bismillahirrahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.
bila rasa masa dah semakin menyikit, mulalah menyesal pada masa lalu yang terabai begitu sahaja. manusia-manusia , begitulah fitrah kealpaan yang seringkali menjadi pakaian kita setiap hari dan saat.
mungkir janji ? penulis tidak mahu berbicara soal itu sekarang ini.
amal jamaie blog ? mungkin bukan sekarang ini
result exam ? tadi baru sahaja menerima berita gembira daripada cairo u , Azhar belum lagi
habis tu apa ?
langit Kaherah sekarang sangat panas. Terutamanya bila di tambah dengan hati yang sangat panas dan menggelegak juga. Di sinilah di mana tarbiyah Allah bermula dan berjalan. Diuji dengan kepanasan seharian sehingga air cond dan kipas juga tidak mampu untuk mengusir kehangatan itu pergi. Yang mampu menyejukkan perasaan itu adalah dengan sabar dan zikrullah. Mungkinkah kita tahu, mungkin kah kita lupa.
7 hari yang lalu penulis sudah selamat bergelar graduan tahun 2 perubatan universiti Azhar dan sekarang sedang menunggu dengan penuh kebergantungan kepada Allah. Beberapa hari awal , agak buntu hendak buat apa.
Biasalah fenomena orang baru habis exam, tapi jika berterusan boleh jadi penyakit juga. Jadi untuk tidak membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja , penulis baru-baru ini sekali lagi bertapak ke dataran tahrir.
kali ini bukan untuk berlegar-legar di kawasan penuh sejarah tapi untuk menikmati pemandangan senja di perkarangan sungai nil yang sentiasa meniti di bibir rakan-rakan penulis yang lain. Kali ini , penulis berkesempatan untuk menaiki bot dan meredah sungai sumber air bumi mesir itu selama setengah jam. Lebih mengujakan, bot yang memuatkan 20 penumpang itu hanya dinaiki oleh kami berlima.
sepanjang merentasi sungai, mulalah kami tidak senang duduk, masing-masing mengeluarkan lensa kamera dan mula menjalankan kewajipan sebagai jurugambar peribadi. Dari hujung bot hinggalah ke hujung bot satu lagi, kami bergambar .... hingga ketawa pak cik yang membawa kami tersebut. Mungkin tak pernah bawa penumpang yang agak lincah seperti kami. hihi
tirai senja berlabuh menokhtahkan pelayaran kami. usai membayar 40 geneh kepada pak cik tersebut kami lantas merentasi jambatan sungai Nil untuk ke seberang bagi menunaikan solat maghrib di masjid yang berdekatan. Kami terus sahaja memasuki sebuah restoran terkemuka 'Nile City' , restoran kapal yang benar-benar mencekik leher kami dengan harga yang mahal dan banyak itu. Mungkin kerana tamak, kami agak rugi dan ramai antara kami yang tidak berpuas hati dengan service dan makanan malam itu.
bil yang kami terima di sana ..... LE 805.65 - masing-masing terkejut !
dalam perjalanan pulang, kenyang, letih dan mengantuk saling bersilih ganti dalam fikiran. Namun yang lebih menggasak fikiran penulis adalah adakah diri ini mampu untuk menjadi seperti sungai Nil itu. Jika ditahan di kiri, akan mengalir ke kanan. Jika di tahan di kanan, akan mengalir di tengah. Jika di tahan di tengah, akan meresap ke bawah tanah. Jika di tahan dari meresap, akan melimpah ke atas. Jika di tahan juga di bahagian atas, maka akan pecah dan meletuplah air itu .
terlalu banyak permintaan yang di impikan untuk cuti ini
moga Allah tuntun langkah ku
jangan jadikan aku dalam kalangan Munafiq yang dilanknat itu
wallahua'lam
2 comments:
whoa! panas-panas mcm ni korang boleh gi naik kapal siang-siang buta?
kepada Amermeftah
itu bukan siang tenghari tapi petang time dah nak dekat senja. Kami naik jam 6 petang. Masa tuh dah tak panas tapi sejuk sebab berangin laut
Post a Comment