korban kasih

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

macam tajuk lagu dan cerita hitam putih pulak tajuk entry kali ni. Kalau kita cakap pasal korban, mesti part sembelih lembu, tengok orang lapah daging dan yang sangat penting adalah sup tulang yang tidak dapat ditinggalkan . Sangat merindui sup tulang masakan ummi dan abi .

alhamdulillah part koyak pada baju sejuk itu tak begitu nampak .. ^-^

cuti selama 8 hari, tetapi cuti yang betul-betul cuti adalah selama kurang tiga hari sahaja. Yang lain dipenuhi dengan aktiviti dan kerja-kerja yang tidak dapat dielakkan termasuklah membuka buku dan menelaah istilah baru untuk tahun ini seperti cosmopolitan, placebo, pathogenesis dan juga gram positive parasite ... hihi. kadang-kala terfikir, adakah itu sepatutnya menjadi keluhan atau muhasabah ?

Bukankah Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah berpesan ' Sesungguhnya tanggungjawab itu melebihi masa yang ada ' dan bukankah seharusnya hidup mukmin itu setiap dipenuhi dengan kerja dan tangunggjawab. Bersenang-lenang memang sangat best, tetapi apabila kita bergelar mukmin dan muslim, maka kita dituntut untuk bekerja dan bergerak. Antaranya bergerak untuk memakmurkan blog yang semakin diselaput sawang ini.

tahun lepas memang bercadang untuk mengorban salah satu binatang yang dibenarkan untuk dibuat korban, namun disebabkan disibukkan dengan pekerjaan lain seperti menjadi setiausaha untuk korban AQ dan juga menjadi 'tak ingat pulak' apa yang berlaku sebelum aidiladha menjelma , tetapi akhirnya tidak sempat untuk memikirkan pasal buat korban. Jadi tahun ini juga sama seperti tahun lepas, menolong orang melapah dan memotong daging serta menjadi pemerhati berjaya adegan penyembelihan.

mulanya macam nak tulis daily punya catatan untuk aidiladha ini, tetapi tak sempat pulak. Kita merancang tetapi perancangan Allah tetap memupnyai hikmah yang tidak mampu kita terokai dengan akal kecil kita ini. Nak mengeluh pun tak boleh, bersabar sahajalah yang boleh dilakukan .

BERKORBAN DEMI CINTA 

aidiladha kali ini memang mengajar penulis agar berkorban untuk meraih cinta. Baik cinta ilahi mahupun cinta insani. Tetapi bukan dengan berlainan jenis ya. TIDAK BOLEH !!!!! Cinta di sini adalah ukhuwah fillah yang diredhai Allah swt. Dari pagi bersolat raya di tengah suq sayarat yang sungguh syahdu dan menggamit kerinduan kepada keluarga, kemudian mula menyertai aktiviti penyembelihan dan melapah oleh PERUBATAN di Kompleks Hayyu Asyir meskipun hanya memegang kamera dan menjadi wartawan membuta tuli di tengah-tengah hiruk pikuk aktiviti meriah itu  , tangahari menjadi penjaga unta dan kambing meskipun hanya tidur di bawah saratoga dan membiarkan orang lain yang menjaganya dan malam itu mula bersiap-siap untuk majlis keesokan harinya .

menjaga unta dan kambing - seronok tetapi mengantuk .. juga lapar sedikit

Hari kedua , aktiviti menyembelih oleh sahabat-sahabat dari seluruh mesir. Pengalaman pertama menjadi salah seornag penumbang unta. Meskipun unta hari itu manja dan jinak dengan kami semua, namun ketika dia menggelupur memang terpaksa mengerah segala charbohydrate untuk dibreakdownkan dan menjadi tenaga kerana kudratnya memang sangat besar . macam nak patah keting yang disandar pada bucu kaki lima itu. Memang dahsyat .. hihi

KESETIAUSAHAAN , PENGALAMAN MENCABAR

siapa kata menjadi setiausaha senang ? ternyata kerja itu sangat rumit dan susah apatah lagi berhadpan dengan setiausaha agung persatuan yang cerewet dan banyak kerenah. Barangkali sepanjang minggu disibukkan dengan kerja-kerja kesetiausahaan ini. Meskipun penulis sangat suka menaip dan boleh la dikatakan agak laju dalam menaip tetapi itu bukanlah tiket untuk cemerlang menjadi setiausaha. Pengalaman menjadi setiausaha untuk korban AQ memang takkan dilupakan sampai bila-bila. tanya timbalan pun, berkongsi rasa yang sama. Formality is so not my type !!!!!


tidak mahu cerita dan tidak mahu ingat lagi peristiwa ini tetapi ia memang sangat berharga, tidak dinafikan !!!

TADHIYAH MANIFEESTASI TARBIYAH , TADHIYAH AUGMENTASI UBBUDIYAH

dalam krew mediaPERUBATAN ada satu post yang bertengkar pengomen dibawahnya siapa cilok idea siapa. ini kerana, tema sebelum koma itu adalah tema SAADAH (sambutan dari PERUBATAN) dan yang selepas koma itu adalah tema ADHA '11 (sambutan dari SISWA AQ) macam wicked lah pulak. Tetapi it is just a matter of tema. Tak perlulah kita nak keluarkan kata-kata yang tidak manis untuk didengari kerana yang paling penting adalah bagaimana kita keluar daripada madrasah pengorbanan ini dan mempraktikkan ia dalam kehidupan kita .

pengorbanan takkan lahir tanpa keikhlasan dan keikhlasan hanya akan lahir dengan keimanan.

PENUTUP : NAK CUTI LAGI !!!!!

jika diberi pilihan untuk menyambung cuti lagi, pasti akan disokong dengan sepenuh hati . ini kerana masih belum bertemu dengan sepupu yang sangat dirindui di Iskandariah sana. Dalam hati sebelum ini sudah ada rasa nak ke iskandariah tetapi Allah tak izin pula pergi dengan tidak memberikan ilham untuk menyertai seminar ibadah pesakit di sana .. sangat sedih !!!! T_T

tetapi alhamdulillah, segala yang berlaku di kaherah ini sudah dapat menembusi kerinduan dan keringinan itu. menjadikan ia memori yang juga indah di dalam hati ...

berkorban atau terkorban ? pilihan di tangan kita semua !!!!

'sesungguhnya daging atau darah yang kamu korbankan itu tidak akan sampai kepada Allah tetapi apa yang dikira adalah ketaqwaan di dalam diri kamu '
wallahua'lam

NB- menanti gambar raya dari Malaysia

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger