Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.
azam dalam hati tahun ini adalah tidak mahu tersengguk di dalam kelas walau sekalipun. kalau tahun satu dulu banyak kali juga tersengguk dalam kelas dan tahun lepas adalah tiga empat kali sahaja tetapi tahun ini mahu rekod bersih, konsentrasi sepenuhnya pada pelajaran dan pengajaran profesor yang mengajar di depan.
antara method tidak mahu mengantuk dalam kelas
1- membesarkan kelopak mata tetapi bergilir-gilir melihat benda dekat dan jauh untuk mengelakkan keletihan
2- menyediakan air masak sentiasa di sisi dan terus minum jika mengantuk
3- sentiasa berzikir dan ingat bahawa setiap masa kuliah itu adalah amanah dan Allah maha melihat
4- perbaharui wudhuk jika sudah terbatal
5- tidak statik dan perbanyakkan pergerakan yang tidak keterlaluan
6- menjadi pelajar aktif yang banyak bertanya dan melontarkan jawapan jika ditanya oleh profesor
7- banyak lagi sebenarnya
8- jika nakal sikit - makan makanan yang best dan lazat tanpa disedari oleh profesor atau tidur dengan mata terbuka.
alhamdulillah, meski di rumah jadual tidur dan bangun masih perlu pada disiplin tetapi tidak pernah lagi mengantuk di kuliah (mungkin pernah tetapi dikecualikan kerana baru balik daripada membuat visa di gawazat). Tahun ini, rasa kelakar tetap ada tatkala melihat kawan-kawan lain yang tiba-tiba dikejutkan oleh profesor ketika sedang mengajar. Perasaan malu memang tetap sinonim apabila suda dikejutkan .. hihi
tetapi bagaimana pula dengan iman kita ? adakah iman kita sentiasa sedar sepanjang hayat kita ataupun turut sama mengalami sindrom mengantuk seperti fizikal kita?
Iman yang dinamik akan melalui proses bangkit daripada kelesuan yang membelenggu hidup apabila diceritakan kepadanya ayat-ayat Allah. teringat satu tweet yang dikongsikan oleh (entah tak ingat) yang berbunyi 'Ustaz kata kalau hati yang tak terasa apa-apa bila dibacakan ayat al-quran adalah hati yang mati'. Adakah kita terasa kebesaran Allah disebalik setiap ayat Al-Quran yang dilantunkan mulut kita setiap hari. Jika terasa, Alhamdulillah. Jika tidak .. sila muhasabah - especially you Saza s
Variasi kebangkitan tidak hanya diukur pada kebolehan seseorang untuk berjaga tanpa tidur. Bahkan sudah menjadi sunnatullah untuk kita tidur. Hanya allah sahaja yang tidak tidur. Bertepatan dengan firmanNya yang berbunyi "Allah tiada tuhan yang berhak disembah melainkanNya yang Maha Hidup Kekal lagi terus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur..." .
Pokoknya, fenomena mengantuk ini memang terjadi pada semua orang dan mungkin telah banyak dibahaskan sama ada dalam dunia eceran sains mahupun blog-blog lain. Physiology tahun 2 dulu ada juga belajar tetapi nantilah penulis kongsikan. Dah mengantuk sekarang. Sebelum kita semua dijemput ke alam separa sedar, apa kata baca petikan kata-kata dibawah ini.
'Syaitan akan membelenggu tengkuk salah seorang di antara kamu bila kamu tidur sebanyak 3 ikatan. Setiap ikatan akan dilaungkan 'keatas kamu masa yang panjang!'. Jika terjaga dari tidur dan berdoa 'Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku setelah dimatikan aku dan kepadaNyalah kami kembali' maka terputuslah satu ikatan. Jika dia berwudhuk setelah itu, terputuslah lagi satu ikatan dan jika dia bersolat maka terputuslah ikatan yang terakhir dan dia akan meneruskan kehidupannya dengan cerdas'
cuba bayangkan kalau kita tidak pernah baca doa bangun tidur dari dulu.... agaknya berapa banyak ikatan yang masih ada pada tubuh kita ya ?
saza s
mumtaz cosmopolitan
0 comments:
Post a Comment