanti ..tak de org mcm ummi dll nk kejut awak tau

6-banyakkan doa dan solat hajat utk result spm awak ...lebih serius lg berbanding masa exam tau

7-luangkan byk masa dengan adik2 SMAKL , bimbing kepimpinan baru dan jangan lupa utk join aktiviti2 ikhlas dll ....

8-doakan abang saeed dipermudahkan Allah di sini

NB- eleh ,dulu kate nak datang mesir biarlah amik apa-apa pun :P

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger