berbisikkah rindu itu???

assalamualaikum w.b.t.

semoga semuanya berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah s.w.t.

rindu yang dikurniakan oleh Allah sangat dirasai terutamanya apabila kita berada berjauhan antara satu sama lain.Disebabkan dekat dan eratnya hati antara kita...kerinduan itu ternyata tidak mampu dihitung mahupun diukur hanya dengan banyak mana kita mengingati antara satu sama lain dan sebagainya...

untuk melenyapkan kerinduan yang menyala-nyala dan juga menghentikan ingatan kepada teman yang dirindui...ana gagahkan diri untuk selalu menyebut nama mereka dan juga berpura-pura mewujudkan mereka dihadapan ana....pada ana dengan selalu menyebut nama orang yang kita rindui, rindu itu akan kendur sedikit demi sedikit....

ana terbaca laman Langit Ilahi yang memaparkan kerinduan pemiliknya kepada insan-insan yang sungguh istimewa....tidak ana nafikan keadan sedemikian kerana manusia itu dilimpahkan dengan perasaan kasih dan sayang yang mana menyebabkan mereka menjadi terbiasa antara satu sama lain dan tatkala berjauhan,perasaan untuk berada dalam kebiasaan itu membuak-buak hinggalah kita dapat menyesuaikan diri untuk keluar daripada kebiasaan itu dan mencipta suatu kebiasaan yang lain.....

rindu ana kepada teman-teman seperjuangan seakan mendera kalbu ini...terutamanya tatkala sekarang saya sedang membaca buku VT karangan langit Ilahi,nama teman-teman saya tercatat di setiap helaian...karakter yag tersurat sedikit-sebanyak meluruhkan rindu itu...juga ana kuatkan hati menghantar sms yang biasa-biasa sahaja..just wishing good morning,gud luck for exam n sebagainya...sebagai seorang sahabat,ana amat menghargai sesiapa sahaja yang melakukan sedemikian kepada ana....

sebagaimana yang kita tahu ..sungguh senang mencari manusia untuk bergelak ketawa bersama kita,tetapi sangat sukar mencari insan yang sanggup menangis bersama-sama kita.....(tiba-tiba teringatkan naim)

alhamdulillah..keluarga ana telah beransur pulih daripada wabak influenza yang sedang menyerang negara ini...tetapi keluarga ana tidak terkena virus itu...ana pun tidak tahu virus apa...mungkin influenza a bermusim..ataupun illnesses like influenza...mungkin itu? wallahua'lam

apa yang pasti..ketika mana semua ahli keluarga mengerang kesakitan dan tidak larat serba-serbi untuk bermacam-macam...teringat akan hadis rasulullah yang lima itu,antaranya... rebutlah masa sihat kamu sebelum masa sakit kamu.... cukupkah manfaat ana terhadap segala masa sihat ana dan cukupkah munajat ana ketika masa sakit ana????

bersungguhkan kita menjaga kesihatan kita ....
prevention is better than cure

terkenangkan post kak Hood sunny yang menyentuh isu virus pandemik yang mengancam nyawa,influenza a h1n1 dan yang sangat mengejutkan saya ialah tentang virus futur yang mengancam iman kita semua...pertama kali saya mendengar perkataan futur ialah ketika ana berada di tingkatan 1 di SMAKL...tazkirah itu merupakan antara ingatan jangka panjang ana kerana ianya merupakan antara tajuk yang paling kerap dibahaskan tetapi bila tiba pelaksanaan ... ana tertanya-tanya kadang-kala suatu ketika dulu ...apakah yang terlalu bahayanya futur ini... ternyata percaturan ana silap ketika meremehkan perkara ini....ana tidak mahu bercakap panjang tetapi ana mhu kita renungkan ...adakah rindu itu berbisik...bisikannya membawa kepada ketaatan ataupun kepada kefuturan???

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger