bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
Subuh jam 5.30 pagi. Penulis mengalami sedikit masalah menyelarikan jam henset yang tidak mahu berubah mengikut waktu tempatan dengan waktu tempatan hinggakan kami terlewat sejam untuk bersolat. Kami tidak ke mana-mana pagi tadi sekadar duduk-duduk mengecas segala perkakas elektronik yang sudah kehabisan bateri untuk kegunaan perjalanan kelak. Lebih best dan masyuk apabila Aizuddin dan Bryar menghidangkan pasta dan tea berperisa buah-buahan untuk kami menjadikan pagi yang sejuk beku itu hangat dan mengamankan.
di depan rumah tuan rumah
kami pantas keluar jam 9.00 pagi berjalan kaki menuju ke Universiti Lancaster untuk menghantar Izzat menaiki bas ke Bradford di stesen bas tersebut tetapi sempat singgah mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke sana serta beberapa kawasan pinggiran universiti yang cantik dan indah ( yang Aizuddin dan Bryar belum pernah sampai ) meredah angin kuat dan hujan renyai serta rumput basah dan becak tetapi puas dengan pemandangan yang kali pertama dipandang dan berbekas di ingatan.
once in a lifetime view
Selepas Izzat dihantar ( penulis tidak sempat kerana ke tandas ), kami langsung menaiki bas menuju ke Town bertemu dengan Rafiq ( rakan Aizuddin, penuntut tahun satu jurusan perakaunan universiti lancaster ) dan bersiar-siar di sekitar Town Lancaster. Perjalanan meredah kota kecil ini serta bergambar sakan di kawasan Her Majesty Prison Lancaster Castle sekitar tengahari setelah bersembahyang zohor dan asar di masjid Town yang unik dan tidak disangka-sangka mendatangkan kerinduan kepada tanahair ( owh, teringatkan ummi !)
Town - and shopping !!!!!
Her Majesty Prison Lancaster Castle
Rafiq, Bryar, Aizat, Penulis
di tengah bandar adanya tuhan
masjid Town
kami menyambung perjalanan ke Williamson Park selepas membeli-belah secara tidak sengaja di kedai 'One Dollar' yang antaranya coklat-coklat dan biskut-biskut pelbagai. Menaiki bas dan berjalan kaki sekitar 15 minit, kami tiba di Williamson Park yang kelihatannya seperti Hutan lipur sekayu di Terengganu tetapi lebih sunyi, sejuk dan penuh dengan anjing-anjing lantaran kempen 'Bark in the Park' oleh pengusaha taman. kami turut bergambar sakan di sini sehingga terasa lenguh dan kebas angkara sejuk dan panjangnya perjalanan pulang dari taman tersebut menuju ke rumah Aizuddin berjalan kaki sahaja.
Ashton Memorial
and ducks
Petang itu juga penulis menyertai 'Majlis Ilmu' seperti usrah umum pelajar Malaysia di sini. Meskipun terpaksa melawan kantuk dan letih, penulis menemukan sesuatu yang baru dalam pertemuan kecil ini sebagai bekalan untuk menyuntik sedar serta menimbulkan ilham untuk menulis kelak. Sekarang sedang berehat-rehat kembali sambil menikmati masakan 'ayam masak lemak' sebagai bekalan untuk menaiki bas ke Glasgow, Scotland jam 3 pagi nanti insyaallah
benarlah unjuran Allah bahawa dengan berjalan-jalan, kehebatan tuhan terasa lebih menginsafkan
0 comments:
Post a Comment