-tentang VT-

assalamualaikum w.b.t.

semoga Allah masih menyayangi kita dan terusan melimpahkan rahmat dan inayahnya kepada kita semua.....

apa khabar anda semua yang singgap di laman sesawang ana ini....semoga terusan sihat iman dan diri anda...


ikuti pembedahan awal buku ini...
.

Subjek luar biasa dan sentuhan Islami yang berkesan,” komen Kak Anis melalui sms.

Selesai beliau menyemak VT secara keseluruhan, saya meminta Kak Anis menulis komentar beliau tentang VT untuk tujuan promosi.

Dalam komentarnya, Kak Anis menulis, VT menjanjikan kepuasan membaca yang seimbang. “Ceritanya menarik, moral ceritanya menambat hati.”

Menurut Kak Anis, Hilal cekap menukangi VT. “Aksi-aksi wataknya mengembangkan plot sedikit demi sedikit. Cerita berkembang dengan memancing sensitiviti kita melalui episod yang pelbagai rona emosi: mengharukan, menyedihkan, memeranjatkan, mendebarkan, dan menggelikan hati. Dengan ramuan-ramuan ini, membaca VT menjadi satu aktiviti yang mengasyikkan!”

Kak Anis melihat VT bukan semata-mata sebagai sebuah novel tentang pemain dan permainan bola tampar, sebaliknya menggalas misi ulung menyuntik nilai Islami kepada pemain dan permainan bola tampar itu sendiri.

“Sentuhan Islami ini dilakukan dengan halus, terancang, dan bermatlamat. Hilal Asyraf mengatur taktik naratifnya agar objektif membawa Islam kepada pemain dan permainan mengalir licin dan logikal. Elemen dakwahnya bersahaja,” ujar Kak Anis.


baca lebih lanjut di: http://zakaria-sungib.blogspot.com/2009/04/pembedahan-ke-atas-v-t.html sebenarnya, Hilal asyraf merupakan seorang blogger. dia turut mengeluarkan sebuah lagi buku bertajuk "langit Ilahi: Tuhan tidak lupakan kita" yang memuatkan motivasi islami di dalamnya.

baca lebih lanjut tentang promosi kedua-dua buku ini di blog beliau:
http://ms.langitilahi.com/promosi-buku-hilal-asyraf-bhg-akhir-maklumat-penuh/

>>> buku nie baru keluar di pesta buku.. di booth Galeri Ilmu (booth 81) dengan potongan 15%. ulasan personal dari ana: buku yg sangat best dengan jalan cerita menarik dan sarat dengan nilai2 islami....

Alhamdulillah..ana telah habis membaca novel VT karangan saudara seislam ana HILAL ASYRAF.. took quite a long time to finish it.Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada penulisnya dan juga kepada semua ahli keluarga VT kerana saya dengan sungguh lambatnya baru khatam buku tersebut sedangkan orang lain sudah puluhan kali mengulangbaca novel itu....

alhamdulillah..sebuah novel yang sarat dengan nilai islami dan moral jasadi kerana Hilal dengan penuh bersemangatnya telah melakarkan jalan penceritaan yang sungguh hebat dan mantap (wish i could be like him ...hehe).Gaya penukangan kisah tersebut disusun dan diplotkan dengan amat baik dan bermutu hingga kadang-kala menimbulkan variasi interpretasi di hati pembaca. Ana umpamanya tersentuh dengan kebijaksanaan dan kesabaran Coach Hussam dalam mentarbiah anak-anak pasukan Vt tersebut dan saya juga geram dan sakit hati terhadap Cikgu Senan (especially) dan juga Aril di atas kebiadaban mereka mencemarkan maruah seorang pemain berkarliber dengan taktik kotor ,penipuan,rasuah dan juga percakapan kasar....

jika diteliti dengan baik jalan penceritaan VT...ana rasa agak jarang dalam dunia penulisan, penulis yang mengetengahkan isu sukan bola tampar... yang kita biasa dihidangkan adalah tentang bola sepak,badminton,lumba lari,bola keranjang dan juga sepak takraw.Hidangan yang telah disajikan ini ternyata menyuntik elemen yang berbeza lantas memberikan sedikit variasi dalam mencorakkan seni penceritaan penulis zaman kini....ini merupakan satu langkah awal bagi penulis baru dalam melakar jejak dalam bidang penulisan.Idea yang dilontarkan sungguh bernas dan menyentuh kalbu iaitu 'SUKAN SEBAGAI IBADAH'... agaknya dalam banyak-banyak novel yang ana baca ...tidak semua yang menampilkan isu ini.Yang selalunya ditonjolkan adalah kemiskinan,persahabatan,kesungguhan,dilema akademik dan sukan...dan sebagainya tetapi dalam VT mesej yang cuba disuarakan amat jelas semenjak awal muka surat hinggalah ke akhir cerita.....

ana agak kekok di saat awal pembacaan VT.mungkin kerana sebilangan besar watak yang dimainkan dalam novel tersebut ana kenal..hinggakan ana merasa geli hati dan sedikit keliru dengan kenyataan yang tersurat dan realiti yang ana tahu.....( betul ke watak ni perangai dia macam ni???) dan sebagainya....secara bersahaja tapi menyengat..Hilal berjaya menghidupkan semua watak tanpa ada satupun yang terpinggir biarpun ia hanyalah watak sampingan tetapi dengan diselitkan sekali insiden yang sungguh memukau..mereka turut timbul dalam gerak cerita tersebut. Beberapa watak seperti Salman,Aws,Tengku Syakir dan sebagainya yang hanya disebut dalam sebilangan kecil plot cerita tidak tenggelam kerana Hilal pandai memberikan kesan kepada watak-watak ini....

membaca novel ini pada ana samalah seperti membaca buku himpunan kata-kata hikmat. Setiap bab disertakan dengan kata-kata hikmat,misalan,ayat quran dan sebagainya. Kadang-kadang pembaca juga sedikit sebanyak memuhasabah diri melihat kepada tulisan cerita tersebut yang ternyata bukan sahaja mengajak pemain dalam cerita sahaja tetapi turut sama mengheret pembaca menyelaminya juga. Perumpamaan jasa bola yang mengorbankan dirinya untuk disepak dan diterajang yang mana plot tersebut membabitkan watak Ridhwan... benar-benar menunjukkan kreativiti penulis dalam menyemai sesuatu yang jarang dimiliki oleh orang lain. Justeru.... ianya mejadi suatu masterpiece yang sangat indah lagi mengajak kita semua merenung kembali akan diri kita yang kerdil ini di hadapan Allah

merenangi isu bola tampar, ana turut sama ditimpa beberapa istilah yang mungkin baru kali ini ana tahu seperti libero,digging,sub,fast,spike,open dan sebagainya...ana juga tidak mahir dalam sukan ini dan hanya pernah beberapa bulan sahaja cuba meminati sukan ini sewaktu berada di SMAKL tetapi disebabkan bola selalu pecah, peruntukan pula tidak ada..jadi sukan ini di SMAKL pernah sepi suatu ketika...tetapi sekarang ianya sudah muncul kembali.....beberapa maklumat mengenai teknik permainan,strategi seperti dummy dan sebagainya,latihan yang digiatkan oleh coach Hussam seperti lompat tangga,pemberat dan sebagainya membuka mata pembaca akan dunia bole tampar yang sebenarnya....

ana sebenarnya agak sedih dan terkilan tatkala mengenangkan nasib yang menimpa coach faiz yang telah dianiayai oleh seseorang yang telah dibutakan dengan posesi pangkat dan kelabu materalisme dan pangkat...juga ana agak tersentuh dengan perubahan prestasi yang ditunjukkan semua pemain VT terutamanya barisan pelajar tingkatan 5 yang mana mungkin watak-watak itu sebaya dengan ana...peperiksaan pertengahan tahun sudah berjaya memperoleh 9A...sehayat ana..belum pernah ana menggenggam sebanyak itu A dalam peperiksaan pertengahan tahun...cuma di zaman percubaan sahaja Allah bantu...(let's not talk about that)

banyak lagi sebenarnya yang ingin ana kongsikan tentang VT tetapi mungkin anda semua boleh membedah siasat VT sendiri... selain Justeru Impian di Jaring.....ana rasa suntikan Islami dalam novel ini lebih besar impaknya berbanding novel Zaid Akhtar tersebut.Mungkin JIDJ terbit lebih awal..maka prioriti diberikan lebih kepada novel tersebut..jadi ana menegaskan agar anda semua WAJIB BACA kedua-dua novel tersebut.....

p/s- teringin sekali menjadi penulis yang berjaya seperti Hilal Asyraf....doakan ana ya

4 comments:

Nuha Hashim said...

tahniah juga walaupun lambat nta baca..ana dah tak larat ulang..huhu.
Alhamdulillah, ana ambil jurusan deeniah, (usul fiqh dan fiqh). please pray for me ya..really hope for the best..for Islam .

saza s said...

huhu..tak larat nak ulang??? power tu
tahniah juga dapat ke oversea..amik jurusan apapun...biar kita menang mkendapat mardhotillah
ana kagum sebenarnya bila ada kaum hawa yang ambil bhgn ini...
tahniah skali lagi buat anti

Aisyah Ulya said...

Hihi.. Congrats both of you.. Terbang ramai-ramai.. 6t ana ikut sama.. Pegi jauh-jauh.. ALLAH jangan jauh..!! ^_^

saza s said...

insyaAllah..biar semua yang ingin membawa islam diberi kesenangan dan kemudahan oleh Allah...chayok

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger