Buku ini, sudah saya khatam akhir januari lalu ( tetapi belum sempat menurunkan review ) dan petang ini saya selak halaman yang memaparkan legasi beliau. Di situ saya ditemukan dengan kesederhanaan, kebijaksanaan dan kesungguhan. Cerpen kadang-kala menawarkan magis yang berbeza apabila diulangbaca dan keajaiban yang Rahimidin Zahari tonjolkan adalah 'brilliant' !
Mengenang kembali, dahulu saya selalu membaca namanya sebagai Rahmidin Zahari. Hinggalah satu hari, ada teman berkongsi perihal buku beliau, barulah saya menyedari namanya Rahimidin. Alhamdulillah, minima ... Di penghujung hayatnya saya bisa melafazkan namanya secara betul sebagai doa 'kasih sayang agama'. Terkilan tetap ada kerana saat saya berasakan saya mula masuk ke gelanggang sastera, ada tokoh yang sudah mula dipanggil pulang. Dikaulah anak di lautan sastera yang telah kembali ke muara pencipta. Selamat istirahat !

Friday, May 15, 2015 | | 0 Comments
.Ungu mengingatkan saya kepada #kakdakusayang
.Barah mengingatkan saya kepada arwah Tok Hassan yang dipanggil pulang setelah lama menderitainya
.Keduanya mengingatkan saya kepada Tuhan yang memberi dan mengambil nyawa segenap orang
#letswear purple
testicular cancer #awareness
#bukauntuktempahan

Wednesday, April 15, 2015 | | 0 Comments
Antaranya menyiapkan tempahan scarf, menemani rakan berbengkel, bertemu wajah dengan saudara dan teman rapat yang datang dari daerah jiran, berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang sudi mendengar, memenuhi hajat teman jauh yang ingin mampir ke #hotplatesara serta mendengar dan mengisi bejana hati dengan input-input berguna.
Saya jadi teringat pada pesan seorang rakan akan syarat-syarat untuk terus duduk di bawah pepohon dakwah dan tarbiah. Perlu ada sabar, pengorbanan, kesungguhan dan kelangsungan. Ya Allah, saya mahu terus dididik untuk memiliki sifat-sifat di atas !
Sungguh saya senang menerima kunjungan kalian @imanazlan11 @irfankhir @amalmahfa @asyrafkamil91 @suaidisazali dan rakan-rakan lain jika terlupa tag
Aduh, ada sesuatu yang saya terlupa lakukan ! ( study subjek medic 😕😕😕😕 )

Wednesday, April 15, 2015 | | 0 Comments
Penghulu segala hari ini jatuhnya tepat tanggal ulangtahun kelahiran dua insan yang sangat rapat. Antaranya #ummikusayang @naziahummi wanita besi yang bersemayam di singgahsana tertinggi dalam hidup ini.
Ya Allah, saya mahu mengenang-ngenang kebaikan ummi. Selalu menyuruh anak-anaknya menjaga tuhan di dalam kehidupan dan selalu menyeru putera-puterinya menjadi insan soleh-solehah. Saya jadi teringat pada sabda tuhan dari surah ali imran yang menggesa manusia untuk bersegera mencari rahmat tuhan serta disediakan syurga buat mereka yang bertaqwa. Lalu orang-orang bertaqwa antaranya
1. Yang menafkahkan hartanya di kala sempit dan lapang
2. Yang menahan amarah
3. Yang memaafkan segala kesalahan
4. Yang melakukan amal kebajikan
5. Yang memohon ampun setelah melakukan amal keji dan terlarang
Aduh, saya menduga di mana letaknya saya antara banyak golongan yang disebut itu. Tuhan, saya mahu mengirim doa yang banyak supaya keberkatan jumuah ini singgah pada diri #ummikusayang serta diri ini juga. Selamat ulangtahun ummi !

Friday, April 10, 2015 | | 0 Comments
. @syahmiibrahim93 @abdurrahman_auf yang menemani saya ke gerbang perpisahan semalam. Terima kasih atas titipan itu
. @hasyimi_mn lewat deru ombak dan bayu laut menyerbu ingatan saya pada pinggir mediterranean kediaman saudara
. @alghazwan225 atas perancangan kita beberapa waktu dahulu yang tidak disenangi tuhan
. Keluarga saya di tanahair @shaatibizahari dan ahli lain yang menitip doa dan pengharapan agar saya pergi dan pulang dalam kesejahteraan
. Keluarga #gengmeliput yang saya tinggalkan ketika terlalu banyak jemputan dan tugasan untuk saya selesaikan
Moga Allah selalu memberikan kemudahan dan kegembiraan kepada kalian. Saya ingin mengirim salam dari kota matrouh ini !
Off to siwa

Friday, April 03, 2015 | | 0 Comments
Aduhaiii .... Saya sama sekali enggan mengirim ucapan selamat kepada beliau atas ulangtahun. Apatah lagi mengirim hadiah. Siapalah saya untuk berkongsi suka bersamanya sedang sedikit sahaja perihalnya yang saya maklumi. Sungguhpun begitu, saya mahu terus mengirim doa kerana dia antara jejaka yang punya sungguh banyak cita-cita dan saya berdoa agar Allah menemukan beliau dengan puncak kejayaan dalam pendakian kehidupannya. Itu antara doa yang tidak pernah lepas dari ingatan insyaAllah.
Sesudah beliau pulang ke kaherah dari pembedahan membaikpulih penglihatan ( atau selalu saya gelar 'cosmetic remodling of the face ) tahun sudah, ketika mengenang-ngenang saya jadi rindu pada susuknya yang 'berkacamata' . Ah, bukankah mereka berdua orang yang sama ?

Friday, April 03, 2015 | | 0 Comments
FDH '15

Friday, April 03, 2015 | | 0 Comments
Selamat bergraduasi para senior al-Azhar MBBCH
Apa lagi yang menjadi motivasi yang utuh melainkan suruhan-suruhan tuhan dari kalamullah serta penyaksian kejayaan teman-teman rapat yang sungguh membanggakan. Saya mahu kongsikan perihal pemilik aqidah suci yang selalu beriman kepada perkara ghaib. Dan tidaklah perkara ghaib itu hanyalah makhluk halus yang seni bahkan perjalanan menuju waktu mendatang juga adalah perkara ghaib yang harus diimani. Maka, dalam mendepani ruang itu haruslah mencapainya dengan 'Berusaha!' O, tuhan saya mahu menekuni ayat 3 dari surah sapi yang sering dibaca dalam lantunan ma'thurat 'iaitu orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat dan berinfaq dengan rezeki yang dikurniakan' dengan sebenar-benar kefahaman agar hati yang selalu marah-marah dengan ketentuanMu ini bisa melembut dan damai.
Sekalung tahniah untuk kekanda yang selalu membuat saya lebih menghargai diri saya sendiri atas kejayaan kanda bergraduasi malam tadi. Tahniah juga buat para senior yang lain !

Sunday, March 22, 2015 | | 0 Comments
Graduasi - hati yang teruji
Meski saya sangat ingin menjadi pengacara majlis pada graduasi ini, Allah berikan saya tempat yang lebih baik untuk menekur segala kekurangan dan menimba sebanyaknya pengajaran. Selamat bergraduasi buat senior-senior yang saya hormati !
#gengmeliput maaf atas kecelaruan yang tercetus malam ini

Saturday, March 21, 2015 | | 0 Comments
Dur thani '15

Sunday, March 15, 2015 | | 0 Comments
MAT'11 - seungu hatiku
I never meant to cause you any sorrow
I never meant to cause you any pain
I only wanted to one time to see you laughing
I only wanted to see you
Laughing in the purple rain
Purple rain, purple rain
Purple rain, purple rain
Purple rain, purple rain
I only wanted to see you
Bathing in the purple rain
Purple rain by Prince
Ya Allah, berikan segala yang baik- baik untuk kami !
#gengmeliput #mat11

Saturday, March 14, 2015 | | 0 Comments
#topikusayang
Allah, saya menangis malam ini bukan kerana cintakan dunia tetapi saya jadi ralat atas kecuaian diri kerana topi itu antara pemberia akhir #abikusayang sebelum berangkat ke Mesir awal tahun keempat pengajian serta insaf kerana sepanjang pinjaman makhluk kecil itu, kepala saya diteduhkan dari panas dan dingin kota mesir ini tika keluar menuntut ilmu hingga selalu saya rasakan tidak berkecukupan tanpa menyarungnya ke kepala saya. Meski masih memujuk hati melepaskan, minima ia pergi sesudah sempat saya basuh dan cuci, seterika dan sembur pewangi ( sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ini ). Semoga Allah mempertemukannya dengan pengguna yang lebih berhemat menggunakannya ke jalan yang diredhai tuhan. Terima kasih #topikusayang atas perhubungan yang sudah mula aku rindukan ini. Saya mahu belajar untuk terus redha, redha dan redha atas segalanya !

Wednesday, March 11, 2015 | | 0 Comments
The Crochet Diary Day 1
bismillah
Thursday, January 08, 2015 | Labels: crochetdiary | 0 Comments
London Life - Day 6
Bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum wbt
Penulis memohon kemaafan kerana tidak mengupdate day 5 kerana day 5 penulis dan Aizat hanya duduk berehat di rumah Ismat. Malam itu sahaja kami bertiga ( penulis, Aizat dan Izzat ) yang baru pulang dari Southampton menghadiri Evening with Nouman Ali Khan di Lancaster Hotel, London dan insyaAllah penulis akan berkongsi pengisian tersebut di dalam entri yang lain kerana semalam penulis tiba di rumah agak lewat.
Hari keenam. Kami ( penulis, Aizat, Izzat dan Ismat ) keluar berjalan-jalan di sekitar London meskipun tempat yang kami lewati hanyalah 3 iaitu Kensington Park, London Science Museum dan .... kedai makan ( Subway dan Mr Fish ) tetapi ada beberapa perkara yang menarik berlaku hari ini
1) kami berjalan-jalan di sekitar London menaiki basikal. Sebagaiman diketahui umum, berbasikal adalah salah satu pengangkutan umum yang seringkali digunakan oleh masyarakat tempatan dan ada juga khidmat sewaan basikal berjumlah 2 pound sehari. Jadi kami bertiga menyewa basikal di Kensington Park dan mula berbasikal di sekeliling taman tersebut dan melewati Royal Albert Hall yang gah dan ( i wish i could go and perfom there ... haha ) dan mula memarkir di kawasan terdekat
2) memasuki Science Museum, suasananya sama sahaja cumanya bahan pamerannya bersifat sains dan teknologi. Penulis berasa excited menyaksikan pameran sejarah perubatan dahulu kala dalam semua bidang. Yang paling best adalah kami bertiga ( penulis, Aizat dan Ismat ) menyaksikan 2 tayangan yang ditayangkan. satu tiket berharga 10 pound tetapi kami daftar bertiga jadi penjaga kaunter tersebut memberikan pass keluarga berjumlah 20 pund sahaja untuk kami. Selesai menyaksikan tayangan 3D mengenai Rahsia angkasa lepas, kam belum puas dan Aizat secara tiba-tiba teringatkan bahawa pembeli tiket tayangan satu boleh mendapatkan diskaun untuk tiket kedua. Jadi setelah bertanya ternyata kami hanya perlu membayar 10 pound sahaja untuk tayangan kedua bermakna setiap seorang hanya perlu membayar 10 pound sahaja untuk 2 tayangan tersebut dan tayangan kedua mengenai hidupan bawah laut ternyata seronok dan 'tidak puas'.
3) sewaktu melewati ruangan jualan bahan sains, penulis tidak dapat menahan diri untuk membeli beberapa benda yang penulis rasakan ' i have to have this ' hinggakan barangan tersebut berjumlah 31 pound dan penulis secara tidak sengaja telah menggunakan kad debit. aaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! Penulis rasa sangat bersalah menzalimi kad tersebut ( haha ) dan merasakan 'Saeed, you have to repent. Itu suma dunia !!!!'
4) Kami bersarapan sekaligus makan tengahari di Subway namun Izzat berniat untuk makan fish and chips. jadi untuk makan malam ini kami meraikan keinginannya menikmati Fish n Chips namun adat di sini, Dine in lebih mahal berbanding Take Away jadi kami telah tersilap masuk ke kedai yang mahal. Namun begitu yang membuatkan penulis excited adalah 'Pot of Tea' yang penulis pesan berupa seteko kecil teh, sebekas kecil susu, gula segala dan cawan. Oh, ibaratnya hidangan kecil itu lebih best berbanding fillet ikan yang besar dan mahal itu.
InsyaAllah malam ini bertolak ke Cardiff dan kembara kami sudah hampir ke titik penghujungnya. Inilah yang di namakan 'Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan' .... Saya sangat rindu kepada Ummi, Abi dan adik-beradik saya !
Thursday, March 06, 2014 | Labels: advanture, life | 1 Comments
London Life - Day 4
Pagi itu, setelah solat dan ma'thurat, penulis langsung menulis blog sekitar satu jam meraikan permintaan kakak yang mahukan lebih banyak gambar berbanding dua post sebelum ini. Langsung bersiap-siap setelah bersetuju untuk keluar pada jam 9.00 pagi. Kami bersarapan roti canai telur segera hidangan tuan rumah yang nyata pemurah dan baik hati. Semoga Allah membalas budi mereka insyaAllah.
Wednesday, March 05, 2014 | | 0 Comments
London Life - Day 3
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Bas kami malam tadi pada jam 3.00 pagi. jadi selepas tidur awal dan sedikit di rumah Aizuddin, kami terus berjalan kaki meredah kegelapan laluan pejalan kaki siang tadi menuju ke hentian bas Lancaster University. Alhamdulillah Aizuddin terjaga dan mengejutkan penulis yang sudah tidur mati kerana tidak berjaya digerakkan oleh alarm henset sendiri. Juga alhamdulillah laluan pejalan kaki diterangi lampu jalan memudahkan penulis dan Aizat berjalan berdua keseorangan. Tatkala bas yang kami naiki bergerak kami terus sahaja terlena hinggalah sampai ke Buchanan Bus Station, Glasgow Scotland
Ada sesuatu yang menarik perhatian penulis pada stesen bas tersebut iaitu sistem penggunaan tandas yang seperti sistem metro. bayar dulu kat mesin baru boleh masuk. Very modern yet sometimes very inconvenience ( dahla memang most toilet kat sini memang macam tuh ). Kami menunggu tidak lama sebelum Muiz ( teman Aizat menjemput kami ) dan membawa kami berjalan kaki ke rumanya sekitar 10 minit daripada stesen bas tersebut sahaja. Inilah kali pertama kami melihat sebuah ruang di UK yang mempunyai ruang tamu yang besar. Merancang perjalanan serba sedikit untuk hari itu, kami terus keluar meneruskan kembara jam 9.15 pagi
Kali pertama bersiar-siar tanpa musyrif dan berpandukan google map sahaja, kami ke kawasan cathedral besar dahulu tetapi tidak masuk diikuti dengan Necropolis di sebelahnya. kawasan perkuburan orang dahulu kala sedikit menyeramkan tetapi diganti dengan keseronokan kerana pemandangan daripada puncak bukit tersebut telah menawan hati kami yang berjaya menyaksikan keseluruhan Glasgow dari puncak ini. Angin yang bertiup juga menyejukkan dan sedikit merengsakan lebih lagi dari Lancaster.
Kami mengambil subway ( sebuah kereta api bawah tanah ) menuju ke Riverside Museum di stesen Kelvin Hall. Kami berjalan lagi menuju ke sana, sebuah muzium seperti muzium kereta di Jordan dan Tall Ship di belakangnya, sebuah muzium kapal yang pada penulis biasa-biasa sahaja, angin sungai kuat menampar-nampar wajah kami. Kami langsung berjalan ke arah Exhibition Center, sebuah bangunan pameran yang unik dan berlapis-lapis binaannya tetapi kami tidak masuk atas alasan Aizat bahawa pemandangan di dalamnya biasa-biasa sahaja tanpa mengetahui ada Scotland Exhibition and Conference Center (SECC) di sebelahnya.
Kami menyambung perjalanan 'berjalan kaki' kami ke Kelvingroove Museum sekitar 20 minit berjalan kaki dari SECC. Di sana kami mengambil masa sebanyak-banyaknya kerana penulis sendiri ( yang pada asalnya tidak mahu masuk ) terpaku lama pada bahan pameran yang autentik dan menarik langsungh teringatkan KakDa yang sudah pasti tidak cukup sehari menelaah bahan-bahan sejarah tersebut yang rata-rata menceritakan tentang Scotland dalam pelbagai sejarah bidangnya. Kami kembali mengambil subway ke Buchanan Street untuk kembali rumah Muiz bersolat asar dan zohor jama' ta'khir ( seta'akhirnya ) dengan kaki yang sakit dan badan yang letih tetapi puas !
setelah berehat di rumah Muiz dan menunaikan solat maghrib dan isyak, kami bergegas ke Queen Street Railway Station untuk menaiki train ke Edinburgh. Terima kasih kepada Muiz atas sponsor tiket mahal tersebut yang mengambil masa sekitar satu jam sahaja untuk tiba di Edinburgh. Penulis sebenarnya sangat mengantuk dan letih dan tertidur dengan nyenyaknya di kerusi menunggu bersama Aizat sewaktu menunggu Nazrin Afifi ( teman Aizat ) mengambil kami. Setibanya Nazrin, kami terus berjalan-jalan ke Edinburgh Castle yang berwarna ungu pada waktu malam, Edinburgh University yang klasik serta beberapa tempat lagi yang penulis tidak dapat fokus kerana terlalu mengantuk. Namun penulis kembali segar setelah minum Latte yang dibuat oleh mesin automatik yang sangat mengujakan ( yang mungkin hanya terdapat di sini ) sebelum terus menaiki bas menuju ke rumah budak SMAP Kajang ( teman-teman Afifi ), dijamu spagheti goreng berempah dan terus berehat
Tuesday, March 04, 2014 | Labels: advanture, life | 0 Comments
ingat!
About Me
- saza s
- 19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
ritma Ilahi
palestin dan Kita
kau di dalam bayanganku
My Blog List
-
Road to Bandung 20259 months ago
-
Cintaku Setelah Allah dan Rasul1 year ago
-
Beginning 7th Grade Math Worksheets6 years ago
-
Togel On-line6 years ago
-
√ Katalog Promo JSM Indomaret 17 - 19 Mei 20197 years ago
-
Hidup perlukan sabar8 years ago
-
[Iklan] Pensijilan SAP. Rugi Tak Join!10 years ago
-
-
Bagaimana membeli SMART TAG10 years ago
-
-
Miss You Already (2015)11 years ago
-
Sleep with tears11 years ago
-
2015 : I'm Back11 years ago
-
-
Cartier Jewellery Collection11 years ago
-
Warkah Bonda 211 years ago
-
2nd trimester11 years ago
-
Teori Peralihan Marhalah Dakwah12 years ago
-
Live music needs you!12 years ago
-
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati12 years ago
-
Outing at QB12 years ago
-
-
Our Life~12 years ago
-
Unexpected12 years ago
-
motherhood...12 years ago
-
MENGUNDANG BICARA: HARI KEHANCURAN DUNIA13 years ago
-
random part613 years ago
-
Usaha saja…13 years ago
-
another.13 years ago
-
Alah Bisa Tegal Biasa13 years ago
-
T.T13 years ago
-
UjianMu Sentiasa Untukku ^_^14 years ago
-
Curhat14 years ago
-
GAGALkah Sistem pendidikan kita??14 years ago
-
Purpose and Life in Ramadhan (Journal)14 years ago
-
It's A Hijab, Not A Halo14 years ago
-
Cetusan hati: sayangnya Allah pada wanita14 years ago
-
-
Akhlak: Mata Menyentuh Hati (",)14 years ago
-
The black dot14 years ago
-
Kembali14 years ago
-
Travelog KTD14 years ago
-
-
-
Berbahagialah Dengan Takdir Allah.15 years ago
-
T.E.N.A.N.G15 years ago
-
Koran by Heart15 years ago
-
Wordless Wednesday #815 years ago
-
-
-
-
Salam Eidul Adha 2010..15 years ago
-
Assalamualaikum...16 years ago
-
ARCHIVE!!!16 years ago
-
Beberapa Pesanan IHAB17 years ago
-
-
~::INSAN YANG DISAYANGI::~17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

