From Here We Begin, Till Al-Aqsa We’ll Meet!!
“Sungguh Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan syurga, mereka berperang di jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh itu adalah janji yang haq dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al Quran, lalu siapakah yang lebih menepati janjinya selain dari pada Allah?” (QS At Tawbah : 111)
“Orang-orang Yahudi akan memerangi kamu dan KAMU AKAN MENGALAHKAN MEREKA sehingga salah seorang di antara mereka bersembunyi di sebalik batu, maka batu itu berkata: “Hai hamba Allah, ini Yahudi berada di belakangku, maka bunuhlah ia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
PALESTIN…bumi para Anbiya. Bumi Isra’ dan Mi’raj. Al-Aqsa, qiblat pertama umat Islam! Disepakati para ulama, ia mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Aqidah umat Islam. Untuk itu, IA WAJIB UNTUK DIPERTAHANKAN!!
Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) SEBAGAIMANA IA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI.”
Umat Islam itu bersaudara. Jika saudara kita di Palestin dibunuh, disiksa, dihalau, dipenjara, dihina dan wanitanya dirogol tanpa belas kasihan, kita turut merasai penderitaan mereka. Mereka sentiasa memanggil, melaungkan pertolongan dari kaum Muslimin, namun siapa yang benar-benar menyahut panggilan itu? Adakah kita akan terus berdiam diri dengan mengatakan “Palestin bukan negara kita, maka hukum mempertahankan tanah air tidak jatuh atas kita”? Bayangkan jika kelak negara kita yang diserang Kuffaar, maka ketika kita merayu meminta bantuan, mereka pula akan mengatakan perkara yang sama. Apakah perasaan kita saat itu? Allahu A3lam.
Kini sudah hampir 100 tahun sejak “Deklarasi Balfour” 1917 dilancarkan oleh kerajaan British setelah penguasaan mereka atas bumi Palestin daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Deklarasi berat sebelah yang menyokong pendudukan Yahudi atas bumi Palestin itu ternyata menjadi bukti jelas betapa Umat Islam sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh Kuffaar. Deklarasi Balfour, dokumen yang memberi pengakuan dan legitimasi bagi bangsa Yahudi atas tanah Palestina, sebetulnya merupakan, meminjam istilah Robert John, ’the most extraordinary document produced by any government in world history.’ Dokumen itu merupakan janji dari bangsa pertama (Inggeris) kepada bangsa kedua (Yahudi) untuk memberikan negeri bangsa ketiga (Palestin), sementara pada saat itu ia masih merupakan bahagian dari kesultanan bangsa keempat (Turki). Deklarasi itu dikeluarkan bukan hanya satu tahun sebelum Perang Dunia I (1914-1918) berakhir, tetapi juga lima minggu sebelum pasukan Inggeris menduduki Jerusalem pada tanggal 9 Disember 1917.
Pada tahun 1940-an, British telah melancarkan polisi pro-Palestin yang telah menyebabkan Zionis melancarkan serangan terhadap pegawai british. Akhirnya, Kerajaan British menyerahkan urusan Palestin-Israel kepada PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).
Pada 29 November 1947, PBB mengeluarkan “Ketetapan 181” yang membahagikan Palestin 43% manakala Israel 67%. Asalnya, Arab-Palestin menduduki 92% daripada bumi Palestin. Sekali lagi, ketidak-adilan berlaku! PBB yang ingin menunjukkan simpati mereka terhadap Yahudi dalam kejadian “Holocaust” telah menetapkan bahawa Negara Palestin yang harus membayarnya! Pelik bukan? Holocaust adalah peristiwa pembersihan etnik yang ‘didakwa’ menyebabkan kematian hampir 6 juta orang Yahudi Eropah oleh Nazi Jerman yang dikepalai Adolf Hitler. Palestin tiada kaitan sedikit pun dengan peristiwa tersebut.
Tahun 1948, menyaksikan kemuncak kekejaman Yahudi Zionis. 200 perkambungan diceroboh! Antaranya Desa Deir Yassin. Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah.
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.
Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.
15 Mei 1948…Negara HARAM Israel didirikan atas tanah suci Palestin!! 78% tanah Palestin telah diceroboh. Semenanjung Gaza diletakkan di bawah autoriti kerajaan Mesir, manakala Tebing Barat di bawah autoriti Jordan.
1 comments:
salam saeed yang dirindui..
bagus penulisan mu kali ini...tapi gambar kubah yang kuning tu bukan al-aqsa, tapi kubah al-sakhra...yang masjidil aqsa tu yang kubah hitam tu...
Post a Comment