angin Mesir bertiup damai sekali.Tambahan pula bayu syita'nya masih belum pudar meski ramai menjangkakan saifi sudah mula menyelak lembarannya.Sudah genap seminggu penulis kembali ke tanah bertuah ini, tanah yang termaktub di dalam lembaran Quranul karim yang menjadi tempat jejak puluhan para nabi.Alhamdulillah , meski penulis terpaksa sibukkan diri dengan study dan kuliah semenjak hari pertama pulang , alhamdulillah selagi hayat dikandung badan selagi itu syukur dan pujian harus terus meniti di bibir.
kota tahrir
alhamdulillah , Allah kurniakan lagi banyak nikmat kepada kita semua khususnya penulis .Pabila dimaklumkan Universiti Azhar cuti dua hari (sabtu dan ahad) , maka tiadalah melainkan gembira dan syukur yang tertera di dalam hati.kalau sebelum ini , banyak program yang tidak dapat diberi komitmen kerana kuliah yang sangat banyak.Cuti sehari benar-benar menyekat kebebasan.
syukur sekali lagi , hujung minggu pertama penulis berjaya diisi dengan perkara yang insyaAllah mendatangkan faedah buat penulis khususnya dan buat pembaca sekalian amnya.Meski tidak merancang secara khusus dan hanya berniat untuk menghantar teman penulis sahaja agar tidak tersesat dan sebagainya , Allah izinkan penulis dapat juga bersama-sama mereka berjalan-jalan sekitar bandar tahrir yang mana telah tercetusnya revolusi Mesir baru-baru ini.
sempat lagi menjadi chef tak bertauliah di sana
penulis pada asalnya hanya ingin menghantar teman penulis ke rumah kawannya yang merancang untuk bersiar-siar di dataran tahrir.namun begitu katanya , apa salahnya kalau penulis juga turut serta.Memandangkan esok kuliah seperti biasa dan segala ulangkaji sudah dilakukan awal-awal lagi, penulis bersetuju untuk mengikuti jaulah mereka ke sana.Alhamdulillah , sudah masuk tahun kedua di bumi anbiyak , baru kali ini dapat menjejakkan kaki ke sana.
kami tiba di kota tahrir agak lewat.Rembang petang sudah mula menampakkan laluan buat mentari untuk beradu.Angin sejuk pula semakin galak bertiup.Alhamdulillah,meski siang sudah tidak perlu untuk berbaju sejuk , namun angin malamnya masih bisa mencengkam sum-sum.Masing-masing tidak lupa untuk berbaju sejuk serta stokin dan kasut (tapi penulis ber'sandal' sahaja).
Setelah menaiki Metro lebih kurang 15 minit ,kami turun di stesen Sadat dan terus menaiki tangga menuju ke ElMugamma' dan bermula di sanalah pengembaraan kami bermula.Langit maghrib menyambut ketibaan kami di sana.Usai menunaikan solat Maghrib , kami menyambung perjalanan.Umar selaku yang paling senior tidak jemu-jemu bercerita itu dan ini perihal keadaan dan sejarah tempat yang lami lalui.Gelap malam makin benderang dan seperti biasa hon-hon kereta tak habis suara memekik.
haha , umar , rafdha , kefahaman islam
jom tawan tahrir!!
tanggal 25 Januari , satu dunia telah dikejutkan dengan kebangkitan rakyat Mesir melancarkan gerakan bantahan secara besar-besaran terhadap kerajaan mesir.Kezaliman yang sudah lama berakar-umbi dalam sistem pemerintahan yang menunjangi daulah mesir ditentang hebat selama berhari-hari oleh hampir keseluruhan rakyat Mesir.Disebabkan itu , bermacam perkara yang berlaku sepanjang revolusi itu meniti masa.
rakyat sudah tidak takut kepada pemerintah bahkan berani untuk mengutuk dan mengeji kerajaan secara terang-terangan.Mereka buakn sahaja menyerang dengan mulut , tetapi perbuatan mereka , mengoyak poster-poster presiden bahkan telah memadam nama stesen 'Mubarak' yang terpampang di dalam metro dan menggantikannya dengan nama 'Syuhada' serta berani mencabar dan mengusir ketuatan presiden daripada kerusi ciptaan beliau sendiri.
mengalir Nil dalam kenihilan
Firman Allah di dalam Al- Quran
"ان الله لأ يغيروا ما بقوم حتي يغيروا ما بانفسكم "
mungkin sudah lama suara rakyat terpendam dan terkunci rapat di dalam kerongkong mereka hinggakan masing-masing sudah betah dengan corak permainan yang sedang dijalankan oleh kerajaan.Namun , firman Allah tetap mampu menembusi ke dalam hati-hati hambanya dan sudah berjaya menjatuhkan sebuah empayar yang sudah lama terbina di atas penderitaan dan kesengsaraan hidup jelata.Bukankah 'ketua suatu kaum itu adalah khadam kereka"?
meskipun dapat berjalan di sekitar tahrir , penulis agak sedih kerana night mode dalam 'Cik Oly" tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kurang pengalaman seta kurang skill dan kemahiran.meski begitu , cukuplah sekadar pemanis bicara dengan sedikit ambar-gambar yang ada ini.
syukran awi kepada penyedia makanan petang yang lazat dan exotic ini
jadilah kita seperti sungai Nil ini yang mana menghidupkan mesir ini keseluruhannya.Tanpa sungai Nil maka akan rentung dan kontanglah bumi mesir ini dan disebabkan kesuburan tanah yang dibawa bersama aliran sungai Nil ini ,Allah izinkan hampir kseluruhan penduduk mesir memperoleh manfaat daripadanya.jadilah juga seperti sungai Nil yang tidak pernah berhenti mengalir.Meski di tahan , terus mengalir , meski di empang , akan pecah.Momentum Dakwah dan jihad kita , biar kita mampu menjadi secekal dan seteguh syuhada' yang mengorbankan nyawa membebsakn penjajahan sesama manusia di tanah bertuah ini.
19 year old guy
moderately looking person
friendly and moderate
nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment