berguru kepalang ajar

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

istimewa Hari Guru


semalam membaca sajak nukilan Usman Awang, "Guru oh Guru". Kali pertama mendengar sajak ini dideklamasikan ketika berusia 10 tahun ketika masih menuntut ilmu di Sekolah kebangsaan Padang Midin oleh salah seorang tenaga pekerja di sana . Ketika itu masih terlalu awal dan mentah untuk mendalami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis puisi dan pendeklamasi. Sekadar menjadi penepuk tangan dan orang yang berdebar kerana akan mendeklamasikan sajak 'kanak-kanak' selepas itu.

tapi kini , tatkala membaca terasa dalamnya pesanan yang cuba disampaikan. Benarlah , hayat sebuah tulisan itu akan terus berdenyut selagi mana kata-katanya dibaca dan dimanfaatkan oleh semua dan kini , mungkin sudah berabad sajak itu dinukilkan tetapi mesejnya akan terus hidup di hati manusia yang dahagakan khazanah ertinya. bergenang air mata bila terfikirkan kembali pahit maung bergelar pelajar khususnya di peringkat sekolah. No word to describe that experience.

penulis sewaktu di sekolah rendah  itu sentiasa disebut dan diangkat sebagai pelajar yang aktif akademik mahupun kokurikulum meskipun perangai penulis sentiasa ada naik dan turun. kalau boleh mahu sahaja dipadamkan sejarah hitam lama yang mengotori kehidupan , dah kecik-kecik macam-macam benda teruk yang dilakukan . Biarlah benda itu pergi , penulis pun tidak ingin menyatakan benda itu di sini. namun berakhirnya 6 tahun di SKPM membawa trofi 'Pelajar Terbaik sekolah'

berhargakah trofi itu ?

kemudian , bahtera pengajian diteruskan ke SMAKL meskipun ramai yang mengesyorkan penulis masuk ke pelbagai sekolah-sekolah hebat di Malaysia ini. Namun sejujurnya , penulis benar-benar mengikut telunjuk abi bulat-bulat dan akhirnya mengaji selama 5 tahun di SMAKL . Mulanya penulis malu ingin memberitahu orang ramai penulis bersekolah di mana . tetapi bila tahu berharganya pengalaman yang diraih , bila pakai jaket IKHLAS yang tertulis perkataan SMAKL di belakangnya , semua orang yang tanya SMAKL mana , penulis akan terus jawab Sekolah Menengah Agama kampung Laut , Kuala Terengganu tanpa berselindung .

meskipun penulis hanya berpeluang menjadi guru itupun tidak rasmi hanya beberapa kali dan itupun tidaklah menepati piawan guru berkelayakan yang sebenarnya , namun penulis tahu , bebanan seorang guru itu tidak mampu diluahkan dengan kata-kata . Kerana tugas seorang guru bukan sahaja mendidik anak muridnya sehingga pandai dan berjaya namun peranan mereka adalah mengajar manusia mengenali pencipta . Maka tiada harga yang mampu membayar penat lelah mereka , kerana Allah sahaja yang mampu membalasnya.

oh , tidak mahu merembeskan air mata , biarlah kenangan itu terus menjadi memori yang subur dalam ingatan. Moga Allah redha kalian

pendidik di Pasti As-Salam ( 1996-1997)
pendidik di Sekolah kebangsaan Padang midin (1998-2003)
pendidik di Sekolah Menengah Agama Kampung Laut (2004-2008)
pendidik di CFS IIUM Petaling jaya ( Mei 2009 - Julai 2009) 
pendidik di Kuliah Tibb Universiti Al-Azhar (Oktober 2009 - sekarang)

namun begitu , mereka inilah pendidik yang telah mendidik penulis dengan penuh kesabaran dan ketekunan dan kasih sayang kerana tanpa mereka siapalah penulis pada hari ini .

Zahari bin Salleh - guruku , heroku dan murabbiku 
Naziah binti Hassan - Guru Besar SK Tanggol
Shafiyyah Solehah binti Zahari - Pensyarah Biologi , CFS IIUM Petaling Jaya
Syuwaida Nasuha binti Zahari - Guru sepenuh masa Sekolah Rendah Ibnu Qayyim
Siddiq Syukkri Affandi bin Zahari - Graduan Fakulti Pendidikan UKM
dan semua guru-guru yang membintangi hidupku ini 

di sini , penulis titipkan sajak nukilan Usman Awang 
meskipun penulis juga adalah seorang penukil , tapi biarlah tulisan itu dibekukan dahulu 

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

wallahua'lam 

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger