bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.
penulis sebenarnya agak terkejut tatkala menerima pamplet program ini.Tentatif yang terta menunjukkan program bermula seawal jam 7 pagi tadi namun jika diingat kembali , rasanya flyers yang terbang melata di universiti mengatakan bahawa program tersebut bermula selepas Jumaat dan Saudara Ibrahim Yahaya yang ditemui sejurus selepas tiba di ARMA juga mengalu-alukan kedatangan dengan roman manis di wajahnya. Agak pelik , namun tetap bersyukur dan lega kerana forum masih lagi belum bermula.
alhamdulillah , inilah kali pertama penulis bertemu muka dan mata dengan salah seorang senior Medic di Mesir . Nama beliau Muhd Faqih bin Fuzi. Tahun 6 Universiti Tanta.Mengenali nama itu melalui majalah IMAN yang menjadi wadah majalah perubatan di Kaherah.Tertanya-tanya dulu , macam mana rupa si Faqih ni dan alhamdulillah terjawab juga
(meski tak tegur pun dia ). Gaya penyampaiannya agak sederhana , agak diselitkan jenaka secara tidak langsung .
namun apa yang menyebabkan penulis agak tertarik dengan penyampaian beliau adalah apabila beliau menceritakan pengalaman 6 tahun perjuangan Medicnya di bumi mesir ini. kata beliau , jauh perjalanan luas pandangan , apatah lagi duduk di bumi mesir ini,kalau boleh biarlah satu kaherah ni duduk dalam kepala kita , senang nanti kalau ada orang nak kena ke mana-mana , tak delah kita tergaru-garu kepala nak jawab macammana. Tentang isu prioriti pelajar medic juga sangat bernas. Bagaimana seharusnya seorang pelajar perubatan itu mengutamakan core bussinessnya daripada menyibukkan diri dengan perkara sampingan hingga matlamat utama hilang tersasar.
bekas ketua biro penulis , merangkap orang pertama yang merisik penulis untuk sama-sama melibatkan diri mencurahkan tinta di dalam PERUBATAN , Syafiq bin Hamdani juga tidak kurang bisanya.rasa-rasanya , dalam ketiga-tiga panel yang berbicara , hanya beliau sahaja yang mendapat tepukan gemuruh setiap kali usai melontarkan pandangan . Kata beliau , mahasiswa sekarang sangat berbeza dengan mahasiswa dulu,Kalau dahulu , mahasiswa memang ibarat sebutir benih dicampak ke laut menjadi pulau.Namun kini , ibarat sebiji benih di campak ke laut mati semua hidupan di dalamnya.
alhamdulillah juga , penulis sempat menyaksikan transisi kepimpinan PERUBATAN yang julung-julung kalinya diadakan tanpa MAT berikutan evakuasi yang melanda bumi mesir ini. Meskipun banyak melanggar perlembangan persatuan PERUBATAN, namun keadaan ini perlu diberi pengecualian.takkan pemerintahan Husaini tidak dihentikan setelah masing-masing sepakat mengangkat Syafiq sebagai teraju utama persatuan. Meski akan rindu dengan tanpuk pimpinan Husaini , insyaAllah , looking froward to see era pemerintahan Syafiq.
semoga Tsunami visi yang melanda berikutan lambakan mahasiswa yang membanjiri bumi Mesir ini tidak menjadi penghalang untuk kita terus berjuang dan membukatikan bahawa pelajar yang setiap hari berhadapan dengan debu dan pasir ini juga mampu menggegar dunia. Tatkala tsunami melanda , bukan kesannya yang harus kita fikir dan persoalkan , namun bagaimana usaha kita untuk kembali membina kerajaan yang telah runtuh dek musibah dan ujian yang Allah turunkan ini.Itulah persoalan yang lebih penting untuk kita ketengahkan.
akhir kalam , kepada barisan kepimpinan baru yang secara rasminya sudah menjadi AJKT PERUBATAN sesi 2011/2012 .Salah tahniah dan takziah penulis ucapkan. Tahniah kerana anda telah terpilih oleh Allah untuk menjadi kepala kepada rakyat PERUBATAN seluruh bumi Mesir ini dan takziah kerana Allah telah timpakan kepada kalian ujian untuk menilai siapakah di antara kita semua (kami dan kalian) yang lebih baik amalnya , lebih ikhlas kerjanya dan lebih bersih tugasnya.
Presiden : Syafiq bin Hamdani
Timbalan Presiden 1 : Ahmad Ibrahim bin Yahaya
Timbalan Presiden 2 : Aimi Athirah binti Azmi Murad
Setiausaha Agung : Muhd Hazwan bin Rusli
Timbalan Setiausaha : Siti Noor Redzuani binti Shafii
Bendahari Kehormat : Mohd Hilmi bin Mohd Hatta
Timbalan Bendahari : Siti Khadijah binti Daud
Biro Akademik
Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi
Aizum Nadhirah binti Mohamad
Biro Kebajikan
Mohd Hilmi bin Mat Noh
Dahliah hazirah binti Jaafar
Biro Pembangunan Insan
Abdul Rahim bin Samad
Aisyah Zahirah binti Sukeri
Biro Penerbitan dan Penerangan
Muhammad Ridzuan bin Mohd Nor
Nur Humairah binti Che Ibrahim
Biro Sukan dan Aktiviti Luar
Mohamed Abdul Khaliq bin Isa
Nur Farahin bin Mat Tarmizi
Biro Perumahan
Muhammad Nurhelmi bin Mohd Lukhman
Nihal binti Mohd Tarmizi
Biro Akademik
Muhammad Azizul Hakim bin Azizul
Siti Hajar binti Ahmad Azhar
Selamat Menjalankan Tugasan
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment