-tentang semalam-

assalamualaikum w.b.t.

semoga Allah terusan menyirami hati setiap hambanya dengan limpahan iman dan barakah.

insyaAllah..ana ingin memohon maaf kerana lewat menulis kali ini kerana semalam,ana sepatutnya menyiapkan entry ini tetapi ada musykilah yang mengganggu semalam.

perkahwinan kak Zizi dan abng Abu Bakr telah berlangsung dengan meriahnya di kediaman pengantin perempuan di Besut pada Sabtu lalu.Alhamdulillah ana sekeluarga telah menghadiri kenduri tersebut dan telah menikmati hidangan lauk pauk yang sungguh sedap sekali di sana.Kepada kak Zizi dan Abang Abu Bakr..ana mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga bahtera yang belayar menempuh lautan dakwah dan tarbiyah dengan hemah dan sabar menuju gerbang jannah.

happy wedding's day abang Abu Bakr n Kak Zizi

kakak dan kak da juga telah pulang daripada UIA untuk menghadiri jamuan tersebut... pada hari sabtu kedua-duanya telah selamat sampai ke rumah....

kakak telah pulang pagi semalam menaiki bas ke KL dan kak da pula bertolak malam semalam bersama dengan kak Marhamah....

oo...henset siapa tu???

alhamdulillah ana juga telah berjaya mendapatkan sim kad ana semula dan telah pun menggunakan no ana kembali.....kerana sebelum ini, hampir seminggu sim ana kena PUK dan selepas itu hampir tiga minggu ia di'reject'...disebabkan no tersebut didaftarkan atas nama kak da..maka ana terpaksalah menunggu hingga kak da pulang.

sim ana telah kembali...yang paling kiri sim abi yang ana gunakan sementara waktu.yang paling kanan sim lama yang telah di'reject' dan yang tengah sim baru....

petang semalam kami telah ke SMAKL menziarahi adik-adik di sana dan juga menziarahi adik-adik SMAKL yang lain....kami membawa nasi dan sedikit lauk.... tetapi kami tidak tahu bahawa Kak Su berpuasa dan hanya adik TB sahaja yang makan...kak su cuma membungkus lauk tersebut untuk dibuat juadah berbuka.....

kesiannya adik TB...lapar ya...makan-makan-makan

kak su yang berpuasa dan adik syahirah yang demam hari ini

ana terbaca laman web langit Ilahi sebentar tadi..masyaAllah beliau merupakan seorang yang sungguh berpandangan jauh ...mungkin ana perlu mencontohi beliau dalam mengemaskan lagi gerak langkah ana dalam berblogging ini.....

btw..ana juga sedikit kecewa kerana ana tidak berjaya mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Terengganu atas beberapa alasan yang pada ana #$#@#$...tetapi itu menjadi cabaran bagi ana untuk membuktikan bahawa tanggapan mereka salah dan ana akan tunjukkan kepada mereka bahawa Islam itu tinggi dan hanya manusia yang takbur dan tamak haloba sahaja yang tidak nampak akan ketinggiannya.......

ana minta semua doakan ana agar urusan perjalanan pembelajaran ana berjalan lancar dan agar Allah merahmati dan memberkati kita semua....

arigato gozaimasu kak da for everything
-the 'sim card' you help me
-the 'kyros kebab' you treat me
-the ride i drove you
-the 'ayam masak merah' you cooked

ayam masak merah cooked by kak da

-the 'sup sayur' you also cooked
-n for the love eternity

kasihan kepada adik syahirah yang demam pula hari ini lantas tidak dapat ke sekolah dan akan duduk dirumah ini bersama-sama ana..masuk kali ini, sudah tiga kali dia demam....ampunkan dosanya Allah....

adik-adik di SMAKL juga ada beberapa orang telah pulang ke rumah kerana menjadi suspect H1N1...cumanya setakat ini..mereka hanya dibenarkan pulang kerana simptom yang ditunjukkan sahaja..masih belum disahkan..tetapi marilah sama-sama kita doakan agar Allah memelihara kita semua...amiin

ana dan kak da....peace sailor

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger