Showing posts with label egypt. Show all posts
Showing posts with label egypt. Show all posts

Adha '13

Salam everyone 


Egypt, i am back. Dah tahun 5 rupanya penulis di bumi Mesir ini. Sedar tak sedar, diam tak diam. Usia makin meningkat, dosa makin bertambah dan semoga amal dan pahala mampu memadamkan dosa yang semakin menggunung itu. However it is good to be back home. Egypt is definitely like no other ( except UIA :) ). 

                                          
        
Most of my friends got the chance to celebrate eiduladha in Malaysia ( well maybe online this time ) due  to their delay in returning back to Egypt due to current egyptian turmoil. I am definitely happy for them and a little frustrated for myself ( haha ) since i do planned to festive it in my homeland too. However the ticketing of my flight didn't allow me to do so. At least, eiduladha in Egypt was quite a festivity. 

                                
  
Again this year, i myself made qurban. A khoruf ( like a very fat sheep ) which cost me more than 1000le. Hopefully Allah will accept my sacrifice and make me a better and sincere servent. And of course, to made qurban means to slaughter it myself. The adrenaline rush was very memorable yet frightening indeed. Fortunately it turned out very well. Alhamdulillah. 

                              
 
And of course, sacrifice is an act to contribute something that is dear to the heart. Either wealth, health, seconds or penny, all of them if given towards the struggle of Islam and must be founded with pure intention and sincerity, insyaAllah Allah wiill definitely count them. O Allah, make me one of the, like Abraham and Ishmael and also PBUH Muhammad. Ameen 

                             
                                     From Cairo with love 
 
                             
                                       They are the family where i can return to 

                            
                                         Warga PERUBATAN cawangan al-Azhar 
   
Nb
- tomorrow, the new session will begins. Do pray for me 
- family, i miss you ! 
- kakda n kakak, i am waiting and praying for the good news 

Sebelum Berangkat 1

bismillahirahamanirrahim
assalamualaikum wbt

sepanjang tahun satu, subjek ini sangat dinanti dengan penuh harapan agar omongan pelajar tahun dua ketika itu benar tetapi tidak dan berlalulah tahun satu tanpa sempat menelaah subjek ini. Alhamdulillah tahun dua Allah kabulkan doa dan berjaya mendapat 97/100 untuk juzuk yang ke 30. InsyaAllah hari ini bakal menyambung perjuangan untuk subjek ini bagi juzuk yang ke 29 dan sentiasa meletakkan target untuk mendapat markah penuh untuk tahun ini


ya Allah, 'sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain.'

mohon doa semua 
~ Quran written and oral examination 
~ 6th May 2012
~ 10 am 

i miss my family so much
sampai berjumpa redha pencipta
saza s

lambaian Nil

bismillahirrahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

bila rasa masa dah semakin menyikit, mulalah menyesal pada masa lalu yang terabai begitu sahaja. manusia-manusia , begitulah fitrah kealpaan yang seringkali menjadi pakaian kita setiap hari dan saat.


mungkir janji ? penulis tidak mahu berbicara soal itu sekarang ini.
amal jamaie blog ? mungkin bukan sekarang ini
result exam ? tadi baru sahaja menerima berita gembira daripada cairo u , Azhar belum lagi
habis tu apa ?

langit Kaherah sekarang sangat panas. Terutamanya bila di tambah dengan hati yang sangat panas dan menggelegak juga. Di sinilah di mana tarbiyah Allah bermula dan berjalan. Diuji dengan kepanasan seharian sehingga air cond dan kipas juga tidak mampu untuk mengusir kehangatan itu pergi. Yang mampu menyejukkan perasaan itu adalah dengan sabar dan zikrullah. Mungkinkah kita tahu, mungkin kah kita lupa.

7 hari yang lalu penulis sudah selamat bergelar graduan tahun 2 perubatan universiti Azhar dan sekarang sedang menunggu dengan penuh kebergantungan kepada Allah. Beberapa hari awal , agak buntu hendak buat apa. Biasalah fenomena orang baru habis exam, tapi jika berterusan boleh jadi penyakit juga. Jadi untuk tidak membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja , penulis baru-baru ini sekali lagi bertapak ke dataran tahrir.


kali ini bukan untuk berlegar-legar di kawasan penuh sejarah tapi untuk menikmati pemandangan senja di perkarangan sungai nil yang sentiasa meniti di bibir rakan-rakan penulis yang lain. Kali ini , penulis berkesempatan untuk menaiki bot dan meredah sungai sumber air bumi mesir itu selama setengah jam. Lebih mengujakan, bot yang memuatkan 20 penumpang itu hanya dinaiki oleh kami berlima.


sepanjang merentasi sungai, mulalah kami tidak senang duduk, masing-masing mengeluarkan lensa kamera dan mula menjalankan kewajipan sebagai jurugambar peribadi. Dari hujung bot hinggalah ke hujung bot satu lagi, kami bergambar .... hingga ketawa pak cik yang membawa kami tersebut. Mungkin tak pernah bawa penumpang yang agak lincah seperti kami. hihi


tirai senja berlabuh menokhtahkan pelayaran kami. usai membayar 40 geneh kepada pak cik tersebut kami lantas merentasi jambatan sungai Nil untuk ke seberang bagi menunaikan solat maghrib di masjid yang berdekatan. Kami terus sahaja memasuki sebuah restoran terkemuka  'Nile City' , restoran kapal yang benar-benar mencekik leher kami dengan harga yang mahal dan banyak itu. Mungkin kerana tamak, kami agak rugi dan ramai antara kami yang tidak berpuas hati dengan service dan makanan malam itu.

bil yang kami terima di sana ..... LE 805.65 - masing-masing terkejut !

dalam perjalanan pulang, kenyang, letih dan mengantuk saling bersilih ganti dalam fikiran. Namun yang lebih menggasak fikiran penulis adalah adakah diri ini mampu untuk menjadi seperti sungai Nil itu. Jika ditahan di kiri, akan mengalir ke kanan. Jika di tahan di kanan, akan mengalir di tengah. Jika di tahan di tengah, akan meresap ke bawah tanah. Jika di tahan dari meresap, akan melimpah ke atas. Jika di tahan juga di bahagian atas, maka akan pecah dan meletuplah air itu .


terlalu banyak permintaan yang di impikan untuk cuti ini
moga Allah tuntun langkah ku
jangan jadikan aku dalam kalangan Munafiq yang dilanknat itu

wallahua'lam

gambatte finale 1 - physiology

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
salam jumaat dan salam kahfi

check point pertama final examination tahun ini sudah berakhir. Alhamdulillah, dengan berkat rahmat dan pertolongan yang hanya datang daripada Allah, penulis berpuas hati dengan perjuangan round pertama ini.


oh, physiology sememangnya menjadi killer subject bagi sesiapa sahaja yang menjadi mahasiswa perubatan tahun 1 dan 2. Namun jika kita benar-benar komited dan bersandar kepada pertolongan daripada Allah, maka insyaAllah semuanya akan menjadi mudah.

sebenarnya, peperiksaan physiology tahun 1 terasa kurang debarnya sedikit jika dibandingkan dengan tahun lalu. Masih teringat dengan kata-kata penulis pada seorang kawan. "tahun ni macam kurang debar lah sikit, mungkin sebab dah ready dari awal kot'  tapi tak boleh lah nak terlalu bangga diri atau menyebut-nyebut kelebihan, takut nanti Allah balas balik. Mesir ini tanahnya agak 'haram' juga sebenarnya. amin amin jelah ya


hari pertama peperiksaan, merangkap hari written physiology, penulis lihat ramai yang telah terjerumus ke dalam perangkap peperiksaan. Perangkap peperiksaan? tidak konsisten datang ke kelas, ulang kaji hanya berdasarkan soalan spot, terlalu berbangga dengan kelebihan maklumat yang hanya melekat ketika musim peperiksaan sahaja dan lebih banyak menumpukan masa kepada buku di saat-saat akhir hingga terabai hubungan dengan Allah serta tugas-tugas lain.

akibatnya, bila soalan yang ditanyakan memang 360 darjah lain daripada soalan spot, mulalah mulut kecil itu mengeluarkan macam-macam perkataan yang tidak lain hanya menambah dosa dan mengundang kemurkaan Allah. Selaku biro akademik kelas yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan, fenomena ini acap kali diulang dan sentiasa diingatkan, tapi bila masing-masing dah besar, fikir kepala sendiri sahaja yang betul. Tapi kalau nak periksa, pandai pulak minta orang lain ajar dan terangkan pelbagai benda.

tak mengapalah, yang lebih penting adalah keikhlasan kita dalam belajar, beramal, menjawab peperiksaan dan bertawakal kepada Allah. Itulah harga yang paling mahal yang perlu ditebus daripada ketinggian ego yang menjulang dalam diri kita. Sebagai seorang mahasiswa ataupun golongan terpelajar, kita seharusnya tahu bahawa konsep belajar itu sangat spesipik dan perlu pada penelitian khusus dan deskriptif.

penulis pun sebenarnya tidak mahu berleter panjang pasal falsafah ilmu itu. Haha, sebab rasa macam diri pun masih kurang pengamalannya. anyway, untuk written, boleh katakan hanya 20% sahaja yang dispot masuk dan yang lainnya bersndarkan pada pertolongan Allah dan sedikit ingatan ytang Allah berikan hasil usaha datang ke kelas serta ulangkaji yang bermula dari awal.

untuk oral dan practical, inilah masanya tembelang akan pecah. sila rujuk perbualan di bawah

situasi satu

prof A : what is micturition reflex?
pelajar : the excretion of urine
prof A : no!
pelajar : (mencipta pelbagai ayat yang sesuai berkaitan dengan soalan)
prof A : i gave you this topic in the class , do you come to my class?
pelajar : (mengangguk)
prof A : so, why can't you answer that question ?

situasi 2

prof B : what is this ?
pelajar : tuning fork
prof B : what is it's use?
pelajar : hearing test
prof B : show it to me how it's work
pelajar : ( dari mula sampailah akhir, step yang dilakukannya salah hinggalah prof minta dia berhenti)
prof B : look's like you never attend my class!

situasi 3

prof C : give me your ID
pelajar : (menyerahkan sambil memerhatikan prof menulis namanya)
prof C : do you come to my class in the lecture room ?
pelajar : (dengan teragak-agak) yes
prof C : so, what is my name ?
pelajar : (terperangkap di situ)

biarlah anda sendiri yang menginterpretasi situasi-situasi di atas. Itu adalah kenyataan dan bukan rekaan dan banyak lagi sebenarnya situasi yang benar-benar mengejutkan kami semua. Yang lebih penting kita sentiasa bersedia dan bukan sahaja belajar untuk memenuhi kehendak peperiksaan dan menjadi pelajar 'tak tahu apa-apa' bila dan habis periksa. Lebih dahsyat lagi ada yang tanya pada head department macam ini.

pelajar : prof ! prof !
head depatment : what do you want ( dalam keadaan tergesa-gesa)
pelajar : (bertanya beberapa soalan berkaitan masalah dalam peperiksaan)
head deparment : ( menjawab itu dan ini)
pelajar : prof, when is the durr thani (repeat paper)?
head department : (terus tersenyum sumbing) why, you want to ready to take it ?

apapun penulis tidak menaruh harapan yang teralu tinggi memandnagkan banyak juga yang penulis tersilap jawa untuk written, oral mahupun practical. Berserah sahajalah kepada Allah atas segala sesuatu. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Jangan lupa. penulis masih ada banyak paper lagi. Mohon doanya ya. gambatte. Wallahu'alam

pre-exam mode

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

pejam celik pejam celik, hayat penulis sebagai pelajar perubatan tahun 2 sudah semakin hampir ke penghujung. Peperiksaan akhir tahun sedah hampir dan sekarang masing-masing sibuk dengan buku, ulang kaji dan tidak kurang juga yang sibuk dengan persediaan untuk bercuti seperti menginstall segala macam game dan mendownload segala macam cerita untuk di'maraton'kan usai sahaja peperiksaan.

ohh, itu semua hanyalah dunia.

kalau tahun lalu, penulis telah melakukan evakuasi khusus daripada dunia blog dan sebagainya sepanjang peperiksaan berjalan. Namun impaknya agak negatif kerana keluarga dan teman-teman tidak dapat update dengan status terkini. Jadi pada tahun ini penulis berhasrat untuk menulis setiap kali selepas habis satu-satu subjek itu. Lebih terkawal dan praktikal sedikit.

persediaan tahun ini tiba-tiba terasa sangat kurang berbanding tahun lalu sama ada dari aspek ulangkaji mahupun hubungan dengan Allah. Namun tetap optimis bahawa pertolongan Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hamba yang meletakkan kebergantungan itu hanya kepadaNya dan setiap contengan kata-kata titisan ilmu itu hanyalah usaha kecil manusia semata-mata.

orang kata, semasa musim peperiksaan banyak pantang larangnya. Tak mahu sebutlah disini, namun pada penulis, hiduplah seperti biasa namun harus waspada pada perubahan yang bakal berlaku andai kita tidak berjaga-jaga. Jika merasakan facebook itu satu keperluan, maka teruskanlah. Jika merasakan game itu mampu membantu untuk fokus dan mengasah minda, maka teruskanlah. Tetapi perlu beringat.

dunia pelajar Perubatan sejujurnya tidak begitu dirasai di sini. Haha. Tetapi suasana itu perlu dicipta sendiri agar kita tidak leka dan alpa dengan kesenangan yang ada. Tambahan pula tahu 2 ini segala macam kelebihan ada. Laptop dah ada, kamera dan ada, biasiswa pun dah ada. Nak apa sahaja semua petik jari sahaja. Namun sebenarnya ujian berharta itu lebih kuat dan halus permainannya.

jika tahun lalu, terpaksa ikat perut selama sebulan semata-mata mahu membeli sepsang kasut berharga LE50 (ketika itu sekitar RM38) dan kasut itu akan terus dipakai insyaallah sehingga habis belajar. Tetapi kini, duit sudah banyak. Nak laptop, nak Pc, nak apa sahaja ada sekelip mata. Dan adakalanya harta berupa material ini sedikit sebanyak melemahkan jiwa kerana dunia itu terlalu indah pada pandangan manusia.

kerana itulah, penulis selalu ingat pesanan Abi tersayang. katanya 'ingat, laptop dah ada, lagi senang sekarang, sepatutnya lagi senang untuk berjaya!'. Tambahan pula arahan abi untuk kekal maintain pada tahun ini perlu direalisasikan. InsyaAllah mohon doa semuanya agar penulis dan semua mahasiswa di mesir ini mampu melakar kejayaan yang cemerlang untuk Islam.

penulis pernah men'tweet'kan benda ini 'musim peperiksaan - ramai yang berlumba-lumba untuk lebih banyak study tetapi tidak ramai yang berlumba-lumba untuk lebih banyak meminta daripada Ilahi'. tiba-tiba terpukul dengan kenyataan sendiri.

oh, perlu berhenti di sini dan bersiap untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh soalan-soalan past year dan menghadamnya sesegera mungkin kerana peperiksaan sudah terlalu hampir. InsyaAllah.

tribute to this people

Cairo Uni - Dr Rafhan Redha, Dr Haziq Zolkapli , Dr Umar Hakimin, Dr Faiz Sabri, Dr Sh. Nurul Hidayah

Ain Shams Uni - Dr Syafie Idris, Dr Tarmizi Ibrahim

Alex Uni - Dr Aizat Naim, Dr Hasyimi , Dr Nazeer Mukhlis, Dr Shukri Mohd, Dr Syamila Rosman, Dr Atikah Razak, Dr Insyirah Abdullah, Dr Nawwar Afifah

Tanta Uni - Dr Ahmad Misran, Dr Pengiran Badiuzzaman, Dr Wan Deeni, Dr Husna Sani, Dr Huda Sani

Mansurah Uni - Dr Faisal Afif, Dr Nur Abrar, Dr usamah, Dr Khairun Najmi

Zaqaziq Uni - Dr Imran , Dr Muhaimin Yahya, Dr Raihana Roslan

Azhar uni- Dr Taufiq Alis, Dr Afham Arif, Dr Aiman Mahzuz 

last but not least , to all my beloved mischives classmates
gambatte kudasai
otsukaresamadesu


wallahua'lam

berita-berita itu

bismillahirrahmnirrahim
assalamualaikum w.b.t.


kepala terasa sedikit berat kerana telah berhempas pulas menyiapkan pembacaan amali histo dan terus menghidupkan laptop kesayangan ini untuk menulis dan mengupdate blog yang semakin ditelan habuk dan sawang. Entry terbaru sebelum ini mendapat komen yang sangat meluas cumanya hanya di FB dan tidak di blog ini. Tak mengapalah, meskipun penulis tidak mengharapkan sebarang respon daripada yang lain, semoga persahabatan dan persaudaraan kami Allah pelihara sampai bila-bila.

mendengar nasyid di blog sendiri membuatkan penulis ingin menangis. Sudah lama tidak menjengah kedunia sahabat dan sekarang terlalu sibuk dengan buku-buku dan ulangkaji serta game 'Plant VS Zombi' yang terlalu ketagihan semenjak dua ini.


saya menjadi sebu melihat entry rakan blogger yang lain yang terlalu meruntun perasaan penulis. Haha, seperti seorang kanak-kanak pula pabila berkata demikian. Jauh di perantauan maknanya akan berjauhan dengan bermacam perkara termasuklah ahli keluarga yang tersayang. Tapi tidak juga , sekarang Ummi, Abi, Opah, Tokki, Tokwan dan Kakak sednag berada di Mekah menunaikan Umrah.

penulis sebenarnya ini menyertai mereka namun memikirkan peperiksaan final yang semakin mendekat ini, terpaksalah membatalkan rancangan tersebut dan stick pada plan asal untuk membolon 14 hari sebelum peperiksaan dengan menelan segala maklumat dalam buku itu.

minggu lalu, penulis banyak menghabiskan masa luar study dengan menjelajah ke segenap blog ex SMAKL. ternyata penulis sangat terkejut kerana semakin ramai yang sudah mula berblog dan masing-masing sangat enthusiastic dan bersemangat dalam memeriahkannya. Alhamdulillah, kalau dulu , ex SMAKL yang berblog boleh dibilang dnegan jari tapi kini sudah berderet-deret yang ada.

ok - welcome to the club especially to those yang baru ada tidak kurang dari 20 post

itu satu berita yang sangat menggembirakan penulis

berita kedua yang tidak kurang mencetuskan keriangan hingga menyebabkan senyuman dan ketawa yang tidak berhenti . Sila ikuti perbualan di bawah.

hari : jumaat - 2 Jun
tempat : bilik di Kaherah dan Madinah

kakak: (setelah sangat lama berbual-bual) .... oklah saeed abi dah suruh letak
penulis: eee, abi ni tak acilah
penulis: orang baru aje nak gosip-gosip
kakak: haha, tak boleh lah ya, ini henset abi
kakak: what abi says goes
penulis: (dengan sedikit cebikan diikuti dengan ketawa kecil) ... oklah
penulis: kakak, nanti suruh abi call lagi ya lain kali
kakak: insyaAllah , doakan kami suma ya
penulis: insyaAllah, kim salam suma ya kakak
kakak: insyaAllah, kat sini pun suma kim salam juga
kakak: (tidak lama selepas itu) ... saeed, awak tahu tak?
penulis: tahu apa?
kakak: TB masuk UIA
penulis: ha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
penulis: betulkah? (dengan senyuman dan ketawa)
kakak: betul, eh, awak tak tahu ke?
penulis: nilah baru tahu tau
penulis: of all choices yang dia ada, akhirnya masuk uia gak dia
penulis: haha
penulis: kita nikan , memang brother n sister of uia lah kakak
kakak: haha

perbualan terpaksa dihentikan di situ. Alhamdulillah, akhirnya adik TBku sayang berjaya juga menemukan menara gading yang sesuai mengikut ketetapan Allah. Terlalu banyak sebenarnya IPT yang tersenarai dalam kronologi hidup lepas SPM nya dan sebenarnya UIA termasuk dalam senarai belakang-belakang tapi alhamdulillah, meskipun dengan keputusan yang sangat baik melebihi keputusan penulis dan direject dalam kebanyakan permohonannya, dia tetap gembira dengan keputusan itu.

rindu gerbang ilmu ini

kenapa tidak KTD? haha , soalan itu sila rujuk kepada 3 orang dibawah ini
1- TBku sayang
2-Abiku sayang
3-Ummiku sayang

alhamdulillah , sekurang-kurangnya selepas ini, bolehlah nak berjalan bila-bila masa ke CFS IIUM yang dirindui itu dan bolehlah juga nak tumpang bermalam ke sehari dua - nge3

berita ketiga, berita ini memang tidak terduga. Nampaknya keluarga kami bakal menerima orang baru . Siapa? sila tunggu. penulis tidak berani mengeluarkan apa-apa statement memandangkan penulis sendiri tidak mendengar pengakuan tulus ikhlas harmoni sendiri daripada empunya badan, dan biarlah Allah sahaja yang menentukannya. Oh, teringinnya nak ada budak kecil dalam rumah besar dua tingkat itu ... nge3

penulis masih teringatkan kata-kata abangku sayang ' doakan saeed, ingat ini urusan Allah, kita hanya mampu berusaha. Jangan sesekali lupa itu. Biarpun sesiapa yang Allah pilih, itulah yang terbaik. Kita sebagai hamba , berdoa sangat perlu.' , dan itu telah menyebabkan penulis malu kerana merasakan usaha dan doa kepada Allah sangat kurang. Masih teringatkan penyampaian kuliah Ijtimaam, 'seorang hamba itu akan berasa dengan dengan Allah melalui doa dan solat. Andai dia kurang salah satu antaranya, maka dia sudah jauh'.

oppss... sudah cukup. Perlu kembali kedunia nyata dan meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun 2 Kuliah perubatan yang masih berbaki beberapa ketika sahaja lagi. Insyaallah satu lagi entry pre-exam akan menyusul. Cumanya tidak tahu bila, insyaallah dalam masa terdekat ini.

mohon doa semuanya ya


wallahua'lam

NB
-tetiba rasa gemuk kerana seluar bersaiz 28 sudah tidak perlu bertali pinggang :D
-final oh final - kalau tukar nama final exam itu kepada easy exam atau simple exam adakah perasaan dan persepsi orang akan bertukar?

yang lama

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

mungkin kerana terlampau disibukkan dengan perkara lain termasuklah sibuk menjadi moderator tidak rasmi kepada blog batch , blog kesayangan ini sudah lkama tidak disentuh.keinginan untuk menukar pakaiannya masih membuak-buak dan sentiasa meronta-ronta setiap kali meyaksikan inbox penuh dengan update dari blogger template .Namun yang indah di mata dan cantik di laman sesawang ini masih belum ketemu.


bayu spring mula bertiup dan angin sejuk musim syita' sudah lama berlalu meskipun kadang-kadang terpaksa menghidupkan sakhanah kerana tidak tahan dengan kesejukan air di waktu pagi.Itulah lumrah kehidupan di perlebahan nil ini. Segalanya adalah mungkin kerana Allah sentiasa ada bersama kita semua.

sudah dekat 3 minggu tidak menulis apa-apa dan hari ini ingin sekali berkongsi sedikit bersama. Daylight saving yang dijangka berjalan bermula semalam tidak jadi , jadi masa akan terus berdetik seperti biasa.Mujahadah perlu ditingkatkan , azan subuh jam 3.40 pagi , waktu untuk tahajjud sangat terbatas sekiranya masing-masing mula tidur lambat. seawal jam pagi perlu bangkit kerana takutkan api neraka yang menyala-nyala.


1 mei , masing-masing gembira kerana cuti , bukan di malaysia sahaja bahkan juga di mesir ini. Kalau dulu , waktu kuliah sangat inginkan cuti untuk study , ulangkaji dan sebagainya .namun bila sudah mula bercuti (seperti hari ini) , mulalah memanjangkan waktu tidur pagi dan mula menayangkan pelbagai cerita untuk ditonton bersama. Target untuk melakukan ini dan itu tergendala seketika. jadi pasanglah niat itu dengan tekun dan penuh himmah agar tidak hanya melepaskan batuk di tangga.

3 minggu bukan berlalu begitu sahaja tetapi penuh dengan aktiviti yang tidak lepas dibilang dengan jari . namun bukan semua bisa untuk dikongsi.yang perlu privasi tetap harus diberi haknya , yang terlupa untuk dicoret mohon maaf semuanya.

hidayahMu di hadiqah itu

bismilahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


sudah genap 3 minggu kepulangan penulis ke bumi Mesir ini.Alhamdulillah , meskipun pelajaran dan silibus yang tertinggal masih lagi belum habis dikejar secara peribadi namun apa yang penulis sangat syukuri adalah Allah sentiasa permudahkan jalan dan urusan penulis.Alhamdulillah , syukur yang setinggi-tingginya kepada Allah dengan lafaz yang basah ini serta tubuh yang masih sihat ini insyaAllah.

jarang jumpa doa ini di dalam tremco
macam tak pernah jumpa pula di public transport Malaysia


hihi

'jauh perjalanan luas pengalaman' , itulah pesan panel wacana ilmiah minggu lalu , saudara Faqih bin Fuzi , tahun enam universiti Tanta .Minggu ini alhamdulillah , sempat lagi penulis menambahkan pengetahuan dan pengalaman penulis , berjalan ke Hadiqah Azhar yang sentiasa disebut-sebut sebagai tempat wajib pergi bila sudah bergelar mahasiswa Azhar.Meskipun sepatutnya , jaulah batch ini diadakan pada minggu lepas , alhamdulillah lagi Allah izinkan ia diadakan minggu ini dan alhamdulillah penulis dapat ikut.

entrance fee yang sudah naik harga daripada 3 geneh kepada 7 geneh

menurut perancangan , semuanya perlu berkumpul di restoran Arabiata di hayyu sabie' sebelum asar dan bersolat di masjid di tepi restoran tersebut namun disebabkan penulis tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut penulis terlewat tiba namun masih lagi tergolong dalam golongan yang awal ... hihi. Dua kali Allah permudahkan. Pagi ke hayyu asyir seharusnya membayar 75 qirsy tetapi disebabkan penulis sudah hendak turun dan kumsari itu tiada ruba' , maka dikurangkan kepada nus geneh sahaja.Bila balik pulak , disebabkan penulis hanya mempunyai segeneh dan menaiki bas berharga segeneh nus , diminta bayar segeneh sahaja . Alhamdulillah.



dalam kawasan hadiqah

kami bergerak seramai 19 orang setelah dua kali berhenti menunggu lagi 5 orang yang datang agak lewat. bayangkan tremco yang kebiasaannya boleh memuatkan 12 orang sahaja disumbat dengan 19 orang. Terpaksalah masing-masing melonggarkan segala joint-joint yang ada bagi membolehkan semuanya masuk dan bergerak bersama.kali ini , tremco yang membawa kami melalui jalan yang jarang sekali dilalui oleh kebanyakan masayarakt melayu hinggalah kami daripada kawasan 'mostafa el-nuhas' tembus ke kawasan 'duwaiyah'.Dari Duwaiyah , lebih kurang 20 minit kami pun selamat sampai di hadiqah tersebut.

seawal tiba di hadiqah tersebut kami terus dijamu dengan pemandangan masyarakat manusia yang jauh daripada islam.rata-ratanya tidak mengamalkan gaya hidup yang berlandaskan syarak.Lelakinya yang berjalan bersama perempuan (tidak termasuk pasangan berkahwin) , perempuannya yang berpakaian mencolok mata , bahkan ada juga pelajar perempuan melayu yang berpakaian begitu.Memang mencetuskan kontroversi.

kami menerawang di sekitar hadiqah tersebut sambil masing-masing mengeluarkan kamera DSLR sendiri dan mula menekan punat snap di mana-mana pemandangan yang diarasakan cantik dan menarik.Alhamdulillah , dikesemptan yang Allah berikan , menghayati keindahan taman yang dicipta oleh manusia, Allah masih lagi campakkan ke dalam hati penulis ini rasa takjub pada keagungan kuasa Allah yang lebih besar lagi yang maha menjadikan manusia dan kepandaiannya.

bergambar bersama keluarga arab serta anak kecil mereka yang comel


circle of willis @ circle of weldeyer?


part inilah yang paling best sbnrnya


jazakallah kepada pihak yang bertanggungjawab


meraikan musim bunga yang sudah mula menaikkan tirainya

kadangkala tatkala kita melihat keindahan sesuatu yang direka oleh kebijakan manusia , seringkali kita mendahulukan puji-pujian kepada manusia yang menciptakannya .namun kita lupa bahawa Allahlah yang seharusnya diberikan kepujian ini kerana Allah sahaja yang mampu memciptakan segalanya dengan penuh kesempurnaan dan keindahannya.Bila mana kita tidak mampu untuk melihat kebesaran Allah disetiap ceruk binaan manusia , maka seharusnya kita koreksi balik niat dan iman kita.

hidayah Allah itu sebenarnya sentiasa ada di mana-mana dan Dia berupaya untuk menyerahkan segala-galanya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendakinya. Maghrib pun mula menjelang dan tatkala penulis sebrsama-sama yang lain sibuk merakam keindahan senja dari atas puncak bukit di hadiqah tersebut , tiba-tiba kelihatan beberapa orang masyarakat arab sedang bersolat di atas rumput karpet di situ.Penulis dan beberapa yang lain terus sahaja menyertai mereka.Usai sahaja kami bersolat di situ , tiba-tiba lelaki arab yang mengimami kami bersalaman sambil berkata 'A'zamallahu islam!! - Semoga Allah memuliakan Islam' .. dalam hati penulis , ya Allah luasnya rahmat MU.


tatkala semua tempat sudah kami lawati , kami terus sahaja berkumpul untuk menunaikan solat sunat hajat serta bersalam-salaman bersama-sama.Sempena musim peperiksaan yang sudah semakin hampir , semuanya sudah mula menyalakan lampu merah tanda 'darurat study' dan ada juga yang enggan menyertai kami kerana mahu study.tak mengapalah , moga Allah bersama mereka dan kami. Malam itu , angin yang bertiup benar-benar kencang , menyejukkan hati-hati manusia yang panas dengan bara dunia yang sentiasa dihangatkan dengan bisiskan syaitan.


ya Allah , rahmatilah kami semua

posing dulu sebelum balik jalan kaki
^_^

sempat lagi singgah di Hardees untuk birthday celebration


suapan sayang buat 'sayang-sayang buah kepayang , dimakan mabuk dibuang sayang'

semoga setiap hati-hati yang bersujud dan ruku' di atas rumput dan tanah yang tidak pernah berhenti memuji dan bertasbih kepada Allah itu akan tersedar daripada lamunan khayalan dunia yang mengasyikkan dan mula bangun serta mara ke dalam perjuangan yang telah diwariskan oleh Rasulullah s.a.w dan berjaya mencapai redha Allah di dunia dan di akhirat.

tribute to :

Muhd Taufiq bin Abu Zakaria
Muhd Hafiz bin Haji Shamsuri
Ahmad Izzatur Rahman bin Ramzi
Hamzah bin Marwan
Zikril Halim bin Md Akhir
Muhd Arif Rukaini bin Mohamed Sufian
Muhd Nur Assobri bin Omar
Ahmad Muaz bin Ab Razak 
Muhammad Farhaan bin Mohd Siril Asrar
Muhamad Khairullah bin Abdul Ghani
Muhd Ilyas bin Ayub
Muhd Haris bin Alias
Khairul Amri bin Mohd Yussof
Muhd Zulhafizi bin Azmi
Ahmad Tarmizi bin Othman
Muhd Bazil bin Mohd Nor Azli
Muhd Haziq bin Ismail
Muhd Syafiq bin Muhd Omar
i , me and myself

ku mencari hidayahMu , ya Allah
Wallahua'lam

fosil revolusi : kota tahrir yang ku jejaki

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

angin Mesir bertiup damai sekali.Tambahan pula bayu syita'nya masih belum pudar meski ramai menjangkakan saifi sudah mula menyelak lembarannya.Sudah genap seminggu penulis kembali ke tanah bertuah ini, tanah yang termaktub di dalam lembaran Quranul karim yang menjadi tempat jejak puluhan para nabi.Alhamdulillah , meski penulis terpaksa sibukkan diri dengan study dan kuliah semenjak hari pertama pulang , alhamdulillah selagi hayat dikandung badan selagi itu syukur dan pujian harus terus meniti di bibir.

kota tahrir

alhamdulillah , Allah kurniakan lagi banyak nikmat kepada kita semua khususnya penulis .Pabila dimaklumkan Universiti Azhar cuti dua hari (sabtu dan ahad) , maka tiadalah melainkan gembira dan syukur yang tertera di dalam hati.kalau sebelum ini , banyak program yang tidak dapat diberi komitmen kerana kuliah yang sangat banyak.Cuti sehari benar-benar menyekat kebebasan.

syukur sekali lagi , hujung minggu pertama penulis berjaya diisi dengan perkara yang insyaAllah mendatangkan faedah buat penulis khususnya dan buat pembaca sekalian amnya.Meski tidak merancang secara khusus dan hanya berniat untuk menghantar teman penulis sahaja agar tidak tersesat dan sebagainya , Allah izinkan penulis dapat juga bersama-sama mereka berjalan-jalan sekitar bandar tahrir yang mana telah tercetusnya revolusi Mesir baru-baru ini.

sempat lagi menjadi chef tak bertauliah di sana 

penulis pada asalnya hanya ingin menghantar teman penulis ke rumah kawannya yang merancang untuk bersiar-siar di dataran tahrir.namun begitu katanya , apa salahnya kalau penulis juga turut serta.Memandangkan esok kuliah seperti biasa dan segala ulangkaji sudah dilakukan awal-awal lagi, penulis bersetuju untuk mengikuti jaulah mereka ke sana.Alhamdulillah , sudah masuk tahun kedua di bumi anbiyak , baru kali ini dapat menjejakkan kaki ke sana.

kami tiba di kota tahrir agak lewat.Rembang petang sudah mula menampakkan laluan buat mentari untuk beradu.Angin sejuk pula semakin galak bertiup.Alhamdulillah,meski siang sudah tidak perlu untuk berbaju sejuk , namun angin malamnya masih bisa mencengkam sum-sum.Masing-masing tidak lupa untuk berbaju sejuk serta stokin dan kasut (tapi penulis ber'sandal' sahaja).


Setelah menaiki Metro lebih kurang 15 minit ,kami turun di stesen Sadat dan terus menaiki tangga menuju ke ElMugamma' dan bermula di sanalah pengembaraan kami bermula.Langit maghrib menyambut ketibaan kami di sana.Usai menunaikan solat Maghrib , kami menyambung perjalanan.Umar selaku yang paling senior tidak jemu-jemu bercerita itu dan ini perihal keadaan dan sejarah tempat yang lami lalui.Gelap malam makin benderang dan seperti biasa hon-hon kereta tak habis suara memekik.

haha , umar , rafdha , kefahaman islam 
jom tawan tahrir!!

tanggal 25 Januari , satu dunia telah dikejutkan dengan kebangkitan rakyat Mesir melancarkan gerakan bantahan secara besar-besaran terhadap kerajaan mesir.Kezaliman yang sudah lama berakar-umbi dalam sistem pemerintahan yang menunjangi daulah mesir ditentang hebat selama berhari-hari oleh hampir keseluruhan rakyat Mesir.Disebabkan itu , bermacam perkara yang berlaku sepanjang revolusi itu meniti masa.

rakyat sudah tidak takut kepada pemerintah bahkan berani untuk mengutuk dan mengeji kerajaan secara terang-terangan.Mereka buakn sahaja menyerang dengan mulut , tetapi perbuatan mereka , mengoyak poster-poster presiden bahkan telah memadam nama stesen 'Mubarak' yang terpampang di dalam metro dan menggantikannya dengan nama 'Syuhada' serta berani mencabar dan mengusir ketuatan presiden daripada kerusi ciptaan beliau sendiri.

mengalir Nil dalam kenihilan

Firman Allah di dalam Al- Quran 
"ان الله لأ يغيروا ما بقوم حتي يغيروا ما بانفسكم "

mungkin sudah lama suara rakyat terpendam dan terkunci rapat di dalam kerongkong mereka hinggakan masing-masing sudah betah dengan corak permainan yang sedang dijalankan oleh kerajaan.Namun , firman Allah tetap mampu menembusi ke dalam hati-hati hambanya dan sudah berjaya menjatuhkan sebuah empayar yang sudah lama terbina di atas penderitaan dan kesengsaraan hidup jelata.Bukankah 'ketua suatu kaum itu adalah khadam kereka"?



meskipun dapat berjalan di sekitar tahrir , penulis agak sedih kerana night mode dalam 'Cik Oly" tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kurang pengalaman seta kurang skill dan kemahiran.meski begitu , cukuplah sekadar pemanis bicara dengan sedikit ambar-gambar yang ada ini.

syukran awi kepada penyedia makanan petang yang lazat dan exotic ini

jadilah kita seperti sungai Nil ini yang mana menghidupkan mesir ini keseluruhannya.Tanpa sungai Nil maka akan rentung dan kontanglah bumi mesir ini dan disebabkan kesuburan tanah yang dibawa bersama aliran sungai Nil ini ,Allah izinkan hampir kseluruhan penduduk mesir memperoleh manfaat daripadanya.jadilah juga seperti sungai Nil yang tidak pernah berhenti mengalir.Meski di tahan , terus mengalir , meski di empang , akan pecah.Momentum Dakwah dan jihad kita , biar kita mampu menjadi secekal dan seteguh syuhada' yang mengorbankan nyawa membebsakn penjajahan sesama manusia di tanah bertuah ini.


wallahu'lam

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger