bismillahirahmanirrahim
assalamualikum w.b.t.
dengan nama Allah yang maha mengetahui , yang maha mengasihani dan yang maha menguji , penulis mencatat lagi .
buruk pulak rasanya rumah bile tgh 'under construction'
Allah maha adil dan kaya.ekoran kesedihan berjaulah selama 8 hari tempohari ,malam penulis tiba di rumah , penulis dikejutkan dengan satu panggilan daripada sahabat penulis dari UIA PJ.Alhamdulillah , gembira rasanya bila mendengar suaranya.Katanya MEREKA semua akan datang ke Terengganu pagi esoknya.Alhamdulillah , gembira akan dapat bertemu dengan mereka, sudah sangat lama penulis tidak bersama-sama sahabat-sahabat dari UIA PJ.Teringat kisah lama.hihi
pagi itu , penulis bergegas mencari nasi dagang kerana MEREKA agak lambat bertolak daripada Kelantan. Setelah mendengar perancangan MEREKA , penulis bersetuju untuk menyertai MEREKA berkelah di Sekayu.Mulalah membuat perancangan kecil-kecilan ,menyediakan air dan talam kerana tidak dapat dibungkus satu-satu.tak mengapa , hingga ke chendering mencari nasi dagang.Alhamdulillah tidak lama kemudian , MEREKA pun tiba.Dua kereta besar bersama 10 penumpang. ya Allah , rindunya ana pada MEREKA semua.
serena Dr Zamrin
innova ala-ala ummi punya (ust Saifuddin's)
kita tidak lama di rumah penulis , sekadar bersiap ala kadar untuk menikmati air terjun di sana , penulis bergerak menaiki SERENA Dr Zamrin yang dipandu oleh Munaim dan saebuah lagi Innova dipandu oleh Mujahid.Laju betul MEREKA pandu.Memang macam drift pulak.kesian lah dr Zamrin dengan ust Saifuddin, teruk jugak rasanya tayar diorang tuh .hihi
tiba di sekayu
disebabkan pemanduan yang bahaya tetapi cemerlang daripada kedua-dua pemandu yang bertauliah itu serta izin Allah untuk selamat sampai ke destinasi yang dituju , KAMI tiba agak cepat dan awal.KAMI pun terus sahaja bergerak berjalan kaki menuju ke port mandi yang diingini.Hari itu hari sekolah , maknanya tidak ramai yang akan turun berkelah di sana.Agk sunyi tetapi mendamaikan serta memang seperti tiada orang.Sepanjang perjalanan hinggalah ke akhir tangga itu , akhirnya KAMI berjaya menemui kawasan yang sesuai.
ada orang tengah 'mencapab' dalam ketiga-tiga gambar di atas ... hihi
not to mention the sweet hat of mine
masing-masing mula mengisi perut dengan nasi dagang 'sikit dan mahal' itu ala kadar.Terasa masin dan pedas pula nasi dagang itu.Macam kurang lemak pun ada tetapi MEREKA semua kata okey aje.Tak mengapalah asalkan keinginan MEREKA untuk menjamah nasi dagang tertunai.Sudah tidak sabar lagi mahu mandi.penulis dan naim sudah awal-awal lagi menyentuh air.Melepaskan rindu.Sudah dekat dua tahun tidak mandi air terjun.Apa salahnya nak 'excited' seketika.
sempat bergambar sebelum gedebush ke dalam air
jom mandi - macam-macam gaya ada
meskipun tidak lama dan penulis berjaya meng'improve'kan skill berenang penulis meskipun tidak mahir sangat lagi , penulis berasa sangat puas dan seronok.Mungkin kerana sudah lama tidak bersama dan meluangkan masa bersama MEREKA.Bila lama tak jumpa , kalau berjumpa macam dah tak nak lepas pula. KAMI pulang awal setelah melakukan sesi fotografi ringkas sebelum bergerak.Sambil menjamu dengan air teh yang masih berbaki , penulis beramah mesra dengan sahabat-sahabt baru yang first year dan Afiq Fisol (2nd year baru).
mereka ya baru-baru
(syarafi , azim, hihi, afiq , nazir , ya'akob) - dari kanan
penulis dihantar kembali ke rumah dan MEREKA ingin membeli keropok lekor sedikit serta singgah di Rumah Najmi yang berdekatan di sana dan berjanji akan bertemu semula di SMAKL.Setelah menunaikan solat Zohor , penulis terus sahaja memecut ke SMAKL .Tiba agak awal dan sempat bertemu dan berbual-bual dengan Mak cik Maznah selaku kerani dan menerawang di sana-sini di kawasan SMAKL ... tempat jauh lagikan dikenang , inikan pula tempat sendiri.
at SMAKL
MEREKA tiba lewat ,mungkin berbual lama dengan Pak cik Ishak di rumah najmi , penulis tidak tahu.MEREKA terus sahaja bersolat dan kemudian KAMI berjalan-jalan ke sekitar bangunan .Memanglah SMAKL itu agak kecil dan hanya tarbiahnya sahaja yang menjadikan sekolah itu besar dan mempunyai tarikan 'rabbaniyah'nya itu yang tersendiri.Alhamudlillah , sempat melakukan 'jejak kasih' ketika mengetahui bahawa salah seorang tetamu UIA itu merupakan schoolmate housemate penulis... what a small world after all.
getting ready to move
hayat pertemuan KAMI tidak lama .DIsebabkan MEREKA telah berjanji dengan penduduk Kuantan untuk tiba jam 6 di sana.Setelah berpelukan , dan
bertangisan serta bergambaran (sangat sedih kerana cik OLY kesayangan penulis itu kehabisan tenaga) seketika dengan henset masing-masing yang canggih-canggh itu., MEREKA terus sahaja bergerak ke Kuantan.Esok pula akan ke Johor dan kemudiannya ke Melaka. Ya Allah pertemukanlah KAMI semua sekali lagi.
bila pulang , rasa menyesal pula tidak menyertai MEREKA.Hanya kerana ingin menelefon housemate yang sudah balik untuk confirmkan kelas, penulis sanggup menolak pelawaan MEREKA mentah-mentah.Bila abi dan kak da menyatakan kesanggupan untuk menghantar penulis ke kuantan , penulis pula yang tidak mahu.Rasa macam kita pula yang 'pathetic'.Hati ini diredakan dengan bicara Allah sebentar tadi.kata naim, insyaAllah kalau anta betul-betula mahukan pertemuan lagi , doalah pada Allah agar kita semua ditemukan dalam redhanya.
dari kanan
najmi - bio science
hihi - course postpone until 15 march
munaim - architecture
nazir - architecture
afiq - engineering
azim - medicine to be
mujahid - physical science
syarafi - engineering
fauzan - architecture
syawal - allied health science
ya'akob - medicine
(photographer - selipar Mujahid... hihi)
ya Allah berkatilah MEREKA semua , permudahkanlah urusan MEREKA semua dan pertemukanlah KAMI semua di dalam syurga dan keredhaan mu ya Allah. Sesungguhnya di dalam setiap pertemuan itu akan termaktub sebuah perpisahan .Bersabarlah wahai orang-orang yang sabar dan beriman.
wallahua'lam
8 comments:
saeedd!!! ana plak touching lebih baca blog nta nih!!! Allah love their SERVANT..
buat tacink pa naem..huhu.
saeed..jom kita berjaulah kt perlis plak.. :)
kan ana doa dah tiket 15hb...hihi...nnt ana blk ganu kita gi jaulah ke rumah nta..
kepada naeem qomar
hei ... no touching2 ... ana je yg bloeh touching2 nih tau
ALlah loves his servents
Allah loves us
kepada Mujahid
pesan banyak sikit kat kwn nta tuh suh jgan touching2
naik ikut naik ikut gi perlis
hihi ... insyaAllah
kepada najmi ....
janglaa 15 mac (dah start kelas tuh) .. biarlah 14 ke 13 ke.. baru ok
ok2 ... mehla dtg ... ana minggu depan dah nak balik insyaAllah
salam..tq nasik dagang yang terlalu sedap..alhamdulillah=musthoffa
jemput tgok gambar2 kami saeed..hehe
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1297164525935&set=a.1297158605787.32762.1735024077&ref=notif¬if_t=photo_comment#!/album.php?fbid=1297158605787&id=1735024077&aid=32762
tp kna buat akaun fb dlu la saeed..XD
Post a Comment