new year finally

bismillahirrahminrrahim
assalamualikum w.b.t.

apa khabar semua pembaca? apa khabar blog kesayanganku ini? nampak sangat berhabuk dan penuh sesawang di sana dan sini.Merajukkah blog ini? gomenasai ye ... kesibukan menjelang lagi tahun ini bahkan lebih dahsyat lagi rasanya.Jadual kelas yang tidak lebih seragam menambahkan keterbatsan masa penulis untuk bersama internet dan blog ini langsungnya ditambah pula dengan tugasan persatuan,kelas dan study yang tidak boleh diabaikan sama sekali.


baru penulis teringat , penulis belum ucap lagi Selamat tahun baru buat semua pembaca ,sekadar men'shout'kannya di dalam twitter dan ym sahaja.Oklah ya ... selamat tahun baru buat semua.Belum terlambat lagi rasanya .Lingkungan 8 hingga ke 9 Januari , alhamdulillah , still first trimester of January.Tapi pejam celik-pejam celik sudah nak melangkah ke trimester kedua pula.Begitulah masa , sekejap sahaja jika dibiarkan dan sangat lama jika ditunggu dan dihitung.

minggu ini sudah minggu study leave bagi tahun 2 dan 3 (kami sengaja meminta untuk dilepaskan-sory ye tahun 1 , korang tak de study leave pon).Mesti pelikkan,mesir pun ada study leave ke?Penulis pun sama , universiti me'release'kan tahun 3untuk study leave dan tahun 2 yang sengal-sengal sumanya ini turut sama ingin (penulis pun sebenarnya nak juga).Terpaksalah menghadap prof Hamdi yang garang dan asyik cakap "where is your money" untuk meminta cuti.

prof hamdi : no , i cannot give you because i have to give to first dan third year also
kami (suma) : ????
kami (penulis) : but third has already don't come to class
kami (afuza) : they said that they are on study leave right now
prof hamdi : hmmmmm
prof Hamdi : ok , you can...
kami (semua terutamanya penulis ) : ????

teringatkan exam final tahun lepas, ada beberapa hari untuk final revision dan rutin setia hari adalah sama terutamanya makanan tengahari adalah indomee yang dibeli di kedai runcit di tepi rumah.Sengaja tidak mahu menimbulkan idea untuk masak tengahari kerana merasakan ia sangat mengganggu study.Kali ini , lebih dahsyat lagi ... tengahari berjalan kaki ke rumah Kedah untuk mendapatkan sepinggan nasi beserta ayam dan sayur yang sedap, cuma bawak balik rumah je ...hihi ... rezeki dah ada , kenapa nak simpan-simpan

tahun baru ini dimulakan dengan tragedi hanset kecil berwarna biru ini terjatuh kedalam lubang j*mb** di kuliah dan ia meragam selama beberapa hari.Alhamdulillah kawasan 'tempat kejadian itu' bersih dan membolehkan penulis yang waras ini untuk mengambilnya ....nge3 ... tidak perlu dikomen pada part ini. Nak bagitahunya , abi sudah mengirim satu lagi henset baru atas kemalangan tersebut dan belum sempat penulis melihat henset tersebut , alhamdulillah mangsa accident itu sembuh kembali ... (selamat satu henset spare)

jadi , kepada semua penulis menasihatkan agar menjaga barang-barang anda dengan sebaik mungkin kerana malang tidak berbau dan bahaya tidak dijangka.Mungkin tergelincir dan sebagainya .Mohonlah perlindungan dari Allah sentiasa kerana pengawasan Allah adalah pengawasan yang sebaiknya.Janganlah terlalu membazir meskipun kita tidak sengaja untuk bebelanja banyak untuk sesuatu kerana sepanjang menggunakan hanset ini (bermula dr akhir tingkatan 5 hingga sekarang sudah masuk 4 buat henset yang digunakan .... T_T) .Bila satu persatu rosak (bukan sengaja-sengaja tukar) terasa rimas betul.... kesian abi dan ummi yang kena beli .

peringatan tulus ikhlas buat semua ahli PERUBATAN di mesir ini khusunya dari uinversiti Azhar banin , silalah settlekan taslim dan taqdim anda segera kerana 4 orang ahli bait penulis terpaksa berdiri dan menunggu semenjak selepas subuh sehingga ke pukul 2.meskipun pelajar-pelajar dirasat sudah memulakan peperiksaan mereka , ingat ... bumi mesir ini buakn dihuni oleh pelajar dirasat dan kita sahaja bahkan oleh ramai lagi pelajar-pelajar daripada pelbagai universiti dan tempat.Mintalah kemudahan daripada Allah sentiasa.

looking forward to write more n more next time.have to arrange my life schedule completely in order to avoid any inappropriate abuse usage of time and energy.Energy wasting itu hanya ada bagi mereka-mereka yang mempunyai lesion di dalam barain mahupun spinal cord mereka jadi, anda yang insyaAllah sihat walafiat ini janganlah cuba-cuba untuk bermalas-malasan di rumah anda sedangkan saudara kita di luar sana sedang gagah berperang.


wallahua'lam

NB
-alhamdulillah , bankdraf sudah selamat sampai ke tangan ketua kelas penulis , menunggu masa untuk dihantar ke president Azhar bagi melunaskan yuran tahun 2 ini
-mid year exam - 16 Jan till 23 Jan
-winter break - 29 jan till 12 jan (jadual dah penuh , jangan nak risik-risik untuk jadi ajk itu dan ini) ^_^
-gambatte ne kepada semua

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger