Showing posts with label smakl. Show all posts
Showing posts with label smakl. Show all posts

IKHLAS~indah bila bersama

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kenangan,kerinduan dan kesyukuran kepada Allah atas segala kenikmatan yang telah dikurniakan,penulis mulakan penulisan kali ini

tatkala rindu sudah terlalu mekar , hanya pertemuan yang diidamkan jiwa , buat kembali menyuburkan ikatan hati yang bertaut kerana Allah , tiada lain yang dipinta melainkankan untuk kembali bersama......


sengaja berpuitis sakan sebagai pemula entry ini.Sepatutnya ia ditulis dua hari lalu namun atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, ianya berjaya disiapkan hari bersejarah ini.Penulis menulis sempena perjumpaan ringkas ahli-ahli Ikatan Lepasan SMAKL (Ikhlas) tempohari

meskipun penulis merupakan ahli yang paling kurang sumbangan dalam persatuan ini, namun ternyata ia amat bermakna bagi penulis.Tambahan pula , jika tidak bertemu kali ini maka bila lagi boleh bersua muka , meskipun kalian mungkin tidak terlalu mengharapkan pertemuan ini namun penulis segunung tinggi menyimpan cita-cita untuk bersama

gen1

pertamanya, mohon maaf kerana tidak dapat bersama Hasyimi dan Ali Foudzi ke Kelantan bagi menjemput penuntut KTD kerana ada urusan sedikit biarpun tidak jadi.Mohon maaf buat Suhaib Shafiee yang sanggup menghabiskan kreditnya menelefon penulis bertanya khabar dan memaniskan kenangan ... jika panjang umur insyaAllah kita bertemu....

 gen2

keduanya , mohon maaf kerana selaku antara AJK yang bertanggungjawab, penulis gagal menjalankan tugas dengan menyediakan tempat penginapan yang lebih baik gara-gara masalah di pihak atasan.Diharapkan kalian selesa untuk menginap di surau Al-Hidayah sahaja, serta bersesak di dalam bilik warden yang cute dan kecil itu.Sungguh sedih benar hati ini bila lewat dimaklumkan kegagalan kami untuk memperoleh bilik buat antum .... biarpun bilik gerakan lama tidak digunakan sangat, kami kemaskan ia untuk antum sebenarnya

gen3

ketiga , mohon maaf kerana sebagai seorang manusia adalah amat sukar untuk memuaskan hati yang lain.Tugasan sebagai panel bagi group adik-adik form 123 bersama Faris dan Umair itu gagal dilunaskan dengan sesempurnanya.Jazakallah kepada faris yang bertindak sebagai mastermind dalam sesi itu, mungkin hubungan dengan Allah masih belum cukup kuat untuk penulis menjadi semahir Bro Azman di hadapan atau sehebat Dr Azizan di atas pentas ..... jazakallah atas pengalaman yang indah itu

kadang-kadang terasa segan pula pada antum,dengar cerita antum semua sudah banyak program yang antum kendalikan dan alhamdulillah semuanya tercapai objektif dan sasaran.Terasa kecil pula bila dibandingkan dengan antum semua , jazakallah atas pengalaman yang sungguh indah ini.


mungkin ada antara antum yang merasakan penulis agak kurang bersembang dan berbicara dengan antum, kata sahaja mahu berjumpa dan sebagainya tapi bila dah berjumpa buat endah tak endah aje.Mungkin kata-kata itu benar , jarak yang jauh benar-benar memisahkan kita, mungkin kemesraan kita sedikit berkurang namun ketahuilah kasih sayang penulis kepada antum tak pernah berkurang.

kalau dahulu, penulis bukanlah seorang malaikat mahupun pelajar paling baik di sekolah itu.Mungkin kenakalan dahulu masih berbekas di hati antara kita membuatkan kehadiran penulis sedikit pun tidak diimpikan.Penulis tahu , bukan semua ingin bertemu penulis , namun sekiranya kalian mahu mendengar ...penulis ingin sekali bertemu kalian meskipun kalian selalu memalingkan kepala tatkala penulis ingin berbicara dengan kalian.Hanya satu yang mungkin kalian patut dengar ..... ana mohon maaf

still in old blue uniform

apapun,meski penulis dan beberapa rakan lain sekadar ingin mengajak antum berbuka puasa bersama-sama dan bersama-sama adik-adik SMAKL hinggalah bertukar menjadi program motivasi bersama adik-adik...alhamdulillah, Allah masih melapangkan jiwa-jiwa kita untuk turun menebarkan benih-benih tarbiyyah dan dakwah di mana sahaja kita berada ...... jazakallah buat yang sudi untuk turun, meski bukan untuk bertemu penulis , niat kerana Allah sahaja sudah cukup memadai


finally, jazakallah buat semua.Hanya kesyukuran sahaja yang mampu dipanjatkan kepada ilahi kerana mengizinkan antum semua untuk turun ke SMAKL dan mengizinkan kita semua bertemu didalam kasihNya. Hanya dengan kalian sahaja hati-hati kita kuat kerana diikat dengan taliAllah yang kukuh dan teguh.Siapalah penulis tanpa kalian dan siapalah kita tanpa Kasih Allah....meskipun begitu penulis masih berdoa agar Allah membolehkan kita bertemu lagi sebelum penulis berangkat kembali ke tanah anbiyak.Hanya doa kalian yang penulis harapkan.Jazakumullahukhairan Kathira'

 dan tidaklah kami perintahkan kamu melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan IKHLAS dan untuk agamanya

wallahua'lam

tahniah 2

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan rasa rindu, gementar dan gembira...penulis mulakan penulisan kali ini

sekadar mengucapkan tahniah buat adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan mereka.Ingatlah kalian....kita hanya merancang tetapi Allahlah yang menentukan segala hasilnya. Yang layak berusaha,berdoa dan bertawakkal itu hanyalah kita dan yang memberikan kejayaan setimpal dengan usaha kita adalah Allah .... bersabarlah di atas segala ketentuan.

di sini disertakan keputusannya biarpun tidak lengkap , hanya sedikit sahaja menurut sumber yang dipercaya

Maryam Salimah Sahir - 11 A
Nadhirah Sakinah Rosman - 10 A
Raihanatuzzahra' Roslam - 10 A
Muhd Umair Jazlan - 9A
Nur Hafizah - 9A
Nurul Husna Zulkifli - 9A
Muhd Khubaib Imaduddin Fauzi - 8A
Akasyah Jamar - 7A
Wan Muhd Hasan Wan Ali - 7A
Salman Azmin - 6A
Ahmad Faiz Alias - 5A
Raid A'la Dzul Zabarrodh - 5A
Muhd Amiruddin Mohamad - 4A
Amru Mustafa - 3A
Izzat Amir - 3A
Muhd Lutfi Mohamad - 3A
Hassan Fahmi Khairuddin -3A
Muhd Afiq Zulkifli - 2A
Muhd Fakhrullah Mohammad -1A
Ahmad Irwany Khairun Nazarullah - tiada A



btw
Muhd Aizat Naim Mustafha Al-Bakri - 11A
Muhd Syafiq bin Roslan - 5A

tahniah~

mengenangkan tarikh keluarnya keputusan SPM tahun ini terkenangkan peristiwa-peristiwa tahun lalu

11 MAC 2009
-gagal dalam ujian memandu bagi motor
-merawat kekecewaan dengan menangis serta berdoa kepada Allah
-debaran esok terhapus di situ
-memonteng kerja sesudah mendapat lampu hijau daripada abi yang dikasihi

12 MAC 2009
-dua peristiwa penting berlangsung hari ini
-ujian percubaan memandu bagi kereta
-lulus dengan markah 18/20 ... alhamdulillah
-penat menjawab mesej yang sarat dengan ucapan semoga panjang umur murah rezeki dan diberkati Allah
-keputusan SPM 2008
-alhamdulillah ..miss dua subjek yang tidak diduga itu
-sebagai hadiah hari lahir...keputusan ini untuk abi dan ummi

**************************************************

11 MAC 2010
-musim panas menghampiri , puasa diuji dengan lapar dan dahaga
-membeli-belah di Suq Thamin hingga hampir putus nyawa...nauzubillah
-sedih kerana gagal menelefon ummi,abi dan kakak serta abang
-gembira dan terharu kerana berjaya menelfon sahabat-sahabat yang sedang berjuang di Matri
-bulatan malam itu menambahkan rasa terharu dalam hati
-mula menerima mesej berbaur doa dan ucap selamat...amiin

12 MAC 2010
-sedih kerana lambat bangun subuh kerana berhajat untuk tahajjud lebih panjang
-program LIFE di universiti Ain Shams
-bertemu sahabat-sahabat sekitar Kaherah serta diterangkan lebih lanjut tentang pengurusan cinta remaja
-sedih berpisah...kalian dekat di hati
-berkampung di Arma untuk ke gawazat pada esoknya
-bertaaruf serta berjalan-jalan bersama Syafiq Omar yang disayangi
-umur sudah semakin bertambah ..usia sudah semakin berkurang....moga insan lemah ini Allah kuatkan

ingin berkongsi kata-kata Nur Najiyuddeen yang dikongsikan dalam group SMIQ aka SMAKL di Pewaris.net

pujian itu segalanya kepada Dia = alhamdulillah3

Allahlah yg memberi kejayaan dan kegagalan itu kepada kamu
bukanlah straight A's itu yg menentukan di syurgakah kita..
bukanlah fail itu menentukan buruknya pengakhiran kita..

sudah dapat apa yg kita mahu di dunia, sudahkah penat bekerja untuk akhirat kita?

jgn sesekali kamu terlalu bangga dengan kejayaan itu krn kejayaan itu milik Allah, Dia bisa menarik ni'mat itu
jgn terlalu kecewa dg kegagalan kerana rahmah Allah itu luas, jgn berputus asa dari berharap padaNya

dunia makin tenat, jahiliyyah makin rancak -- kita di mana?
bantuin kami ya Allah



renungan bersama agar kita tidak terlepas pandang perkara-perkara yang kecil dan tersembunyi
wallahua'lam


NB
-entry ini akan terus diupdate sehingga keputusan itu penuh...insyaAllah
-rasa sedih masih menjalar hingga sekarang .... merawat luka
-semoga pertambahan umur seiring dengan peningkatan amal dan iman insyaAllah
-membilang-bilang generasi seterusnya yang akan bertandang ke tanah anbiyak ini

tahniah !

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

di lewat tengah malam ini, berbekalkan sedikit kekuatan dan juga rasa mengantuk yang sudah semakin memberat di pelpebral muscle ini, penulis mulakan penulisan ringkas ini

sekadar ingin melepaskan kerinduan dan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada gen5 SMAKL yang sudah memperolehi keputusan PMR mereka baru-baru ini... Alhamdulillah, biar apa pun keputusan itu, meningkat atau tidak, berkurang atau tidak, semuanya sudah tercatat oleh Allah setimpal dengan hasil usaha kita semua.... kepada yang berjaya mendapat straight A, tahniah.... dan kepada yang tidak, usaha lagi ingatlah ya.

'tiada usaha yang sia-sia,cuma kejayaan yang lewat tiba'

meskipun begitu,penulis tetap cemburu kerana antum semua berjaya memintas penulis yang tidak berjaya mendapatkan straight A sewaktu PMR dahulu, tetapi, apa yang penulis harapkan adalah antum menjadi lebih baik daripada penulis.. insyaAllah....

di sini disertakan sebahagian sahaja senarai keputusan PMR 09 SMAKL

9A
-Ahmad Afnan Irfan bin Ahmad Zukri
-Ruzaini binti Muhd fauzi
-Tengku Balqis binti Tengku Abdul Rashid
-Shakirah Wahida binti Shamsul Bahri
-Wan Nur Syamilah binti Wan Ali
-Zulfa binti Roslan

8A
-Wan Muhammad Usman bin Abdul Halim
-Kalthum Khalidah binti Sahir
-Wan Nur Sakinah Fakhriah binti Wan Muliyadi
-Anis Afina binti Azmi

7A
-Muhammad Ammar Hasif bin NorAlias
-Ammar bin Nizar
-Nor Khalidah
-Muhammad Hazim bin Mat Noor
-(others unannounced 4)


 gen 5 Putera




gen 5 Puteri

(maklumat dan gambar ini dicuplik daripada blog Aisyah Ulya)

juga disertakan disini sebahagian kecil sahaja keputusan PMR Matri.

9A
-Nurul Amirah binti Khairuddin
-Khufiyah Hubbani binti Khairul Anwar
-Maryam Kamilah binti Ahmad Sani
-Nor Syatirah binti Nor Azri
-Safiah Hazwani Busra
-Siti Hazirah binti Kamal

(Maklumat ini dicuplik daripada blog Perfect's prop)

ingatlah antum semua, kejayaan ini ditentukan oleh usaha pada masa lalu dan kejayaan akan datang ditentukan oleh usaha sekarang dan masa hadapan. janganlah terlalu berbangga dengan kejayaan ini bahkan selalulah bersyukur dengan taat pada segala perintah Allah dan berusahalah untuk meningkatkan kualiti kerja kita agar pencapaian kita semua boleh dimanfaatkan untuk islam insyaAllah.

Tahniah!....

NB
-Still menunggu-nunggu result penuh untuk PMR 3 buah sekolah itu
-Merindui Ummi dan abi yang berjaya dihubungi lewat petang tadi dan berkongsi rahsia keenakan pengat pisang ummi yang ingin dicuba di sini
-esok sudah kelas, sekarang sudah mengantuk... doakan agar dapat bangun bertahajjud esok
-terngiang-ngiang part akhir 'KCB' yang menyebabkan air mata yang mahal ini tertumpah juga..
-sebarang cuplikan yang dilakukan harap dapat diizinkan demi kemaslahatan bersama .. arigato gozaimasu.

wallahu'alam

itulah mereka

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kerinduan dan juga setiap  kekurangan yang membaluti hidup insan yang tidak pernah lari daripada  kesilapan dan kesalahan, penulis mulakan penulisan kali ini.


gen 3 09
tiba-tiba Allah hadirkan rasa rindu dalam hati ini... rindu yang sudah lama tidak muncul, kini muncul membayangi hidup penulis di sini.Oh.... Allah sungguh adil, didatangkan perasaan ini tatkala mereka juga teringatkan penulis. Kalian itulah rindu penulis ketika ini.

gen3 SMAKL... itulah mereka, pewaris yang sudah pun tamat pengajian di SMAKL... tamat menjadi seorang pelajar sekolah, tamat menjadi pengawas dan menjadi ketua pelajar. Tamat menjadi biro itu dan ini dan tamat bermesyuarat di setiap petang dan tengahari, tamat mengatur jadual hidup pelajar dan tamat berpenat lelah berjaga dan berkhatibah di segenap malam.

tetapi bukan itu sebenarnya yang menjadi ukuran kita. Bukan pada title yang telah kita pegang dahulu. Bukan pada warna baju yang kita sarungkan di tubuh kita dan bukan juga pada bilangan markah yang kita perolehi dahulu ketika di setiap peperiksaan....bukan itu sebenarnya yang kita perlukan. Yang kita perlukan adalah inisiatif diri kita untuk mengutip seberapa banyak mutiara-mutiara yang ada tersemai di sana. Sedalam mana tanah perjuangan itu memberikan kesan kepada hati kita.Sebanyak mana kita memanfaatkan tempoh waktu yang kita lalui di sana...... oh... itulah peringatan untuk diri penulis sendiri.

adik-adikku yang amat ku cintai..... sihatkah kalian, bagaimana iman dan Islam antum....

generasi ketiga SMAKL.... tidak tahu exact word untuk menggambarkan mereka.... mereka terlalu unik untuk diungkapkan, mereka terlalu bermakna untuk dibiarkan, mereka terlalu istimewa untuk dilupakan.. itulah generasi ketiga milik SMAKL... bukan milik penulis.... bukan milik Kita semua.... milik sesiapa sahaja yang mahu membangunkan Islam kerana pada mereka tenga-tenaga yang begitu mudah, bertunas untuk disumbangkan kepada Islam....

Salman Azmin (rindu betul pada anta).... ada meninggalkan komen di shoutbox meminta dikongsikan sesuatu buat mereka yang baru sahaja tamat menempuhi SPM sekaligus tamat bergelar pelajar SMAKL.... terus terang penulis katakan, penulis begitu terkejut atas permintaan itu kerana penulis berasakan penulis sendiri masih belum cukup untuk melakukan itu... tetapi mungkin Salman takkan dapat menerima alasan itu.... betul tak Salman..... oh, sesekali menguak kembali jendela kenangan yang lama-lama itu, terasa kecil betul diri ini bila dibandingkan dengan mereka gen3.......

adik-adikku.... pada kalian sebenarnya ada potensi yang lebih besar berbanding diri ana... kenapa ada berkata demikian , kerana antum semua membesar di hadapan mata ana, setiap seorang daripada antum , insyaAllah ana boleh beritahu akan peluang masing-masing..... masih ingat ISD dahulu yang mana antum telah berjaya gegarkan satu SMAKL dan juga diri ana sendiri... akan kelancaran programnya, akan keunikan aktivitinya, akan kreativitinya yang begitu mencuit hati hinggakan pada ana ISD 2 baru-baru ini tetap tidak dapat menandingi ISD milik antum....



masih ingat lagi pada keputusan peperiksaan antum setiap tahun, begitu menbanggakan.... hinggakan ana sendiri kalah pada sebahagian daripada antum.....bagaimana antum semua study, bagaimana antum semua menjadi pemimpin, bagaimana antum semua mengendalikan program, bagaimana antum semua menjadi bibit-bibit indah di dalam hidup ana.itu semua adalahb kekuatan antum, itu semua adalah peluang antum yang sekarang ini perlu antum semua gilap dan kembangkan. KIta bukan lagi di dalam atap didikan,. kita sudah masuk ke dalam era melaksanakan... era untuk melakukan dan untuk kita perlukan kekuatanm dan kesedaran daripada hati kita sendiri.

ana harapkan antum semua disediakan dengan program lepasan SPM seperti yang dijalankan terhadap batch ana dan batch 1 dahulu... mungkin dari situ banyak pengalaman dan amanah yang boleh antum timba. Mungkin melalui program itu, itulah pesanan  yang ingin ana sampaikan, daripada program itu, itulah nasihat yang ingin ana kongsikan.....jangan sesekali antum semua cuba untuk tidak pergi program tersebut....



adik-adikku, jalan kita sangat panjang lagi, teramat panjang lagi dan kita takkan tahu apa yang menanti kita di sepanjang jalan itu... ada durikah, ada selumbarkah, ada kemudahankah, ada RnR kah.....itu semua kita takkan tahu, yang tahu hanya Allah sahaja...oleh itu, janganlah berhenti untuk terus berdoa... jangan pernah lupa kalau Allahlah tempat kita meminta dan mengadu..yang membrikan kejayaan dan keberuntungan kepada kita.

adik-adikku, jangan lupa untuk memanfaatkan masa dengan baik sewaktu cuti ini ya. Medan IPS yang sedang giat dibangunkan kini amat menuntut tenaga antum semua , jangan biarkan tenaga-tenaga murni kita disumbangkan ke tempat lain, diberikan kepada mereka-mereka yang tidak mahu menegakkan syariat Allah... adik-adikku.... jangan lupa juga untuk meneruskan segala perkara baik yang diamalkan di SMAKL ke dalam kehidupan antum, jangan menjadi seperti ana yang selalu lalai dan leka ini kerana ana tahu antum semua lebih baik daripada ana.... ana sayang antum semua....

setahun meninggalkan SMAKL, penulis antara yang kerap berziarah ke SMAKL sewaktu gen3 memegang tampuk kepimpinan.... selalu sahaja abang-abang dan kakak-kakak bertanya kepada penulis akan SMAKL memandangkan penulis anatar yang dekat dengan SMAKL dan selalu pula ke sana.... hanya satu sahaja yang akan penulis katakan "insyaAllah, ana yakin mereka mampu melakukannya" kerana penulis tahu, tahun penulis adalah tahun yang gagal.... dan tahun mereka akan mengembalikan kejayaan yang pernah diciptakan oleh gen 1 dahulu.... \

sewaktu anugerah kecemerlangan SMAKL dahulu, abi penulis pernah menyebut perkara ini "kita (komesnet) terlampau memberikan penekanan dan penumpuan terhadap generasi pertama hinggakan kita terlepas pandang generasi kedua " dan itulah kenyataan yang amat membuatkan penulis sedih.... bukan kerana menjadi insan yang terlepas pandang oleh pihak sekolah tetapi tidak berjaya mencontohi gen 1 yang pada penulis amat berjaya itu...... dan penulis tidak putus-putus berdoa agar gen 3 ini akan selalu dijaga dan dipelihara oleh Allah juga selalu dibimbing oleh pihak sekolah dan juga Komesnet... dan begitu jugalah doa penulis buat generasi yang lain....

sewaktu mengikuti lawatan ke Matri dan KTD yang dijalankan oleh gen3 bulan 4 dahulu.. barulah penulis benar-benar kenal akan gen 3... kasih sayang antara mereka yang tidak pernah goyah, thiqoh kerana Allah yang tidak pernah punah, ukhuwwah fillah yang terus terjaga dan batasan pergaulan yang terus terpelihara... penulis bersyukur allah kurniakan buat penulis adik-adik seperti mereka yang amat mendidik penulis... dan di bumi anbiyak ini, penulis berdoa agar ada antara mereka yang menyertai penulis dalam perjuangan di sini...



ana tunggu antum semua.......
wallahua'lam

zikkirni

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kelemahan sebagai seorang hamba yang acap kali lalai dan leka penulis mulakan penulisan kali ini.



sudah lama tidak menulis di sini..terasa rindu pula. Terutamanya tatkala keluarga di Malaysia sudah mula bercuti. Adik-adik di SMAKL diharapkan dapat memanfaatkan cuti dengan sebaiknya dengan berbagai-bagai KMK yang diuar-uarkan oleh Haluan , sahabat-sahabat dan sebagainya. Juga adik-adik gen3 yang sekarang sedang berjuang menempuh SPM, sekarang merupakan kemuncak zaman menengah antum, gagal di sini ertinya 'no turning back'... gambatte Kudasai~

kesibukan sehari-harian benar-benar menjerut keupayaan penulis hingga kadang-kadang terasa fuutr dan lalai kerap kali menyapa. Sungguh belajar perubatan bukan seindah bicara, belajar dimesir tidak semanis berita. Apabila hati yang gersang tidak disirami peringatan tarbiyah, jahiliyyah yang penuh dengan penyusunan mula menebarkan jejarumnya yang sungguh tajam dan berbisa.

manusia dan lupa takkan pernah dapat dipisahkan. Sekuat manapun ingatan seseorang pasti akan ada juga perkara-perkara yang dilupainya.Contohnya ..dalam sehari berapa banyak kita mengingati dan berzikir kepada Allah . Adakah dalam solat sahaja? ataupun sesudah solat sahaja? cuba bayangkan kalau kita dilalaikan ketika solat... maka bilakah lagi kita mengingati Allah

khusyuk amat sukar untuk dicari dan dijaga. Jika kita sudah menjumpainya..genggamlah ia sekuat yang mungkin.ketika di SMAKL dulu, pernah dalam satu perhimpunan mingguan, Pengetua Ustaz Rohmat ada menyampaikan tazkirah tentang solat. "bagaimana untuk khusyuk dalam solat? jawapnnya.... 'berwuduklah zahir dan batin' ..." Bagaimana itu ya?

penulis juga ketika itu dihujani banyak persoalan....keliru sedikit tentang ungkapan itu.... ditambah pula dengan  adik-adik yang turut inginkan penjelasan . Berwudhuk zahir ertinya sempurnakanlah wudhuk di anggota badan . Alirkanlah air wudhuk dengan penuh kesungguhan untuk beribadah dan mohonlah perlindungan daripada Syaitan yang direjam.

berwudhuk batin?.. cucilah hatimu daripada segala bentuk gangguan.Kosongkan jiwamu daripada dunia yang sementara ini. Carilah Allah di dalam solatmu. Carilah dia di dalam sujudmu. Sebak rasanya tatkala mendengar bicara Rasulullah "Barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya maka Allah akan memberikan kekayaan kepadanya , mengumpulkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan merendah diri. Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya , maka Allah akan menjadikan kemiskinan padanya , mencerai-beraikan urusannya dan dunia takkan pernah datang padanya"




berwudhuk batin juga boleh dilakukan di luar pada waktu solat mahupun selain daripada wudhuk batin ? bagaimana?..... mintalah peringatan daripada teman-temanmu. Sahabat-sahabatmu yang menjadi cermin dirimu. Janganlah pernah puas dengan keadaan hatimu kerana jahiliyyah tidak pernah berhenti bekerja, maka haruskah kita ternokhtah di sini?

musim ujian semakin hampir... di Malaysia pelajar SPM 09 sedang bergelut di medan itu penulis pula sekarang menantikan ujian Anatomy...antara subjek yang banyak perkara perlu diingat.. tatkala mengulang kaji bersama-sama teman serumah, barulah penulis sedar masih banyak lagi benda yang tidak ingat, masih banyak ilmu yang belum dihadam di ingatan. tatkala melihat teman-teman lain yang lancar sahaja segala jenis muscle dan insertion, nerve supply, artery dan segala jenis articulation di mulut mereka, ketika itu juga syaitan memulakan jarum 'hasad dengki' di hati penulis....nauzubillah

zikkirni..... agar tidak terus syirik dengan ilmu yang diterima.
Zikkirni...agar kita tidak leka dengan dunia yang fana
zikkirni...agar kita tidak tertipu dengan nafsu durjana...
zikkirni....agar kita terus tersenyum di dunia, aman di syurga insyaAllah


wallahua'lam

-tentang forum Marhaban ya Ramadhan-

assalamualaikum w.b.t.

mulakan hari kita dengan syukur kepada Allah.. moga-moga segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ini dibalas dengan ibadat..jauhilah maksiat kerana janji Allah takkan dilupakan.

alhamdulillah baru pulang daripada menghadiri program Perantau di KHP semalam....sebenarnya ana ingin kongsikan sedikit tentang forum Marhaban Ya Ramadhan yang telah diadakan di Surau Al-hidayah SMAKL pada hari khamis lalu....


ana berasa sungguh bertuah kerana sepanjang hayat ana di SMAKL inilah kali pertama forum sebelum Ramadhan diadakan... biasanya di awal bulan ramadhan barulah forum sedemikian ataupun tazkirah, ceramah diadakan....alhamdulillah

sebenarnya ana telah terlewat sampai ke forum tersebut menyebabkan ana terlepas beberapa perkara.

forum tersebut telah dipenegrusikan oleh Pc Saufi dan ahli panelnya merupakan Ustaz Rohmat selaku mudir SMAKL dan Ustaz Rajaie selaku tenaga pengajar SMAKL.. ana dimaklumkan bahawa Panel yang sebenar adalah ustaz Ibrahim tetapi dia tidak dapat menghadirkan diri.....


ustaz Rajaie begins

forum dimulakan dengan panel pertama iaitu Ustaz Rajaie...(maaf ana tidak sempat mendengar tajuknya)

beliau menceritakan tentang ibadah yang bermaksud ketaatan. Ubbudiyah pada asalnya bermaksud kehinaan yang bererti tunduk kepada tuan kita, pencipta kita ..Allah.

ibadah merupakan suatu bentuk amalan rabbaniah ,syumul,seimbang antara ruhi dan jasadi.Ibadah juga terbahagia kepada dua... umum yang mana apa sahaja yang dilakukan diniatkan kerana Allah dan juga ibadah khusus yakni rukun islam dan amalan lain yang merupakan tonggak , sumber kekuatan roh dan juga kekuatan akhlak..... (beliau ada menerangkan secara khusus tentang kelima-lima ibadah dalam rukun Islam)

antara syarat membolehkan sesuatu amalan menjadi ibadah.... saya hanya tahu ada dua sahaja tetapi pada malam tersebut..beliau telah menerangkan dengan lebih lanjut

-diluluskan oleh syarak
-niat baik kerana Allah

-tekun

-patuhi batas syarak
-kerja duniawi tidak melalaikan kerja-kerja islam dan ukhrawi

panel kedua pula iaitu Ustaz Rohmat telah membincangkan mengenai Madrasah Ramadhan

Ramadhan merupakan satu madrasah yakni tempat mendidik, madrasah mutamayyizah. Ada juga yang menggelarnya musim bunga, bulan penjiwaan dan bulan pendidikan ..kerana di dalamnya ada kurikulum dan kokurikulum yang mesti dilalui untuk berjaya

"Ramadhan.. awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka."

terdapat sangat banyak keistimewaan dan keutamaan dalam bulan ramadhan seperti sahur dan amalan sunat yang lain....

tarbiyah di bulan Ramdhan adalah berbeza lantas hasilnya juga lain.. sebagaimana yang kita semua sedia maklum..buah puasa ini adalah Taqwa...

-menjadi mukmin yang ikhlas beribadah....
-merasai indahnya Muraqabatullah.... teringat majalah Haluan...

-menjadi manusia yang sabar

-menjadi insan berwibawa

-menjadi mukmin berjiwa ubbudiyah..... beramal atas nama rabbaniah


indahnya kalau kita menghayati sepenuhnya penghayatan Ramadhan ini

kenapa Ramadhan ini sebuah Madrasah?

-menyucikan jiwa dari sifat-sifat mazmumah

-mewujudkan manusia yang sihat rohani, jasmani dan aqli

-mendidik kemahuan yang hanya menuruti nafsu
-merasai kenikmatan 'nikmat' itu

-menghayati kesengsaraan hamba Allah yang lain


madarsah Rasulullah ini bersistem ..tetap dan punctual dan ianya merupakan ibrah kepada kita bahawa bulan ini merupakan pesta ibadah dan gudang emas yang mesti kita terokai dengan sesungguh hati dan persiapan yang paling penting yang mesti kita tumpukan ialah iman dan taqwa......

second round......

ustaz Rohmat begins

pusingan kali ini dimulakan oleh Panel kedua Ustaz Rohmat..... yang membahaskan tentang sukatan Ramadhan.....

-iktikaf, puasa,qiam,muhasabah,mujahadah,jemaah,silaturrahim
-quran,doa,istighfar,zikir,solat sunat,sedekah,infaq
(masih banyak lagi)

puasa yang umum tidak akan dapat menghasilkan tattaquun tetapi hanya beroleh lapar dan dahaga.... kita seharusnya berusaha untuk mencapai taraf puasa khususul khusus.. yang merangkumi puasa seluruh anggota badan....... ingatlah meninggalkan sehari puasa dengan sengaja takkan dapat diganti dengan seribu tahun puasa ganti......

ada sesuatu tentang terawikh yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda semua.... sunatnya ialah memanjangkan bacaan di setiap rakaat bukan memanjangkan bilangan rakaat... sepatutnya persoalan solat 8 rakaat , 20 rakaat dan berapa rakaat sekalipun tidak perlu timbul. Memanjangkan bacaan agar kita dapat merasai nikmatnya berterawikh itu kerana terawikh itu sendiri maksudnya berehat....disunatkan meramaikan bilangan jemaah kerana semakin banyak bilangan jemaah semakin banyak ganjarannya.... wallahua'lam

sedeqah di bulan Ramadhan sangat dituntut... dan tiadalah Rasulullah paling pemurah melainkan di Bulan Ramadhan.... dahlah rasulullah seorang yang pemurah..bayangkan kepemurahan Rasulullah dibulan Ramadhan lebih daripada biasa...masyaAllah....Ramadhan juga merupakan bulan sedeqah dan zuhud yakni tidak menjadikan material sebagai sasaran utama dalam beribadah dan kita juga mestilah bersemangat dalam mengeluarkan sedeqah ini......

semoga kita beroleh MUMTAZ pada Ramadhan ini dan menjadi golongan Ar-Rayyan.....

panel pertama pula Ustaz Rajaie masih lagi menyentuh isu ibadah kerana bagi beliau ibadah puasa merupakan ibadah yang paling sensitif..perlu dijaga serba-serbi.....

menurut Dr Abdullah Afifi.... ibadah bermaksud al-khashyah dan al-hibbah bermaksud takut dan gerun kepad Allah sebagiman yang digesa agar kita memelihara diri kita daripada azab... ibadah juga merupakan ta'ah..ketaatan dalam melaksanakan ibadah Allah..selain merupakan tanzif alqulub an zunub...

hikmah diwajibkan silibus Puasa....

-melahirkan Mu'ahadah

-melahirkan muraqabah

-bebas daripada nafsu

-menjaga diri daripada menyelewengan dunia -mujahadah

penutup diakhiri dengan kesimpulan.......

panel kedua- berdoalah agar kita sampai ke Bulan ramadhan
buat bukan kerana ikut tetapi kerana tahu dan faham
ikhlaskan diri
banyakkan berdoa dijauhkan bala agar ibadah kita lebih selesa

panel pertama- moga ramadhan kali ini lebih menguntungkan
jadilah kamu rabbaniyyiin dan janganlah kamu menjadi ramadhaniyyiin
teruskan amalan ramadhan di bulan lain

pengerusi- wujudkan suasana di rumah untuk menyambut ramadhan,wujudkan jiwa penuh dengan keazaman dan hajat kerana para sahabat dahulu 6 bulan sebelum tiba Ramadhan mereka sudah berdoa agar tiba Ramadhan kepada mereka dan 6 bulan selepas habis ramadhan mereka berdoa lagi agar amalan mereka pada Ramadhan tersebut diterima Allah

pamplet Forum..puisi yang tertera (4 rangkap itu dicipta oleh ana)

seusai forum tersebut semua jemputan dan hadirin dijamu dengan bihun goreng...ana telah dipelwa menyertaio golongan pak cik-pak cik di bilik mesyuarat tetapi enggan kerana ingin bersama dengan adik-adik...... di kantin sehingga di marahi oleh ustaz Amali....hehehe

pesanan buat diri... cukupkah sekadar mencatit, publish in blog... your time has come....!!!



-tentang trial SMU dan PMRU-

assalamualaikum w.b.t.

semoga Allah selalu mengawasi hati dan gerak langkah kita setiap masa dan berdoalah agar kita tergolong dalam kalangan hamba-hambanya yang mendapat hidayah dan petunjuknya....

firman Allah yang mana mafhumnya "teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa"

semalam ana telah ke SMAKL untuk mengambil gambar adik-adik yang sedang menempuh peperiksaan percubaan PMRU dan SMU yang diadakan serentak.... at first ana malas hendak pergi sebab ia akan screwed up all of my daily schedule tetapi ada sesuatu yang ana miss menyebabkan ana gagahkan juga diri ini untuk kesana....

SMAKL yang dirindui

sesampainya ana di SMAKL ana disambut oleh Ustaz Ibrahim, mantan mudir SMAKL. Kami keluar minum-minum sedekit dan beliau ada sedikit sebanyak bercerita tentang real-life keadaan di Mesir... insyaAllah ustaz, doakan ana

pejabat yang baru dialihkan sesi 2009

setibanya ana kembali di SMAKL, memandangkan peperiksaan sudah pun berjalan, ana naik ke Pejabat bagi bertemu mak cik Maznah selaku kerani tetap di SMAKL yang sudah ana anggap sebagai keluarga ana sendiri...... rindu untuk bertemu dengan ahli keluarga pejabat SMAKL yang terdiri daripada Ustaz Rohmat, Ustaz Amali,Cg Salimah dan Mak cik Maznah sendiri yang telah dibantu oleh Kak Ramlah.Datang mencari teman untuk diajak ke program Perantau bersama-sama ana.... teringat zaman muda-muda ana dan generasi ana mentadbir SMAKL.. masuk ke pejabat adalah rutin harian ana selaku penyelia bacaan Quran dan doa.. even though the post is not official actually but somebody has to take it.....

speaker and the pa system ....my best working partner

selepas itu ana terus sahaja pergi ke kelas-kelas yang sedang diadakan peperiksaan di dalamnya . 2 Bukhari dan Muslim , 4 Syafie dan Maliki.... gambatte kudasai adik-adik . Innallah Maana.

adik-adik putera TRIAL PMRU

adik-adik puteri TRIAL PMRU

adik-adik 4 SYafie TRIAL SMU

adik-adik 4 Maliki TRIAL SMU

mengenang kembali zaman ana mengambil SMU dan PMRU.. trial PMRU ana jauh lebih baik berbanding result sebenar.. memperoleh 10 A untuk trial tetapi hanya mendapat 8 A sahaja ketika sebenar merupakan satu tamparan hebat buat ana.... ditambah pula dengan kegagalan ketika PMR yang hanya mampu meraih 8 A membuatkan ana bertambah rendah diri dan kecewa..... mungkin itulah balasan kepada ana yang sangat koya-koya ketika kedua-dua peperiksaan ini....... tetapi Alhamdulillah.. naik ke tingkatan 4 dengan baju biru membuatkan ana kembali yakin.. sepanjang 2 tahun di tingkatan menengah atas...ana berjaya memastikan tempat pertama dalam setiap kali peperiksaan tidak jatuh ke tangan siapa-siapa pun ... alhamdulillah ketika trial SMU ana telah mendapat 9 A dan ketika exam sebenar ana telah berjaya mendapat 10 A.biarpun gagal mendapat straight 1 A tetapi alhamdulillah....

teringat kembali celoteh salah seorang cikgu di tingakatan 5... mengatakan generasi ana merupakan generasi yang malas dan beberapa perkataan yang tidak enak didengar.. the truth is i do not deny those things..in fact i do agree with them.. but somehow, most people do not understand the way people like us flow... ana tak salahkan mereka cuma manusia berjiwa lemah seperti ana seringkali meletup dengan kata-kata mereka.... ana takut untuk menghadapi keputusan SPM kerana bimbang my batch screw it up.. unfortunately it does happened..... menjadi generasi dengan keputusan yang teruk... ana kembali muhasabah.... life is searching for mardhotillah, seek HIM as HE sees you... to get the best must strive the best... no compliment for those who despair in obtaining Allah's love.

hehe.. memori lalu...let bygone be bygone... back to the real life... ana tidak mahu adik-adik ana mencontohi abang-abang mereka terutamanya yang sangat teruk dan #$%$##$%$ ini dan ana sentiasa mendoakan mereka agar bukan setakat menjadi doktor , engineer , arkitek, dan sebagainya tetapi membawa risalah islam itu bersama-sama.....

menjenguk ke dapur merupakan rutin wajib ana setiap pagi , tengahri dan petang di SMAKL kecuali ketika hari puasa sunat... alhamdulillah keluarga tukang masak sihat semuanya...rindu kepada MOK yangmerupakan tukang masak paling lama bersama SMAKL... kenangan indah takkan lupa......


MOK dan mok de


seronok menyaksikan adik-adik makan bersama-sama dan mengambil makanan dengan mesra dan teratur sekali.. teringat zaman ketika kena bertugas meletakkan makanan, membahagikan makana puasa, menjaga tong air dan sebagainya.. that's an improvement actually......

bilik sakit baru

ana ada ke bilik sakit yang baru diwujudkan tahun ini ( port tetap untuk bermalam setiap kali ana tidur di SMAKL). kesian melihat adik-adik yang demam, batuk, sakit mata, pening tetapi bersyukur kerana mereka telah mempunyai tempat rehat yang lebih baik berbanding ketika zaman ana dahulu yang terpaksa bersesak-sesak di atas lantaio, dengan barangan komputer, buku-buku dan bermacam-macam lagi....

SMAKL kena H1N1 ke???

demam-demam pun nak study juga


chayok wan.... jaga bilik sakit..tgh pra percubaan math

ingatlah adik-adik.. SMAKL mahupun MATRI mahupun SMIK, semuanya mengharapkan kita sebagai tiang ummah pada masa hadapan.Manfaatkanlah masa-masa keemasan antum di sana. life in SMAKL is a 'fursatuz zahabiyah' for everyone.. make use of it...... kita bukannya mahu seorang pemimpin yang bersikap materialistik dan sebagainya ...cukup sekadar tukang sapu atau tukang kebun..there's nothing wrong with them..but risalah Islam itu terletak di pundak kita sebenarnya... jagalah ia sebaik mungkin...

disaat awal online hari ini..saya sedikit hati ini.. teringat kepada generasi ana terutamanya yang kekal sehingga tahun ke5 hanyalah 29 orang..jika dibilang sejak zaman tingkatan 1 lagi... mungkin hampir 40 orang bilangan kami semua.. sahabat-sahabat..bagaimanakah keadan antum sekarang... iman antum??? ana doakan yang terbaik untuk antum.....

my batch.. how is your iman now?? hehe
sorry..blurry

teringat juga kepada sahabat-sahabat keluarga di UIa yang sudah berminggu-minggu ana tinggalkan.. even my body is here.. my mind still trapped there.. (terpengaruh cerita Kekasihku Seru)... nak sebut pun..your names curved in my diary..don't worry......


i sent this to MUJAHID on his way back to UIA

doakan ana agar ana dapat pergi ke program Perantau yang bakal dijalankan di KHP nanti.. gerun melihat kehebatan program himpunan Minda medic yang telah dijalankan beberapa minggu lalu.. sedih sebab tak dapat pergi kerana ketika itu baru sahaja pulang dan keadaan masih belum stabil lagi.....

oh..sakitnya rindu ini...tak terbayang bagaimana saat berada di university nanti... ya Allah bantulah hambamu ini..amiin

allahumma bariklana fi rajab wa fi syaaban wa ballighna ramadhan..amiin

-tentang aqiqah-

apakah ini????

assalamualaikum w.b.t.....

selamat sejahtera buat semua yang dinaungi langit Allah, semoga pertolongan Allah bersama kita selalu....

alhamdulillah..kali ini ana ingin menceritakan tentang jamuan akikah yang telah diadakan di SMAKL pada JUmaat lalu selepas ijtimaam....

akikah ini sebenarnya disumbang oleh salah seorang kenalan abi yang meminta agar dirinya dirahsiakan.Hanya Allah dan abi yang tahu...i guess

saya sebenarnya sangat suka menghadiri jamuan keraian yang memberikan makanan pecuma seperti ini..tambahan pula ia diadakan di sekolah lama saya sendiri...feeling like being home..teringat zaman muda-muda dulu di SMAKL..everytime ada jamuan analah orang yang paling bersemangat membelasah segala lauk-pauk yang dihidangkan.... hehe..badan tak naik-naik pun..well that's the secret of being healthy..eat anytime you desire..especially during the lesson..hehe....don't take note on this!


pc Li selaku penyampai

ketika Ijtimaam berlangsung yang disampaikan oleh Pc Li merangkap boss an sewaktu berkhidmat di Sriq..beliau telah awal-awal mengingatkan kami semua bahawa ijtimaam kali ini akan dipanjangkan bagi menunggu lauk masak.... hehe.... yang mengantuk..tahanlah mata... yang khusyuk menulis..sampai tak cukup kertas....

finally..selepas menunggu dengan lama..siaplah lauk gulai kambing yang dimasak oleh Pc Saufi selaku ketua chef..dan dibantu oleh Mok n the gang yang menghuni dapur SMAKL... thanks Allah and thanks Pc n Mok n the gang yang telah pecah peluh memasak lauk yang sungguh sedap,menyelerakan dan manis pula isinya.....

suasana di waktu jamuan


kesian adik-adik SMAKL yang diarahkan untuk makan selepas Jumaat..lorrr...hehe.. selaku bekas pelajar SMAKL ana terus sahaja meyambar lauk-pauk tu dan makan dengan sedap dan lahapnya dihadapan mereka...hehe....tipu je..ana makan dengan mereka sekali hinggalah datang abi dan memarahi ana yang mengajak meraka makan sekali...

ala..relakslah abi..bukannya habis pun lauk ni kalau makan ngan diaorang...adakah ana berkata begitu..hehe..you think....

kerana Jumaat telah menjelang ana hanya sempat tambah sekali sahaja...ingatnya nak makan lima enam kali ke..baru best sikit..tapi kena ikut abi balik rumah terus..hish..sedih.........tapi...tanpa disangka-sangka..abi yang melihat ana makan dengan sungguh khusyuk dan mengkhusyukkan..telah membawa pulang sebekas lauk itu untuk santapan dirumah...hehe..sampai rumah pelagi..belasah sampai habis....tq abi

alhadulillah...Allah bagi juga ana jumpa Hasyimi di sana..hasyimi akan pulang ke UMP hari ini dan ..ana tak sempat jumpa dia di SMAKL kerana ada hal....ya Allah mudahkanlah urusan hasyimi agar dia juga boleh bersama ana ke mesir nanti.....

hasyimi ..ana doakan kita bersama

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger