semulia nikmat

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

mode: kembali menonton filem 'ketika cinta bertasbih'


menonton kembali filem ini mengingatkan saya kepada teman yang seorang ini. Masih teringat perbualan kami lewat penulis menghubunginya tahun lalu ketika fenomena KCB begitu menyerap ke dalam komuniti melayu di mesir mahupun malaysia sendiri.

penulis : buat ape?
sahabat penulis itu : saeed tolong ana saeed
penulis : tolong apa pulak ? anta nih macam-macam tau
sahabat penulis itu : tolong ana saeed , ana baru aje habis tengok KCB.
sahabat penulis itu : aaahhhh! Tolong!
penulis : Allah! hadoii , kawanku ini sudah diserang kuman KCB
penulis : ini sudah kes kronik ini.
sahabat penulis itu : rasa macam nak kahwin pulak tiba-tiba saeed
penulis : aduh, tolonglah selamatkan kawan aku nih

bila teringat , penulis rasa geli hati pula. Apatah lagi bila menyorot-nyorot homepage miliknya di facebook penulis sangat tertarik dengan ucapan oleh 'Ridh Wan' yang berbunyi  selamat hari lahir...with love n pray~ bleh kawin da naem pasni..=D .  penulis sebenarnya sedikit geli hati dengan ucapan itu. Meski kami seringkali berbicara mengenai hal ini , namun untuk melihat ucapan secara terang-terangan itu membuatkan penulis berasa sangat gembira. Minima , meski siapalah kami selaku temannya untuk memilihkan calon buatnya , doa yang tulus dan ikhlas kami hulur tanpa berkira.


perkenalan kami bermula kira-kira tahun 2000, atau mungkin lagi sebelum itu. Penulis tidak begitu pasti. Rumahnya yang terletak jauh di Kuala Berang menyebabkan kami jarang berhubungan ketika zaman persekolahan. Namun satu ijtima' am umum telah membuahkan noktah perkenalan antara kami. Petang itu kami bermain bersama-sama. Budak-budak kecil memang tak kira siapa , kenal tak kenal asal nak main sekali jadilah modal untuk berkenalan. 


ketika itu, penulis hanya kenal dia sebagai anak PC kamarudin kawan abi sahaja. Juga abang kepada Faiz kawan Shaatibi. Bahkan namanya juga penulis tidak kenal ketika itu. Namun kami cepat berkawan. Umur pula sama, meski tidak begitu rapat namun disebabkan yang seusia penulis tidak ramai ketika itu , perkenalan antara kami benar-benar terasa bermakna. 


2000 - mula berkenalan , masih teringat koleksi gambar digimon yang pernah ditunjukkan olehnya kepada penulis 


2000-2003 - tidak pasti keadaan kami ketika ini, Mungkin ada bertemu di dalam program umum seperti majlis hari raya mahupun majlis berbuka puasa.


2003 - kami menghadiri kursus intensif di SRIQ sebelum menjejakkan kaki ke tingkatan satu. Kami berjumpa di asrama. ketika itu ayah kami sudah pulang dan kami berdua berjalan bersama-sama menuju ke 'Nur Fresh' (satu supermaket yang sudah ditutup sekarang). Meski kami tidak duduk di bilik yang sama, namun kami duduk sebelah menyebelah di dalam kelas. Namun hayat hubungan kami tidak lama kerana dia dijangkiti Demam Campak ketika itu dan terpaksa pulang segera dan kembali semula lebih kurang dua ke tiga minggu selepas itu.


2004 - kami bersama-sama naik ke tingkatan 1 di SMAKL (ketika itu masih di SRIQ) dan duduk sebelah-menyebelah lagi di dalam kelas. Namun kami tinggal di asrama berasingan. Seringkali berkunjung ke asramanya meskipun bukan untuk berjumpanya.


Julai/September 2004 - 2008 - SMAKL sudah mula bertapak di Kampung Laut. Alhamdulillah, kami duduk di dorm yang sama iaitu dorm B . Dorm tengah antara dorm A dan dorm C. Itu hanya ketika tingkatan 1. Kami sebenarnya tidak begitu rapat antara satu sama lain ketika di sekolah menengah kerana dia mempunyai 'gang' dia sendiri dan penulis lebih banyak bersama-sama teman rapat penulis.


ketika tingkatan lima, hubungan kami agak rapat kerana dia banyak mendampingi penulis untuk study group dan berbincang untuk menghadapi peperiksaan. Juga ketika itu, kami masing-masing antara tingkatan 5 yang menjadi ahli rumah kuning, maka kami kena bersatu padu untuk mengendalikan rumah sukan itu meskipun tidak berjaya menjadi johan.


awal 2009 - pembikinan majalah sekolah menyebabkan kami terpaksa berhubungan. Dia yang berpindah ke Selangor terpaksa berulang-alik ke terengganu untuk menyiapkan majalah itu. kemuncaknya , penulis dan Daud mengembara hingga ke Selangor untuk membantunya menyiapkan majalah tersebut. Akibatnya, kami terpaksa menjadi ahli tidak rasmi rumahnya selama seminggu lamanya. Agak malu dan keberatan ketika itu sebenarnya.


ketika itu juga , penulis sudah diterima masuk ke UIA dan dia bertungkus lumus mencari tempat di sana juga. Katanya mahu mengikut jejak langkah abangnya (engineering IIUM) dan kakaknya (IRK IIUM). penulis sendiri ada menemaninya berjumpa dengan pegawai UIA untuk urusan rayuan kemasukan.


Mei 2009 - kami bersama-sama menjejakkan kaki di CFS IIUM kampus Petaling Jaya. Disebabkan ketika itu penulis hanya kenal dia, maka penulis sangat banyak menyusahkan dia dengan menelefon dia bila-bila masa sahaja dan meng'sms' dia semata-mata untuk mengetahui dia berada di mana.


ketika ini , hubungan kami hanya kerana kami saling mengenali (pada perasaan penulislah). Kami banyak menluangkan masa bersama-sama. Makan, melepak (secara tarbawi ...hihi), datang ke bilik , berjoging dan sebagainya. Ketika pertengahan musim, penulis lebih rapat dengan pelajar Matri yang turut mendiami kampus PJ seperti Mujahid, Ridhwan, Faris dan Fauzan serta tidak lupa Hafiz Hazim yang menjadi senior setahun. Pada penulis , naim lebih sibuk dengan roomate-roomatenya. Namun penulis tidak punyai masalah pun dengan hal itu.


sehinggalah ketika penulis menerima surat terima masuk belajar di Universiti Al-Azhar. Dengan berat hati dan sedih tak terhingga, penulis khabarkan juga kepada semua. Penulis bersedia dengan apa sahaja reaksi mereka. Alhamdulillah , baik penulis baik yang lain masing-masing ok dengan berita itu. Namun dia, penulis masih ingat kata-kata Hafiz ketika itu. "pergi jumpa dia. Dia terkejut sangat bila dengar anta nak pergi Mesir. Jangan belakangkan dia. Ingat anta banyak mempengaruhi dia di cfs ni".


petang itu, penulis lekas-lekas naik ke biliknya di Kolej Abu bakar ke biliknya di tingkat 4 (maaf nombor bilik tidak ingat). Dia sedang tidur nampaknya. penulis kejutkan dia. 


penulis : naim, naim bangun naim . Dah solat asar ke?
sahabat penulis itu : (setelah terjaga...) sampai hati anta nak tinggalkan ana saeed.


dan dia terus menitiskan air mata, menangis di saat itu juga. Penulis berasa sangat terkejut dengan insiden itu. Tidak tergambar betapa dalamnya perasaan kasih dan sayang dia kepada penulis meskipun sebelum itu penulis tidak pernah pun melebihkan dia pada yang lain. Dan kami bertangis-tangisan bersama-sama meluahkan rasa yang terbuku di jiwa masing-masing. 


tapi itu semua adalah cerita dulu dan kini masing-masing sudah berjaya membawa haluan masing-masing. Namun kasih-sayang penulis padanya mekar semenjak saaat gugurnya air matanya ketika itu.


sebenarnya penulis sudah terlambat sehari dan memang sengaja tidak mahu menghantar sms happy birthday kepadanya kerana merancang untuk meng'wish' bersama hadiah entry ini. Namun Allah izin agak lambat sedikit.


perkenalan yang Allah kurniakan setelah bertahun-tahun bersamanya sebenarnya tidak memberi makna apa-apapun kepada penulis sehinggalah penulis mendengar ucapan Saidina Ali ini "Orang yang paling beruntung di antara kamu adalah yang mencintai sahabatnya. Orang yang paling rugi adalah yang mensia-siakan sahabatnya. yang lebih rugi adalah yang mensia-siakan sahabat setelah dia memperoleh sahabatnya itu."


Untuk sahabatku, meskipun penulis tidak biasa menulis apa-apa entry yang khusus untk sahabat-sahabat apatah lagi untuk hadiah hari jadi dan sebagainya, anggaplah ini sebagai buah tangan daripada penulis tanda bukan orang dekat sahaja yang mengingati kita bahkan orang jauh juga tidak pernah lupa mengirimkan doa.


nikmat yang paling mulia adalah Iman , islam dan juga hidayah
namun, selain itu apa yang membuatkan aku berasa mulia dengan nikmat-nikmat itu adalah apabila Allah mengurniakan kamu kepada aku.






terima kasih 
sanah helwa ya gamil
moga Allah redha kamu
Ahmad Munaim Kamarudin
20 tahun
-teringatkan hadiah kredit seringgit yang ana hadiahkan pada anta masa di cfs dulu-

3 comments:

syumul said...

kerana nikmat yg terbesar selepas nikmat iman dan islam itu adalah sahabat yang soleh

saza s said...

iman dan islam menjadi jalan menuju syurga dan sahabat yang soleh memimpin tangan kita menuju ke sana

saza s said...

iman dan islam menjadi jalan menuju syurga dan sahabat yang soleh memimpin tangan kita menuju ke sana

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger