gambatte finale 2 - quran

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

penat memasak untuk petang ini sedang menurun dan penat mengupload segala slide histology yang dijangka akan masuk exam sudah kebah. Alhamdulillah.

apa khabar semua? Penulis, alhamdulillah masih bisa untuk terus menulis dan mencatat di sini. pertamanya, penulis ingin mohon maaf kerana exam quran sudah habis tiga hari yang lalu. Terpaksa men'delay'kan cerita ujian quran kerana terpaksa mendahulukan tugasan sebagai biro akademik kelas yang kejam dan berperikemanusiaan dengan melaksanakan kerja yang disebut di atas.

fuihhh......

ujian Al-quran..... ada sedikit tragedi yang berlaku pada hari ujian tersebut.

1- penulis telah terbangun lewat pagi itu (bukan bangun subuh tapi bangun selepas solat subuh) lantas tidak sempat untuk mengulang untuk terakhir kali bagi juzuk yang masuk peperiksaan. Terus penulis kehilangan mood untuk menyambung ulangan ketika sudah sampai di universiti. Sudah la kelam-kabut bersiap pagi itu. berebut bilik air bersama dengan 7 ahli bait yang lain.

2- secara tidak disangka-sangka, pengawal peperiksaan menyuruh kami masuk ke dewan dan mula menyerahkan booklet jawapan untuk soalan penulisan (tahriri). Mulalah kebanyakan antara kami terkejut dan tidak senang duduk kerana prof pada sudah jamin bahawa tidak ada ujian tahriri dan hanya ada oral (syafawi). tapi, akhirnya prof datang dan menenangkan kekalutan itu. Jadi, hanya ada ujian oral sahaja.

3- ketika duduk di depan prof yang bertanyakan soalan, boleh pulak terlupa surah yang ditanya. Siap boleh tanya prof lagi, ayat tu dari surah mana dan prof hanya kata ," dalam juzuk tuh, hanya ada satu sahaja ayat tuh" . Malu dan geram sedikit dalam hati ini.

sila abaikan segala tragedi yang tertulis di atas . Bukan rekaan tapi kenyataan, cuma tak ingin mengingat kembali 'tragedi sebenar' yang berlaku di sebalik tragedi-tragedi di atas.

sebelum ini penulis sangat percaya kepada kuasa Allah akan membalas segala perbuatan hambanya sama ada baik mahupun buruk dengan setimpalnya. Hari itu, mungkin kerana terlalu perasan baik, bagus dan sempurna, penulis akhirnya telah dihukum oleh Allah kerana kekhilafan besar itu. Ya, perang emosi telah melanda penulis semenjak kaki ini sampai ke dewan sehinggalah kaki ini memijak tangga bas untuk pulang.

bila disabarkan hati yang sedang bergelombang amarah hasil tiupan syaitan, penulis teringat kembali kata-kata Dr Syafie dalam bulatan seberapa lama yang lalu

" Allah meletakkan kebaikan dan kejahatan dan Allah menerangkan kedua-duanya. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan dan tidak sempat melakukannya, maka Allah telah menulis kebaikan yang sempurna. Barang siapa yang berkehendak dan berjaya melakukannya maka  Allah akan balas dengan ganjaran hingga 700 kali ganda. Namun barang siapa yang terlintas kejahatan dan melakukannya maka Allah akan mencatatkan baginya balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

penulis sebenarnya tidak mahu hanyut dengan perasaan yang bercampur baur ini kerana harus kembali konsentrasi pada banyak lagi peperiksaan yang akan mendatang. Sebelum itu, sajak di bawah ditulis dengan perasaan yang tidak dapat digambar dengan satu perkataan. Jika bermanfaat maka, gunakanlah sewajarnya. Jika tidak, boleh letakkan status 'dislike' pada shoutbox mahupun komen di bahagian bawah.

Menipu Diriku


aku cuba untuk menipumu
dengan cara aku berkata benar pada diriku
aku mengatakn ya pada diriku
dan ku kunci mulutku padamu

aku jadi bangga sendiri
kerana yakin kau kan terpedaya
hingga aku lupa pada kuasa Ilahi
yang mempunyai aturan lebih berkuasa
menyebabkan aku terperangkap
ke dalam lubang yang ku gali sendiri

setiap kali aku menipumu
aku hanya menipu diriku dalam diam
asalnya aku muak dengan kejujuran
kerana jujurku kemenangan menjadi milikmu
sedangkan bagiku
kau juga sentiasa menipu

saat ini aku tersedar
tapi kututup kemas kesedaran itu
kerana aku masih mahu menipumu
meski aku tahu aku hanya menipu diriku
biarlah aku ditakdirkan tidak berjaya
kerana aku tidak ingin melihat
kau yang turut menipu, berjaya juga

wallahua'lam

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger