bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
rindu sekali nak dengar suara mereka mengadu dan bercerita kepada penulis tentang segala macam perkara yang berlaku kepada mereka.Tentang diri mereka, tentang sekolah mereka , tentang masalah mereka, tentang kawan-kawan mereka sebagainya.Mempunyai se kecil-si kecil yang sangat menghiburkan hati dan sangat menyenangkan meskipun kadang-kala nakal dan memeningkan kepala.
bingkisan ini khusus buat mereka sempena hari kelahiran mereka yang sudah hampir seminggu dan sebulan telah berlalu.Maaf sekali , kekandamu baru sekarang punya waktu untuk menatap laptop dan mencatat sesuatu buat kalian.Jika tahun lepas boleh ditulis satu entry khusus untuk kalian semua , mungkin itu masih segar dalam ingatan dan mungkin kali ini sekadar pengubat rindu seorang abang buat adik-adinya yang sangat dicintai.
seorang berperwatakan sederhana , seorang punya cita-cita tinggi tetapi bergelar bongsu.Seorang sangat penyayang dan lemah-lembut, seorang berkehandak tinggi dan panjang akal.Dua-duanya ibarat langit dan bumi tetapi berkongsi rasa yang sama.Taat pada perintah abi dan ummi dan Allah serta rasulnya serta sangat menghormati dan menyayangi ahli keluarga dan teman-teman yang lain.
anak keenam "Nama saya Suwaibah Mardhiyyah binti Zahari , dilahirkan pada 27 Oktober 1995 di Hospital Besar Kuala Terengganu.Saya merupakan seorang yang sangat sensitif dan meudah menangis dahulu.tetapi kini saya lebih matang dan lebih berpendirian tinggi dan tekal.Saya tidak begitu bagus dalam pelajaran tetapi saya percaya jika kita membantu agama Allah maka Allah akan membantu kita.Jadi, saya tidak lokek untuk menolong kawan-kawan saya yang dalam kesusahan.
Tidak ramai kawan-kawan saya yang sukakan saya kerana apa sahaja yang saya buat selalu sahaja tidak kena pada mata mereka.Alhamdulillah berkat nasihat abi dan ummi serta adik beradik saya yang lain, saya dapat mengatasi masalah itu..Saya medah mengikut kata orang lain.Jadi saya tidak punya kata sendiri hingga apabila orang tidak mahu berkawan dengan saya , saya sangat sedih.Tetapi apa yang saya silap adalah , saya lupa bahawa Allah sangat dekat berbanding teman-teman saya dan kini , biarpun kawan-kawan saya menjauhi saya , saya tahu Allah sangat dekat pada saya.Teman-teman , doakan PMR saya ya"
anak kelapan "Nama saya Syahirah Mawaddah binti Zahari , dilahirkan pada 1 November 2000.Saya merupakan anak yang paling bongsu.jadi saya yang paling manja dengan abi dan ummi.Kebanyakan adik-beradik saya berpendapat bahawa apa sahaja yang saya nak , saya akan dapat tetapi sebenarnya saya sangat kesunyian.Kalau dulu masa saya kecil-kecil dulu , semua abang dan kakak saya ada di rumah membesarkan saya.tetapi kini semua abang saya keluar belajar di sana dan sini.Yang tinggal di rumah ini cumalah saya , abi dan ummi sahaja.
Saya cukup gembira apabila kakak dan abang balik terutamanya bila mereka membelikan saya sesuatu seperti coklat ke, hadiah ke apa-apalah.Yang saya paling gembira sekali apabila mereka terus berada di rumah untuk selama-lamanya.Saya selau berkata kepada ummi "kan seronok kalau abang dan kakak ada di rumah" tetapi saya tahu suatu hari nanti saya juga akan keluar untuk belajar.Saya sebenarnya tak tahu lagi cita-cita saya, oleh kerana saya kuat membeli saya nak jadi cashier, tetapi semua ahli keluarga saya mentertawakan saya.Sekarangs aya perlu belajar bersungguh-sungguh kerana semua abang dan kakak saya berjaya.Jadi saya tak boleh kalah pada mereka.Doakan saya ya kawan-kawan"
seorang abang itu tergalas tanggungjawab terhadap adik-adiknya .Maka mereka semua adalah tanggungjawab penulis.Kini semuanya sudah mula meningkat besar dan masing-masing sedang melalui proses kematangan.Bukan untuk menjadi abang yang mengongkong tetapi bukan mudah untuk menjaga diri sendiri apatah lagi menjaga orang lain.oleh itu , segeralah matang adik-adikku sepaya kalian tahu jerih -perih kehidupan di luar sana yang sedang sarat dibalut jahiliyah yang pekat ini.Moga Allah bersama kalian.
Sanah Helwa
ke 15 (kak su)
ke 10 (adik)
dah besar ye adik-adik abang saeed ni~
wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment