Kita cuai?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.bt.


CUAI DALAM AMALAN HARIAN (TAFRITH)

Tahap prestasi amalan kita banyak bergantung kepada tahap keimanan kita. Iman adalah perkara paling asas dalam diri orang yang beriman. Apabila imannya bertambah maka amalannya juga akan bertambah dan sebaliknya. Jika dikatakan amalan itu adalah pokok maka imanlah akarnya. Namun kadang kala timbul persoalan seseorang sangat banyak dalam melakukan amalan tapi dia tidak pernah merasai kenikmatan dalam beribadat. Ibadat itu tidak meresap dalam jiwanya, tidak mempengaruhi kehidupannya dan tidak mengubah hatinya. Perkara sebegini berlaku kerana berlaku kecuaian dalam melaksanakan ibadah itu sendiri sehinggakan hati itu terdedah kepada maksiat. SAbda Nabi : Kebajikan itu berperilaku baik sedangkan dosa itu membuat dirimu tidak tenteram dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya.

Definisi Tafrit

Melalaikan dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab berubudiah kepada Allah yang selazimnya wajib diwaspadai dan dijaga oleh setiap individu muslim sehinggakan dia terlepas waktu daripada mengerjakannya.
 

Punca-punca Tafrit

1. Bergelumang dalam maksiat

“ Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu sesungguhnya disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar kesalahanmu…” (Asy-Syura : 30)

Abu Sulaiman addarani : Dosa itu membuatkan seseorang itu luput dari solat jamaah

2. Berlebihan dalam perkara mubah (Harus)

Perkara harus seperti makan, minum, mekap, pakaian, hubungan seks , kenderaan dan lain-lain yang akan melahirkan perasaan malas untuk beribadat. Kata Imam Ghazali : ada seorang ulamak berpesan kepada anak muridnya “ Jangan banyak makan, jangan banyak minum dan jangan banyak tidur kerana ia akan menyebabkan kamu sangat penat ketika kamu mati.”

3. Tidak menghargai nikmat dan tidak tahu cara membalasnya

Cara membalas nikmat ialah dengan mentaati perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. Firman Allah “ Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..” (Ibrahim: 34)

4. Tidak mendapat gambaran yang jelas tentang ganjaran pahala daripada Allah S.W.T

Memperoleh kenikmatan syurga yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengari telinga dan tidak terlintas dalam fikiran dan kemuncaknya bertemu langsung dengan Allah s.w.t

Kata Ibnu Jauzi : siapa yang telah dapat melihat sinar pahala nescaya tugas yang berat menjadi ringan.

5. Lupa mati dan malapetaka selepasnya.

Firman Allah : “ Kami tidak jadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal di dunia maka kalau engkau wafat (wahai Muhammad) adakah mereka akan hidup selamanya..” (Anbiya : 34)

“ Setiap jiwa pasti akan merasai kematian..” (Ali Imran : 185)

6. Menganggap diri sempurna

Merupakan penyakit hati yang cukup merbahaya. Amalan kita bukanlah jaminan selamat dari azab Allah dan kita dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah.  Sabda Nabi’ “ Orang yang cerdik ialah mereka mampu menundukkan hawa nafsunya dan bekerja bersungguh-sungguh untuk kehidupan selepas matinya, dan orang yang bodoh ialah mereka yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan agar Allah memasukkannya ke dalam syurga.. (Riwayat Tirmizi dan ibnu Majah)

7. Terlalu banyak tugas dan tanggungjawab

Bebanan tugas sama ada dalam pelajaran, persatuan dan pimpinan ia bukanlah alasan untuk meninggalkan kewajipan harian. Firman Allah “ Dan orang-orang yang menerima petunjuk Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk serta memberi mereka dorongan bertakwa” (Muhammad:17)

8. Suka menangguhkan kerja

Kerja yang bertangguh akan menyebabkan kerja itu bertimbun dan akhirnya akan menganggu amalan harian. Kata Saidina Umar al- Khattab : “Orang yang kuat bekerja ialah mereka yang tidak menangguhkan kerja pada hari ini untuk hari esok”

9. Menjadikan orang Tafrith sebagai teladan.

Apabila melihat tokoh tidak melaksanakan sesuatu tuntutan maka menjadikan ia sebagai alasan untuk meninggalkan amalan tersebut sedangkan ia adalah tuntutan dari Allah

 

AKIBAT-AKIBAT TAFRITH

1. Kegelisahan hati dan keresahan jiwa

“ Dan sesiapa yang berpaling dari peringatanku adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan yang buta” (Taha : 124)

2. Futur (malas dan tidak bersemangat)

Tidak bersemangat dan tiada kesungguhan untuk melaksanakan amal islami

 3. Berani melakukan maksiat

Sesungguhnya ketaatan kepada Allah adalah perisai dari melakukan maksiat. Firman Allah, “Bacalah kitab (Al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingat Allah (salat) itu lebih besar keutamaannya dari ibadah yang lain. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut : 45)

4. Lemah fizikal

5. Menyekat bantuan dan pertolongan Allah.

Orang yang berdosa tidak akan mendapat pertolongan dari Allah.

6. Hilang kewibawaan dan pengaruh

Orang yang tiada kedudukan di sisi Allah tidak akan dihargai oleh manusia

7. Tidak mampu bertahan dalam menghadapi ujian.

 

CARA-CARA MENGATASI

1. Kembali kepada Al-Quran dan sunnah

2. Menjauhi dosa besar dan dosa kecil

3. Tidak melampaui batas dalam perkara harus

4. Menghargai nikmat

5. Tawazun dalam menunaikan kewajipan

6. Bermujahadah menguasai diri supaya dapat kendalikan ledakan nafsu

7. Berwaspada kesan buruk akibat Tafrith

8. Berdoalah memohon pertolongan Allah

9. Hidup dalam berjamaah, bersama orang-orang yang soleh.

Sabda Nabi “Apakah mahu aku tunjukkan idola kamu? Sahabat menjawab “Tentu ya Rasullullah”. Nabi menjawab , “ Idolamu ialah apabila kamu melihatnya maka kamu akan ingat Allah azza wajalla…” (HR Ibnu Majah)

10. Memahami hakikat dunia tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat menuainya

11. Mengenali dan menghayati sirah perjalanan hidup Nabi, para sahabat dan salafussoleh

12. Sentiasa mengingati dosa-dosa yang lalu sebagai peringatan kepada diri

13. Sentiasa ingat kematian itu sangat dekat dan tidak diketahui masanya.

 

Tafrith adalah musibah di dunia dan akhirah. Kerana ia akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat melaksanakan amalannya dalam keadaan yang sempurna. Maka amalan yang sepatutnya memelihara dan membentuk dirinya itu tidak mendatangkan kesan kepada hatinya. Sedikit perkongsian dari sahabat yang dikasihi. Diambil dari kitab “ Halangan di jalan dakwah” penulisan dari Dr Muhammad Nuh. Untuk penerangan yang lebih lanjut boleh rujuk kitab ini. Ini adalah permasalahan yang banyak dihadapi oleh masyarakat islam kini. Moga-mga ia bermanfaat dan diamalkan dalam kehidupan harian.

Sebaran : Karim Naji Awwali
Seleggaraan: Afham Arif

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger