Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Bas kami malam tadi pada jam 3.00 pagi. jadi selepas tidur awal dan sedikit di rumah Aizuddin, kami terus berjalan kaki meredah kegelapan laluan pejalan kaki siang tadi menuju ke hentian bas Lancaster University. Alhamdulillah Aizuddin terjaga dan mengejutkan penulis yang sudah tidur mati kerana tidak berjaya digerakkan oleh alarm henset sendiri. Juga alhamdulillah laluan pejalan kaki diterangi lampu jalan memudahkan penulis dan Aizat berjalan berdua keseorangan. Tatkala bas yang kami naiki bergerak kami terus sahaja terlena hinggalah sampai ke Buchanan Bus Station, Glasgow Scotland
Morning !!!!
Ada sesuatu yang menarik perhatian penulis pada stesen bas tersebut iaitu sistem penggunaan tandas yang seperti sistem metro. bayar dulu kat mesin baru boleh masuk. Very modern yet sometimes very inconvenience ( dahla memang most toilet kat sini memang macam tuh ). Kami menunggu tidak lama sebelum Muiz ( teman Aizat menjemput kami ) dan membawa kami berjalan kaki ke rumanya sekitar 10 minit daripada stesen bas tersebut sahaja. Inilah kali pertama kami melihat sebuah ruang di UK yang mempunyai ruang tamu yang besar. Merancang perjalanan serba sedikit untuk hari itu, kami terus keluar meneruskan kembara jam 9.15 pagi
menuju ke rumah Muiz
Kali pertama bersiar-siar tanpa musyrif dan berpandukan google map sahaja, kami ke kawasan cathedral besar dahulu tetapi tidak masuk diikuti dengan Necropolis di sebelahnya. kawasan perkuburan orang dahulu kala sedikit menyeramkan tetapi diganti dengan keseronokan kerana pemandangan daripada puncak bukit tersebut telah menawan hati kami yang berjaya menyaksikan keseluruhan Glasgow dari puncak ini. Angin yang bertiup juga menyejukkan dan sedikit merengsakan lebih lagi dari Lancaster.
sekitar Glasgow
Cathedral besar ( ala-ala Van Helsing )
Dari Puncak Necropolis - sejuk dan mentari memancar
panorama puncak Necropolis - subhanallah
Tidak lama kami di situ kami terus berjalan kaki menuju ke Glasgow Green dan Winter Garden. Sebuah padang rekreasi ( agaknya ) yang saujana mata memandang serta membuatkan penulis ingin sahaja berlari sepuas-puasnya di situ serta sebuah taman di dalam bangunan kaca beriklim musim panas yang membuatkan penulis terkenangkan Kakak penulis yang kadangkala obses dengan species tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang rare dan cantik tersebut. Kami juga tidak lama di situ dan terus berjalan sepanjang Clyde River menuju ke Central Mosque di seberang jambatan tetapi malangnya masjid tersebut tidak dibuka lagi maka kami terpaksa bergambar hanya di bahagian luar sahaja.
kami menemui Trafalgar di Glasgow
saujana mata memandang
winter garden yang menghangatkan
kakak, ini untuk kamu
central mosque
Penulis berkeras untuk makan dahulu kerana terlalu lapar dan kami terus menuju ke City Center di kawasan Buchanan Street untuk mencari juadah tetapi kebanyakan kedai halal hanya mula dibuka sekitar jam 12 ( satu jam sahaja lagi ) maka kami memutuskan untuk makan di KFC halal yang dikatakan Muiz. Malangnya kami tidak menjumpai KFC tersebut setelah berkali-kali pusing-memusing kawasan tersebut apatah lagi menjumpai tanda halal di belakang kaunter KFC yang dikatakan halal tersebut sehinggalah melewati jam 12 tengahari, kami akhirnya makan di sebuah kedai makan halal biasa ( tetapi sedap )
dah macam dalam Harry Potter pulak
Kami mengambil subway ( sebuah kereta api bawah tanah ) menuju ke Riverside Museum di stesen Kelvin Hall. Kami berjalan lagi menuju ke sana, sebuah muzium seperti muzium kereta di Jordan dan Tall Ship di belakangnya, sebuah muzium kapal yang pada penulis biasa-biasa sahaja, angin sungai kuat menampar-nampar wajah kami. Kami langsung berjalan ke arah Exhibition Center, sebuah bangunan pameran yang unik dan berlapis-lapis binaannya tetapi kami tidak masuk atas alasan Aizat bahawa pemandangan di dalamnya biasa-biasa sahaja tanpa mengetahui ada Scotland Exhibition and Conference Center (SECC) di sebelahnya.
Riverside Museum
Exhibition Center - nampak tak dinding dia lapis-lapis
sekitar Tall Ship ( tapi tak nampak )
Kami menyambung perjalanan 'berjalan kaki' kami ke Kelvingroove Museum sekitar 20 minit berjalan kaki dari SECC. Di sana kami mengambil masa sebanyak-banyaknya kerana penulis sendiri ( yang pada asalnya tidak mahu masuk ) terpaku lama pada bahan pameran yang autentik dan menarik langsungh teringatkan KakDa yang sudah pasti tidak cukup sehari menelaah bahan-bahan sejarah tersebut yang rata-rata menceritakan tentang Scotland dalam pelbagai sejarah bidangnya. Kami kembali mengambil subway ke Buchanan Street untuk kembali rumah Muiz bersolat asar dan zohor jama' ta'khir ( seta'akhirnya ) dengan kaki yang sakit dan badan yang letih tetapi puas !
Kelvingroove Museum
di antara seribu wajah
Glasgow University - macam eerie je bangunan
setelah berehat di rumah Muiz dan menunaikan solat maghrib dan isyak, kami bergegas ke Queen Street Railway Station untuk menaiki train ke Edinburgh. Terima kasih kepada Muiz atas sponsor tiket mahal tersebut yang mengambil masa sekitar satu jam sahaja untuk tiba di Edinburgh. Penulis sebenarnya sangat mengantuk dan letih dan tertidur dengan nyenyaknya di kerusi menunggu bersama Aizat sewaktu menunggu Nazrin Afifi ( teman Aizat ) mengambil kami. Setibanya Nazrin, kami terus berjalan-jalan ke Edinburgh Castle yang berwarna ungu pada waktu malam, Edinburgh University yang klasik serta beberapa tempat lagi yang penulis tidak dapat fokus kerana terlalu mengantuk. Namun penulis kembali segar setelah minum Latte yang dibuat oleh mesin automatik yang sangat mengujakan ( yang mungkin hanya terdapat di sini ) sebelum terus menaiki bas menuju ke rumah budak SMAP Kajang ( teman-teman Afifi ), dijamu spagheti goreng berempah dan terus berehat
the purple color of Edinburgh Castle
Edinburgh University - klasik !
buat santapan sepanjang jalan - Credits to Afifi
pedas, paprika, sedap !
Perjalanan yang panjang dan memenatkan ini membuatkan penulis selalu terkenangkan rumah ( sudah pasti di Malaysia ) serta koreksi diri apakah penulis benar-benar hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.
0 comments:
Post a Comment