bismillahirrahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.
istimewa hari ibu
universiti Al-azhar merupakan antara universiti yang sangat unik .Mungkin penulis boleh katakan satu-satunya kerana mengasingkan pembelajaran lelaki daripada perempuan . Sejujurnya penulis tidak pernah tahu kenyataan itu meskipun sudah beberapa bulan menghantar borang permohonan kepada AQM sehinggalah penulis menghadiri kursus motivasi selama seminggu di ILIM dua tahun yang lalu. Pada mulanya , agak pelik dengan fakta tersebut namun akhirnya penulis berasa sangat lega dan gembira.
datang ke mesir , belajar di universiti yang terdiri daripada kaum lelaki sahaja (tidak termasuk penjual di mat'am dan juga penjaga kedai photostat) membuatkan dunia batasan syarak itu sangat terjaga. Apatah lagi wanita-wanita di tanah arab ini termasuknya pelajar-pelajar Malaysia yang datang begitu menjaga tatasusila mereka terutamanya bila bertemu dengan pelajar lelaki Malaysia (tidak termasuk mereka-mereka yang tidak berperangai sedemikian).
terperuk di dalam dimensi tanpa kehadiran wanita membuatkan penulis sangat menghargai setiap wanita yang hadir di dalam kehidupan penulis (tidak termasuk wanita-wanita yang tidak berkaitan). Wanita yang menunjukkan jalan yang lurus kepada penulis dalam mengjalani kehidupan dengan penuh makna dan pengertian. Wanita yang mendekatkan penulis kepada tuhan serta menggamit penulis ke arah syurga yang diredhai .
mungkin ahli bait sentiasa berprasangka apabila penulis merupakan ahli yang paling negatif sekali bila bersembang perihal perempuan , akhawat dan bab kahwin-kahwin dan sebagainya. Kalaupun ada antara 7 manusia yang duduk di dalam rumah 3 ini terbaca entry ini , penulis tidak salahkan kalian , kerana wanita-wanita istimewa penulis sudah cukup mampu membahagiakan penulis , andai ada wanita lain yang ingin tersenarai juga , bahagiakanlah wanita-wanita ini dahulu.
1- Ummiku sayang ( Naziah binti Hassan)
sebenarnya penulis masih lagi tidak sempat untuk mengucapkan 'selamat hari ibu' buat ummi kerana Allah masih lagi tidak mengizinkannya.Pagi tadi ada menelefon dan sempat juga mendengar suaranya beberapa minit sebelum line terputus dan tidak dapat menghubunginya kembali .Tidak mengapa, semoga ummi ada menerima sms penulis tempohari. Kata orang ibu , kaulah ratu hatiku . tapi kata penulis , ibuku , syurgaku di dalam redhamu . Tidak akan dapat penulis mencium bau syurga andai redha ummi tidak penulis rasa
terlalu banyak kenangan yang tersulam dalam pintalan hubungan kami . Apatah lagi penulis ini memang agak 'anak ummi' tetapi itu bukanlah penjamin kasih-sayang kami . hanya aqidah kepada Allah yang mengutuhkan silaturrahim ini . Seorang ibu yang tidak tegar melepaskan anaknya pergi merentasi selat dan benua melainkan meninggalkan doa dan Allah bersama-samanya . Semoga Allah sentiasa merahmatimu ummi dan menemptakan ummi dalam kalangan hamba-hambanya yang diredhai .
i love you ummi
2- Kakakku sayang ( Shafiyyah Solehah Zahari)
dulu , masa penulis suka sangat ambil duit abi dan ummi tanpa kebenaran , kakak antara mereka yang bertanggungjawab mengusir sifat mazmumah ini daripada diri penulis. Penulis masih ingat bila kakak rotan penulis sebab tak nak cerita perkara sebenar bila duit yang dia kumpul hilang dan dia terus rotan dan tanya bila penulis tak nak cerita. sampai sekarang rasa macam ada lagi kesan rotan dan terngiang-ngiang lagi kakak marah penulis dulu.
tapi kemarahan itulah yang menyebabkan penulis berasakan terlalu bodoh sesiapa yang tamakkan wang banyak hingga melebihi keperluannya . hanya semata-mata mahu mengisi perut hingga kenyang tidak menjamin kita akan terus kenyang di akhirat . Kata kakak , 'saeed!!!!!! , awak study tak? awak jangan main-main tau , awak jaga hati , jangan nak main-main pompuan , kalau akak dengar awak buat hal , siaplah !!! sampai ke luabng cacing akak cari !!!!!' kerana itulah penulis tetapi tahu , kalau kemarahnnya itulah yang membahagiakan penulis
i love you kakak (
bila lah nak rasa nasi minyak awak ya)
3- Kak da ku sayang (Syuwaida Nasuha Zahari)
kami satu perangai. Kami agak gila-gila walaupun dia sebenarnya lebih gila-gila daripada penulis. kami adik beradik genap , jadi kami memang se'spesies' . Kami sangat berbeza daripada kakak dan abang. Kami berdua sensitif meskipun penulis agak over sikit berbanding nya . Namun kami berkongsi rasa yang serupa , kami memang tidak suka kan durian . Kakda akan pengsan dan putus fius sikit bila bau durian . Penulis tidaklah seteruk itu .
tetapi apa yang tidak mampu penulis samakan diri dengan kak da , adalah kakda mempunyai hati yang terlalu lembut dan penyayang . berbeza dengan penulis yang sentiasa dibutakan dengan emosi dan perasaan. kakda terlalu pengasih hinggakan kakda sentiasa menjadi tempat mengadu dan berkongsi masalah. Kalau masa rindu nak balik rumah masa kat SMAKL dulu , bila telefon , dengar nama kak da saja sudah cukup membuatkan dada ni rasa sebak dan tidak mampu bercakap apa-apa lagi. Kak da juga sentiasa riang dan sentiasa dapat menebak apa yang terbuku di hati penulis .
i love you kak da
4- kak su ku sayang (Suwaibah Mardhiyyah Zahari)
adik perempuan pertama penulis yang semakin menginjak dewasa dan semakin meniti usia kematangan. emosi kak su lebih rapuh berbanding penulis .Namun pendiriannya sangat kental . Kalau dulu , dia sentiasa dibuli oleh kawan-kawannya , namun kini dia telah merupabh persepsi kehidupannya dan menjadi lebih kuat dan cemerlang. Meskipun dia tidak mampu untuk mengikut jejak langkah abang-abang dan kakak-kakaknya yang menempah kejayaan dalam arena masing-masing dan sering kali mengecewakan abi dan ummi , namun penulis tahu , itulah kejayaan yang dimilikinya
ummi sentiasa kata , 'su tu suka sangat tolong orang . Biar dia tak sempat nak study , tak sempat dan ualngkaji , tak sempat nak buat itu dan ini , ayik lambat je , tapi itulah sebab kenapa dalam sesetengah keadaan , Allah bagi jugak kejayaan padanya. Sebab dia tahu , bila kita buat baik ikhlas kerana Allah , maka Allah pasti akan balas balik keikhlasan kita itu dengan kebaikan yang setimpal . Itulah satu-satunya kelebihan yang tidak mampu penulis tandingi. Satu lagi persamaan kami , dalam 10 ahli keluarga penulis , hanya kami berdua sahaja yang tidak FB
i love you , kak su
5- Kak ma ku sayang (Salma Syakirah Zahari)
kalau kami berjumpa di rumah , pasti perang dunia entah yang ke berapa ratus juta kali agaknya berlaku. Kami memang tidak boleh berjumpa , ada sahaja modal penulis untuk mengusiknya dan mengajuk percakapannya. Kak ma yang semakin membesar , daripada belajar di SRIQ sudah masuk ke SMAKL , mula belajar erti malu dengan lelaki dan adab-adab murni , semuanya menjadi penyejuk mata dan dan hati abi dan ummi . Bial balik time revolusi hari itu , penulis selalu tanya ' ma , rindu tak abang saeed' dan dia akan mencebikkan bibirnya.
terlalu banyak yang tidak mampu penulis ceritakan perihal kami . I love you kak ma
6- adikku sayang (Syahirah Mawaddah Zahari)
si kecil yang menjadi apple of the family dalam rumah besar tu. Semakin terbau-bau 'brat'nya dalam telefon. Menjadi anak bongsu memang sakit , terutamanya bila suara si bongsu ini tidak selalu diberi perhatian dan tidak siapa nak diajak bermain bila semua yang ada dalam rumah tu sudah berkerjaya dan banyak kerja. terkutil-kutillah dia keseorangan dalam rumah itu , cuba menyesuaikan naluri kanak-kanaknya dengan arus dewasa yang semakin memuncak dalam rumah tersebut.
penulis tahu , kalau tanggungjawab anak sulung sangat berat , maka adik bongsu juga menggalas tugas yang sama . Alamatnya si sulong dan si bongsu akan selalu bercakaran. Sama seperti kakak dan adik dan abang siddiq dengan shaatibi. Yang tengahlah biasanya akan meleraikan . namun meskipun keperitan yang termaktub , penulis tetap menyayangi adik kerana adik merupakan satu-satunya syahirah mawaddah yang abang saeed ada. Tiada adik ,maka lompanglah kehidupan abang saeed. Semoga tabah menjadi kanak-kanak dewasa dalam rumah itu.
i love you adik
kak su , kakak , adik , ummi , kak dan , kak ma
you light up my life
juga ku titipkan kasih sayang buat semua wanita-wanita lain yang turut sama hadir mewarnai duniaku yang kelam dan sederhana ini
-opah dan tokwan
-mak long dan maksu
-cik ha dan suna
-semua mak saudara belah ummi dan abi
-semua sepupu sepapat perempuan belah ummi dan abi
-ustazah nafisah , shakirah dan hasmawati
-ustazah masyitah dan zuliyati
-teacher salimah , teacher zainab dan teacher sarah
- cikgu aisyah humaira' , noraisyah dan zurainah
-serta semua pendidik wanita yang telah sudi mencurahkan ilmu kalian kepada penulis
-mak pah (tukang masak SMAKL) serta tukang masak lain
- kakitangan SRIQ yang bersabar dengan penulis
dan akhirnya
buat 'wanita' yang hanya Allah yang tahu yang bakal dihadiahkan buatku
semoga tergolong dalam kalangan hurul ein dan muminah solehah
wallahua'lam
NB
-gembira dengan kehadiran
blog ini, jom ziarah ramai-ramai
4 comments:
So touching. May ALLAH assits you..
kepada aisyah Ulya
the touching part belongs to Allah
i just write them up literally
may Allah assits all of us
zaujah?
kepada Mu_hD
too early for that
you on the other hand is ok already
Post a Comment