bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.
pejam celik , pejam celik bulan Mac tahun ini sudah hampir ke penghujungnya.Seperti biasa , bulan ini bukanlah bulan yang paling ditunggu-tunggu (kerana bulan yang paling ditunggu adalah bulan cuti pulang ke Malaysia) namun seperti kebanyakan insan yang turut mempunyai hasrat dan rasa hati , pabila hari bersejarah menjelma , maka tiadalah lain melainkan gembira yang ada.
Berbeza dengan tahun sebelum ini , penulis menyambut Mac di tanah kelahiran sendiri.Menurut perkiraan , selama enam tahun penulis akan menyambut bulan ini di mesir , namun Allah izinkan penulis untuk bersama ahli keluarga tercinta pada bulan ini.Alhamdulillah
tanggal 12 Mac yang lalu , penulis tidak bercerita langsung perihal bertambahnya umur penulis menjadi genap 20 Tahun pada tahun ini.Seram sejuk pula rasanya bila memikirkan angka yang tertera di situ.Bila sudah menjadi dua puluhan , bahkan bila bertambah satu angka sahaja pun , maka akan bertambah seribu satu tanggungjawab di atas pundak peranan hati ini.
Alhamdulillah,meski tidak diadakan apa-apa majlis mahupun sepotong kek sekalipun , penulis gembira kerana penulis dapat luangkan masa bersama ahli keluarga bahkan bersama-sama Opah tercinta di kampung Batu Gajah , Perak pada tarikh tersebut.Meski ucapan selamat pertama yang diterima bukan daripada ahli keluarga , namun penulis bersyukur , kerana bukan sms yang dikejar , tetapi doa yang tulus dan ikhlas itu yang diharapkan.
alhamdulillah , post ini ditulis apresiasi untuk anak-anak bulan mac yang sangat penulis hormati dan sayangi. meski ada dahulu rakan-rakan di mesir yang menjangkakan penulis akan mengadakan majlis makan semepena hari lahir , namun, maalishlah ya , bila sudah balik ke sini , hari jadi saya tahun ini tinggal sejarah sahaja.namun tak mengapalah , panjang umur murah rezeki , kita sama-sama nikmati rezeki pemberian Allah ya.
2/3 - Siti Syafiqah Yusof
5/3 - Ra'id A'ala Dzul Zabarrod
9/3 - Wan Ali bin Wan Jalaluddin
12/3 - i , me, and myself
15/3 - khairullah Abdul Ghani
17/3 - Zuhail Abdul Rahim
23/3 - Syuwaida Nasuha Zahari , Safwan Muhd Azlan
24/3 - Nadirah Sakinah Rosman
26/3 - Muhd Taufiq Abu Zakaria
28/3 - Salma Syakirah Zahari , Khairul Azmi bin Hanafiah
30/3 - Hanzalah Tarmizi , Muhd Zharif Amin
31/3 - Munirah Nasri
tiba-tiba rasa rindu pula pada abi dan ummi serta adik beradik yang tidak jemu-jemu mewarnai dunia penulis yang kusam dan tidak ceria belakangan hari ini.terima kasih kerana telah melahirkan penulis ke dunia ini.Tanpa kalian siapalah pneulis yang serba kekurangan dan kelemahan ini.Semoga jasa baik kalian Allah balas dengan balasan syurga yang diidam -idamkan.
tribute also to these people... yang mendirikan masjid di dalam bulan mac.Meski penulis tidak sempat menghadirinya , penulis doakan agar baitul dakwah yang didirikan menjadi elemen penegak kedaulatan islam di muka bumi ini insyaAllah
Ahmad Faiz Sabri dan Natasha Anis Rusli
selamat pengantin baru
Ali Irfan Jamalludin dan maryam Fatin hanisah hazni
to be honest ... memang macam pinang di belah dua
siap akad 12 Mac lagi tuh
barakallahualakuma wabaraka alaikuma wajama bainakuma fikhair
walllahua'lam
0 comments:
Post a Comment