Sebelum Berangkat 3

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

adakah penulis sangat kurang memberi perhatian untuk subjek ini? Penulis juga tidak pasti kerana penulis sudah habis menghafal tiga hari sebelum hari ini dan lebih menumpukan untuk subjek pharmacology yang sedikit lebih lemah itu. Semoga ia menjadi bekal untuk Allah mudahkan dalam peperiksaan kelak insyaAllah

hadith nabawiyah merupakan sumber rujukan utama bagi ummat islam selepas kitabullah dan antara adab-adab kita terhadap Rasulullah adalah dengan mempelajari hadith-hadith dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda. Antara perkara yang benar-benar menyentuh hati penulis adalah tentang bagaiman sayangnya baginda kepada kita semua selaku ummatnya sehingga sangat banyak perkara tidak diwajibkan keatas kita hanya kerana takut ia membebankan kita semua. Perhatikan dua hadith di bawah

' Had i not feared burdening my Ummah, i would have commanded  the to use siwak before every salat '

' every prayer has it's own time if that is not burdening my Ummah '

terlalu sayang baginda kepada kita namun apakah kita sayang sebagaimana baginda kepada kita?

mohon doa semua
. Hadith written examination
. 15 Mei 2012
. 10 am

Sempena nakbah Palestin yang menjelang, bersamalah kita berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kita semua dan urusan saudara kita di Palestin sana dan memenangkan Islam di mana sahaja mereka berada. Amiin

PRAHARA NAKBAH PALESTIN


Langit Genting Gaza terpercik darah
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah
Membakar kebun-kebun iman dengan nyalaan Salibiyyah
Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah
Membina tembok pemisah gergasi terpanjang di dunia
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar di marcapada.

Hanya dengan tohmahan penyalahgunaan kawasan
Dijadikan masjid sasaran serangan
Mengesyaki pemimpin jihad bersembunyi
Dewan ibadat dibom pada muka hari hijri.

Wahai Zionis,
Sesungguhnya tembok yang kau hadangi
Tak dapat memisahkan ikatan imani
Bulatan persaudaraan seluruh jagat yang sama kiblat
Kukuh utuh dalam ikrar wahdah yang terpahat
Dalam semangat hijrah pejuang tak pernah kalah
Biarpun bedilan mortar Zionis tak kenal lelah
Ruh jihad Palestin membara dalam mata para pria
Doa wanitanya jadi api membakar makar.

Gema perjuangan sekian dekad tetap bertalu
Berkumandang di gegendang saudara sejagat merata buana
Desing peluru yang merobek kujur jasad warga
Tak mampu membunuh jiwa dan semangat seagama.

Nakbah ini tak akan lestari
Gharqad pasti layu di bumi Al-Ayyubi.


Rozais Al-Anamy
 http://rozaisalanamy.blogspot.com/
Padang Embun
Januari 2, 2009 (malam: 11.49)

sampai berjumpa redha pencipta
saza s

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger