spirit itu

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

jadual untuk peperiksaan final sudah pun dikeluarkan , cuma ditarik balik untuk beberapa pembetulan. Segala macam program pun sudah ditangguh. PERUBATAN sendiri tawaquf program bermula hari ini. Alhamdulillah , kesedaran untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran masih ada dan tidak dilupakan. Semoga Allah terus melimpahkan inayah dan berkahnya kepada kita semua.


Alhamdulillah juga , result untuk midsem baru-baru ini sudah pun selamat dikeluarkan.Ternyata , usaha yang sekarang masih perlu ditambah dan diimprovisasikan dengan lebih giat lagi kerana tidak berjaya mncapai target.sekadar sipi-sipi lagi untuk mendapat keputusan cemerlang.tambah-tambah pula , ada seseorang berjaya melintas penulis. Belum rezeki lagi memegang tempat pertama dalam kelas , tak mengapalah.

sewaktu menyerahkan senarai topik untuk diulangkaji bagi subjek physiology minggu lalu , penulis terserempak dengan dua orang pelajar tahun 1 yang kebetulan ingin berjumpa dengan prof yang mengajar subjek physiology. Tetapi malangnya prof tersebut tiada dan penulis hanya menyampaikan melalui pembantu lab yang kebetulan ada di dalam balik itu. Ternampaklah kertas-kertas jawapan untuk physiology bagi tahun satu sedang di 'key ini' markah mereka.

penulis : ha, apa khabar? , buat apa kat sini?
1st year A : alhamdulillah , kitaorang nak tanya prof pasal marakah physio mid sem
1st year B : kitaorang tak dapat lagi , dah lama tunggu tau
penulis : ooo , ye ke , sebenarnya , markah korang baru 'key in' . tengok tuh (sambil tangan menunjuk kearah pembantu makmal sedang menulis dan mencatat sesuatu)
1st year B : haaa ... ye ke?
1st year A : lambat betul prof nih
penulis : alah biasalah , kami tahun lepas pun , physio mid sem paling lambat dapat tau. Kejap lagi dapatlah tuh
1st year A : nampaknya semangat nak belajar physio nih lambat lagi lah.
penulis : kenapa pulak?
1st year A : sebab result  tu tak dapat lagi , kalau dah dapat barulahs emangat sket nak study
penulis : (mengeleng-ngeleng sambil tersenyum)


insiden ini acapkali berlaku di depan mata penulis .Tambah-tambah lagi semenjak menjadi biro akademik kelas , perihal pelajaran , exam ,soalan , result pelbagai semua dirujuk kepada penulis. Sewaktu baru pulang selepas muzaharat dulu pun , ramai yang asyik sibuk nak tahu result . Bila kata tak keluar lagi , semuanya hampa dan tiada mood untuk study. tapi bila keluar , markah rendah , rasa down pula .pelik!!!

sebenarnya , result peperiksaan itu  menyumbang kepada sedikit sahaja dalam menaikkan semnagat kita terutamanya dalam kalangan mahasiswa perubatan. Keputusan bukanlah indikator mutlak kepada inspirasi dan aspirasi perjuangan kita . namun begitu , kita kena ingat bahawa masyarakat sekarang menilai keberhasilan sesuatu individu dan institusi berdasarkan pencapaian mereka. jadi benda ini perlu dipandang melalui kacamata yang positif dan seimbang.

kalau kita asyik nak tunggu orang lain atau benda-benda sampingan lain seperti kawan-kawan , masyarakat , suasana , keputusan peperiksaan , maka semangat yang melonjak itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja , kenapa? kerana hadaf kita berjuang di dalam medan kita ini tidak betul dan setiap yang bermula dengan tidak betul ini belum pasti akan melahirkan natijah yang betul.

sewaktu menghadiri HIMEGA tahun 2009 , seorang panel slot 'sharing moment' ada berkongsi , 4 faktor penaik semangat dalam kita berjuang dalam menuntut ilmu ini ataupun dalam kita melakukan apa sahaja . Kita kena ingat bahawa dalam penentuan amal ini , keikhlasan kita perlu dijaga dan wasilah yang diambil juga harus dipelihara , jika tidak , kita hanya menangguk di air keruh sahaja tanpa memperoleh apa-apa .

Faktor pertama adalah kerana suruhan Allah swt . Firman Allah dalam surah Al-mujadilah yang bermaksud "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat" . Jika kemuliaan itu Allah yang berikan , maka tiadalah apa yang kita inginkan. Kerana ilmu itu adalah mahar yang sangat berharga , maka bercita-citalah untuk mendapatkannya. Apatah lagi mahasiswa perubatan, harus amalkan resmi padi , makin bertambah ilmu pengetahuan , makin sujud di depan tuhan.

kedua adalah suruhan Rasulullah . Sabda baginda 'menuntut ilmu itu kewajipan bagi semua muslim dan muslimah' dan banyak lagi hadis-hadis nabi yang menyeru kita agar berlumba-lumba mencari ilmu. Jika kita mengaku ummat baginda , maka hidupkanlah sunnah baginda. laksanakanlah suruha baginda. tidak rugi mereka yang percaya bahkan beruntung di setiap masa. Bukankah nabi itu sebaik-baik manusia , tidak mahukah kita mengikuti nasihat daripada baginda?

ketiga adallah ibubapa kita. Merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini. merekalah seharusnya penaik semangat dalam kalangan manusia yang harus bertahta di hati kita. Bukan kekasih pujaan , bukan kawan-kawan , bukan teman sepermainan tetapi ayah dan bonda. Besar pahala mereka yang menunaikan kewajipan terhadap ayah ibu apatah lagi menggembirakan hati mereka dengan kejayaan dan berita gembira. pesan mereka agar belajar dan berusaha , harus menjadi azimat untuk terus berjaya. Bukankah redha allah terletak pada redha mereka?

yang terakhir adalah jihad itu sendiri . Jihad , itulah pakaian mukmin. Doa , itulah senjata kita , Tawakal itulah perisai kita.Kelengkapan yang utuh dan cukup untuk menentang musuh di medan perjuangan. Tidak perlu takut dan gentar. Jihad , tangga kemuliaan kita sebagai mukmin, jika kta tidak berasa megah dengan laluan yang tercipta hanya untuk kita , maka siapa lagi yang sanggup turun padang berjuang mati-matian. Ingatlah , sesungguhnya sebaik-baik jihad adalah jihad melawan hawa nafsu.

apa-apapun penulis tulis adalah untuk diri penulis terutamanya.Apalah nilai ilmu tanpa amal. Bahkan orang berilmu tanpa amal akan diseksa terlebih dahulu daripada orang yang menyembah berhala. Jadi marilah kita betulkan persepsi kita dan kita bina kembali semangat perjuangan biar terbina atas dasar yang kukuh dan bersih. Moga Allah bersama kita semua

salam imtihan dan perjuangan
wallahua'lam

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger