Alangkah beruntungnya sesuatu kaum yang sangat ikhlas. Apabila manusia dalam keadaan yang selesa, dia tidak dikenali bahkan tidak pernah diperhati. Namun di kala semua orang memerlukan bantuan, dia tampil memberi pertolongan.
Mahukah menjadi manusia yang mengharapkan redha Allah ?
soalan pertama yang perlu ditanya kepada kita, untuk apa hidup , berjalan kaki di atas bumi ini selagi nyawa dan badan bercantum sekali ?
jawapan penulis : Mencari Redha Allah
sangat familiar dengan ucapan ini 'Life is searching for Mardhotillah, Seek HIM as HE sees you'
siapa tahu perbezaan antara hadaf dan Ghayah? Jika belajar bahasa arab, mesti akan jawab keduanya membawa maksud yang serupa. Namun dari segi istilah dan penggunaannya bagaimana ?
hadaf : sasaran yang bergerak dan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan
ghayah : tetap dan tetap dari mula sehingga akhirnya
macam kita adalah pelajar jurusan bahasa arab pula ya, ini sekadar perkongsian bahasa untuk mereka yang suka kepada 'language stuff' like i do. :D
kembali kepada topik , hidup adalah perjalanan yang panjang. Apatah lagi jika dihitung dengan pada setiap minit dan waktu yang bergerak. pasti lebih lama dan panjang masanya. apakah itu yang penting untuk difikirkan dalam hidup ini, berapa lama masa yang akan kita habiskan dalam layar lakonan yang Allah kurniakan kepada kita ?
hatta Rabiatul Adawiyah sanggup masuk ke neraka andai itulah harga meraih redha Allah , apakah syurga menjadi mahar kita menawannya ?
Hidupnya adalah untuk berdakwah
tidak semua kita mampu untuk berdiri di hadapan orang ramai dan bercakap itu dan ini dengan fasih dan sempurna. Namun tidak dihadkan dakwah itu dengan hanya menghamburkan kata-kata tetapi dengan melaksanakan segaa tuntutan Ilahi melalui amal yang baik dan tingkah yang menyenangkan juga adalah dakwah andai kita meletakkan niat itu dihadapan segala-galanya. Susah untuk meletakkan dakwah di dalam hidup kita ?
Lebih mementingkan mauqif daripada mauqi'nya
mauqif : hubungan kita dengan Allah (HDA) - lebih dekat dan familiar
mauqi' : hubungan kita dengan manusia yang lain
perkara ini mungkin seringkali dibicarakan oleh penulis-penulis yang lain dalam blog yang lain, sekadar mengulang tayang bacaan umum . Tidak meletakkan cinta manusia dihadapan cinta kepada tuhan. Kata-kata yang pernah dikongsikan sewaktu program post-SPM , 'jika kita mengejar cinta insani, kita menjauhi cinta Ilahi. Jika kita mengejar cinta Ilahi, kita akan dikejar cinta Ilahi'
'kita kita mencari redha manusia di celah kemurkaan allah, Allah akan menyerahkan urusan kita kepada manusia. Jika kita mencari redha Allah di celah kemurkaan manusia, cukuplah Allah menyusun segal-galanya'
Tidak menyibukkan diri dengan pemikiran tentang hasil dari amalan kita
bukan mengejar natijah tetapi mengejar mardhotillah. Siapa kita untuk mempersoalkan hasil ibadah dan amalan kita. yang sepatutnya kita persoalkan adalah , sudah banyak amalan yang kita lakukan? sudah cukup taraf ikhlas dalam amalan-amalan kita? bukan membayangkan pahala yang melimpah ruah seimpal dengan setiap amal kebajikan, bukan membayangkan pandangan ornag terhadap kita.
even Saidina Khalid Al-walid tidak mempersoalkan kenapa dia diturunkan daripada panglima perang kepada tentera biasa, siapa kita yang bukan tentera di medan perang ini untuk memperkatakan itu dan ini.
do the deeds and let's Allah's doing do everything
Merasai Pertolongan Allah setiap masa
ketika senang merasa Allah ada, ketika sukar merasa Allah menjaga kita, ketika gembira merasa Allah menjadi penyebabnya, ketika duka merasa Allah sentiasa menghibur hamba-hambanya. Bukankah yang memberika kemenangan itu adalah Allah, mengapa harus disandarkan kebergantungan itu kepada orang lain ?
Allah itu kuat, megah dan menang. Mohonlah semuanya daripada Allah
buka sirah Ashabul Ukhdud dan perhatikan pertolongan Allah buat hamba-hambanya yang yakin dan percaya.
Tidak berputus asa apabila ditimpa mihan dan tidak lalai apabila dikurnia anugerah
harta dikurnia di tangan bukan di hati
barulah tenaga digembeleng untuk ilahi
harta warisan bukan penyeri di depan mata
tetapi bekalan berjuang di jalanNya
jika terjatuh di pertengahan
bangkitlah segera menggapai pertolongan
jika manusia semuanya tidak mahu melayan
percayalah tuhan tidak pernah meninggalkan
jika di dunia alpa dengan tahta dan harta
apatah ada tempat kita di syurga ?
sempat lagi bermadah puisi di tengah keseriusan kecil ini
Konklusi : Demi Cinta Suci
nak tutup entry dengan ayat yang berbunga-bunga tidak begitu tajam pena ini untuk berbicara. Namun renungi ayat di bawah agar tersiram jiwa yang kelayuan dek dunia yang mengasyikkan untuk bangkit menggapai keredhaan tuhan .
' Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama masuk islam di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik , Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka itu kekal di dalam selamanya. Itulah kemenangan yang besar.' - Surah At-Taubah, 100
wallahua'lam
NB
-kelesuan terubat dengan celoteh sahabat-sahabat yang mendamaikan , syukran kepada Afdholul Rahman bin Che Ani dan Ahmad Ridhwan bin Muhd Zain yang telah menghidupkan petangku yang agak kelabu tadi
-pride and prejudice - filem inggeris yang sangat mengesankan , terutamanya bagi sesiapa yang ingin belajar bercakap bahasa inggeris dengan sebutan yang dahsyat - currently addicted to it.
19 year old guy
moderately looking person
friendly and moderate
nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment