Arabella ~ Arrival and Mu'tah day 1

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

jom sambung lagi catatan kembara ke bumi Jordan

memandangkan setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh satu kenderaan besar yang penulis pun tak pasti kenderaan apa. Namun akhirnya memuatkan 12 orang penumpang termasuk kami yang baru datang ini.

kebiasaannya pelawat Jordan akan memulakan kembara mereka di kawasan Amman dan Irbid terlebih dahulu, namun kami dibawa bersiar-siar ke Mu'tah untuk hari yang pertama ini. Alhamdulillah, hari pertama sudah dibawa berjalan-jalan ke sekitar Gua Ashabul Kahfi dan Mu'tah. Kami tiba di Mu'tah pada waktu malam kerana perjalanan ke sana agak jauh (penulis banyak terlelap pada waktu ini)  . Apa yang penuls ingat adalah, setibanya kami di Mu'tah, kami disambut oleh Syafi, seorang sahabat Mu'tah dan terus dibawa berjalan-jalan sementara waktu masih ada dan terus dibawa ke tempat berehat ~

setelah sejam setengah lebih terperuk di dalam perut kapal terbang, kami akhirnya tiba
langit Jordan sangat mendung ketika itu dan apa yang mengujakan kami adalah
setiap kali kami bercakap pasti asap dan wap keluar daripada mulut
eeee
so, the journey begins!

Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia, Amman Jordan
to all jordanians, klu salah tolong betulkan ye
hujan renyai dan sejuk
dalam hati berbunga-bunga 

mereka akhirnya tiba dan kami disambut dengan gembira
meskipun penulis sebenarnya tidak mengenali mereka semua
jom naik cepat, we have a long way to go 

once we get inside the wheel, rasa panas sekejap
mungkin sebab dalam tu, aircond tak dipasang and kami semua berhimpit-himpit
so, after maybe 40 minutes riding, we arrived here
gua Ashabul kahfi

solat dulu, baru gi jalan dan bergambar-gambar
dalam hati, tercongak-congak kisah Ashabul kahfi
nanti penulis letak link untuk kisah mereka ye
tetapi sebelum tuh, telaah dulu surah Al-Kahfi

tak tahu nak letak apa
saje-saje je ambil, tetiba orang yang lalu pun jerit
MENCAPUB tuh!!!!

di hadapan perkarangan Masjid Ashabul kahfi
mendung semakin memekat
hujan renyai-renyai pun membasahi bumi ini

dalam gua yang menjadi saksi keimanan tujuh pemuda yang diselamatkan oleh Allah daripada cengkaman  seorang raja yang zalim
tengah dengar seorang ustaz tengah briefing
kecik je gua nih sebenarnya 

di antara makam tujuh pemuda tersebut
gua ini menempatkan ketujuh-tujuh makam
Raja Jordan telah menempatkan mereka di situ bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan kerana pada asalnya mereka semua dikuburkan secara berasingan 

this is where they obtain sunlight
actually there's a hole inside the
hatta penghuni gua mencari sinar mentari
apatah kita penduduk buana perlu kasih Ilahi

di hadapan pintu gua
bersama Ridha Mc D
di belakang itu sila abaikan, seorang pelancong seperti kami juga

everyone kalau bab bergambar memang tak menang tangan
sampaikan penulis pun hampir terkena sindrome itu
very nice actually
 ala ... bila lagi nak datang ~

Cave of Seven Sleepers
but sorry there is eight people in the pictures
pemandu dah menjerit-jerit dh suruh cepat sikit ~

saje aje ~ dalam orang nak cepat-cepat tuh sempat lagi ye
tak dapat tahan, scenery sangat cantik 

pintu masuk ke gua ashabul kahfi
gapura keimanan pemuda al-quran pencinta tuhan
tetiba tertanya ~ is that really me ?

singgah sebentar di Mecca Mall untuk tukar duit dan makan tengahari
kat Jordan ada sangat banyak mall
yang ni .. Mecca Mall

ketika memilih makanan, terasa sangat nipis dompet kerana apabila diconvert kepada geneh, rasa macam everything is mahal
makanan yang kami makan ni pun yang paling murah = 1.55 Dinar
bersamaan 15 LE
apakah???

see the signboard ?
perut dh kenyang, dinar pun dh makin banyak selepas di tukar
so apalagi ... jom jalan n .. tidur 

destinasi pertama tatkala tiba di Mu'tah
ketika ini sudah malam tanda perjalanan sebenarnya sangat jauh
di kawasan masjid ini, ditempatkan dua makam panglima Perang Mu'tah yang telah syahid
Jaafar bin Abi Thalib dan Zaid bin Harithah

actuallu dh lupa apa nama masjid nih
tetapi view dan perkarangannya sangat cantik
siap ada air pancut yang berfungsi lagi ~

makam Jaafar bin Abi Thalib
panglima Mu'tah yang syahid setelah menerima tujahan berpuluh-puluh di belakang badannya 

Makam Zaid bin Harithah
Palima perang yang pertama Syahid 

and then here we are, our final destination for today
rumah Rijal, sahabat Mu'tah yang sudi menumpangkan berbelas-belas tetamu  di teratak beliau yang sejuk
nampak tak benda di belakang tuh yg ada macam bulat berpenutup tuh,
itulah heater orang Jordan yang menggunakan minyak tanah ~
electricity is quite off limits for jordanian
insyaAllah, moga mendapat ibrah daripada perjalanan utuk hari pertama ini, pengalaman yang sangat best and undescribable. Nantikan catatan seterusnya 

wallahua'lam 

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger