London Life - Day 4

Pagi itu, setelah solat dan ma'thurat, penulis langsung menulis blog sekitar satu jam meraikan permintaan kakak yang mahukan lebih banyak gambar berbanding dua post sebelum ini. Langsung bersiap-siap setelah bersetuju untuk keluar pada jam 9.00 pagi. Kami bersarapan roti canai telur segera hidangan tuan rumah yang nyata pemurah dan baik hati. Semoga Allah membalas budi mereka insyaAllah.



Kami ( Afifi, Aizat dan penulis ) memulakan perjalanan awal 9.30 pagi merentasi hujan yang turun tiba-tiba menaiki bas menuju ke kawasan bandar Edinburgh. Kami mula dibawa ke Memorial Park di mana pengunjung boleh melihat kesergaman Edinburgh Castle ( rujuk post sebelum ini ) dari bahagian tepi. Terdapat sati cerita menarik tentang istana yang acap kali ditawan-balik berkali-kali ini ( tetapi tidak dapat dinyatakan di sini kerana Izzat tiba-tiba telefon dan penulis terlepas cerita itu kerana melayan Izzat ). Juga terdapat banyak kerusi kayu santai panjang di sepanjang jalan park tersebut di mana jika terdapat ahli keluarga yang meninggal, mereka akan menghadiahkan sebuah kerusi sebagai tanda memperingati si mati. 

nampak tak istana edinburgh di belakang atas bukit sana 

kerusi 'in memorial of ...'

Di sebelah park tersebut, kami melewati Scotland Art Galleries yang mana penulis hanya sempat meninjau ruang legar pertama sahaja kerana Aizat dan Afifi terlebih dahulu masuk hingga ke ruang terakhir tanpa penulis. Penulis memang alah jika tidak 'read between the lines' untuk setiap lukisan dan artifak yang ada si sana. Lalu kami meneruskan perjalanan melewati bandar Edinburgh untuk menaiki Calton Hill. Pemandangan di sana sangat cantik apakal para pengunjung boleh melihat separuh daripada panorama Edinburgh tetapi malangnya di atas bukit ini, bateri kamera penulis kehabisan maka penulis terpaksa berdikit-dikit dalam mengambil gambar.

pagi di Edinburgh 

Scottish National Gallery 

Colton Hill


Tujuan utama kami adalah menawan Arhtur's Seat dan untuk menuju puncak tersebut kami terpaksa berjalan lagi. Sambil-sambil berjalan kami singgah di Rooldon Parliament menyaksikan dewan persidangan di kota bersalji itu namun disebabkan tiada persidangan yang berlangsung maka kami hanya boleh mengambil gambar dewannya sahaja. Kami juga singgah di Queen's Gallery tetapi seperti biasa, disebabkan 12 pound dikenakan untuk masuk, kami hanya bergambar di ruang luar sahaja. Maka perjalanan kami menawan puncak Arthur's Seat pun bermula.

Melihat masyarakat tempatan yang berjogging turun, penulis membayangkan perjalanan itu santai dan effortless meskipun memang sudah nampak betapa tingginya puncak tersebut. Tetapi setelah berjalan barulah penulis sedar bahawa 'kalau hendak seribu daya' apakala lima minit pendakian penulis sudah minta berhenti ( barangkali gara-gara beg berat yang penulis pikul ini ). Maka berkali-kali penulis ingatkan diri sendiri bahawa kejayaan untuk dicapai tiak mudah. Haha, terimbau kembali perjalanan mendaki 'gunung sinai' dan 'petra' beberapa tahun lalu. Dan akhirnya, peluh-peluh yang memercik dan mengah nafas yang terhembus terbalas dengan penawanan puncak Arthur's Seat serta pemandangan 'SATU EDINBURGH' yang dapat kami jilat dengan mata kami sendiri ! Alhamdulillah 

pendakian bermula - semput !

panorama separa puncak 

panorama puncak 

alhamdulillah - puas ! ( dan sejuk angin menggila ) 

jom turun 

Setelah puas bergambar, menahan hunjaman angin yang maha kuat hinggakan penulis beberapa kali ditunjal-balik di atas batu-batu tajam itu, akhirnya kami menurun kawasan tersebut melalui kawasan hijau yang mendamaikan fikiran. Kami penulis sudah mula sakit-sakit ketika ini tetapi perjalanan tetap harus diteruskan. Kami melewati bangunan-bangunan di bandar tersebut untuk ke Masjid Edinburgh, bersolat dan berehat, seterusnya makan tengahari di Mosque Cafe yang menghidangkan makanan pakistan dan sewaktu kami ingin meninjau Museum of Scotland, kami berpisah dengan Nazrin Afifi yang ingin pulang ke rumanya untuk menghadiri kuliah. 

Museum of Scotland tidak bayak bezanya dengan Kelvingroove Museum cumanya penulis berasakan muzium ini barangkali lebih teratur dan lebih mudah untuk dilewati setiap ruang legarnya. Namun begitu penulis tidak dapat menikmati pemandangannya kerana kaki sakit menuntut rehat dan setiap kali rehat adalah masa untuk menulis. Sekitar jam 5, waktu penutupan muzium kami beredar menuju ke kedai membeli cenderahati. Agak banyak duit yang penulis laburkan ( haha ) tapi tidak mengapa. Jam 6.30 kami menaiki City liner untuk kembali ke Glasgow, ke rumah Muiz Abadan, rehat, makan di kedai Tandoori yang disebut-sebut Muiz dan bertolak kembali ke London jam 10.45 malam. 

Ya Allah kerinduan pada abi dan ummi benar-benar tercucuh dalam ingatan. Kau peliharalah keselamatan dan kau rahmatilah kehidupan mereka. Amiin 

0 comments:

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger