-tentang Sya'aban

assalamualaikum w.b.t.....

selamat pagi semua....

insyaAllah..kita semua terus dilimpahi Rahmat dan perkenan Allah sepanjang hayat kita....

baru-baru ini sewaktu menghadiri kuliah Ijtimaam yang saban minggu diadakan...ana telah mendengar bahan yang disampaikan..dua minggu berturut-turut penyampai yang berbeza membincangkan topik persiapan di Bulan Syaaban...

hermm..rasa-rasanya baru kali ini ana mendengar pasal persiapan di bulan Syaaban dalam menghadapi Ramadhan....selalunya sebulan sebelum Ramadhan , kita akan makan sebanyak dan sepuas-puasnya kerana pada Ramadhan sebula kita berlapar di siang hari...atau kita akan minimumkan solat sunat kerana di Ramadhan kita akan banyak solat sunat terutamanya Solat sunat terawikh dan qiamullail...betulkah pandangan di atas????

minggu sebelumnya..penyampai iaitu Pc Saufi ada memberitahu 4 persiapan dalam melalui bulan Syaaban.....antaranya

  • persiapan puasa- puasa ini buahnya adalah taqwa sebagaimana yang difirmankan Allah di dalam Surah Al-baqarah..... 183 "Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa."- para ulama telah menyifatkan Bulan Syaaban ini sebagai latihan bagi Ummat islam berpuasa agar ketika di Bulan Ramadhan nanti mereka tidak terbeban.
  • persiapan baca Al-quran-ketika di zaman Rasulullah..kaum muslimin sibuk membaca Al-quran agar mereka boleh istiqamah di bulan Ramadhan .. persiapan ini adalah sangat perlu terutamanya kita yang banyak urusan yang mesti diselesaikan seperti urusan kerja,peperiksaan dan sebagainya akan dilakukan pada Ramadhan.
  • persiapan doa-persiapan ini lebih tertumpu kepada melakukan persiapan rohani , hati dan mental dalam menemui Ramadhan.Sesiapa sahaja tidak berdoa di bulan Ramadhan..tidak meraih seberapa banyak pahala ketika itu..di bulan mana lagi???
  • persiapan mengingati kelebihan Ramadhan-boleh rujuk banyak buku tentang kelebihan di bulan Ramadhan ini tetapi yang ingin ana tekankan disini ialah... Bulan puasa ini bukan sekadar kita berlapar dan dahaga sahaja.....

pada Jumaat yang lalu..penyampai Pc Li juga menyampaikan kuliah tentang hal yang sama...
Beliau memberitahu terdapat banyak sebenarnya persiapan menghadapi Ramadhan ini....

  1. menyiapkan hati dan jiwa dengan bertaubat nasuha dan menyesal dan bertekad supaya tatkala kita melangkah ke Ramadhan nanti..kita berada dalam keadaan bersih hati dan jiwa.
  2. mengadakan perdamaian atau berbaiklah antara satu sama lain sekiranya ada salah faham dan sebagainya.Mohon maaflah antara kita kerana rahmat Allah tidak akan sampai kepada mereka yang bermusuhan....
  3. menyiapkan anak-anak dan ahli keluarga dengan memberitahu mereka tetamu yang agung akan sampai dan semuanya perlu bersedia dan untuk menyambut dan meraikannya dengan berbagai-bagai cara.
  4. membahagiakan orang disekeliling kita dengan senyuman , salam dan bertanya khabar.kita juga boleh menguar-uarkan akan Ramadhan kepada orang lain dan memberi hadiah kepada orang lain sebagai tanda kasih dan dan sayang kita.
  5. menghiasi indah rumah kita bukan hanya dengan perhiasan dan persediaan zahiriah tetapi makmurkanlah dengan lantunan al-quran,tadabbur zikir..ma'thurat, asma al-husna. Kemaskanlah sekeliling rumah kita, jalan untuk masuk ke rumah kita dan yang paling penting bersihkan diri kita dengan mendekatkan kepada Allah.
  6. membincangkan masalah ramadhan, persiapan,tazkirah, kelebihannya kerana kita perlu tahu serba-serbi tentang bulan mulia ini agar puasa kita nanti beroleh hasilnya..
pernahkan kita terfikir..berkesankah puasa dan solat kita selama ini.... puasa sudah bertahun-tahun..bertaqwakah kita..solat sudah berratus kali dikerjakan...jauh dari maksiatkah kita..

marilah kita berdoa agar kali ini Allah memberikan peluang kepada kita untuk merasai hasilnya dan merasai keindahan yang sebenar berada di bulan mulia ini..insyaAllah

p/s- kepada sesiapa yang akan fly ke oversea sama ada akan pergi mahupun yang pulang bercuti.... akan diadakan satu program pada 14 hingga 16 nanti .... tempat dan masa belum ditetapkan... boleh rujuk Ukhti Syamila Rosman di blognya
http://3uluwwulhimmah.wordpress.com/ ataupun boleh rujuk serba sedikit kepada ana...

selamat menjayakan persiapan di bulan Syaaban

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger