-tentangnya-

assalamualaikum w.b.t.

berdoalah agar Allah mencampakkan inayahNya kepada kita semua...

sebelum itu ana ingin memohon maaf kerana dua tiga hari ini ana tidak sempat menulis apa-apa dek kesibukan yang agak melampau ditambah dengan kedatangan tetamu pada malam ini....

tentangnya adalah tentang Hafiz yang tidak dapat datang ke SMAKL kerana tersebarnya berita di uia SMAKL telah dilanda wabak H1N1 dan ditutp .... so ridiculous... ana sebenarnya sangat kecewa tatkala mendengar berita tersebut.. salah faham tersebut telah menyebabkan kedatangan Hafiz ke sini dan kedatangannya untuk bermalam di rumah ana tergendala.. sungguh sedih

tentangnya juga adalah tentang rangkaian benda yang akan ana postkan seberapa segera memandangkan untuk kumpulkan kesemuanya di sini , sangatlah tidak sempat....

tentangnya juga adalah tentang kedatangan Opah dan abang Siddiq yang baru sahaja dijemput daripada lapangan terbang Sultan Mahmud di Gong Badak.. opah akan berada di Rumah ana selama seminggu dan pada hujung minggu ini akan kami hantar dia kembali ke Perak.. abang pula lebih kepada mengiringi opah menaiki Kapal terbang memandangkan opah tidak biasa... abang just pulang untuk dua hari sahaja..esok berangkat kembali ke UKM

tentangnya juga adalah tentang kesilapan ana menukar template..drpd PYZAM ini kepada RSS.. minta maaf kepada semua yang ada melawat blog ini pada time interval 12.30 tghari hingga jam 6 petang tadi kerana pada ketika itu ana sangat terkejut dan disebabkan tidak tahu menggunakannya..ana terpaksa menghentikan dahulu... alhamdulillah , ana telah menukar semula kepada Pyzam... hehehehe.. that suits me more.

tentangnya juga adalah tentang kedatangan saudara baru ke dunia blogging ini.. hehe.. ahlan wa sahlan ana ucapkan kepada Ahmad munaim kamaruddin... dan juga adik ana , Solehuddeen Shaatibi bin Zahari,.....kerana telah pun create blog mereka sendiri..... alamatnya..bleh tengok dekat sebelah ya....

insyaAllah..blog yang tetiba telah bertukar ini akan ana kembalikan ke rupa yang asal dan menambahkan post yang tergendala itu secepat yang mungkin..doakan ana

p/s- kepada abang adka rika..terima kasih banyak-banyak di atas tunjuk ajar abang selama ini tentang cara menukar template... terima kasih banyak-banyak

2 comments:

bangzai08 said...

assalamualaikm..
boleh ana tau url blog munaim ngan shatibi?

-huzaifah-

saza s said...

wassalam

kepada bangzai08.. nanti ana akan displaykan di bhgn sebelah ini

sebelum itu.. munaim meminta agar blognya dirahsiakan terlebih dahulu.....

mohon maaf..anta sudah punya ke?

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger