syukur dipanjatkan atas segala kurniaan yang telah Allah berikan.Biarpun cuma sedetik yang tinggal untuk melempiaskan segala kesyukuran, jka sejadah sahaja tempat yang ada, maka disitulah berlabuh seorang abdi menemui pencintanya.Pejam celik-pejam celik menjelang lagi Zulhijjah pada tahun ini.Zulhijjah tahun lalu masih segar dalam ingatan dengan pelbagai peristiwa yang berlaku.Semoga Zulhijjah kali ini membawa pengertian yang lebih besar untuk dihayati...
Zulhijjah , peluang beramal
ilmu baru yang dirolehi penulis lewat bulan mulia ini.Fadilat beramal soleh dan berpuasa di awal 10 hari di bulan zulhijjah benar-benar menginsafkan.Hingga hari ke 5 baru tahu akan perkara ini.Patutlah orang di sana dan sini berkata tentang puasa dan sebagainya.Rupa-rupanya ada hikmah yang terselindung.Alhamdulillah di sana dan sini di mesir ini orang menjagar tentang kebaikan.Imam-Imam di masjid sering memberikan ceramah , meskipun tidak begitu faham , namun peringatan ini menjadi ubat buat hati-hati yang sakit.
Sabda Rasulullah "dan tiadalah suatu hari di mana Amal soleh itu disukai oleh Allah Azza Wajalla kecuali pada hari-hari ini (10 hari pertama Zulhijjah), Bertanya para sahabat 'sehingga melebihi Jihad? " Berkata Rasulullah "Ya melebihi Jihad kecuali orang yang keluar berjihad sehingga dia tidak pulang lagi (syahid) "
cuti kembali lagi
kemeriahan Eidul Adha di sini memang tidak boleh digambarkan.Meskipun penulis tidak pernah sebenarnya menyertai mana-mana aktiviti melapah kecuali memotong daging dan membuang sisa-sisa sembelihan sahaja , namun melihat orang ramai di sana-sini gembira membuat korban dan sembelihan membuatkan hati jatuh cinta pada suasana di sini.tambah-tambahan pula musim berkah ini orang mula menjadi pemurah.Pergi beli asir 'asab (jus tebu) satu bungkus dapat asir 'asab free satu gelas.Alahdmulillah, nak tawar -menawar barang pun lebih senang. nge3
datang eidul Adha , maksudnya menjelanglah cuti.Meskipun seminggu namun itupun sudah alhamdulillah.InsyaAllah target untuk cover balik kuliah yang tertinggal dan mengesali kesilapan eid yang lalu yang tidak berjaya memenuhi target untuk buka buku dan sebagainya. Pergi berjalan-jalan? .... mungkin kali ini lebih banyak duduk di rumah atau sudah penuh jadual sebenarnya dari hari pertama cuti hinggalah insyaAllah ke hari akhir.ramai adik-adik tahun satu yang bertanya "pergi alex ke, pergi sana ke , pergi situ ke?" semuanya merisik untuk ikut berjalan ... 'sorilah korang semua ya...'
si cemerlang yang dirindui
alhamdulillah , rekod 5 A masih tergenggam kukuh lagi.Seorang lagi adik penulis berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini.Alhamdulillah doa Allah makbulkan. Teringat lagi sewaktu penulis pulang ke Malaysia dulu, biarpun tidak sempat untuk terus stay sehingga dia menduduki peperiksaan tersebut namun kenangan bersamnya sebelum UPSR masih segar dalam ingatan. "Awak ni nak dapat 5A ke tak nak?" marah penulis suatu ketika dulu melihat dia tidak belajar dan suka menonton TV sahaja. "Nanti kita buatlah kerja tu" balasnya acuh tak acuh.
"sket-sket semua orang marah kita.Semua benda kita buat salah.Padahal kat sekolah bukannye kita tak belajar" adunya suatu ketika.itulah tekanan orang yang menduduki peperiksaan (alhamdulillah di sini tak merasai tekanan sebegitu).Bila difikirkan balik , mungkin penulislah yang paling pesimis sekali terhadapnya. Selalu marah-marah tetapi dia terus sabar dan sabar dan akhirnya Allah mengurniakan kejayaan terhadap usahanya dan kesabarannya.tahniah Salma Syakirah binti Zahari - tahun depan dah masuk asrama ...lala
berkorban dan terkorban
tahun ini masih belum mampu untuk mengadakan korban.Sekadar merasa daging orang lain yang mengadakan korban sahaja.itulah hobi kegemaran tiap kali musim korban datang.Namun bila berbicara tentang korban bukan itu sahaja yang perlu dititikberatkan bahkan setiap aspek kehidupan kita perlu diutamakan terutamnya berkorban untuk membentuk peribadi yang lebih baik dan soleh.
berkorban, senang diucapkan tetapi tidak semua orang mampu menterjemahkan perkataan itu dalam bentuk ucapan.Di sini disertakan dua buah pautan yang serasanya sesuai untuk kita ambil manfaat bersama.Duit yang ada untuk digunakan bukan untuk disimpan.Itulah suatu kenyataan yang penulis belajar daripada Dr Tengku dari universiti kaherah tahun lepas.Rindunya pada dr tersebut.Ingat lagi ke tidak pada penulis ni ya.insyaAllah.
19 year old guy
moderately looking person
friendly and moderate
nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment