home sweet home ~ week 1

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan kesyukuran kepada Allah atas segala kenikmatan yang telah Allah berikan serta mohon ampun atas segala kekhilafan yang selalu dilakukan oleh tangan dan kaki yang selalu sahaja ingkar ini,lpenulis mulakan catatan kali ini.

alhamdulillah,agak lama menyepi juga daripada laman sesawang ini.Mengintai dari jauh saja blog yang kecil ini.Nak kata sibuk tidaklah terlalu sibuk, ada sahaja di depan komputer ini menonton naruto season one sambil melakukan kerja-kerja rumah yang memang menjadi tanggungjawab penulis kali ini.



ujian hidup bercuti

bercuti juga tidak terlepas daripada ujian dan cabaran.Cabaran kita terhadap diri kita sendiri.Tidak hairan jika kita melihat ramai mahasiswa yang pulang bercuti gagal menangani kehidupan dengan jalan dan cara yang berpatutan.Kita bukan sahaja pulang untuk melepaskan dendam segala bagai yang dipendam ketika di Ipt untuk dilunaskan di sini.

dendam untuk tidur lama, dendam untuk tengok tv sampai malam, dendam untuk main game sampai puas , dendam untuk membaca novel dan sebagainya.Inilah ujian yang dihadapi oleh sesiapa sahaja.Jika kita seorang yang berjaya di Ipt tidak boleh gagal ketika pulang di rumah.Jika kita menjaga solat dan doa kita ketika masih menuntut, maka ketika bercuti, kita perlu memantainkannya .Jika lebih baik, tingkatkan ia  insyaAllah.Ingatlah ujian yang paling berat adalah ujian Nafsu maka selalulah mujahadah.Sesungguhnya Jihad yang paling mulia adalah jihad melawan hawa nafsu.

sibuklah kamu mencari tuhan

pulang ke rumah maksudnya akan kembali menyaksikan senario kekalutan di pagi hari yang berlaku di rumah kecil ini.Abi yang akan menjerit meminta bajunya diturunkan, ummi yang ke sana dan sini dengan kerjanya menguruskan rumah tangga , kakda yang sudah mula melaporkan diri guru ganti di Sriq tidak lupa untuk menggosok baju di bilik Komputer , dua orang si kecil yang sentiasa menceriakan dan memeriahkan rumah ini serta penulis sebagai 'bibik' berjaya yang terus menyembunyikan diri dan goyang kaki di rumah bersama internet laju dan naruto season 1.

kadang-kala orang impikan keluarga yang sentiasa bersama, ada di rumah dan berjalan-jalan ke sana dan sini bersama-sama. Mungkin itu definisi keluarga yang bahagia.Namun sebagai seorang pejuang.Bersama bukan lagi satu keperluan tetapi keluar berjuang itu satu tuntutan.Sudah tidak kisah kalau balik rumah sunyi sepi macam rumah hantu atau duduk serumah tapi pagi sudah keluar petang baru balik.Kita semua sibuk mengejar redha Allah, kita sibuk memperjuangkan agama Allah.Sebab itu sentiasalah tajdid niat agar Allah memudahkan segala urusan kita.Mungkin kehidupan yang penuh cabaran ini kita perlu sentiasa waspada.Perangkap syirik selalu ada.Waspadalah sentiasa.

kehidupan dan kematian

sudah genap sepuluh bulan penulis merantau mencari pengetahuan di Mesir meninggalkan ummi abi dan adik-beradik yang lain di tanahair.Pemergian meninggalkan segala macam perkara jugak terlepas segala macam peristiwa.Namun perkara yang paling penulis terkilankan adalah berita kematian ikhwah dan akhawat yang amat kita kasihi.Tragedi yang tidak pernah kita kesali kerana semuanya suratan ilahi namun jauh di sudut hati , kerana kasih mukmin kepada saudaranya, ada air mata yang tumpah jua.

belum sempat terbang ke Mesir, akhi Ammar terlebih dahulu Allah jemput , sedang enak-enak membuat persiapan untuk menghadapi  peperiksaan ukhti Jannah pula yang dipanggil Allah.Itulah kehidupan , sekejap di atas sekejap di bawah.Di mana-mana sahaja kita berada ingatlah Allah sentiasa.Penulis sangat berysukur , pemergian penulis ke mesir tidak menerima sebarang berita sedih dalam kalangan saudara-mara yang terdekat. Pulang pun alhamdulillah malam pertama sudah hampir semua ahli keluarga belah ummi ditemui. Pulang ke terengganu pun ahli keluarga abi pula yang menanti.

Alhamdulillah , amat hebat hati-hati yang diuji Allah dengan kematian.Tabah menghadapai ketentuan walau hati terus bertangisan. Tidak dilupakan juga banyak betul yang menerima cahaya mata baru.Cikgu-cikgu di Smakl dan Sriq sudah ramai yang bertambah-tambah anak mereka.Dulu ditinggalkan baru seorangSekarang bila pulang sudah sampai tiga.Subhanallah..itulah pewaris yang akan datang. Juga agak sedih..kalau sudah lama tak jumpa mesti si comel2 itu tidak kenal..mulalah mintak dukung tidak mahu.... ni yang tak best dok oversea nih.Kepada Suna yang bakal menerima cahaya mata keduanya biarpun tidak sempat penulis tengok...  Tahniah dan selamat diucapkan.

syafakallah


cuti oh cuti

berkasih dan sayang kerana Allah

kalau di mesir , cutilah yang paling dinanti.Untuk mengulang kaji, menyiapkan nota membuat latihan menghafal dan sebagainya.Cemburu pula kepada mereka yang akan reseat paper..pulang membawa study... hish, jealoous dengan semangat untuk berjaya itu.Menyesallah pulak tidak membawa pulang buku-buku pelajaran. Hajat untuk mengkhatamkan buku-buku yang bersusunan di rumah ini masih terbantut gara-gara naruto yang berjaya memukau penulis.Tak berhenti-henti menontonnya ... hadeih! ini sudah kes bahaya.

biarpun begitu, percutian harus dirancang.Merancang untuk meningkatkan iman .merancang untuk meningkatkan ketaqwaan.Merancang untuk menemui Ramadhan dan sebagainya.Tidak pantas menjadi seorang daie dengan tidak merancang.Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Cuti memang sesuatu yaqng berhantu bagi penulis.Rumah memang kemas tetapi rumah kepada iman dan islam itu selalu berselerak.Solat pula selalu tersasar dari awal waktu.Qiamullail masih belum terlaksana.Macam mana nak lalui ramadhan dengan penuh penghayatan. Teringat pesan ummi "dahlah tak kuat, pastu solat tak khusyuk, koya ... macam mana Allah nak bantu " lemahnya diriku ini , Ummi

biasiswa... satu debaran

macam kelakarlah pulak dengan kata-kata di atas.InsyaAllah, urtusan itu sudah hampir selesai tunggu offer letter sahaja sekarang.Mohon doa semuanya ya.Dengan markah peperiksaan yang tidak seberapa , rasa macam tak layak nak dapat pangkat m dengan usaha yang diberikan.Rasa macam dengan result tu pun macam tak layak nak dapat biasiswa..tapi untuk mengurangkan beban abi dan ummi, ALlah janganlah kau hijabkan hajat hamba ini ya ALlah.Mohon doa semuanya ya.. kepada teman-teman yang lain yang turut sama meneroka sana-sini mencari tajaan.. gambatte kudasai diucapkan.

configuring life updates

hari itu bersembang dengan adli yang sudah dirindui.Dia menetap dan belajar di Sarawak.Jihadnya sangat tinggi.

penulis : adli buat pe tuh
adli : updating thing
penulis : uuuu.. updating life ~
adli : ape tuh

terus tangan gatal menaip di dalam twitter ' updating life : updating iman and taqwa' . Itulah tugasan sebagai seorang manusia.Beribadah kepada penciptanya.Jika kita tidak menguruskan kehiduopan kita maka siapa lagi yang akan melakuakannya?

 jendela menghadap jalan

wallahua'lam

NB
-still want to write longer but have to pack for Perantau
-KPT awaits me!
-Skema  sorry to say no!
-mohon doa semuanya. Rindu kalian

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger