Sebelum Berangkat 2
bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
Allah uji pagi ini dengan rasa sakit perut yang mula mencucuk dari waktu tidur tadi. Mungkin positif Diarrhea kerana terpaksa berulang-alik ke tandas (tidak mengapalah)
subjek ini merupakan subjek baru tahun ini. Memang kelihatan seperti pelajar aliran agama namun sudah namanya pelajar Al Azhar, kenalah menadah kitab juga akan ilmu yang sangat berguna ini. Meski sudah hampir 21 tahun melalui kehidupan, baru kali ini terasa bangga dan kagum akan Imam Asy-Syafie. Profesor yang mengajar juga berkali-kali mengingatkan 'if you are a syafie follower, you should be proud of it because he is a great scholar and imam'. Keindahan peribadinya mungkin boleh dibaca di sini insyaAllah
Thursday, May 10, 2012 | Labels: medicine, saza s | 0 Comments
Sebelum Berangkat 1
bismillahirahamanirrahim
assalamualaikum wbt
sepanjang tahun satu, subjek ini sangat dinanti dengan penuh harapan agar omongan pelajar tahun dua ketika itu benar tetapi tidak dan berlalulah tahun satu tanpa sempat menelaah subjek ini. Alhamdulillah tahun dua Allah kabulkan doa dan berjaya mendapat 97/100 untuk juzuk yang ke 30. InsyaAllah hari ini bakal menyambung perjuangan untuk subjek ini bagi juzuk yang ke 29 dan sentiasa meletakkan target untuk mendapat markah penuh untuk tahun ini
i miss my family so much
sampai berjumpa redha pencipta
saza s
Sunday, May 06, 2012 | Labels: egypt, life, medicine | 0 Comments
gambatte finale 2 - quran
bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.
penat memasak untuk petang ini sedang menurun dan penat mengupload segala slide histology yang dijangka akan masuk exam sudah kebah. Alhamdulillah.
apa khabar semua? Penulis, alhamdulillah masih bisa untuk terus menulis dan mencatat di sini. pertamanya, penulis ingin mohon maaf kerana exam quran sudah habis tiga hari yang lalu. Terpaksa men'delay'kan cerita ujian quran kerana terpaksa mendahulukan tugasan sebagai biro akademik kelas yang kejam dan berperikemanusiaan dengan melaksanakan kerja yang disebut di atas.
fuihhh......
ujian Al-quran..... ada sedikit tragedi yang berlaku pada hari ujian tersebut.
1- penulis telah terbangun lewat pagi itu (bukan bangun subuh tapi bangun selepas solat subuh) lantas tidak sempat untuk mengulang untuk terakhir kali bagi juzuk yang masuk peperiksaan. Terus penulis kehilangan mood untuk menyambung ulangan ketika sudah sampai di universiti. Sudah la kelam-kabut bersiap pagi itu. berebut bilik air bersama dengan 7 ahli bait yang lain.
2- secara tidak disangka-sangka, pengawal peperiksaan menyuruh kami masuk ke dewan dan mula menyerahkan booklet jawapan untuk soalan penulisan (tahriri). Mulalah kebanyakan antara kami terkejut dan tidak senang duduk kerana prof pada sudah jamin bahawa tidak ada ujian tahriri dan hanya ada oral (syafawi). tapi, akhirnya prof datang dan menenangkan kekalutan itu. Jadi, hanya ada ujian oral sahaja.
3- ketika duduk di depan prof yang bertanyakan soalan, boleh pulak terlupa surah yang ditanya. Siap boleh tanya prof lagi, ayat tu dari surah mana dan prof hanya kata ," dalam juzuk tuh, hanya ada satu sahaja ayat tuh" . Malu dan geram sedikit dalam hati ini.
sila abaikan segala tragedi yang tertulis di atas . Bukan rekaan tapi kenyataan, cuma tak ingin mengingat kembali 'tragedi sebenar' yang berlaku di sebalik tragedi-tragedi di atas.
sebelum ini penulis sangat percaya kepada kuasa Allah akan membalas segala perbuatan hambanya sama ada baik mahupun buruk dengan setimpalnya. Hari itu, mungkin kerana terlalu perasan baik, bagus dan sempurna, penulis akhirnya telah dihukum oleh Allah kerana kekhilafan besar itu. Ya, perang emosi telah melanda penulis semenjak kaki ini sampai ke dewan sehinggalah kaki ini memijak tangga bas untuk pulang.
bila disabarkan hati yang sedang bergelombang amarah hasil tiupan syaitan, penulis teringat kembali kata-kata Dr Syafie dalam bulatan seberapa lama yang lalu
" Allah meletakkan kebaikan dan kejahatan dan Allah menerangkan kedua-duanya. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan dan tidak sempat melakukannya, maka Allah telah menulis kebaikan yang sempurna. Barang siapa yang berkehendak dan berjaya melakukannya maka Allah akan balas dengan ganjaran hingga 700 kali ganda. Namun barang siapa yang terlintas kejahatan dan melakukannya maka Allah akan mencatatkan baginya balasan yang setimpal dengan perbuatannya.
penulis sebenarnya tidak mahu hanyut dengan perasaan yang bercampur baur ini kerana harus kembali konsentrasi pada banyak lagi peperiksaan yang akan mendatang. Sebelum itu, sajak di bawah ditulis dengan perasaan yang tidak dapat digambar dengan satu perkataan. Jika bermanfaat maka, gunakanlah sewajarnya. Jika tidak, boleh letakkan status 'dislike' pada shoutbox mahupun komen di bahagian bawah.
Menipu Diriku
aku cuba untuk menipumu
dengan cara aku berkata benar pada diriku
aku mengatakn ya pada diriku
dan ku kunci mulutku padamu
aku jadi bangga sendiri
kerana yakin kau kan terpedaya
hingga aku lupa pada kuasa Ilahi
yang mempunyai aturan lebih berkuasa
menyebabkan aku terperangkap
ke dalam lubang yang ku gali sendiri
setiap kali aku menipumu
aku hanya menipu diriku dalam diam
asalnya aku muak dengan kejujuran
kerana jujurku kemenangan menjadi milikmu
sedangkan bagiku
kau juga sentiasa menipu
saat ini aku tersedar
tapi kututup kemas kesedaran itu
kerana aku masih mahu menipumu
meski aku tahu aku hanya menipu diriku
biarlah aku ditakdirkan tidak berjaya
kerana aku tidak ingin melihat
kau yang turut menipu, berjaya juga
wallahua'lam
Thursday, June 23, 2011 | Labels: life, medicine | 0 Comments
gambatte finale 1 - physiology
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
salam jumaat dan salam kahfi
check point pertama final examination tahun ini sudah berakhir. Alhamdulillah, dengan berkat rahmat dan pertolongan yang hanya datang daripada Allah, penulis berpuas hati dengan perjuangan round pertama ini.
oh, physiology sememangnya menjadi killer subject bagi sesiapa sahaja yang menjadi mahasiswa perubatan tahun 1 dan 2. Namun jika kita benar-benar komited dan bersandar kepada pertolongan daripada Allah, maka insyaAllah semuanya akan menjadi mudah.
sebenarnya, peperiksaan physiology tahun 1 terasa kurang debarnya sedikit jika dibandingkan dengan tahun lalu. Masih teringat dengan kata-kata penulis pada seorang kawan. "tahun ni macam kurang debar lah sikit,
akibatnya, bila soalan yang ditanyakan memang 360 darjah lain daripada soalan spot, mulalah mulut kecil itu mengeluarkan macam-macam perkataan yang tidak lain hanya menambah dosa dan mengundang kemurkaan Allah. Selaku biro akademik kelas
tak mengapalah, yang lebih penting adalah keikhlasan kita dalam belajar, beramal, menjawab peperiksaan dan bertawakal kepada Allah. Itulah harga yang paling mahal yang perlu ditebus daripada ketinggian ego yang menjulang dalam diri kita. Sebagai seorang mahasiswa ataupun golongan terpelajar, kita seharusnya tahu bahawa konsep belajar itu sangat spesipik dan perlu pada penelitian khusus dan deskriptif.
penulis pun sebenarnya tidak mahu berleter panjang pasal falsafah ilmu itu. Haha, sebab rasa macam diri pun masih kurang pengamalannya. anyway, untuk written, boleh katakan hanya 20% sahaja yang dispot masuk dan yang lainnya bersndarkan pada pertolongan Allah dan sedikit ingatan ytang Allah berikan hasil usaha datang ke kelas serta ulangkaji yang bermula dari awal.
situasi satu
prof A : what is micturition reflex?
pelajar : the excretion of urine
prof A : no!
pelajar : (mencipta pelbagai ayat yang sesuai berkaitan dengan soalan)
prof A : i gave you this topic in the class , do you come to my class?
pelajar : (mengangguk)
prof A : so, why can't you answer that question ?
situasi 2
prof B : what is this ?
pelajar : tuning fork
prof B : what is it's use?
pelajar : hearing test
prof B : show it to me how it's work
pelajar : ( dari mula sampailah akhir, step yang dilakukannya salah hinggalah prof minta dia berhenti)
prof B : look's like you never attend my class!
situasi 3
prof C : give me your ID
pelajar : (menyerahkan sambil memerhatikan prof menulis namanya)
prof C : do you come to my class in the lecture room ?
pelajar : (dengan teragak-agak) yes
prof C : so, what is my name ?
pelajar : (terperangkap di situ)
biarlah anda sendiri yang menginterpretasi situasi-situasi di atas. Itu adalah kenyataan dan bukan rekaan dan banyak lagi sebenarnya situasi yang benar-benar mengejutkan kami semua. Yang lebih penting kita sentiasa bersedia dan bukan sahaja belajar untuk memenuhi kehendak peperiksaan dan menjadi pelajar 'tak tahu apa-apa' bila dan habis periksa. Lebih dahsyat lagi ada yang tanya pada head department macam ini.
pelajar : prof ! prof !
head depatment : what do you want ( dalam keadaan tergesa-gesa)
pelajar : (bertanya beberapa soalan berkaitan masalah dalam peperiksaan)
head deparment : ( menjawab itu dan ini)
pelajar : prof, when is the durr thani (repeat paper)?
head department : (terus tersenyum sumbing) why, you want to ready to take it ?
apapun penulis tidak menaruh harapan yang teralu tinggi memandnagkan banyak juga yang penulis tersilap jawa untuk written, oral mahupun practical. Berserah sahajalah kepada Allah atas segala sesuatu. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Jangan lupa. penulis masih ada banyak paper lagi. Mohon doanya ya. gambatte. Wallahu'alam
Friday, June 17, 2011 | Labels: egypt, event, life, medicine | 1 Comments
pre-exam mode
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
pejam celik pejam celik, hayat penulis sebagai pelajar perubatan tahun 2 sudah semakin hampir ke penghujung. Peperiksaan akhir tahun sedah hampir dan sekarang masing-masing sibuk dengan buku, ulang kaji dan tidak kurang juga yang sibuk dengan persediaan untuk bercuti seperti menginstall segala macam game dan mendownload segala macam cerita untuk di'maraton'kan usai sahaja peperiksaan.
kalau tahun lalu, penulis telah melakukan evakuasi khusus daripada dunia blog dan sebagainya sepanjang peperiksaan berjalan. Namun impaknya agak negatif kerana keluarga dan teman-teman tidak dapat update dengan status terkini. Jadi pada tahun ini penulis berhasrat untuk menulis setiap kali selepas habis satu-satu subjek itu. Lebih terkawal dan praktikal sedikit.
persediaan tahun ini tiba-tiba terasa sangat kurang berbanding tahun lalu sama ada dari aspek ulangkaji mahupun hubungan dengan Allah. Namun tetap optimis bahawa pertolongan Allah itu sentiasa ada untuk hamba-hamba yang meletakkan kebergantungan itu hanya kepadaNya dan setiap contengan kata-kata titisan ilmu itu hanyalah usaha kecil manusia semata-mata.
orang kata, semasa musim peperiksaan banyak pantang larangnya. Tak mahu sebutlah disini, namun pada penulis, hiduplah seperti biasa namun harus waspada pada perubahan yang bakal berlaku andai kita tidak berjaga-jaga. Jika merasakan facebook itu satu keperluan, maka teruskanlah. Jika merasakan game itu mampu membantu untuk fokus dan mengasah minda, maka teruskanlah. Tetapi perlu beringat.
dunia pelajar Perubatan sejujurnya tidak begitu dirasai di sini. Haha. Tetapi suasana itu perlu dicipta sendiri agar kita tidak leka dan alpa dengan kesenangan yang ada. Tambahan pula tahu 2 ini segala macam kelebihan ada. Laptop dah ada, kamera dan ada, biasiswa pun dah ada. Nak apa sahaja semua petik jari sahaja. Namun sebenarnya ujian berharta itu lebih kuat dan halus permainannya.
jika tahun lalu, terpaksa ikat perut selama sebulan semata-mata mahu membeli sepsang kasut berharga LE50 (ketika itu sekitar RM38) dan kasut itu akan terus dipakai insyaallah sehingga habis belajar. Tetapi kini, duit sudah banyak. Nak laptop, nak Pc, nak apa sahaja ada sekelip mata. Dan adakalanya harta berupa material ini sedikit sebanyak melemahkan jiwa kerana dunia itu terlalu indah pada pandangan manusia.
kerana itulah, penulis selalu ingat pesanan Abi tersayang. katanya 'ingat, laptop dah ada, lagi senang sekarang, sepatutnya lagi senang untuk berjaya!'. Tambahan pula arahan abi untuk kekal maintain pada tahun ini perlu direalisasikan. InsyaAllah mohon doa semuanya agar penulis dan semua mahasiswa di mesir ini mampu melakar kejayaan yang cemerlang untuk Islam.
penulis pernah men'tweet'kan benda ini 'musim peperiksaan - ramai yang berlumba-lumba untuk lebih banyak study tetapi tidak ramai yang berlumba-lumba untuk lebih banyak meminta daripada Ilahi'. tiba-tiba terpukul dengan kenyataan sendiri.
oh, perlu berhenti di sini dan bersiap untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh soalan-soalan past year dan menghadamnya sesegera mungkin kerana peperiksaan sudah terlalu hampir. InsyaAllah.
tribute to this people
Thursday, June 09, 2011 | Labels: egypt, event, life, medicine | 0 Comments
berita-berita itu
bismillahirrahmnirrahim
assalamualaikum w.b.t.
kepala terasa sedikit berat kerana telah berhempas pulas menyiapkan pembacaan amali histo dan terus menghidupkan laptop kesayangan ini untuk menulis dan mengupdate blog yang semakin ditelan habuk dan sawang. Entry terbaru sebelum ini mendapat komen yang sangat meluas cumanya hanya di FB dan tidak di blog ini. Tak mengapalah, meskipun penulis tidak mengharapkan sebarang respon daripada yang lain, semoga persahabatan dan persaudaraan kami Allah pelihara sampai bila-bila.
mendengar nasyid di blog sendiri membuatkan penulis ingin menangis. Sudah lama tidak menjengah kedunia sahabat dan sekarang terlalu sibuk dengan buku-buku dan ulangkaji serta game 'Plant VS Zombi' yang terlalu ketagihan semenjak dua ini.
penulis sebenarnya ini menyertai mereka namun memikirkan peperiksaan final yang semakin mendekat ini, terpaksalah membatalkan rancangan tersebut dan stick pada plan asal untuk membolon 14 hari sebelum peperiksaan dengan menelan segala maklumat dalam buku itu.
minggu lalu, penulis banyak menghabiskan masa luar study dengan menjelajah ke segenap blog ex SMAKL. ternyata penulis sangat terkejut kerana semakin ramai yang sudah mula berblog dan masing-masing sangat enthusiastic dan bersemangat dalam memeriahkannya. Alhamdulillah, kalau dulu , ex SMAKL yang berblog boleh dibilang dnegan jari tapi kini sudah berderet-deret yang ada.
ok - welcome to the club especially to those yang baru ada tidak kurang dari 20 post
itu satu berita yang sangat menggembirakan penulis
berita kedua yang tidak kurang mencetuskan keriangan hingga menyebabkan senyuman dan ketawa yang tidak berhenti . Sila ikuti perbualan di bawah.
hari : jumaat - 2 Jun
tempat : bilik di Kaherah dan Madinah
kakak: (setelah sangat lama berbual-bual) .... oklah saeed abi dah suruh letak
penulis: eee, abi ni tak acilah
penulis: orang baru aje nak gosip-gosip
kakak: haha, tak boleh lah ya, ini henset abi
kakak: what abi says goes
penulis: (dengan sedikit cebikan diikuti dengan ketawa kecil) ... oklah
penulis: kakak, nanti suruh abi call lagi ya lain kali
kakak: insyaAllah , doakan kami suma ya
penulis: insyaAllah, kim salam suma ya kakak
kakak: insyaAllah, kat sini pun suma kim salam juga
kakak: (tidak lama selepas itu) ... saeed, awak tahu tak?
penulis: tahu apa?
kakak: TB masuk UIA
penulis: ha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
penulis: betulkah? (dengan senyuman dan ketawa)
kakak: betul, eh, awak tak tahu ke?
penulis: nilah baru tahu tau
penulis: of all choices yang dia ada, akhirnya masuk uia gak dia
penulis: haha
penulis: kita nikan , memang brother n sister of uia lah kakak
kakak: haha
perbualan terpaksa dihentikan di situ. Alhamdulillah, akhirnya adik TBku sayang berjaya juga menemukan menara gading yang sesuai mengikut ketetapan Allah. Terlalu banyak sebenarnya IPT yang tersenarai dalam kronologi hidup lepas SPM nya dan sebenarnya UIA termasuk dalam senarai belakang-belakang tapi alhamdulillah, meskipun dengan keputusan yang sangat baik melebihi keputusan penulis dan direject dalam kebanyakan permohonannya, dia tetap gembira dengan keputusan itu.
kenapa tidak KTD? haha , soalan itu sila rujuk kepada 3 orang dibawah ini
1- TBku sayang
2-Abiku sayang
3-Ummiku sayang
alhamdulillah , sekurang-kurangnya selepas ini, bolehlah nak berjalan bila-bila masa ke CFS IIUM yang dirindui itu dan bolehlah juga nak tumpang bermalam ke sehari dua - nge3
berita ketiga, berita ini memang tidak terduga. Nampaknya keluarga kami bakal menerima orang baru . Siapa? sila tunggu. penulis tidak berani mengeluarkan apa-apa statement memandangkan penulis sendiri tidak mendengar pengakuan tulus ikhlas harmoni sendiri daripada empunya badan, dan biarlah Allah sahaja yang menentukannya. Oh, teringinnya nak ada budak kecil dalam rumah besar dua tingkat itu ... nge3
penulis masih teringatkan kata-kata abangku sayang ' doakan saeed, ingat ini urusan Allah, kita hanya mampu berusaha. Jangan sesekali lupa itu. Biarpun sesiapa yang Allah pilih, itulah yang terbaik. Kita sebagai hamba , berdoa sangat perlu.' , dan itu telah menyebabkan penulis malu kerana merasakan usaha dan doa kepada Allah sangat kurang. Masih teringatkan penyampaian kuliah Ijtimaam, 'seorang hamba itu akan berasa dengan dengan Allah melalui doa dan solat. Andai dia kurang salah satu antaranya, maka dia sudah jauh'.
oppss... sudah cukup. Perlu kembali kedunia nyata dan meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun 2 Kuliah perubatan yang masih berbaki beberapa ketika sahaja lagi. Insyaallah satu lagi entry pre-exam akan menyusul. Cumanya tidak tahu bila, insyaallah dalam masa terdekat ini.
Wednesday, June 08, 2011 | Labels: egypt, family, life, medicine | 0 Comments
spirit itu
bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
jadual untuk peperiksaan final sudah pun dikeluarkan , cuma ditarik balik untuk beberapa pembetulan. Segala macam program pun sudah ditangguh. PERUBATAN sendiri tawaquf program bermula hari ini. Alhamdulillah , kesedaran untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran masih ada dan tidak dilupakan. Semoga Allah terus melimpahkan inayah dan berkahnya kepada kita semua.
Alhamdulillah juga , result untuk midsem baru-baru ini sudah pun selamat dikeluarkan.Ternyata , usaha yang sekarang masih perlu ditambah dan diimprovisasikan dengan lebih giat lagi kerana tidak berjaya mncapai target.sekadar sipi-sipi lagi untuk mendapat keputusan cemerlang.tambah-tambah pula , ada seseorang berjaya melintas penulis. Belum rezeki lagi memegang tempat pertama dalam kelas , tak mengapalah.
sewaktu menyerahkan senarai topik untuk diulangkaji bagi subjek physiology minggu lalu , penulis terserempak dengan dua orang pelajar tahun 1 yang kebetulan ingin berjumpa dengan prof yang mengajar subjek physiology. Tetapi malangnya prof tersebut tiada dan penulis hanya menyampaikan melalui pembantu lab yang kebetulan ada di dalam balik itu. Ternampaklah kertas-kertas jawapan untuk physiology bagi tahun satu sedang di 'key ini' markah mereka.
penulis : ha, apa khabar? , buat apa kat sini?
1st year A : alhamdulillah , kitaorang nak tanya prof pasal marakah physio mid sem
1st year B : kitaorang tak dapat lagi , dah lama tunggu tau
penulis : ooo , ye ke , sebenarnya , markah korang baru 'key in' . tengok tuh (sambil tangan menunjuk kearah pembantu makmal sedang menulis dan mencatat sesuatu)
1st year B : haaa ... ye ke?
1st year A : lambat betul prof nih
penulis : alah biasalah , kami tahun lepas pun , physio mid sem paling lambat dapat tau. Kejap lagi dapatlah tuh
1st year A : nampaknya semangat nak belajar physio nih lambat lagi lah.
penulis : kenapa pulak?
1st year A : sebab result tu tak dapat lagi , kalau dah dapat barulahs emangat sket nak study
penulis : (mengeleng-ngeleng sambil tersenyum)
insiden ini acapkali berlaku di depan mata penulis .Tambah-tambah lagi semenjak menjadi biro akademik kelas , perihal pelajaran , exam ,soalan , result pelbagai semua dirujuk kepada penulis. Sewaktu baru pulang selepas muzaharat dulu pun , ramai yang asyik sibuk nak tahu result . Bila kata tak keluar lagi , semuanya hampa dan tiada mood untuk study. tapi bila keluar , markah rendah , rasa down pula .pelik!!!
sebenarnya , result peperiksaan itu menyumbang kepada sedikit sahaja dalam menaikkan semnagat kita terutamanya dalam kalangan mahasiswa perubatan. Keputusan bukanlah indikator mutlak kepada inspirasi dan aspirasi perjuangan kita . namun begitu , kita kena ingat bahawa masyarakat sekarang menilai keberhasilan sesuatu individu dan institusi berdasarkan pencapaian mereka. jadi benda ini perlu dipandang melalui kacamata yang positif dan seimbang.
kalau kita asyik nak tunggu orang lain atau benda-benda sampingan lain seperti kawan-kawan , masyarakat , suasana , keputusan peperiksaan , maka semangat yang melonjak itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja , kenapa? kerana hadaf kita berjuang di dalam medan kita ini tidak betul dan setiap yang bermula dengan tidak betul ini belum pasti akan melahirkan natijah yang betul.
sewaktu menghadiri HIMEGA tahun 2009 , seorang panel slot 'sharing moment' ada berkongsi , 4 faktor penaik semangat dalam kita berjuang dalam menuntut ilmu ini ataupun dalam kita melakukan apa sahaja . Kita kena ingat bahawa dalam penentuan amal ini , keikhlasan kita perlu dijaga dan wasilah yang diambil juga harus dipelihara , jika tidak , kita hanya menangguk di air keruh sahaja tanpa memperoleh apa-apa .
Faktor pertama adalah kerana suruhan Allah swt . Firman Allah dalam surah Al-mujadilah yang bermaksud "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat" . Jika kemuliaan itu Allah yang berikan , maka tiadalah apa yang kita inginkan. Kerana ilmu itu adalah mahar yang sangat berharga , maka bercita-citalah untuk mendapatkannya. Apatah lagi mahasiswa perubatan, harus amalkan resmi padi , makin bertambah ilmu pengetahuan , makin sujud di depan tuhan.
kedua adalah suruhan Rasulullah . Sabda baginda 'menuntut ilmu itu kewajipan bagi semua muslim dan muslimah' dan banyak lagi hadis-hadis nabi yang menyeru kita agar berlumba-lumba mencari ilmu. Jika kita mengaku ummat baginda , maka hidupkanlah sunnah baginda. laksanakanlah suruha baginda. tidak rugi mereka yang percaya bahkan beruntung di setiap masa. Bukankah nabi itu sebaik-baik manusia , tidak mahukah kita mengikuti nasihat daripada baginda?
ketiga adallah ibubapa kita. Merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini. merekalah seharusnya penaik semangat dalam kalangan manusia yang harus bertahta di hati kita. Bukan kekasih pujaan , bukan kawan-kawan , bukan teman sepermainan tetapi ayah dan bonda. Besar pahala mereka yang menunaikan kewajipan terhadap ayah ibu apatah lagi menggembirakan hati mereka dengan kejayaan dan berita gembira. pesan mereka agar belajar dan berusaha , harus menjadi azimat untuk terus berjaya. Bukankah redha allah terletak pada redha mereka?
yang terakhir adalah jihad itu sendiri . Jihad , itulah pakaian mukmin. Doa , itulah senjata kita , Tawakal itulah perisai kita.Kelengkapan yang utuh dan cukup untuk menentang musuh di medan perjuangan. Tidak perlu takut dan gentar. Jihad , tangga kemuliaan kita sebagai mukmin, jika kta tidak berasa megah dengan laluan yang tercipta hanya untuk kita , maka siapa lagi yang sanggup turun padang berjuang mati-matian. Ingatlah , sesungguhnya sebaik-baik jihad adalah jihad melawan hawa nafsu.
apa-apapun penulis tulis adalah untuk diri penulis terutamanya.Apalah nilai ilmu tanpa amal. Bahkan orang berilmu tanpa amal akan diseksa terlebih dahulu daripada orang yang menyembah berhala. Jadi marilah kita betulkan persepsi kita dan kita bina kembali semangat perjuangan biar terbina atas dasar yang kukuh dan bersih. Moga Allah bersama kita semua
wallahua'lam
Saturday, May 07, 2011 | Labels: life, medicine, tazkirah | 0 Comments
kalah , tidak menang
bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
bersempena bulan Akademik PERUBATAN (Medicophillic Month) yang sudah pun melabuhkan tirainya pada 29 April yang lalu , maka terjawablah segala persoalan pada minda setiap peserta yang menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan termasuklah penulis sendiri . Sekadar ingin berkongsi artikel yang dihantar tetapi tidak berjaya memperoleh sebarang hadiah dan sebagainya.Namun , kalah menang adat bertanding , sudah diterima pihak penganjur dan diadili sudah cukup menggambarkan kepuasan dalam diri .
meskipun kalah dan tidak menang , semoga ia berjaya memenangi hati-hati mereka yang membacanya serta memperoleh barakah dan inayahnya daripada Allah sw.t.
meskipun hanya nama-nama di atas sahaja yang bergema di dalam dewan arma tempohari , namun pemenang sebenarnya adalah yang turun dan campur tangan dalam menjayakan segala program yang telah dijalankan .
tribute to these people
Afham Arif
ZulFitri Azmi
Luqman Hakim
Zayyad Basorudin
Hanif
kerana telah mewarnai duniaku yang 'kelam' seketika ketika itu
wallahua'lam
Sunday, May 01, 2011 | Labels: event, life, medicine | 2 Comments
tsunami visi , revolusi aksi
bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.
penulis sebenarnya agak terkejut tatkala menerima pamplet program ini.Tentatif yang terta menunjukkan program bermula seawal jam 7 pagi tadi namun jika diingat kembali , rasanya flyers yang terbang melata di universiti mengatakan bahawa program tersebut bermula selepas Jumaat dan Saudara Ibrahim Yahaya yang ditemui sejurus selepas tiba di ARMA juga mengalu-alukan kedatangan dengan roman manis di wajahnya. Agak pelik , namun tetap bersyukur dan lega kerana forum masih lagi belum bermula.
alhamdulillah , inilah kali pertama penulis bertemu muka dan mata dengan salah seorang senior Medic di Mesir . Nama beliau Muhd Faqih bin Fuzi. Tahun 6 Universiti Tanta.Mengenali nama itu melalui majalah IMAN yang menjadi wadah majalah perubatan di Kaherah.Tertanya-tanya dulu , macam mana rupa si Faqih ni dan alhamdulillah terjawab juga
namun apa yang menyebabkan penulis agak tertarik dengan penyampaian beliau adalah apabila beliau menceritakan pengalaman 6 tahun perjuangan Medicnya di bumi mesir ini. kata beliau , jauh perjalanan luas pandangan , apatah lagi duduk di bumi mesir ini,kalau boleh biarlah satu kaherah ni duduk dalam kepala kita , senang nanti kalau ada orang nak kena ke mana-mana , tak delah kita tergaru-garu kepala nak jawab macammana. Tentang isu prioriti pelajar medic juga sangat bernas. Bagaimana seharusnya seorang pelajar perubatan itu mengutamakan core bussinessnya daripada menyibukkan diri dengan perkara sampingan hingga matlamat utama hilang tersasar.
bekas ketua biro penulis , merangkap orang pertama yang merisik penulis untuk sama-sama melibatkan diri mencurahkan tinta di dalam PERUBATAN , Syafiq bin Hamdani juga tidak kurang bisanya.rasa-rasanya , dalam ketiga-tiga panel yang berbicara , hanya beliau sahaja yang mendapat tepukan gemuruh setiap kali usai melontarkan pandangan . Kata beliau , mahasiswa sekarang sangat berbeza dengan mahasiswa dulu,Kalau dahulu , mahasiswa memang ibarat sebutir benih dicampak ke laut menjadi pulau.Namun kini , ibarat sebiji benih di campak ke laut mati semua hidupan di dalamnya.
alhamdulillah juga , penulis sempat menyaksikan transisi kepimpinan PERUBATAN yang julung-julung kalinya diadakan tanpa MAT berikutan evakuasi yang melanda bumi mesir ini. Meskipun banyak melanggar perlembangan persatuan PERUBATAN, namun keadaan ini perlu diberi pengecualian.takkan pemerintahan Husaini tidak dihentikan setelah masing-masing sepakat mengangkat Syafiq sebagai teraju utama persatuan. Meski akan rindu dengan tanpuk pimpinan Husaini , insyaAllah , looking froward to see era pemerintahan Syafiq.
semoga Tsunami visi yang melanda berikutan lambakan mahasiswa yang membanjiri bumi Mesir ini tidak menjadi penghalang untuk kita terus berjuang dan membukatikan bahawa pelajar yang setiap hari berhadapan dengan debu dan pasir ini juga mampu menggegar dunia. Tatkala tsunami melanda , bukan kesannya yang harus kita fikir dan persoalkan , namun bagaimana usaha kita untuk kembali membina kerajaan yang telah runtuh dek musibah dan ujian yang Allah turunkan ini.Itulah persoalan yang lebih penting untuk kita ketengahkan.
akhir kalam , kepada barisan kepimpinan baru yang secara rasminya sudah menjadi AJKT PERUBATAN sesi 2011/2012 .Salah tahniah dan takziah penulis ucapkan. Tahniah kerana anda telah terpilih oleh Allah untuk menjadi kepala kepada rakyat PERUBATAN seluruh bumi Mesir ini dan takziah kerana Allah telah timpakan kepada kalian ujian untuk menilai siapakah di antara kita semua (kami dan kalian) yang lebih baik amalnya , lebih ikhlas kerjanya dan lebih bersih tugasnya.
Friday, April 01, 2011 | Labels: event, medicine | 0 Comments
coretan mid year
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
lega
itulah perkataan pertama yang terlintas dalam benak penulis usai sahaja meletakkan pen untuk kertas terakhir yang diduduki beberapa jam yang lalu tadi.Alhamdulillah , kenangan yang sangat pelbagai dapat diraih daripada musim peperiksaan kali ini.yang manis , menakutkan , cuak , gembira, lega dan banyak lagi.
seminggu sebelum mid year
seminggu ini sebenarnya kami minta direhatkan daripada kuliah kerana ingin memberi peluang kepada kami (khusunya) penulis untuk touch up balik mana-mana yang tertinggal sepanjang penulis dijangkiti hepatitis A beberapa bulan yang lalu.Alhamdulillah meskipun seminggu itu terasa lama dengan hanya menelaah buku dan nota,meringankan kepala dengan berbincang dan melukis gambar-gambar tubuh manusia memang menyeronokkan.Tambahan pula ahli bait semuanya menjadi saingan mantap pada tahun ini menyebabkan penulis tidak senang duduk sahaja tanpa bersama buku.
paper 1 : Anatomy
rasanya sepanjang tahun 2 ini , subjek anatomylah yang paling banyak ditelaah bermula daripada mula kuliah hinggalah ke sekarang.Orang lain pun macam tu .Sikit-sikit buka buku head and neck, sikit-sikit buka buku thorax....Sehari sebelum exam , penulis sudah delegate masa untuk semua subtopik dalam anatomy ni , pagi untuk head and neck , lepas zohor untuk thorax , lepas asar untuk special embryology dan malam untuk buku soalan.
diizinkan Allah,penulis terpaksa menyegerakan urusan internet etisalat pada hari yang sama.Seperti yang dijanjikan dengan tuan rumah , penulis pun berangkatlah ke pejabat etisalat di hayyu thamin.Jam 1 30 , penulis cuba hubungi tuan rumah ...katanya lima minit lagi sampai.Tunggu punya tunggu sampai pukul 2 baru nampak.Dahlah hujan pula hari itu , sejuk hingga ke sum sum .Alhamdulillah tak pakai stokin , kalau tak mesti dah lenjun basah.
bila tunggu giliran dalam pejabat etisalat , kami terpaksa pergi ke city star kerana router yang murah sudah habis stok di situ.Terpaksalah tuan rumah membawa penulis ke sana.Ditambah dengan jalan jam yang sangat dahsyat serta tuan rumah pula tersilap jalan , lama sekali penulis menghabiskan masa membaca nota secara tidak khusyuk di dalam kereta.Di city star pula , pejabat etisalat pula yang tak jumpa.Pusing dua tiga kali akhirnya baru nampak.Dahla lapar , tengok food court kat situ memang stimulate salivary secretion.
urusan yang agak lama , akhirnya pulanglah penulis dengan hati yang penulis dengan lambang -______- .Special emryology yang dijadualkan untuk revision pada petang itu terpaksa ditangguh ke malam.Pukul 5 sampai ke rumah . jam keluar berurusan.Esok nak exam! hihi .... malam itu tensionnya Allah sahaja yang tahu , macam dah tak nak masuk je benda-benda tu dalam kepala.Pasrah jelah ... semoga Allah permudahkan urusan kami semua
result : semua benda 100% ada dalam buku - tapi tak semua dapat dijawab dengan baik ~ nge3
paper 2 - Histology
pada kami (khusunya penulis) buku latihan untuk histology hanya ada dua .Buku keluaran universiti Ain Shams dan juga buku department yang sangat sikit soalannya itu.Jadi selama sehari gap yang ada , penulis lebih banyak bercouple dengan nota penulis serta dua buah buku di atas .Yang lain lebih banyak mendnegar discussuion daripada orang lain di ruang tamu.Di sangkakan histology senang sahaja kerana quizzes sebelum ini soalannya lebih kurang sama dan insyaAllah boleh dijawab tapi lain pula jadinya.
pagi exam itu , Ust Jalal bakal berangkat pulang , jadi sebelum ke kuliah , penulis bergegas ke rumah ust Musab untuk meng'wave'kan bye-bye yang terakhir .Semoga kepulangan ust Jalal ke tanah seberang mendatangkan manfaat dan kemudahan insyaAllah.Kemudian daripada bawabat 3 itu penulis terus sahaja ke kuliah .Awal pulak sampai , tiada orang lagi.Bila semua dah sampai dan peperiksaan pun dimulakan .... ya Allah , soalan apa ni ....... Allah sahajalah yang tahu betapa seriusnya professor dalam mendidik kami.Dibaginya soalan-soalan mencabar kemampuan berfikir ... aduh!!!!!
result : penulis terbunuh !
paper 3 - Biochemistry
berikutan tragedi histology semalam , kami semua (khususnya penulis) lebih berwaspada dan banyak memoho perlindungan dan kemdahan daripada Allah untuk persediaan.Mungkin terlampau memandang rendah pada histo ... ingat histo senang sangat , ambik! soalan tahap gergasi professor bagi. Untuk biochemistry pula , gap yang dijadualnya telah berpindah ke dua hari yang lepas kerana peperiksaan histology ditangguh ke semalam. Jadi untuk satu malam itu penulis lebih banyak habiskan revise balik semua nota dan beberapa soalan.
sebelum ini , professor telah pun mengadakan test untuk semua chapter yang masuk jadi penulis tiadalah stress sangat untuk ulang balik semua chapter itu.Ditambah pula seminggu lepas telah disiapkan semua nota-nota yang telah tertinggal alhamdulillah dan test kecil itu memberikan impak yang sangat tinggi rupanya buta penulis. 'we learn from our mistakes' begitulah kata ilyas yang sangat penulis sayangi.
masing-masing menjangkakan soalan yang sama akan keluar sama ada daripada buku mahupun soalan-soalan past year yang lalu.Bila sampai kuliah , peperiksaan kali ini dijalankan di dalam dewan peperiksaan final bukan di dalam dewan kuliah. debaran makin dirasakan. Ada ke tak soalan essay ya ? Bila pembantu kuliah mengedarkan kertas jawapan , terjawaplah segala persoalan .... soalan essay ada! Jadi bergembiralah siapa yang belajar untuk berjaya dan bukan belajar untuk peperiksaan semata-mata.
result : separa terbunuh / half past dead
paper 4 - physiology
adakah ini killer suject ku?
personally , physiology bukanlah killer subject penulis, namun ia tetap susah dan mencabar terutamanya ia sangat banyak dan sangat memeningkan bila dah lama tak baca.Tak nak cerita dua hari berkurung dengan buku-buku physiology itu , meskipun rasa macam 'study untuk exam semata-mata' tapi kata ummi 'betulkanlah niat tu , lepas exam ni ubah cara study kalau rasa benda tu terjadi' .... terima kasih ummi.
pagi tadi , penulis sudah hilang mood untuk meneruskan bacaan sekadar menjadi peng'interpretasi' pada perbincangan ahli bait yang lain
ahli bait 1 - ok , apa dia transport of thyroid hormone
ahli bait 2 - kalau kentang , bagi tahu cepat manifestation of brown sequard syndrome
ahli bait 3 - cepat-cepat , dah tak sabar-sabar nak merdeka nih!
ahli bait 4 - kalau MCQ yang keluar nanti , matilah aku! aku dahlah baca soalan essay je
ahli bait 5-sedang study di dalam bilik
ahli bait 6- sedang melalak-lalak dalam bilik air
ahli bait 7-sudah lama keluar ke kuliah
ahli bait 8 - haha
result : berakhir sudah segala penantian (sempat lagi berpuisi di dalam dewan peperiksaan)!
ibrah musim peperiksaan
ingatlah ya penulis , elajar itu adalah kewajipan semua terutamanya penulis.untuk jadi doktor bukan hanya tahu membebel itu dan ini kepada pesakit tetapi haruslah dimulakan dengan cemerlang di dalam pembelajan ini barulah senang untuk masuk ke medan praktikal nanti.jangan nak tunggu exam baru nak hancur buku latihan tu .... ingat ya penulis!
kejayaan itu Allah yang bagi , maka mintalah selalu daripada Allah.janganlah study lama-lama sampai tahjjud pun tertinggal.tak elok tuh.musim peperiksaan kan musim perjuangan , setiap inci perlu dijaga dan dipelihara. Ingat , Quran jangan lupa baca , jangan asyik-asyik baca buku pelajaran je. tengok orang lain , siap boleh hafal surah lagi sambil-sambil sibuk pegang buku! meriahkanlah hati dengan Alquran , insyaAllah hati meriah dengan kefahaman...... ingat ya penulis
lepas ni terus cuti , jadual kelas yang dijanjikan tidak terjadi (hooray!) dalam hati tak putus-putus ucapkan Alhamdulillah.ingin sekali masa untuk mengulang kaji pelajarn setelah jadual dua minggu itu pack dengan aktiviti yang pelbagai.Ingat jangan jadi macam winter break yang lepas , berkurung dalam rumah je , lepas tu tengok movie ... esok lusa , habis winter break tak dapat apa-apa ... jangan lupa ya penulis .....
Sunday, January 23, 2011 | Labels: life, medicine, saza s | 4 Comments
exam fever -__- @ ^_^
bismillahirahmanirrahim
assalamualikum w.b.t
sangat jeles dengan ahli bait yang sangat tekun dan non-stop study semuanya serta semangat yang sangat menyala daripada ahli-ahli PERUBATAN MESIR yang lain ... aduh !!!! gambatte ne
pejam celik-pejam celik sudah dekat Mid Year exam rupanya.padanlah semua orang sibuk sekali berpecaran dengan buku masing-masing hinggakan panggil banyak kali pun tak menyahut.Rumah yang sentiasa meriah dan bising ni pun macam tak de orang je 24 jam :D baiklah ya ahli baitku sekalian , saya takkan kacau korang semua baca buku ... saya akan blogging sekejap ini dengan pantas dan efisyien ... macam cara study yang bagus jugak :D
kalau musim exam dah dekat , semua orang berperangai sama sahaja.Serius , tegang ,tension, cepat meletop , suka mejerit tak tentu pasal bila tak faham bila dah baca berkali-kali dan banyak lagi.Part yang paling best ketika musim peperiksaan adalah MAKAN!Terutamanya bila winter ni dah menjelang.Semua orang bersama buku-bukunya di dalam saratoga mahpun di dalam selimut , yang berkelubung di atas katil , hanya ditemani alarm hanset dan lampu study yang malap dan romantik itu ....
fenomena musim peperiksaan pelajar perubatan
kalau peperiksaan dah dekat , semua buku akan kotor dan bersepah-sepah tapi kalau musim kuliah biasa semuanya akan tersusun rapi dalam almari dan semuanya macam baru dibeli sedangkan semuanya didapatkan ketika mula-mula masuk kuliah dulu ... betulkan fenomena ini ?
kalau penulis......Katakan TIDAK!!!!! itu adalah fenomena belajar budak-budak medic yang tiada wawasan! Seharusnya sebagai seorang pelajar PERUBATAN yang memegang title ISLAM satu benda yang kita kena ingat adalah BELAJAR UNTUK BERJAYA BUKAN KERANA PEPERIKSAAN sahaja. "Those who study just for exam are very DIRTY" Prof Mahmoud yang mengajar Kidney kami pernah sekali berpesan agar semuanya tidak betah membuka buku dan mengulang kaji sebanyak 'banyak' kali untuk sesuatu subjek .
so , in case anda dalah seperti dalam fenomena di atas , what to do?
belajar untuk berubah
sebenarnya , quote ini ingin sekali dijadikan tajuk entry namun disebabkan kesuntukan masa atau lebih tepatnya ke'lemas'an masa , terpaksa di rangkumkan dan disimplekan kedalam entry ini . kalau belajar semta-mata unutk berjaya dalam peperiksaan , maka bila dah berjaya ... dapat mumtaz untuk ke enam-enam tahun ni ,lepas tu nak buat apa? Kalau nak jadi doktor , bila dah jadi doktor nak buat apa ? oleh itu betulkanlah persepsi kita semua bahawa belajar itu bukan kerana matlamat jangka pendek yang tidak mampu membawa kita ke mana-mana tetapi gabungkan sekali matlamat itu dengan hubungan jangka jauh iaitu untuk berubah.
'barang siapa yang mempelajari anatomy maka akan bertambahlah keimananya' - dicuplik daripada buku seminar PERUBATAN 2010
di atas ini kita dapat lihat bahawa setiap ilmu yang mencurah-curah masuk ke dalam hati kita itu adalah tarbiyah Allah untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.Baik ke arah memantapkan diri kita sebagai sorang manusia,seorang pelajar,seorang bakal doktor (dll) dan seorang muslin khususnya , kerana hayat kita ini tiada maknanya ... bila dan bercerai jasad dari nyawa , masuk kuburlah jawabnya ... tapi roh yang subur dengan ilmu-ilmu Allah dalam pengamalannya itulah yang akan berjalan laju menuju syurga Allah kelak.
kalau malas nak buat macam mana
scene 1
ust : dalam banyak-banyak penyakit , penyakit apa paling susah nak rawat
orang ramai (kecuali penulis) : menyebut beberapa istilah perubatan yang entah betul entah tidak
penulis (khususnya) : Malasnya ..... (dalam hati-humban dalam longkang je orang malas ni ustaz)
scene 2
teman : giler ah , kat kedai topup pun bukak buku ... , tolonglah doakan aku , aku tengah malas giler nih
penulis : eleh .... memanglah kat sini malas , kalau kat rumah ??? (dalam hati - enta ni pun malas ke?)
scene 3
peng'sms' : salam , ko mesti tgh study kan? cbe nasihatkan aku , makin dekat exam ni makin malas lak rase .. tlonglah aku !
penulis : kenapalah diciptakan malas itu kepada pelajar khususnya budak medic ? kan bagus dicampakkan malas tu kepada tentera yahudi dan zionis ke .... (dlm hati - dulu kate nak challenge orang , takkan sekarang dah malas kot)
intepretasikanlah isi kandungan scene-scene di atas ini sendiri ya ... beauty kan in the eye of the beholder
exam dan penulis
not much to say .... insyaAllah mumtaz lagi tahun ni.dengan lebih cemerlang lagi daripada tahun hadapan . kata abi "tahun ni makin banyak kemudahan (laptop, kamera,hanset dll) maka harus lebih excellent lagi.Tak nak cakap banyak , tapi buat kerja dengan optimum , selesa dan bermanfaat! chaiyyok.
Friday, January 14, 2011 | Labels: life, medicine | 2 Comments
eiduladha ~ 2
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah , kini sudah masuk hari raya ke dua.Jika dimalaysia bersamaan dengan hari raya pertama.hihi , kami awal sehari pula berbanding di sana, kebiasaannya kami terlewat sedikit daripada mereka di malaysia. Catatan eiduladha 2 ini boleh dikategorikan kepada 4 bahagian. bahagian Pagi , tengahhari, petang dan malam keran kesemuanya mengambil latar tampat dan peristiwa yang berbeza.
pagi
seawal jam 7.30 pagi penulis sudah mula bergerak bersama-sama dnegan jubah raya berwarna hitamnya menuju ke Arabiyata untuk ke Arma bagi meraikan jamuan perdana Aidiladha anjuran PERUBATAN yang ingatnya bermula jam 8 pagi.Ditemani tetamu daripada Alex,Fakhrul yang merupakan schoolmate ahli beit , bersamanya berjalan ke sana kerana tidak dapat melayaninya sepanjang kunjungannya ke rumah penulis pada malam raya dan first raya.
setibanya penulis di Arabiyata , penulis menemui beberapa adik-adik first year yang tibe lebih awal namun bas yang dijangka masih belum kelihatan.Bila ajk yang bertugas dihubungi , dikatakan bas sudah ada , barulah penulis perasan yang bas tersebut berada agak jauh daripada depan arabiyata tersebut.meskipun dimarahi kerana terlewat oleh 'ammu bas tersebut namun masih menunggu juga beberapa pelajar yang sangat lewat dan lewat jam 9 bagi , akhirnya barulah bas bergerak.
perjalanan private ke arma memang tidak lama apatah lagi pemandu bas tersebut mengambil jalan yang paling tidak sesak dan jam 9.20 pagi pun ka,mi selamat tiba di arma dan terus sahaja bergegas masuk.Alhamdulillah majlis belum bermula dan akan bermula tidak lama lagi. Bersyukur dapat berjumpa dengan beberapa pelajar universiti kaherah yang sangat susah untuk bertemu meskipun tak semuanya berkeinginan untuk bertemu penulis ... :((
acara dewan agak meriah meskipun hati penulis ketika itu sedikit galau ... hihi .... alhamdulillah video aidiladha memang mencuit hati dan kelakar serta penuh pengertian .Persembahan-persembahannya juga agak happening bairpun dari segi intipatinya agak biasa dan kosong .Yang paling dinanti adalah waktu makannya , terpaksa membairkan kesesakan manusia mereda dahulu dengan menunaikan solat zohor dan shopping secara berat di booth bikon perubatan .....
makan alar kadar sahaja bukan keran tidak sedap tetapi ingin memenuhi beberapa jemputan di beberapa bakan, alhamdulillah dapat bertemu lebih ramai teman-teman sekuliah yang lebih aim untuk datang pada waktu makan sahaja. Selebihhnya lebih banyak duduk-duduk memerhatikan manusia-manusia di sekeliling dan memuhasabah diri sambil terkenangkan ahli beit di rumah yang ditinggalkan..... bila ramai bertanya 'nak balik dah ke?' ... 'tak lagi , kena stay lama sikit , ada kerja sikit ' 'huishh ..orang sibuklah katakan ' 'haha...itu satu kenyataan yang tidak betul!!!' dan kami akan tertawa bersama-sama.
jam 2 petang penulis mula bergerak sewaktu bersalaman dengan teman seangkatan dari universiti kaherah merangkap setiausaha perogram tersebut , Ahmad naufal bin Basri "nak balik dah ke? Bila lagi boleh jumpa ek kita ye..setahun dua kali je ke?" saya lah pulak dengan ucapan tersebut " insyaAllah ada masa , ada program nanti kita jumpa ye. nak datang rumah , jauh . pulak-pulak kami azhar cuti sehari je .. T_T" sayonara perubatan dan arma dan kengkawan ....
tengahri
bolehkah pukul 2 petang dianggap sebagai tengahari?
lama sekali menunggu bas di perkarangan menunggu bas di hadapan ma'ahad bu'uth.Akhirnya dapat juga bas ke hayyu sabie'.Azan zohor sudah berkumandang.Sambil tersengguk-sengguk di dalam bas , akhirnya selamat tibba di sabie'... 'villa ma'ak lau samah' ucap penulis setibanya di hadapan masjid musa. berjalan kaki menuju ke rumah kelantan.Meskipun rasa agak bersalah kerana tidak singgah di bersolat di masjid musa tetapi keperluan untuk menggunakan tandas menjadi prioriti.
ingatkan tiba di rumah kelantan dapatlah penulis menggunakan tandas namun akhirnya melihat kepada kelewatan dan ketiadaan banyak perkara , terpaksalah penulis terus makan dan dengan cepat sekali dan membeli beberapa buah buku antologi puisi keluaran pmram yang setakat ini dijumpai di sana sahaja memandnagkan penulis masih belum sempat berkunjung ke pejabat pmram. Akhirnya dengan langkah yang sangat pantas penulis meninggalkan rumah kelantan setelah mengucapkan terima kasih kepada ust2 di sana.
petang
tremco ketika itu susah pulak untuk diperolehi.terpaksa menguatkan pelvic nerve dan membaca buku yang dibeli untuk mengurangkan perasaan tersebut.Akhirnya doa dikabulkan berhampiran gami' penulis diturunkan. berjalnlah penulis keseorangan menuju ke kompleks untuk ke rumah terengganu. Seperti yang dijangka penulis sudah terlepas acara korban memandnagkan baru pagi tadi menerima ym 'acara korban bermula jam 6.30 pagi' ... datang dengan niat untuk berziarah semata-mata.
usai menggunakan tandas dan bersolat , akhirnya penulis naik ke bilik ihsan di tingkat atas. Maalish mengganggu Ihsan yang ketika itu baru hendak mula membasuh baju. berbual-bual bersama ihsan kerana sewaktu penulis pulang daripada rumah Ustaz mu'ab tempohari ihsan sudah pun tidur.Macam-macam yang diceritakan dan penulis lebih banyak ketawa dan ketawa sahaja :D
tidak begitu lama di sana memandangkan tiad apa-apa acara yang berlangsung penulis terus sahaja beredar, setibanya di bawah , bertemu ust kamal , dipelawa pula untuk menyertai jamuan sup tulang malam itu. "maalish ustaz , ingatke sup tu masak untuk malam esok ...ana tak datang datanglah , ada urusan sikit di rumah ...." selesai bermaafan dengan ustaz kamal tersebut akhirnya penulis pulang ke hayyu safarat menaiki bas dari toob el-ramliy .. perjalanan kali pertama dari sana ... lebih dekat dan menenangkan fikiran .
malam
malam di rumah sahaja dan lebih menggemparkan penulis .. hihi
makan malam sambil emnonton sedikit movie tetapi disebabkan kompueter yang makin kerap stuck tiba-tiba itu , penulis membatalkan niat dan membuka buku yang dibeli .usai satu cerpen mata dah mengantuk.tidur sebentar hingga ke isyak .... solat isyak di rumah sahaja memandangkan teman serumah lupa untuk kejut dan usai solat isyak penulis bergegas bersiap dan akhirnya penulis memutuskan untuk tidur .., bdan perlukan rehat dan penulis rasakan penulis sudah terlebih exert badan ini untuk dua hari 'not at home' days
hinggalah ke pagi ini , jam 3 pagi barulah penulis terjaga .....panjang sekali tidurnya ..sambung lagi hingga alarm kedengaran barulah penulis bangun .. alhamdulillah ..another day to struggle for
diari eiduladha 3 akan menemui anda insyaAllah
wallahua'lam
NB
-maaf post ini tiada gambar
-post seterusnya juga tiada gambar juga
Thursday, November 18, 2010 | Labels: event, life, medicine | 0 Comments
malam generasi
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
'berangkatlah kamu baik dalam keadaan meras ringan mahupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui - At-taubah:41'
Naik ke tahun 2 memang bukan satu perkara yang mudah bahkan ia murpakan satu cabaran dan tanggungjawab yang amat besar dan mencabar buat penulis khususnya.Beroleh adik-adik tahun 1 yang sangat ramai dan 'mencabar' kredibiliti tahun 2 dengan sentiasa datang awal dan sebagainya , menyambung pengajian untuk tahun 2 yang makin memeningkan kepala dan mengekalkan ilmu tahun 1 agar terus dapat dipraktikkan dari semasa ke semasa.
Penyampaian ringkas daripada mantan ketua kelas penulis,Muhd hafiz Shamsuri yang turut dikenali sebagai 'Along' tidak mengecewakan.Bercerita mengenai 'kita dan ilmu' sungguh membuatkan hati rasa sayu akan kelalaian yang mencengkam. Allah tidak menghapuskan ilmu itu sekaligus tetapi Allah mencabutnya dengan mematikan ulama'.Sehingga akhir zaman nanti , apabila orang yang tidak berilmu itu diangkat menjadi ketua maka bukan sahaja dia merosakkan ummat bahkan menyesatkan mereka lagi.
sebab itulah , sebagai seorang pelaja muslim harus sedar bahawa tanggungjawab kita adalah untuk belajar dan terus belajar.Harga seorang insan pada ilmunya maka carilah ia sebanyak yang boleh.Sebagaimana Imam Syafie mengadu akan buruknya hafazannya kepada Imam Waqie'.Inilah butiran nasihat yang dilontarkan "Sesunggahnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu takkan masuk ke dalam hati yang berbuat maksiat" ... Apakah kelalaian kita hari ini menyebabkan kita selalu lupa dan tak ingat.
Malam generasi/Batch night/Glow with flow atau apa-apa sahajalah namanya, asalkan kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah itu yang sebaiknya.Ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mngubah nasib mereka sendiri. Wallahua'lam
-tahniah kepada AJK pelaksana ... biro akademik tak dapat buat kerja
-tahniah kepada pemasak nasi goreng ... ilyas atas nasi yang sedap itu (sori tak sempat tolong)
-ada kematian lagi ... ya Allah kuatkan hati ahli baitku ya Allah
-hampir kecopetan setelah pulang dari program tersebut ... Allah lindungilah kami !
Tuesday, November 09, 2010 | Labels: life, medicine, ukhwah | 0 Comments
hepatitis A
bismillahirrahamnirrahim
assalamualaikum w.b.t.
Allah sahajalah yang memberikan kesihatan kepada kita .maka wajiblah kita meminta pertolongan dan keampunan daripadanya.Sakit itu penghapus dosa.Setiap kali muntah mahupun sakit perut penulis sentiasa rasakan betapa banyaknya dosa-dosa yang dilakukan dan itulah kifarah Allah atas setiap kesalahan yang dilakukan.Meskipun terpaksa pergi hingga 3 hospital dan terpaksa membelanjakan hampir 200 geneh untuk kos rawatan .ubatan dan sebagainya Penulis berasa sangat bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur penulis hingga ke hari ini.
jazakallah buat semua yang datang menolong,berziarah dan mendoakan kesejahteraan penulis.Semenjak beroleh surat cuti sebulan daripada doktor , mula-mula terfikir nak balik tapi bila kesihatan pun dah bertambah baik, tak jadi pula.Lebih-lebih lagi mengenangkan betapa banyaknya pelajaran yang tertinggal seperti glycogenolysis, cranial cavity , signal transmission, metabolism, countercurrent system, gluconeogenesis dan sebagainya.Memandang penyakit ini sangat mudah berjangkit dan teman-teman lain berhak untuk terus kekal sihat maka terpaksalah penulis menjadi masked raider ke kuliah bersama mask dan spek mata hitam.
Friday, November 05, 2010 | Labels: life, medicine | 10 Comments
ingat!
About Me
- saza s
- 19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
ritma Ilahi
palestin dan Kita
kau di dalam bayanganku
My Blog List
-
Road to Bandung 20257 months ago
-
Cintaku Setelah Allah dan Rasul1 year ago
-
Beginning 7th Grade Math Worksheets6 years ago
-
Togel On-line6 years ago
-
√ Katalog Promo JSM Indomaret 17 - 19 Mei 20197 years ago
-
Hidup perlukan sabar7 years ago
-
[Iklan] Pensijilan SAP. Rugi Tak Join!9 years ago
-
-
Bagaimana membeli SMART TAG10 years ago
-
-
Miss You Already (2015)10 years ago
-
Sleep with tears11 years ago
-
2015 : I'm Back11 years ago
-
-
Cartier Jewellery Collection11 years ago
-
Warkah Bonda 211 years ago
-
2nd trimester11 years ago
-
Teori Peralihan Marhalah Dakwah11 years ago
-
Live music needs you!11 years ago
-
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati12 years ago
-
Outing at QB12 years ago
-
-
Our Life~12 years ago
-
Unexpected12 years ago
-
motherhood...12 years ago
-
MENGUNDANG BICARA: HARI KEHANCURAN DUNIA13 years ago
-
random part613 years ago
-
Usaha saja…13 years ago
-
another.13 years ago
-
Alah Bisa Tegal Biasa13 years ago
-
T.T13 years ago
-
UjianMu Sentiasa Untukku ^_^13 years ago
-
Curhat13 years ago
-
GAGALkah Sistem pendidikan kita??13 years ago
-
Purpose and Life in Ramadhan (Journal)14 years ago
-
It's A Hijab, Not A Halo14 years ago
-
Cetusan hati: sayangnya Allah pada wanita14 years ago
-
-
Akhlak: Mata Menyentuh Hati (",)14 years ago
-
The black dot14 years ago
-
Kembali14 years ago
-
Travelog KTD14 years ago
-
-
-
Berbahagialah Dengan Takdir Allah.14 years ago
-
T.E.N.A.N.G14 years ago
-
Koran by Heart15 years ago
-
Wordless Wednesday #815 years ago
-
-
-
-
Salam Eidul Adha 2010..15 years ago
-
Assalamualaikum...16 years ago
-
ARCHIVE!!!16 years ago
-
Beberapa Pesanan IHAB16 years ago
-
-
~::INSAN YANG DISAYANGI::~17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


