Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Adha '13

Salam everyone 


Egypt, i am back. Dah tahun 5 rupanya penulis di bumi Mesir ini. Sedar tak sedar, diam tak diam. Usia makin meningkat, dosa makin bertambah dan semoga amal dan pahala mampu memadamkan dosa yang semakin menggunung itu. However it is good to be back home. Egypt is definitely like no other ( except UIA :) ). 

                                          
        
Most of my friends got the chance to celebrate eiduladha in Malaysia ( well maybe online this time ) due  to their delay in returning back to Egypt due to current egyptian turmoil. I am definitely happy for them and a little frustrated for myself ( haha ) since i do planned to festive it in my homeland too. However the ticketing of my flight didn't allow me to do so. At least, eiduladha in Egypt was quite a festivity. 

                                
  
Again this year, i myself made qurban. A khoruf ( like a very fat sheep ) which cost me more than 1000le. Hopefully Allah will accept my sacrifice and make me a better and sincere servent. And of course, to made qurban means to slaughter it myself. The adrenaline rush was very memorable yet frightening indeed. Fortunately it turned out very well. Alhamdulillah. 

                              
 
And of course, sacrifice is an act to contribute something that is dear to the heart. Either wealth, health, seconds or penny, all of them if given towards the struggle of Islam and must be founded with pure intention and sincerity, insyaAllah Allah wiill definitely count them. O Allah, make me one of the, like Abraham and Ishmael and also PBUH Muhammad. Ameen 

                             
                                     From Cairo with love 
 
                             
                                       They are the family where i can return to 

                            
                                         Warga PERUBATAN cawangan al-Azhar 
   
Nb
- tomorrow, the new session will begins. Do pray for me 
- family, i miss you ! 
- kakda n kakak, i am waiting and praying for the good news 

Sensei

Bismillahirahmanirrahim 

Assalamualaikum wbt 

Salam jumaat everybody ( even surah al-kahfi pun tak dibaca lagi ). Moga hari yahg ditempuhi dikurniakan oleh Allah kesabaran, kecekalan dan ketenangan dalam rangka menggapai redha dan inayahNya. 

16 Mei yang datang betul-betul membuatkan wall FB dan twitter penuh dengan pelbagai jenis ucapan dan apresiasi buat para guru yang tercinta semenjak dari zaman tadika hinggalah yang sudah ambil PHD. Masing-masing tidak melepaskan peluang mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada cikgu masing-masing. Alhamdulillah, tandanya kita masih ingat kepada insan yang banyak mencurahkan bakti kepada kita dalam mengenali ilmu duniawi mahupun ukhrawi.

                  
  
Penulis cuma ingin kongsikan dua perkara sahaja sempena hari guru. 

Pertamanya, haruslah diingati bahawa guru kita yang paling agung adalah Rasulullah s.a.w kerana tanpa didikan dan pengorbanan yang beliau curahkan, mustahil kita menjadi siapa kita pada hari ini. Mendapat gelaran muslim dan mukmin, semuanya adalah natijah asuhan Rasulullah yang rantaiannya tidak putus-putus sehingga ke zaman kita semua. Sabda Rasulullah , 'Innama bu'ithtu mualliman ' yang bermaksud sesungguhnya aku diutuskan untuk menjadi guru. Maka tiadalah guru yang paling patut dihormati dan ditujukan dedikasi melainkan baginda s.a.w.

Keduanya, juga harus kita sematkan dalam fikiran kita bahawa guru-guru yang perlu kita sayangi adalah para sahabat nabi serta para tabiin dan segala ulama-ulama yang telah pergi mahupun masih ada lagi kerana tanpa mereka, terkuburlah ajaran islam di muka bumi ini. Para sahabat yang diibaratkan seperti 'bintang-bintang di langit yang menyuluh dalam kegelapan' merupakan guru yang mendidik kita semua dengan contoh teladan yang baik melalui lembaran sirah nabawiyah. Paling tidak boleh dilupakan adalah susuk Imam Asy-syafie ( dan imam-imam lain mengikut mazhab yang dianuti ) kerana kerangka ibadah kita selama ini berpaksikan ajaran dan didikan daripada beliau. 

Maka, dalam kita ghairah mengucapkan, menulis, melakarkan, menyanyi, membuat video, membuat parody, sms, emel, pm dam sebagainya mengenai teks ucapan hari guru, jangan kita lupa untuk memanjatkan selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w. dan juga buat para sahabat dan para tabiin agar kita mampu digolongkan dalam kelompok hebat seperti mereka. 

Apresiasiku buat murabbi dan guru dalam hidupku 

. Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w al-Amiin 
. Para sahabat, tabiin dan para ulama
. Zahari bin Salleh ( Sekolah Menengah Agama Kampung Laut ) 
. Naziah binti Hassan ( Sekolah Kebangsaan Losong ) 
. Shafiyyah Solehah binti Sahari ( CFS IIUM Petaling Jaya ) 
. Syuwaida Nasuha binti Zahari ( Sekolah Rendah Ibnu Qayyim ) 
. Siddiq Syukkri Afanddi bin Zahari ( Sekolah Rendah Ibnu Qayyim ) 
. Mohamad Nor Haedir bin ( opss tak ingat ) ( CFS IIUM Petaling Jaya ) 

Jundi-jundi kecik yang begitu berharga dalam hidupku 
. Solehuddeen Shaatibi bin Zahari
. Suwaibah Mardhiyyah binti Zahari
. Salma Syakirah binti Zahari 
. Syahirah Mawaddah binti Zahari
                
    
Kronologi guru-guru kelas yang tidak mungkin ku lupakan 

Pasti as-Salam - 1996-1997

Sekolah Kebangsaan Padang Midin - 1998-2003
. Puan Maizatul Akmal 
. Puan Ruslina Din 
. Puan Latifah Yusof 
. Puan Fatimah Awang 
. Encik Ahmad Nazim 
. Puan Rohani Abdulllah 

Sekolah Menengah Agama Kampung Laut - 2004-2008
. Ustazah Nafisah Mohamad 
. Cikgu Shakirah Isa 
. Ustazah Masyitah Ishak 
. Ustazah Zuliyati Jaafar 
. Cikgu Zurainah Ahmad Kori 

Center For Foundation Studies IIUM - Mei - Julai 2009 
Faculty of Medicine, al-Azhar University, Cairo, Egypt - Oktober 2009 - present 

Who am i without all of you 
May Allah bless all of you dunia wal akhirah 

Regards 
Flibbertigibbet 

Nb 
. Exam forensic n toxicology is around the corner. Don't forget me in your prayer :) 

Berguru Kepalang Ajar 2

bismillahirahamnirrahim
assalamualaikum w.b.t.

penulis sentiaa diberitahu bahawa everyday is mother's and father's day. Jadi everyday juga adalah teacher's day kerana setiap hari kita berjumpa dengan guru kita dan setiasa hari jasa yang ditabur oleh mereka terpercik dalam amal perbuatan kita.


penulis sebenarnya tidak mahu bercakap panjang kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukan diwaktu musim imtihan yang menjelang ini. Ikuti perbualan penulis di bawah

my lovely sis : bro, don't forget tomorrow ok
penulis : of course, i will write something and after you burst your tears reading it, i will give you a call
my lovely sis : keluarga kita sangat kaya dengan cikgu
my lovely sis : awak sorang aje yang tak masuk list tau
penulis : what ever, cikgu kalau sakit datang jumpa doktor juga
my lovely sis : hey please, kalau takde cikgu, takdelah doktor tau

benarlah kata-kata itu kerana tanpa jasa seorang guru takkan adalah manusia di atas bumi ini. Sedangkan nabi adam pun diajar oleh malaikat di bumi ini dan Rasulullah yang buta huruf pun dididik oleh Jibril membaca surah al-alaq. Allah jugalah yang mendidik kita semua dengan didikan tarbiyahNya yang sempurna

tribute to all my lifetime teachers 

Zahari Salleh - My no 1 lifetime male teacher 
Naziah Hassan - My no 1 lifetime female teacher @ Guru Besar Sek Kebangsaan Losong 
Shafiyyah Solehah Zahari - Lecturer CFS IIUM Petaling Jaya
Syuwaida Nasuha Zahari - Guru Sekolah Rendah Ibnu Qayyim
Siddiq Syukkri Affandi Zahari - Guru Sekolah Rendah Ibnu Qayyim
Solehuddeen Shaatibi Zahari - my medicine partner
Suwaibah Mardhiyyah Zahari - my no 1 strong will girl
Salma Syakirah Zahari - my no 1 'bahan usikan' kat rumah
Syahirah Mawaddah Zahari - my no 1 'tak sabar nk jumpa n tengok tumbesarannya'

1996-1997 - Pasti As-salam Padang Midin
1998-2003 - Sekolah Kebangsaan Padang Midin 
2004-2008 - Sekolah Menengah Agama Kampung Laut 
Mei - Julai 2009 - CFS IIUM Petaling Jaya 
Oktober 2009 - till now - Kuliah Perubatan Universiti Al Azhar 


i am nothing without all of you 
Happy Teacher's Day 

Arabella ~ Towards

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

semenjak awal tahun 3 bermula lagi, perjalanan untuk cuti musim sejuk dirancang dan alhamdulillah penulis sudah selamat kembali ke bumi Mesir untuk kembali berjuang sebagai seorang pelajar muslim dan mukmin. Alhamdulillah, dua belas hari mengharungi perjalanan yang tercatat banyak pengalaman manis dan pahit, suka dan duka dan terlalu banyak lagi untuk dikongsi.

memandangkan penulis sudah terlalu lama tidak menulis di sini, jadi mohon maaf kepada sekalian pembaca di atas segala kekurangan tersebut. Menempuhi tahun tiga ini banyak mendidik penulis untuk menjadi seorang muslim yang benar-benar meneladeni erti seorang muslim sebenar menurut 10 muwasafat tarbiyah yang selalu diulang-ulang itu.

meskipun begitu, penulis tetap optimis dalam memperjuangkan wadah penulisan melalui mata pena penulis yang rasanya semakin menumpul dan menipis ini.

terlalu banyak untuk diceritakan, biarlah gambar-gambar di bawah sahaja yang berbicara seadanya.

on the way to Alexandria
sangat risau apabila jam sudah hampir pukul 9 pagi dan mereka berdua masih belum kelihatan
kredit to Baik Azamku yang telah bersusah payah menghantar penulis ke sini
to be honest, memang sangat excited untuk ke sana
Nawe Kundang , Ridha Mc D
dalam tram di Alexandria
otw untuk makan dan berjumpa sahabat-sahabat serta shopping sedikit lagi
masih perlu taaruf kota Iskandariah
Ridha Mc D
Lautan yang membiru bersama senja yang berlabuh
kedinginan Iskandariah tetap membatasi kaherah
peringatan ada di mana-mana
Allah juga melihat kita di mana-mana 

tak tahu nak letak apa
angin alex sangat sejuk
tribute to Ahmad Azhar Misran

sempat bertemu dengan beliau
makan malam yang tidak berjaya dihabiskan kerana sedikit masin
Gambatte untuk next paper, Urinary system
Hasyimi Mat Noor

currently at Borg El-Arab international airport
1.00 am and very mengantuk
airport dauli tengah dalam renovation
so, terpaksa menempuh perjalanan selama sejam lebih untuk sampai sehingga pemandu teksi pun tersesat dua tiga kali
Ahmad Azhar Misran, Ridha Mc D, Nawe Kundang

melepas penat di kafeteria tetapi dibelasah dengan harga yang sangat mahal
cuba teka harga secawan kopi ini berapa ?
sambil melelapkan mata, sambil itu orang lain menonton cerita melalui Ipad yang disayangi ini

menanti waktu untuk masuk ke dalam pesawat
currently batery ipad semakin menyikit
tengah ke hulu dan hilir untuk mengecasnya

dalam perjalanan menuju pesawat
tribute to Nawe Kundang
Ridha Mc D

orang lain sibuk dan naik flight, kita buat gamat plak depan tangga
dalam hati perasaan berbunga-bunga
tribute to Ahmad Azhar bin Misran
Ridha Mc D, Nawe Kundang 

sayonara Egypt ~ panjang umut kita berjumpa lagi
Wallahu'lam 

nak ke mana ?

bismillahirrahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

apabila tirai tahun lalu berlabuh dan mentari tahun baru menjelma, adakah kita merasakan ia merupakan satu fenomena alamiah dan putaran biasa yang berlaku atau kita mengambil sesuatu daripada setiap detik saat yang berlalu pergi itu ?

having a sick longing towards these beautiful ladies of mine 
sampai termimpi-mimpikan mereka 

ketika quiz general pharmacology yang diadakan lewat isnin minggu lalu, penulis tercongak-congak jawapan untuk semua 20 soalan yang diberikan. Meskipun tidak mampu untuk menjawab semua soalan dengan betul dan ada beberapa jawapan penulis salah, namun bukan itu yang meberat di fikiran. Kata-kata terkahir profesor pharmacology itulah yang menyebabkan penulis terpaksa memaniskan muka setiap kali teman-teman lain bertanyakan jawapan untuk soalan-soalan tadi

'you are already a big boy. maybe 20 or older than that. You can think about what good and not for yourself. An examination is just about marks. Even it is included in the final marks, what truly matter is how you in front of Allah. The final examination in the mashyar. Just think about your attendance everyday in the lecture. So disappointing. Remember, we try to give the best for everyone of you. But only you decide whether you get the best or not.' - professor hammouda

tatkala mendengar keluhan tersebut, penulis jadi berantakan. Sudah tidak kisah pada teman lain sebenarnya ketika itu. Lebih menumpukan kepada diri sendiri. Apakah penulis tergolong dalam keluhan sinis tersebut atau tidak ?

Pintu yang luas terbuka 

kadang-kadang kita tidak nampak apa yang sudah terbentang di depan mata. Peluang untuk membaiki diri yang Allah campak pada kita ada di mana-mana bahkan itulah ruang yang paling besar dikurniakan kepada kita. Setiap saat yang dikurniakan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan diri sendiri terutamanya keimanan dan ketaqwaan kepada kita. Jika urusan kehadiran ke kelas pun tidak mampu untuk dilunasi, bagaimana pula denga masuliyyah lain yang lebih besar dan berat?

'dan bersegerelah kamu kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa' - ali-imran, 133


peluang untuk mendapat rahmat dan keampunan itu bukan hanya dikongkong pada tikar sejadah dan binaan masjid sahaja bahkan ditepi jalan pun kita mampu mendapatkannya. Berlari mengejar bas untuk sampai awal ke kuliah, mengaji sementara menunggu bas tiba dan mengulang kaji ketika menunggu di mahattah juga adalah indikator iltizam kita terhadap tugasan yang diberikan . Jika tidak mampu untuk melakukan apa yang disenaraikan, maka iltizamlah dengan berzikir ketika ke kuliah, itulah harta yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang.

bersedia untuk peperiksaan terbesar

kali pertama mendengar istilah 'Sijil Padang Mahsyar' ketika penulis berada di tingkatan empat dahulu, membuatkan penulis terdiam. Apakah terlalu besar nilai Sijil pelajaran Malaysia jika dibandingkan dengan ujian untuk lulus kemasukan ke syurga.

Sebenarnya bukan sahaja SPM itu yang besar, bahkan PMR, UPSR dan semua peperiksaan yang kita lalui di  dunia ini adalah besar apabila kita melakukannya tidak lain tidak bukan kerana mengharapkan redha Allah. Jika kita jelas matlamat menuju Padang Mahsyar yang disebutkan tadi, maka tidak akan berlaku istilah 'exam membosankan', belajar ketika exam sahaja atau apa-apa sahaja yang menunjukkan pemisahan antara kehidupan dan kematian kita.

mungkin bukan kita untuk terlalu tergesa-gesa dalam membuat perhitungan tentang alam akan datang, namun bukankah tanggungjawab kita untuk bersedia. Kata Imam Al-Ghazali, benda yang paling dekat dengan kita adalah kematian, maka bersedia untuk menghadapai kematian adalah perkara yang paling bijaksana untuk dilaksanakan. Antara cara-cara menghilangkan karat-karat jahiliyyah adalah dengan melazimi Al-Quran dan mengingat kematian. Orang yang mumtaz kehidupannya adalah yang berusaha menghiasi kematiannya dengan husnul khatimah.


Tahun baru, tanggungjawab baru 


 era 1432 H sudah berlalu , tatkala melihat status YM , Setiausaha Agung PERUBATAN yang berbunyi '1433 H' mendetik rasa syahdu di dalam hati. Semakin dewasa rupanya kita semua dan semakin bertambah hayat kita di dunia khususnya di bumi mesir ini. Yang paling penting, Allah masih memberikan kita peluang untuk menikmati udara tahun baru ini.

apakah yang harus kita lakukan apabila sudah tergolong dalam kelompok manusia tahun baru ? memperbaharui azam? membina cita-cita? Melengkapkan azam tahun lalu yang belum tercapai ? Lakukanlah apa sahaja yang dirasakan betul. Namun apa yang ingin penulis ingatkan adalah , hayatilah kata-kata Syeikh Mustafa Masyhur yang berbunyi 'Perbaikilah diri kamu dan Serulah yang lain'. Andai kita ingin berjaya dan cemerlang, maka ingatlah kepada teman-teman kita yang lain juga.

Andai kematian sudah menjelma, dan kubur serta batu nisan kita semua berbeza, maka ketahuilah kita akan dikumpulkan di Padang mahsyar yang sama dan setiap amal perbuatan kita akan dinilai tanpa satu pun dibiarkan begitu sahaja. Andai hak orang lain belum dilunasi, maka jawablah sendiri dihadapan Ilahi.

ingat lagi pada manifesto Mantan Timbalan Presiden 2 PERUBATAN 20110/2011 "with knowledge comes responsibilities' ?

hidup, semakin indah atau tidak ?


andai soalan itu diajukan kepada penulis, jawapannya adalah RAHSIA !!!!! namun andai ditanya mengenai segala nikmat yang allah berikan dalam kehidupan , maka sudah pasti jawapannya YA!!!!!

tahun 3 semakin menakutkan 
namun janji tuhan sentiasa mendamaikan 
mata pelajaran semakin berat 
namun dengan zikrullah menjadi kuat 
suasana di mesir semakin tegang 
namun dengan muraqabatullah bertukar tenang 

apakah resepi sentiasa tersenyum riang 
jadikanlah ia ibadah yang paling senang 
sudah pasti insan lain ramai yang tertawan 
bukan kerana wajah yang rupawan 
namun akhlak islamiyah yang menyenangkan 

hidup indah jika beribadah 
maka lazimilah ia agar menjadi malakah 
hingga selamat tiba ke gerbang al-jannah 

currently following kursus bekam by HPA

wallahua'lam 

berita-berita itu

bismillahirrahmnirrahim
assalamualaikum w.b.t.


kepala terasa sedikit berat kerana telah berhempas pulas menyiapkan pembacaan amali histo dan terus menghidupkan laptop kesayangan ini untuk menulis dan mengupdate blog yang semakin ditelan habuk dan sawang. Entry terbaru sebelum ini mendapat komen yang sangat meluas cumanya hanya di FB dan tidak di blog ini. Tak mengapalah, meskipun penulis tidak mengharapkan sebarang respon daripada yang lain, semoga persahabatan dan persaudaraan kami Allah pelihara sampai bila-bila.

mendengar nasyid di blog sendiri membuatkan penulis ingin menangis. Sudah lama tidak menjengah kedunia sahabat dan sekarang terlalu sibuk dengan buku-buku dan ulangkaji serta game 'Plant VS Zombi' yang terlalu ketagihan semenjak dua ini.


saya menjadi sebu melihat entry rakan blogger yang lain yang terlalu meruntun perasaan penulis. Haha, seperti seorang kanak-kanak pula pabila berkata demikian. Jauh di perantauan maknanya akan berjauhan dengan bermacam perkara termasuklah ahli keluarga yang tersayang. Tapi tidak juga , sekarang Ummi, Abi, Opah, Tokki, Tokwan dan Kakak sednag berada di Mekah menunaikan Umrah.

penulis sebenarnya ini menyertai mereka namun memikirkan peperiksaan final yang semakin mendekat ini, terpaksalah membatalkan rancangan tersebut dan stick pada plan asal untuk membolon 14 hari sebelum peperiksaan dengan menelan segala maklumat dalam buku itu.

minggu lalu, penulis banyak menghabiskan masa luar study dengan menjelajah ke segenap blog ex SMAKL. ternyata penulis sangat terkejut kerana semakin ramai yang sudah mula berblog dan masing-masing sangat enthusiastic dan bersemangat dalam memeriahkannya. Alhamdulillah, kalau dulu , ex SMAKL yang berblog boleh dibilang dnegan jari tapi kini sudah berderet-deret yang ada.

ok - welcome to the club especially to those yang baru ada tidak kurang dari 20 post

itu satu berita yang sangat menggembirakan penulis

berita kedua yang tidak kurang mencetuskan keriangan hingga menyebabkan senyuman dan ketawa yang tidak berhenti . Sila ikuti perbualan di bawah.

hari : jumaat - 2 Jun
tempat : bilik di Kaherah dan Madinah

kakak: (setelah sangat lama berbual-bual) .... oklah saeed abi dah suruh letak
penulis: eee, abi ni tak acilah
penulis: orang baru aje nak gosip-gosip
kakak: haha, tak boleh lah ya, ini henset abi
kakak: what abi says goes
penulis: (dengan sedikit cebikan diikuti dengan ketawa kecil) ... oklah
penulis: kakak, nanti suruh abi call lagi ya lain kali
kakak: insyaAllah , doakan kami suma ya
penulis: insyaAllah, kim salam suma ya kakak
kakak: insyaAllah, kat sini pun suma kim salam juga
kakak: (tidak lama selepas itu) ... saeed, awak tahu tak?
penulis: tahu apa?
kakak: TB masuk UIA
penulis: ha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
penulis: betulkah? (dengan senyuman dan ketawa)
kakak: betul, eh, awak tak tahu ke?
penulis: nilah baru tahu tau
penulis: of all choices yang dia ada, akhirnya masuk uia gak dia
penulis: haha
penulis: kita nikan , memang brother n sister of uia lah kakak
kakak: haha

perbualan terpaksa dihentikan di situ. Alhamdulillah, akhirnya adik TBku sayang berjaya juga menemukan menara gading yang sesuai mengikut ketetapan Allah. Terlalu banyak sebenarnya IPT yang tersenarai dalam kronologi hidup lepas SPM nya dan sebenarnya UIA termasuk dalam senarai belakang-belakang tapi alhamdulillah, meskipun dengan keputusan yang sangat baik melebihi keputusan penulis dan direject dalam kebanyakan permohonannya, dia tetap gembira dengan keputusan itu.

rindu gerbang ilmu ini

kenapa tidak KTD? haha , soalan itu sila rujuk kepada 3 orang dibawah ini
1- TBku sayang
2-Abiku sayang
3-Ummiku sayang

alhamdulillah , sekurang-kurangnya selepas ini, bolehlah nak berjalan bila-bila masa ke CFS IIUM yang dirindui itu dan bolehlah juga nak tumpang bermalam ke sehari dua - nge3

berita ketiga, berita ini memang tidak terduga. Nampaknya keluarga kami bakal menerima orang baru . Siapa? sila tunggu. penulis tidak berani mengeluarkan apa-apa statement memandangkan penulis sendiri tidak mendengar pengakuan tulus ikhlas harmoni sendiri daripada empunya badan, dan biarlah Allah sahaja yang menentukannya. Oh, teringinnya nak ada budak kecil dalam rumah besar dua tingkat itu ... nge3

penulis masih teringatkan kata-kata abangku sayang ' doakan saeed, ingat ini urusan Allah, kita hanya mampu berusaha. Jangan sesekali lupa itu. Biarpun sesiapa yang Allah pilih, itulah yang terbaik. Kita sebagai hamba , berdoa sangat perlu.' , dan itu telah menyebabkan penulis malu kerana merasakan usaha dan doa kepada Allah sangat kurang. Masih teringatkan penyampaian kuliah Ijtimaam, 'seorang hamba itu akan berasa dengan dengan Allah melalui doa dan solat. Andai dia kurang salah satu antaranya, maka dia sudah jauh'.

oppss... sudah cukup. Perlu kembali kedunia nyata dan meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun 2 Kuliah perubatan yang masih berbaki beberapa ketika sahaja lagi. Insyaallah satu lagi entry pre-exam akan menyusul. Cumanya tidak tahu bila, insyaallah dalam masa terdekat ini.

mohon doa semuanya ya


wallahua'lam

NB
-tetiba rasa gemuk kerana seluar bersaiz 28 sudah tidak perlu bertali pinggang :D
-final oh final - kalau tukar nama final exam itu kepada easy exam atau simple exam adakah perasaan dan persepsi orang akan bertukar?

berguru kepalang ajar

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

istimewa Hari Guru


semalam membaca sajak nukilan Usman Awang, "Guru oh Guru". Kali pertama mendengar sajak ini dideklamasikan ketika berusia 10 tahun ketika masih menuntut ilmu di Sekolah kebangsaan Padang Midin oleh salah seorang tenaga pekerja di sana . Ketika itu masih terlalu awal dan mentah untuk mendalami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis puisi dan pendeklamasi. Sekadar menjadi penepuk tangan dan orang yang berdebar kerana akan mendeklamasikan sajak 'kanak-kanak' selepas itu.

tapi kini , tatkala membaca terasa dalamnya pesanan yang cuba disampaikan. Benarlah , hayat sebuah tulisan itu akan terus berdenyut selagi mana kata-katanya dibaca dan dimanfaatkan oleh semua dan kini , mungkin sudah berabad sajak itu dinukilkan tetapi mesejnya akan terus hidup di hati manusia yang dahagakan khazanah ertinya. bergenang air mata bila terfikirkan kembali pahit maung bergelar pelajar khususnya di peringkat sekolah. No word to describe that experience.

penulis sewaktu di sekolah rendah  itu sentiasa disebut dan diangkat sebagai pelajar yang aktif akademik mahupun kokurikulum meskipun perangai penulis sentiasa ada naik dan turun. kalau boleh mahu sahaja dipadamkan sejarah hitam lama yang mengotori kehidupan , dah kecik-kecik macam-macam benda teruk yang dilakukan . Biarlah benda itu pergi , penulis pun tidak ingin menyatakan benda itu di sini. namun berakhirnya 6 tahun di SKPM membawa trofi 'Pelajar Terbaik sekolah'

berhargakah trofi itu ?

kemudian , bahtera pengajian diteruskan ke SMAKL meskipun ramai yang mengesyorkan penulis masuk ke pelbagai sekolah-sekolah hebat di Malaysia ini. Namun sejujurnya , penulis benar-benar mengikut telunjuk abi bulat-bulat dan akhirnya mengaji selama 5 tahun di SMAKL . Mulanya penulis malu ingin memberitahu orang ramai penulis bersekolah di mana . tetapi bila tahu berharganya pengalaman yang diraih , bila pakai jaket IKHLAS yang tertulis perkataan SMAKL di belakangnya , semua orang yang tanya SMAKL mana , penulis akan terus jawab Sekolah Menengah Agama kampung Laut , Kuala Terengganu tanpa berselindung .

meskipun penulis hanya berpeluang menjadi guru itupun tidak rasmi hanya beberapa kali dan itupun tidaklah menepati piawan guru berkelayakan yang sebenarnya , namun penulis tahu , bebanan seorang guru itu tidak mampu diluahkan dengan kata-kata . Kerana tugas seorang guru bukan sahaja mendidik anak muridnya sehingga pandai dan berjaya namun peranan mereka adalah mengajar manusia mengenali pencipta . Maka tiada harga yang mampu membayar penat lelah mereka , kerana Allah sahaja yang mampu membalasnya.

oh , tidak mahu merembeskan air mata , biarlah kenangan itu terus menjadi memori yang subur dalam ingatan. Moga Allah redha kalian

pendidik di Pasti As-Salam ( 1996-1997)
pendidik di Sekolah kebangsaan Padang midin (1998-2003)
pendidik di Sekolah Menengah Agama Kampung Laut (2004-2008)
pendidik di CFS IIUM Petaling jaya ( Mei 2009 - Julai 2009) 
pendidik di Kuliah Tibb Universiti Al-Azhar (Oktober 2009 - sekarang)

namun begitu , mereka inilah pendidik yang telah mendidik penulis dengan penuh kesabaran dan ketekunan dan kasih sayang kerana tanpa mereka siapalah penulis pada hari ini .

Zahari bin Salleh - guruku , heroku dan murabbiku 
Naziah binti Hassan - Guru Besar SK Tanggol
Shafiyyah Solehah binti Zahari - Pensyarah Biologi , CFS IIUM Petaling Jaya
Syuwaida Nasuha binti Zahari - Guru sepenuh masa Sekolah Rendah Ibnu Qayyim
Siddiq Syukkri Affandi bin Zahari - Graduan Fakulti Pendidikan UKM
dan semua guru-guru yang membintangi hidupku ini 

di sini , penulis titipkan sajak nukilan Usman Awang 
meskipun penulis juga adalah seorang penukil , tapi biarlah tulisan itu dibekukan dahulu 

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

wallahua'lam 

my women

bismillahirrahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

istimewa hari ibu


universiti Al-azhar merupakan antara universiti yang sangat unik .Mungkin penulis boleh katakan satu-satunya kerana mengasingkan pembelajaran lelaki daripada perempuan . Sejujurnya penulis tidak pernah tahu kenyataan itu meskipun sudah beberapa bulan menghantar borang permohonan kepada AQM sehinggalah penulis menghadiri kursus motivasi selama seminggu di ILIM dua tahun yang lalu. Pada mulanya , agak pelik dengan fakta tersebut namun akhirnya penulis berasa sangat lega dan gembira.

datang ke mesir , belajar di universiti yang terdiri daripada kaum lelaki sahaja (tidak termasuk penjual di mat'am dan juga penjaga kedai photostat) membuatkan dunia batasan syarak itu sangat terjaga. Apatah lagi wanita-wanita di tanah arab ini termasuknya pelajar-pelajar Malaysia yang datang begitu menjaga tatasusila mereka terutamanya bila bertemu dengan pelajar lelaki Malaysia (tidak termasuk mereka-mereka yang tidak berperangai sedemikian).

terperuk di dalam dimensi tanpa kehadiran wanita membuatkan penulis sangat menghargai setiap wanita yang hadir di dalam kehidupan penulis (tidak termasuk wanita-wanita yang tidak berkaitan). Wanita yang menunjukkan jalan yang lurus kepada penulis dalam mengjalani kehidupan dengan penuh makna dan pengertian. Wanita yang mendekatkan penulis kepada tuhan serta menggamit penulis ke arah syurga yang diredhai .


mungkin ahli bait sentiasa berprasangka apabila penulis merupakan ahli yang paling negatif sekali bila bersembang perihal perempuan , akhawat dan bab kahwin-kahwin dan sebagainya. Kalaupun ada antara 7 manusia yang duduk di dalam rumah 3 ini terbaca entry ini , penulis tidak salahkan kalian , kerana wanita-wanita istimewa penulis sudah cukup mampu membahagiakan penulis , andai ada wanita lain yang ingin tersenarai juga , bahagiakanlah wanita-wanita ini dahulu.

1- Ummiku sayang ( Naziah binti Hassan)

sebenarnya penulis masih lagi tidak sempat untuk mengucapkan 'selamat hari ibu' buat ummi kerana Allah masih lagi tidak mengizinkannya.Pagi tadi ada menelefon dan sempat juga mendengar suaranya beberapa minit sebelum line terputus dan tidak dapat menghubunginya kembali .Tidak mengapa, semoga ummi ada menerima sms penulis tempohari. Kata orang ibu , kaulah ratu hatiku . tapi kata penulis , ibuku , syurgaku di dalam redhamu . Tidak akan dapat penulis mencium bau syurga andai redha ummi tidak penulis rasa

terlalu banyak kenangan yang tersulam dalam pintalan hubungan kami . Apatah lagi penulis ini memang agak 'anak ummi' tetapi itu bukanlah penjamin kasih-sayang kami . hanya aqidah kepada Allah yang mengutuhkan silaturrahim ini . Seorang ibu yang tidak tegar melepaskan anaknya pergi merentasi selat dan benua melainkan meninggalkan doa dan Allah bersama-samanya . Semoga Allah sentiasa merahmatimu ummi dan menemptakan ummi dalam kalangan hamba-hambanya yang diredhai .

i love you ummi

2- Kakakku sayang ( Shafiyyah Solehah Zahari)

dulu , masa penulis suka sangat ambil duit abi dan ummi tanpa kebenaran , kakak antara mereka yang bertanggungjawab mengusir sifat mazmumah ini daripada diri penulis. Penulis masih ingat bila kakak rotan penulis sebab tak nak cerita perkara sebenar bila duit yang dia kumpul hilang dan dia terus rotan dan tanya bila penulis tak nak cerita. sampai sekarang rasa macam ada lagi kesan rotan dan terngiang-ngiang lagi kakak marah penulis dulu.

tapi kemarahan itulah yang menyebabkan penulis berasakan terlalu bodoh sesiapa yang tamakkan wang banyak hingga melebihi keperluannya . hanya semata-mata mahu mengisi perut hingga kenyang tidak menjamin kita akan terus kenyang di akhirat . Kata kakak , 'saeed!!!!!! , awak study tak? awak jangan main-main tau , awak jaga hati , jangan nak main-main pompuan , kalau akak dengar awak buat hal , siaplah !!! sampai ke luabng cacing akak cari !!!!!' kerana itulah penulis tetapi tahu , kalau kemarahnnya itulah yang membahagiakan penulis

i love you kakak ( bila lah nak rasa nasi minyak awak ya)


3- Kak da ku sayang (Syuwaida Nasuha Zahari)

kami satu perangai. Kami agak gila-gila walaupun dia sebenarnya lebih gila-gila daripada penulis. kami adik beradik genap , jadi kami memang se'spesies' . Kami sangat berbeza daripada kakak dan abang. Kami berdua sensitif meskipun penulis agak over sikit berbanding nya . Namun kami berkongsi rasa yang serupa , kami memang tidak suka kan durian . Kakda akan pengsan dan putus fius sikit bila bau durian . Penulis tidaklah seteruk itu .

tetapi apa yang tidak mampu penulis samakan diri dengan kak da , adalah kakda mempunyai hati yang terlalu lembut dan penyayang . berbeza dengan penulis yang sentiasa dibutakan dengan emosi dan perasaan. kakda terlalu pengasih hinggakan kakda sentiasa menjadi tempat mengadu dan berkongsi masalah. Kalau masa rindu nak balik rumah masa kat SMAKL dulu , bila telefon , dengar nama kak da saja sudah cukup membuatkan dada ni rasa sebak dan tidak mampu bercakap apa-apa lagi. Kak da juga sentiasa riang dan sentiasa dapat menebak apa yang terbuku di hati penulis .

i love you kak da

4- kak su ku sayang (Suwaibah Mardhiyyah Zahari)

adik perempuan pertama penulis yang semakin menginjak dewasa dan semakin meniti usia kematangan. emosi kak su lebih rapuh berbanding penulis .Namun pendiriannya sangat kental . Kalau dulu , dia sentiasa dibuli oleh kawan-kawannya , namun kini dia telah merupabh persepsi kehidupannya dan menjadi lebih kuat dan cemerlang. Meskipun dia tidak mampu untuk mengikut jejak langkah abang-abang dan kakak-kakaknya yang menempah kejayaan dalam arena masing-masing dan sering kali mengecewakan abi dan ummi , namun penulis tahu , itulah kejayaan yang dimilikinya

ummi sentiasa kata , 'su tu suka sangat tolong orang . Biar dia tak sempat nak study , tak sempat dan ualngkaji , tak sempat nak buat itu dan ini , ayik lambat je , tapi itulah sebab kenapa dalam sesetengah keadaan , Allah bagi jugak kejayaan padanya. Sebab dia tahu , bila kita buat baik ikhlas kerana Allah , maka Allah pasti akan balas balik keikhlasan kita itu dengan kebaikan yang setimpal . Itulah satu-satunya kelebihan yang tidak mampu penulis tandingi. Satu lagi persamaan kami , dalam 10 ahli keluarga penulis , hanya kami berdua sahaja yang tidak FB

i love you , kak su

5- Kak ma ku sayang (Salma Syakirah Zahari)

kalau kami berjumpa di rumah , pasti perang dunia entah yang ke berapa ratus juta kali agaknya berlaku. Kami memang tidak boleh berjumpa , ada sahaja modal penulis untuk mengusiknya dan mengajuk percakapannya. Kak ma yang semakin membesar , daripada belajar di SRIQ sudah masuk ke SMAKL , mula belajar erti malu dengan lelaki dan adab-adab murni , semuanya menjadi penyejuk mata dan dan hati abi dan ummi . Bial balik time revolusi hari itu , penulis selalu tanya ' ma , rindu tak abang saeed' dan dia akan mencebikkan bibirnya.

terlalu banyak yang tidak mampu penulis ceritakan perihal kami . I love you kak ma

6- adikku sayang (Syahirah Mawaddah Zahari)

si kecil yang menjadi apple of the family dalam rumah besar tu. Semakin terbau-bau 'brat'nya dalam telefon. Menjadi anak bongsu memang sakit , terutamanya bila suara si bongsu ini tidak selalu diberi perhatian dan tidak siapa nak diajak bermain bila semua yang ada dalam rumah tu sudah berkerjaya dan banyak kerja. terkutil-kutillah dia keseorangan dalam rumah itu , cuba menyesuaikan naluri kanak-kanaknya dengan arus dewasa yang semakin memuncak dalam rumah tersebut.

penulis tahu , kalau tanggungjawab anak sulung sangat berat , maka adik bongsu juga menggalas tugas yang sama . Alamatnya si sulong dan si bongsu akan selalu bercakaran. Sama seperti kakak dan adik dan abang siddiq dengan shaatibi. Yang tengahlah biasanya akan meleraikan . namun meskipun keperitan yang termaktub , penulis tetap menyayangi adik kerana adik merupakan satu-satunya syahirah mawaddah yang abang saeed ada. Tiada adik ,maka lompanglah kehidupan abang saeed. Semoga tabah menjadi kanak-kanak dewasa dalam rumah itu.

i love you adik

kak su , kakak , adik , ummi , kak dan , kak ma
you light up my life 

juga ku titipkan kasih sayang buat semua wanita-wanita lain yang turut sama hadir mewarnai duniaku yang kelam dan sederhana ini

-opah dan tokwan
-mak long dan maksu
-cik ha dan suna
-semua mak saudara belah ummi dan abi
-semua sepupu sepapat perempuan belah ummi dan abi
-ustazah nafisah , shakirah dan hasmawati
-ustazah masyitah dan zuliyati
-teacher salimah , teacher zainab dan teacher sarah
- cikgu aisyah humaira' , noraisyah dan zurainah
-serta semua pendidik wanita yang telah sudi mencurahkan ilmu kalian kepada penulis 
-mak pah (tukang masak SMAKL) serta tukang masak lain 
- kakitangan SRIQ yang bersabar dengan penulis 

dan akhirnya 
buat 'wanita' yang hanya Allah yang tahu yang bakal dihadiahkan buatku 
semoga tergolong dalam kalangan hurul ein dan muminah solehah 


wallahua'lam

NB
-gembira dengan kehadiran blog ini, jom ziarah ramai-ramai 

wanita bernama 'serikandi'

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


dia merupakan seorang guru yang baik.Guru yang mengajar anak muridnya berjalan menuju syurga.Dia guru yang baik, mengajar adik-adiknya berjalan menuju pahala.Dia guru yang baik , mengajar teman-temannya berjalan menjauhi neraka.Dia guru yang baik , mengajar semua insan disisinya berjalan menjauhi dosa.Dia guru yang amat baik kerana setiap butir bicaranya , menunjukkan jalan menuju Ilahi.

seorang kakak yang kental.Layak digelar 'iron lady' kerana kegigihannya meneruskan badai kehidupan dengan sauh dan layar kematangan yang tidak mungkin digugah.Ibarat 'anchor woman' jugakla.Dia seorang kakak yang merotan adik-adiknya yang nakal dan degil.Yang memarahi adik-adiknya yang malas dan lalai.Yang mendidik adik-adiknya agar tidak jatuh dan sentiasa bertenaga.Yang membentuk acuan islam dalam diri adik-adiknya agar mereka sentiasa berada atas landasan yang Allah redhai.

Setiap kali kakak balik, mesti suasana dalam rumah dua tingkat yang separa besar itu menjadi lain.Sebelum kakak balik semuanya macam mengikut naluri sendiri.Nak buat tu buat , nak buat ni buat tetapi masih mengikut syriat Allah dan pedoman abi dan ummi.Tapi bila kakak balik , semuanya macam akan tanya kakak dulu boleh ke tak boleh.Padahal nak makan pun akan tanya "kakak, nak makan boleh tak? " hihi

masa zama kecik-kecik , kakak terkenal dengan sifatnya yang tegas dan garang.Semua adik-beradik penulis pernah merasai pengalaman dimarahi kakak, dirotan , dipukul dan sebagainya.kalau dulu nak buat salah sikit memang tak berani depan kakak.Authority kakak memang macam abi dan ummilah.kadang-kadang macm terlebih pulak.Dulu memang tak suka.Kakak sikit-sikit marah.Orang makan kat atas pun tak boleh , orang nak buat itu tak boleh , ini tak boleh ......dia buat tak pe (nge3)

tapi bila dah besar ni , kematangan mula menjejak usia , barulah semuanya sedar.Setiap kemarahan dan rotan kakak dualu, semuanya adalah didikan yang sangat berguna.Jika kakak tak rotan penulis dulu, insyaAllah tiadalah penulis yang hari ini.Meksipun masih banyak lagi sifat-sifat mazmumah dalam hati tetapi insyaAllah kakak sentiasa mencurahkan nasihat.Setiap kali teringat rotan dan marah kakak dulu , penulis mesti tersenyum. Alangkah dalamnya maksud setiap marah kakak dulu.Nak lagi rasanya sekarang ...hihi

kini , kak mesir panggilan kakak sudah lama tak terkeluar daripada mulut ini.Kalau abang ramai je senior-senior yang lebih tua meskipun tiada satupun yang sama dengan abangku sayang.Rindu nak panggil panggilan tu tapi kakak dah cakap awal-awal 'awak jagan nak mengada-ngada ber'kakak' angkatlaa , ber'adik' angkatla berapa-pa angkat ye kat sana.Nanti kakak angkat awak baling dalam sungai Nil tu' .... hihi , kakak , sungai nil pun berapa kali je lalu ... hihi.


salaam..saeed..thanks a lot for the post..thanks atas sume doa2..ingat pesan kakak..jg diri,jd akhlak..jg iman..utamakan pandangan Allah..br kira pandangan manusia..smg Allah bg saeed kejayaan..dunia n akhirat..ari tu kakak g padang..kak nak syaheed..tp Allah izin slamat balik mesia..huhu..sedih juge..Allah nows whats best..study rajin2..ikhlaskan segalanya krn Allah.br jd ibadah..slmt beribadah n beramal..

-komen kakak untuk entry hari jadi pada tahun lepas-



kini umur kaka dah makin meningkat.. sudah masuk 27 tahun pun.Maka semoag pertambahan umur kakak saeed doakan seiring dengan meningkatnya amal, taqwa dan iman insyaAllah .Kalau boleh nak makan nasi minyak juga... insyaAllah moga Allah permudahkan urusan kakak.urusan hidup, urusan master, urusan amal dan yang paling penting urusan akhirat nanti insyaAllah. Sanah Helwa kakak...semoga panjang umur , murah rezeki dan mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.



Wallahua'lam

si kecil-si kecil itu

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


rindu sekali nak dengar suara mereka mengadu dan bercerita kepada penulis tentang segala macam perkara yang berlaku kepada mereka.Tentang diri mereka, tentang sekolah mereka , tentang masalah mereka, tentang kawan-kawan mereka sebagainya.Mempunyai se kecil-si kecil yang sangat menghiburkan hati dan sangat menyenangkan meskipun kadang-kala nakal dan memeningkan kepala.

bingkisan ini khusus buat mereka sempena hari kelahiran mereka yang sudah hampir seminggu dan sebulan telah berlalu.Maaf sekali , kekandamu baru sekarang punya waktu untuk menatap laptop dan mencatat sesuatu buat kalian.Jika tahun lepas boleh ditulis satu entry khusus untuk kalian semua , mungkin itu masih segar dalam ingatan dan mungkin kali ini sekadar pengubat rindu seorang abang buat adik-adinya yang sangat dicintai.

seorang berperwatakan sederhana , seorang punya cita-cita tinggi tetapi bergelar bongsu.Seorang sangat penyayang dan lemah-lembut, seorang berkehandak tinggi dan panjang akal.Dua-duanya ibarat langit dan bumi tetapi berkongsi rasa yang sama.Taat pada perintah abi dan ummi dan Allah serta rasulnya serta sangat menghormati dan menyayangi ahli keluarga dan teman-teman yang lain.


anak keenam "Nama saya Suwaibah Mardhiyyah binti Zahari , dilahirkan pada 27 Oktober 1995 di Hospital Besar Kuala Terengganu.Saya merupakan seorang yang sangat sensitif dan meudah menangis dahulu.tetapi kini saya lebih matang dan lebih berpendirian tinggi dan tekal.Saya tidak begitu bagus dalam pelajaran tetapi saya percaya jika kita membantu agama Allah maka Allah akan membantu kita.Jadi, saya tidak lokek untuk menolong kawan-kawan saya yang dalam kesusahan.

Tidak ramai kawan-kawan saya yang sukakan saya kerana apa sahaja yang saya buat selalu sahaja tidak kena pada mata mereka.Alhamdulillah berkat nasihat abi dan ummi serta adik beradik saya yang lain, saya dapat mengatasi masalah itu..Saya medah mengikut kata orang lain.Jadi saya tidak punya kata sendiri hingga apabila orang tidak mahu berkawan dengan saya , saya sangat sedih.Tetapi apa yang saya silap adalah , saya lupa bahawa Allah sangat dekat berbanding teman-teman saya dan kini , biarpun kawan-kawan saya menjauhi saya , saya tahu Allah sangat dekat pada saya.Teman-teman , doakan PMR saya ya"


anak kelapan "Nama saya Syahirah Mawaddah binti Zahari , dilahirkan pada 1 November 2000.Saya merupakan anak yang paling bongsu.jadi saya yang paling manja dengan abi dan ummi.Kebanyakan adik-beradik saya berpendapat bahawa apa sahaja yang saya nak , saya akan dapat tetapi sebenarnya saya sangat kesunyian.Kalau dulu masa saya kecil-kecil dulu , semua abang dan kakak saya ada di rumah membesarkan saya.tetapi kini semua abang saya keluar belajar di sana dan sini.Yang tinggal di rumah ini cumalah saya , abi dan ummi sahaja.

Saya cukup gembira apabila kakak dan abang balik terutamanya bila mereka membelikan saya sesuatu seperti coklat ke, hadiah ke apa-apalah.Yang saya paling gembira sekali apabila mereka terus berada di rumah untuk selama-lamanya.Saya selau berkata kepada ummi "kan seronok kalau abang dan kakak ada di rumah" tetapi saya tahu suatu hari nanti saya juga akan keluar untuk belajar.Saya sebenarnya tak tahu lagi cita-cita saya, oleh kerana saya kuat membeli saya nak jadi cashier, tetapi semua ahli keluarga saya mentertawakan saya.Sekarangs aya perlu belajar bersungguh-sungguh kerana semua abang dan kakak saya berjaya.Jadi saya tak boleh kalah pada mereka.Doakan saya ya kawan-kawan"

seorang abang itu tergalas tanggungjawab terhadap adik-adiknya .Maka mereka semua adalah tanggungjawab penulis.Kini semuanya sudah mula meningkat besar dan masing-masing sedang melalui proses kematangan.Bukan untuk menjadi abang yang mengongkong tetapi bukan mudah untuk menjaga diri sendiri apatah lagi menjaga orang lain.oleh itu , segeralah matang adik-adikku sepaya kalian tahu jerih -perih kehidupan di luar sana yang sedang sarat dibalut jahiliyah yang pekat ini.Moga Allah bersama kalian.

Sanah Helwa
ke 15 (kak su)
ke 10 (adik)

dah besar ye adik-adik abang saeed ni~
wallahua'lam

seorang adik lelaki

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


sepanjang hayat penulis, penulis cuma diberikan soerang adik lelaki.Adik lelaki inilah yang menjadi teman di kala suka di kala duka.Kata orang adik lelaki dan abang lelaki memang rapat tetapi abang yang tengah sentiasa menjadi pendamai abang yang sulung dan adik yang bongsu.Penulis yang abang tengah ini begitukah?

alhamdulillah , biarpun tidak dapat bercakap telefon kerana kehabisan kredit voip , sekurang-kurangnya tepat jam 6 petang mesir bersamaan 12 tgh malam Malaysia tanggal 9 oktober penulis dapat menghantar sms selamat hari lahir kepada adindaku tercinta yang mungkin sekarang sedang bergelut dengan persiapan menghadapai peperiksaan SPM.Bukan senang untuk menghantar sms on time.Apatah lagi sendirian di mesir ini.

Mengenangkan adik TB di rumah teringatkan tanggungjawab terhadap adik-adik tahun 1 yang semakin bertambah-tambah di mesir mahupun di universiti Azhar sendiri.Kelas tahun 1 memang lagi penuh dan mantap berbanding kelas penulsi sendiri.Seaktu penulis baru sampai ke kuliah mereka sudah siap dengan nota dan buku rujukan di atas meja.Teringatkan sifat adik TB yang sentiasa on time dalam program-program berunsurkan tarbiyah , jauh sekali daripada sifat penulis yang selalu malas dan lambat ... ^_^


penulis dan TB pada asalnya bukanlah rapat sangat (haha) namun disebabkan didikan dan asuhan abi dan ummi kami kekal rapat insyaAllah hingga bertemu di dalam syurga.Punya seorang adik yang dahulunya sentiasa dapat dan lebih daripada penulis terutamanya dalam meminta barang , kalau dahulu memang sakkit hati dan selalu akan cakap macam ini " kalau tb tu selalu je ummi ngan abi bagi"  sehinggakan terbawa-bawa dalam tabiat kalau hendakkan sesuatu tidak bagitahu abi dan ummi dan pendam dalam hati sahaja.

kerana itulah penulis sentiasa hormat kepada TB , selaku abang kepada seorang adik , siapalah penulis untuk menidakkan kewujudannya di muka bumi ini, malahan TBlah yang banyak mengajara penulis itu dan ini. kalau di rumah Tb selalu mengingatkan penulis agara tidak lalai kerana dia sentiasa membaca buku-buku fikrah dan lidahnya sentiasa basah dengan peringatan dan zikrullah sedangkan penulis penuh gelak tawa dan senda... (haha).

dahaulu penulis sudah terlupa apa hadiah yang penulis janjikan kepadanya tapi penulis tidak kisah apatah lagi kalau TB yang tidak kisah kerana hanya doa dan nasihat sahaja sudah merupakah hadiah yang cukup besar maknanya kepada TB dan dengan itu penulis sangat bersyukur di kurniakan seorang adik lelaki yang bernama Solehuddeen Shaatibi bin Zahari ini.Sudah namanya soleh maka memang solehlah orang nya. Teringat 1 YM yang pernah TB sembang

soleh TB : salam
anonymous man : salam
anonymous man : nama sapa
soleh TB : Solehudden Shaatibi bin Zahari
anonymous man : mesti soleh budak ni

ya Allah kau berikanlah kejayaan dan kemudahan kepada Shaatibi .Sesungguhnya aku amat bersyukur di kurniakan sorang adik sepertinya.Kau makbulkanlah doanya untuk berjaya dan memijakkan kaki ke tanah abiyak ini.Kau permudahkanlah urusan kehidupannya yang penuh liku dan ranjau.Kau jadikanlah dia seorang daie yang boleh memimpin panji-panji syuhada' di masa hadapan.kau berkatilah kehidupannya.Ya Allah jadikanlah kami dalam kalangan hamba-hamabmu yang beriman dan bersyukur.

sanah helwa tb ku sayang
semoag panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah


NB
-looking forward to call malaysia  since kak da had spoken that already
-praying for my scholarship matter
-ya Allah tahun 2 semakin susah , bantulah aku hambamu ini!

gagak pulang ke benua

bismillahirrahmanirrahim
assalamualikum w.b.t

PC rumah mengucapkan salam, internet laju melambai-lambai minta digunakan , moga perjalanan ini Allah permudahkan dan berkahi kerana redhaNya sahaja yang kita ingini.



alhamdulillah , sudah hampir lima hari berada di rumah , menyembunyikan diri ini di teratak bahagia yang terletak di padang midin ini.Berita kepulangan cepat tersebar hingga ke SMAKL di tambah lagi dengan berita rambaut sudah makin panjang.Makin membaralah perasaan ingin berjumpa dengan adik-adik SMAKL sana... haii ...antum nie nak tengok ana ke nak tengok rambaut ana je ?? hehe

kepulangan satu kesyukuran

macam tidak percaya pun ada.Sudah habis 10 bulan penulis menempuh kehidupan di Mesir , merangkap habis tahun 1pengajian perubatan yang penulis duduki sekarang ini di sana.Terasa seperti semalam baru kaki melangkah pergi , hari ini sudah kembali semula ke tanah air.Cepat betul usia berlari meninggalkan kita biarpun kita hanya melangkah perlahan di sisinya.

kata ummi setiap kali penulis menghubungi Malaysia sewaktu berada di Mesir dahulu, 'you keep counting the days right?' .... memang ummi , memang anakandamu ini menghitung hari untuk pulang.Bahkan perkataan menghitung hari itu kerap kali didendangkan sewaktu masih di sana.Apapun hanya kesyukuran sahaja yang mampu penulis panjatkan kepada Allah atas kepergian, perjuangan dan perjalanan serta kepulangan yang sungguh mengharukan ini.Tumpah air mata di KLIA tempohari tanda gembira atas segenap nikmat yang kerap kali tidak berjaya disyukuri itu ....

kepulangan satu amanah

pulang bererti membawa amanah yang besar di pundak.Pulang dari mesir tambah-tambah lagi pulang dari Azhar , lebih dahsyat lagi sebagai pelajar yang mendapat pangkat 'Mim' lagi besarlah amanah yang Allah pikulkan.Kalau sebelum balik, penulis selalu sahaja berkata kepada teman-teman , 'takutlah pulak nak balik, takut orang expect tinggi ' ... mungkin terlalu melampau untuk menuduh begitu, terlalu melulu untuk mengtakan bgitu namun we wait and see.

kerap kali ust Musab mengingatkan penulis 'pulang ini adalah untuk meneruskan perjuangan islam yang kita kutip di sini.pastikan apinya terus menyala, pastikan panjinya terus terpelihara di samping mengutip sberapa banyak mutiara yang boleh diperolehi di tanah air ini untuk diperjuangkan pula di Sana nanti.' .Seringkali keraguan datang menyapa , mampukah diri selalu salah ini mampu untuk melakukannya , ingatlah Allah takkan membebankan manusia kecuali yang sesuai dengan kesanggupannya.

kepulangan satu peluang

kini, impian untuk pulang sudah tercapai.Ertinya pulang bukan sekadar untuk duduk di rumah dengan tv dan internet yang laju bahkan harus lebih daripada itu.Jika boleh mahu ditawan setiap buku yang wujud di rumah ini.Ingin sekali membedah segala buku yang dahulunya tidak disentuh.Jika adik TB larat untuk berjam-jam menghadap buku, insyaAllah  ... beberapa buku juga mampu untuk dibelasah.Sudah lama tidak pulang, bermacam-macam makalah yang muncul, menambahkan selera untuk membaca dan membaca.... buku karangan ustaz hasrizal, biarpun sudah lama terbit , ingin sekali ditamamkan segera...

peluang yang banyak terbuka lewat kepulangan kali ini, peluang untuk membaca, menulis, menajamkan hafazaqn, menajamkan ingatan , menajamkan pemanduan yang semakin berkarat ,bertemu sahabat-sahabat yanjg dirindui, mengaeratkan hubungan kekeluargaan dan yang paling penting peluang untuk meningkatkan ubbudiyah dan ketaqwaan diri yang semakin menurun dua tiga hari ini. Doa kalian amat penulis harapkan, siapakah penulis tanpa sahabat-sahabat yang mendoakan di sisi....

kepulangan satu harapan

jadilah kita sesorang yang mampu memebrikan sesuatu kepada orang lain. Kata ustaz Hasrizal, erti hidup pada memberi , kata Naruto pula, bila kita memikirkan seseorang itu, maka dia punya tempat di hati kita. usahlah pulang untuk menambahkan beban kepada kedua ibu bapa dan menambahkan sakit hati adik beradik tetapi pulanglah untuk menjadi tangan kepada mereka dan menjadi penyejuk mata kepada mereka. Jika kepulangan kita tidak dinanti kepergian kita puloa dibilang hari maka apakah ertinya kepada mereka kepulangan kita , lebih baik kita terus berada di sana....

harapan yang terpikul adalah harapan islam kepada Kita.Bangkit untuk membangkitkan Islam yang pernah jatuh dan gugur suatu ketika dahulu.usahlah harapan ini gugur seperti mana Islam gugur.Raihlah cita-cita dengan semangat yang membara.Moga redha dan perkenan Allah bersama kita setiap masa.

kini, Ramadhan sudah semakin hampir, moga kita tergolong dalam kalangan hamba-hambanya yang diberi peluang untuk menyertainya. Jadilah kamu, orang yang beriman, janganlah kamu menjadi orang-orang di Bulan ramadhan kerana hanya dengan Iman sahaja kamu mempu untuk mempergunakan Ramadhan itu sebaik yang mungkin....


belukar hitam di kepala itu sudah dibersihkan 

wallahua'lam

NB
-counting days for Perantau 10
-Ya Allah bantulah aku dalam urusan scholarship ku
-Kepada semua anak-anak luar negara yang pulang, semoga kepulangan kalian memberikan sesuatu kepada malaysia
-rindu kalian .. T_T

abiku sayang

 bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan penuh kesyukuran,kerinduan dan kasih seorang anak lelaki kepada ayahnya, penulis mulakan penulisan kali ini.

dikira sebagai salah satu entrydebt yang masih belum dilunasi , alhamdulillah segala puji bagi Allah atas kesempatan ini.Pertamanya ingin sekali memohon maaf kerana entry ini dirancang akan disiapkan pada bulan Julai nanti Namun ALlah telah membuat penyusunannya dan pada bulan Jun ini ia akan disiarkan. ^_^. Penulis sebenarnya berasa sangat yakin bahawa hari bapa jatuh pada bulan Julai.Rupa-rupanya diri melangkah meninggalkan masa yang Allah tetapkan.Ampunkan anakmu abi kerana lambat sekali mengucapkan selamat hari bapa.


abiku sayang
Zahari bin Salleh
53 tahun
29 April 1957
Pegawai Penilaian 

mungkin sangat tidak adil sebenarnya jika penulis mengatakan penulis anak emak kerana penulis juga tidak lepas daripada resemblance abi.Apatah lagi warna kulit ini memang menyerupai kulit abi.Mungkin abi lebih manis lagi.Biarpun seringkali tersalah anggap oleh ramai kawan-kawan abi, penulis berasa cukup bangga dan bertuah menjadi salah seorang anak abi.Lebih-lebih lagi anak yang banyak meluangkan masa bersama abi.

abi mungkin tidak seperti bapa lain.Ini kerana apa yang selalu abi ingatkan adalah menjaga hubungan dengan Allah di mana sahaja anak-anaknya berada.Abi mungkin tidak seperti bapa lain kerana abi memang tidak pernah kisahkan penampilannya, pemakaiannya sangat simple dan itulah yang sangat penulis kagumi.Abi mungkin tidak seperti bapa-bapa lain kerana abi seorang yang sangat mementingkan ilmu dan  pengalaman.Abi mungkin tidak seperti bapa-bapa yang lain kerana abi sentiasa ada di hati anak-anaknya.

semenjak kecil, mungkin penulis dibesarkan dengan sikap abi yang terlalu memberi.Kurang sedikit berbanding ummi yang agak tegas dan menyekat sedikit hak anak-anaknya.Kalau dulu, nak beli apa sahaja mesti akan minta dengan abi.kalau dengan ummi mesti susah nak dapat.Apatah lagi abi keluar ke pejabat agak lambat berbanding ummi , jadi sebelum ke sekolah selepas sahaja ummi pergi ke sekolahnya mesti akan meminta apa yang dihajati daripada abi.Namun kini suatu benda yang sentaisa ummi dan abi berikan tanpa ragu-ragu dan curiga adalah kasih sayang kerana Allah kepada semua anaknya

badan abi agak besar dan mungkin abi termasuk dalam kalangan obesiti.Biarpun begitu penulis tidak pernah malu pada abi bahkan penulis berasa sangat bangga dan bahagia kerana mempunya seorang ayah seperti abi.Kalau masa kecil-kecil dahulu penulis sentiasa malu untuk mengungkapkan perkataan 'abi' di depan kawan-kawan.Mungkin kerana penulis seorang sahaja yang menggunakan istilah abi itu sedangkan orang lain memanggil dengan panggilan ayah , bapak, abah dan sebagainya.Namun setelah mengetahui mulianya panggilan syurga itu,penulis sentiasa gembira untuk memanggil,menyalami,memeluk dan mencium abi di mana sahaja penulis bertemu dan berjumpa dengan abi.

abi merupakan seorang penuntut ilmu yang sangat gigih dan tidak pernah kenal erti putus asa.Sehingga kini abi sudah pernah menuntut ilmu di lebih 5 buah universiti dan sekarang abi sedang berusaha untuk menyelesaikan PHdnya yang sudah lama dihalang oleh bermacam-macam perkara.Abi memang tidak pernah berhenti untuk belajar.Sanggup berulang-alik selangor terengganu semata-mata untuk menyiapkan thesis dan berjumpa professor.Kalau dulu sanggup berulang-alik perak pulau pinang dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan.Setiap kali berasa malas untuk belajar, mengingat kisah perjalanan ilmu abi, penulis berasa malu sendiri.

kalau sejak kecil lagi, tanyalah apa sahaja pada abi, mesti abi dapat jawab.Tanya geografi yang sangat penulis tidak suka itu ke, tanya math ke tanya biologi ke tanya pasal haiwan ke tanya pasal tumbuhan ke mesti abi paling kurang pun bagi sedikit maklumat tentang benda itu.Tetapi satu perkara yang memang abi pakar adalah soal tempat dan perjalanan serta tawar-menawar.Sikap dan kegilaan abi berjalan ke sana-sini emnyebabkan abi tahu hampir semua tempat.kalau di Terengganu tu sebut sahaja memang peta terenganu tu ada dalam kepala abi.Mungkin peta satu malaysia kot abi ingat

abi seorang yang peramah dan berwajah manis.Sedang bergaul dan bersembang dengan sesiapa sahaja.berbeza dengan ummi yang sering dikatakan mak cik garang dan mungkin agak sukar didekati bairpun ummi juga cukup peramah seperti abi.oleh kerana itu, abi memang punya seribu kawan.Pergi ke amna-mana sahaja mesti berjumpa kawan abi.Yang paling best adalah kalau kawan-kawan abi itu adalah pemilik kedai.Kalau nak beli apa-apa mesti diorang bagi murah.Itulah yang bestnya kalau bershopping bersama-sama abi.Namun begitu, abi tidak pernah mengajar anak-anaknya boros.Setiap kali memasukkan duit untuk penulis abi sentiasa pesan, 'jangan boros ya Saeed'.. mungkin abi tahu anaknya ini memang agak rambang mata bila membeli .... ^_^

semenjak dua ini , penulis sudah jarang bercakap dengan abi.Kalau telefon pun pasti abi akan cakap sedikit sahaja.ummilah setia melayan penulis.Mungkin abi merajuk , sebab dahulu penulis telefon berkali-kali untuk bercakap dengan ummi sewaktu mother's day dahulu sedangkan pada fathers day..penulis lupa pula T_T.Abi memang tidak pernah melupakan anak-anaknya.Setiap kali outstation abi tidak lupa untuk membelikan buah tangan untuk anak-anaknya.... sebab itu penulis tidak pernah lupa untuk mendoakan abi dan ummi setipa kali selepas sembahyang.

abai, sebagai anak yang paling banyak buat silap terhadap abi, banyak menyusahkan abi terutamanya semasa saeed nak masuk universiti, macam-macam hal yang berlaku.Maaf jika saeed ada menyakitkan hati abi, membuat abi terluka dan kecewa dengan sikap dan sebarang keputusan peperiksaan dan ujian Saeed.Saeed tahu saeed banyak mengecewakan dan menyusahkan abi.Saeed tahu abi mahu yang terbaik untuk semua anak-anak abi, insyaAllah , nanti Allah akan balas segala pengorbanan abi.

penulis sebenarnya ingin menghadiahkan keputusan final tahun 1 ini kepada abi walau apapun keputusannya sama ada mumtaz ataupun tidak.Biarpun penulis datang ke mesir ini hanya berbekalkan kepercayaan dan restu daripada abi dan ummi, penulis ingin sekali menunjukkan yang terbaik setelah banyak kali penulis gagal.InsyaAllah, kata abi, buat elok-elok ya , kata penulis insyaAllah abi.Tahun 1 ini sangat bermakna biarpun penulis berhutang 18 ribu ringgit kepada abi semata-mata untuk datang dan belajar di sini.Pengorbanan yang tidak dapat dibalas dengan apa sahaja yang ada di bumi ini.

finally, terima kasih abi atas segala-galanya.
semoga Allah memberkati hidup abi dan memasukkan abi ke dalam syurga bersama hamba-hambanya yang beriman
i love you abi
selamat hari lahir
selamat hari Bapa



wallahua'lam


NB
-mohon maaf atas segala kekurangan, terasa diri ini sangat teruk dan menyusahkan semua
-currently reading La Tahzan , english version (masih belum membaca sinergi)
-mohon doanya , peperangan final result
-selamat berjaya kepada semua bakal-bakal doktor yang tengah musim peperiksaan sekarang ~

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger