Showing posts with label uia. Show all posts
Showing posts with label uia. Show all posts

sayonara uia.....

will always in my heart.....

assalamualaikum w.b.t.

selamat sejahtera buat semua insan bernama Hamba tuhan yang tidak pernah berhenti dikurniakan rahmat miliknya.....

sebenarnya ana ingin mengepostkan post ini lebih awal namun atas sebab-sebab yang tertentu baru kali ini ana berjaya...hihi......

dalam kembara di awal Ramadhan ana ...antara tempat yang memang sudah lama dihajati untuk dilawati ialah Uia..my ex-ipt... ana sebenarnya agak bimbang untuk datang memandangkan security nya yang agak ketat dan bersemangat tetapi ana gagahkan diri sahaja mengusung beg yang berat tanpa baju kolar dan hanya bersandal sahaja...alhamdulillah , turun dari metro 12 ana buat dunno je masuk ke uia melalui pagar depan...... hihi

Hafiz telah mengingatkan agar dia diberitahu ketibaan ana di uia kerana ana akan menumpang dibiliknya yang sedia ada penuh dan dipenuhkan lagi dengan barang-barang ana namun...ana tak kisah cumanya ana tak tahu Hafiz mind ke tak..... teringat kepada najmi yang dua compartment kosong dibilknya...janji telah dibuat dan ana terpaksa menunaikannya......

setibanya di uia...ana akui first thing yang cross my mind ialah untuk berjumpa dengan faiz... (ini kerana sahabat-sahabt yang lain sudah ditemui...hehe).. tetapi malam terakhir baru sempat menemuinya...kami mengadakan iftor secaraberamai-ramai di sana lantas ana meng'join' mereka ke bazar Ramadhan yang julung-julung kali dilawati.... quite havoc but not as havoc as in terengganu........hihi...teringat akan barisan air yang sungguh kelakar dijual di sana.. air tembikai doraemon, air jambu sunio dll yang sungguh...macam tak sedap..hihi

ana sebenarnya rindu untuk makan bersama-sama dengan keluarga di uia dan alhamdulillah meskipun kami semua tidak berbuka di port biasa iaitu ax206b namun kami berjaya mendapat tempat di smawp3 yang sungguh besar dan selesa...... paling tidak boleh dilupakan ..ditolak menjadi imam maghrib kerana.......hihi

alhamdulillah..sebelum keluar dari uia...bulan lalu ana telah berdoa agar Allah memberi kesempatan untuk merasai Ramadhan di uia (bersahur,berpuasa,berbuka dan berterawikh di sana) dan Allah kabulkan juga...hihi.....meskipun tidak puas lagi tetapi ana akur..mungkin itu yang terbaik.....

miss shafiyyah yang disayangi

keesokan harinya ana seperti biasa telah melepak di bilik miss yang disayangi ...miss shafiyyah yang kebetulan tidak banyak kelas hari itu.. :-) lantas kami bergelak ketawa dan bercanda sendaan di biliknya yang sorang sahaja itu.......tetapi petang itu agak busy kerana menolong CMC crew bersiap untuk majlis grand Iftor di al-Malik Faisal Hall... sebenarnya... muka ini telah lama diperhatikan oleh orang lain...hihi....

setibanya di uia..ana perasan ramai student yang pelik bila terserempak dengan ana...wallahua'lam sama ada mereka fikir..eh..budak ni bukan ke dah lama dah tak nampak..tetiba ada je... hihi.. lucu betul bila melihat ekspresi muka mereka..... :-)

mungkin Allah dan bantu hamba-hamba yang ingin berjihad di jalannya.. sewaktu keluar daripada masjid uia, melintasi pondok jagar..ana ditahan oleh makcik guard yang terkenal kegarangannya itu.... dia telah suspect yang ana ni 'la intrusa'... hihi... tetapi..dengan sedikit ramuan kelentong yang telah diajarkan oleh sahabat-sahabat lain... lepas juga... tetapi bila mengenangkan balik... berdosakah ana ....doing a slip of tounge di bulan mulia ini.....; teringat reaksi Mujahid dan Nawal ketika ana ceritakan perkara ini kepada mereka..... hihi

the nasi yang menjadi kesibukan ana....jangan memandai jadi tuan rumah..hihi

menjadi tetamu ..kerana no more a student di uia benar-benar meninggalkan kesan... kalau sebelum ini any program mesti ana yang sibuk-sibuk tetapi kali itu... feeling like alienated ..quite tetapi tetiba semangat bekerja yang sudah lama terpendam itu termuntah jua tatkala membantu Mujahid yang menjadi ajk makanan menyediakan makanan berbuka hinggakan tak sempat untuk makan nasi...hihihihi...... teringat pesanan Janas dalam blognya... tetamu mesti menjadi tetamu..jangan memandai-mandai menjadi tuan rumah... gedebush!!!!!

hadeih.....meskipun tak makan nasi kala berbuka mungkin axcitment tu yang mengenyangkan ana...habis terawikh kami dihidangkan dengan persembahan dari kumpulan Paradise.. cmc Nilai yang mana antara ahlinya Wafiy Akmal .... hehehe...ana dengan sesedap rasa je mebelasah lauk-pauk vip yang tberbaki di belakang bersama-sama dengan sahabat yang lain.. hihihi

kumpulan Paradise..can u spot Wafiy?

malam itu.... adalah malam terakhir ..mungkin last night ana di uia....meskipun tak puas lagi menetap di sana tetapi mungkin ada hikmahnya di sebalik penyusunan Allah..... menangis ana tatkala naik teksi pulang daripada Uia melintasi blok bangunan Abc dan ukc 2.....

Allah redhailah hamba-hambamu ini......permudahkanlah urusan kami semua...

cerita lama

inilah gambar yang diambil oleh camera 8.0 mkega pixel..cantik tak?
garr!!! terpedaya

assalamualaikum w.b.t.

lama sungguh tak menulis di sini..bukan malas atau apa tetapi lama sangat mengembara.. hish.. bulan puasa pun berjalan-jalan...hihi..mengutip ilmu Allah yang tak pernah habis.....

sebenarnya ana baru sahaja pulang..(sudah masuk hari ketiga di rumah ini) pulang daripada mengikuti kursus Orientasi di ILIM, Bangi dan berjalan-jalan di sekitar Selangor (Klang,Banting dan Petaling Jaya)....tak tahu sebenarnya mahu diceritakan apa tentang kursus di ILIM kerana minda ini telah sarat dengan banyak maklumat dan makluman hinggakan tak dapat bergerak dengan betul rasanya.......

hihi....sebenarnya ana telah berpeluang untuk menikmati satu keistimewaan yang mungkin tidak pernah dirasai oleh orang lain iaitu telah mendapat banyak benda baru dalam satu masa...

tetapi sedikit sedih kerana engset yang dibeli yang memaparkan camera 8.0 megapixel ternyata seperti 0.8 megapixel sahaja kerana kekelabuannya sangat terserlah dan nyata.... T-T

juga telah membeli broadband celcom yang murah dan baru tetapi terpaksa meminjam sejumlah wang yang besar daripada teman surah (insyaAllah di Mesir nanti) dan masih belum menjelaskannya lagi.... :-)..... tetapi teman serumah itu telah memberi keizinan kerana kami akan berjumpa juga dan hutang itu takkan hilang..kalau tak di dunia..di tuntut di akhirat.. Nauzubillah.Sebenarnya braodband itu dibeli kerana mengenangkan diri ini bakal berjauhan tetapi disebabkan abi memutuskan untuk tidak memberikan lappy kepada ana maka braodband itu akan digunakan di rumah...... T-T

sebelum itu ingin memohon maaf kepada ayah andak n family sekiranya kalian ada terbaca page ini... kerana tidak dapat singgah ke rumahnya di Bangi kerana clash dengan jadual kembara ana...ampunkan anak saudaramu ini... namun terima kasih kerana datang juga sewaktu pendaftaran sabtu dua minggu lalu meskipun bukan untuk berjumpa ana tetapi ummi ana.. :-)

lapan hari..kami didera atau dipersedia..saya keliru juga kadang-kadang...... namun begitu saya gagahkan juga diri ini meskipun sedikit bosan dengan deratan ceramah yang memang tidak dinafikan berguna..cuma agak meleret dan tiada output langsung.. ceh..boleh muntah kalau macam ni
saya sedikit takut mendengar cerita Lurv4Allah tentang situasi di BTN , alhamdulillah isu poli**k di kem itu sangatlah sedikit sahaja dibicarakan dan kebanyakkan mendidik jiwa kita... cumanya sedikit terkilan kerana sepanjang 8 hari kursus diadakan hanya sejam setengah waktu diperuntukkan untuk tadarrus Al-quran (no tadabbur at all).. so terpaksa diri ini merangkak-rangkak mencari masa .......

ILIM..suraunya

alhamdulillah...gambaran hidup di Mesir sudah pun dapat diplaykan dalam otak ini... dari semasa ke semasa..dan gembira kerana mendapat baju lengan panjang baru dan beg bimbit baru (sememangnya ana agak addicted dengan beg-beg ini...hehe)...cuma tak pasti sama ada boleh membawa beg tersebut ke mesir atau tak...... T-T

selesai kursus lapan hari bertolak ke rumah Naeem yang dirindui di Klang kerana mengadakan iftor jamaie di sana.... rindu kepada teman-teman avicenna dan family uia terlempias juga.......

my sweet avicenna family

iftor jamaie....miss this moment

namun sedikit geram kerana Allah tak izinkan kami bersama-sama kerana masing-masing punya urusan masing-masing...alhamdulillah..semuanya adalah ketentuan dan itulah yang terbaik yang Allah susun untuk hambanya...

kepada semua selamat memburu LailatulQadr


About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger