Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Kita cuai?

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.bt.


CUAI DALAM AMALAN HARIAN (TAFRITH)

Tahap prestasi amalan kita banyak bergantung kepada tahap keimanan kita. Iman adalah perkara paling asas dalam diri orang yang beriman. Apabila imannya bertambah maka amalannya juga akan bertambah dan sebaliknya. Jika dikatakan amalan itu adalah pokok maka imanlah akarnya. Namun kadang kala timbul persoalan seseorang sangat banyak dalam melakukan amalan tapi dia tidak pernah merasai kenikmatan dalam beribadat. Ibadat itu tidak meresap dalam jiwanya, tidak mempengaruhi kehidupannya dan tidak mengubah hatinya. Perkara sebegini berlaku kerana berlaku kecuaian dalam melaksanakan ibadah itu sendiri sehinggakan hati itu terdedah kepada maksiat. SAbda Nabi : Kebajikan itu berperilaku baik sedangkan dosa itu membuat dirimu tidak tenteram dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya.

Definisi Tafrit

Melalaikan dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab berubudiah kepada Allah yang selazimnya wajib diwaspadai dan dijaga oleh setiap individu muslim sehinggakan dia terlepas waktu daripada mengerjakannya.
 

Punca-punca Tafrit

1. Bergelumang dalam maksiat

“ Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu sesungguhnya disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar kesalahanmu…” (Asy-Syura : 30)

Abu Sulaiman addarani : Dosa itu membuatkan seseorang itu luput dari solat jamaah

2. Berlebihan dalam perkara mubah (Harus)

Perkara harus seperti makan, minum, mekap, pakaian, hubungan seks , kenderaan dan lain-lain yang akan melahirkan perasaan malas untuk beribadat. Kata Imam Ghazali : ada seorang ulamak berpesan kepada anak muridnya “ Jangan banyak makan, jangan banyak minum dan jangan banyak tidur kerana ia akan menyebabkan kamu sangat penat ketika kamu mati.”

3. Tidak menghargai nikmat dan tidak tahu cara membalasnya

Cara membalas nikmat ialah dengan mentaati perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. Firman Allah “ Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya..” (Ibrahim: 34)

4. Tidak mendapat gambaran yang jelas tentang ganjaran pahala daripada Allah S.W.T

Memperoleh kenikmatan syurga yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah didengari telinga dan tidak terlintas dalam fikiran dan kemuncaknya bertemu langsung dengan Allah s.w.t

Kata Ibnu Jauzi : siapa yang telah dapat melihat sinar pahala nescaya tugas yang berat menjadi ringan.

5. Lupa mati dan malapetaka selepasnya.

Firman Allah : “ Kami tidak jadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal di dunia maka kalau engkau wafat (wahai Muhammad) adakah mereka akan hidup selamanya..” (Anbiya : 34)

“ Setiap jiwa pasti akan merasai kematian..” (Ali Imran : 185)

6. Menganggap diri sempurna

Merupakan penyakit hati yang cukup merbahaya. Amalan kita bukanlah jaminan selamat dari azab Allah dan kita dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah.  Sabda Nabi’ “ Orang yang cerdik ialah mereka mampu menundukkan hawa nafsunya dan bekerja bersungguh-sungguh untuk kehidupan selepas matinya, dan orang yang bodoh ialah mereka yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan agar Allah memasukkannya ke dalam syurga.. (Riwayat Tirmizi dan ibnu Majah)

7. Terlalu banyak tugas dan tanggungjawab

Bebanan tugas sama ada dalam pelajaran, persatuan dan pimpinan ia bukanlah alasan untuk meninggalkan kewajipan harian. Firman Allah “ Dan orang-orang yang menerima petunjuk Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk serta memberi mereka dorongan bertakwa” (Muhammad:17)

8. Suka menangguhkan kerja

Kerja yang bertangguh akan menyebabkan kerja itu bertimbun dan akhirnya akan menganggu amalan harian. Kata Saidina Umar al- Khattab : “Orang yang kuat bekerja ialah mereka yang tidak menangguhkan kerja pada hari ini untuk hari esok”

9. Menjadikan orang Tafrith sebagai teladan.

Apabila melihat tokoh tidak melaksanakan sesuatu tuntutan maka menjadikan ia sebagai alasan untuk meninggalkan amalan tersebut sedangkan ia adalah tuntutan dari Allah

 

AKIBAT-AKIBAT TAFRITH

1. Kegelisahan hati dan keresahan jiwa

“ Dan sesiapa yang berpaling dari peringatanku adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan yang buta” (Taha : 124)

2. Futur (malas dan tidak bersemangat)

Tidak bersemangat dan tiada kesungguhan untuk melaksanakan amal islami

 3. Berani melakukan maksiat

Sesungguhnya ketaatan kepada Allah adalah perisai dari melakukan maksiat. Firman Allah, “Bacalah kitab (Al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingat Allah (salat) itu lebih besar keutamaannya dari ibadah yang lain. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut : 45)

4. Lemah fizikal

5. Menyekat bantuan dan pertolongan Allah.

Orang yang berdosa tidak akan mendapat pertolongan dari Allah.

6. Hilang kewibawaan dan pengaruh

Orang yang tiada kedudukan di sisi Allah tidak akan dihargai oleh manusia

7. Tidak mampu bertahan dalam menghadapi ujian.

 

CARA-CARA MENGATASI

1. Kembali kepada Al-Quran dan sunnah

2. Menjauhi dosa besar dan dosa kecil

3. Tidak melampaui batas dalam perkara harus

4. Menghargai nikmat

5. Tawazun dalam menunaikan kewajipan

6. Bermujahadah menguasai diri supaya dapat kendalikan ledakan nafsu

7. Berwaspada kesan buruk akibat Tafrith

8. Berdoalah memohon pertolongan Allah

9. Hidup dalam berjamaah, bersama orang-orang yang soleh.

Sabda Nabi “Apakah mahu aku tunjukkan idola kamu? Sahabat menjawab “Tentu ya Rasullullah”. Nabi menjawab , “ Idolamu ialah apabila kamu melihatnya maka kamu akan ingat Allah azza wajalla…” (HR Ibnu Majah)

10. Memahami hakikat dunia tempat bercucuk tanam dan akhirat tempat menuainya

11. Mengenali dan menghayati sirah perjalanan hidup Nabi, para sahabat dan salafussoleh

12. Sentiasa mengingati dosa-dosa yang lalu sebagai peringatan kepada diri

13. Sentiasa ingat kematian itu sangat dekat dan tidak diketahui masanya.

 

Tafrith adalah musibah di dunia dan akhirah. Kerana ia akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat melaksanakan amalannya dalam keadaan yang sempurna. Maka amalan yang sepatutnya memelihara dan membentuk dirinya itu tidak mendatangkan kesan kepada hatinya. Sedikit perkongsian dari sahabat yang dikasihi. Diambil dari kitab “ Halangan di jalan dakwah” penulisan dari Dr Muhammad Nuh. Untuk penerangan yang lebih lanjut boleh rujuk kitab ini. Ini adalah permasalahan yang banyak dihadapi oleh masyarakat islam kini. Moga-mga ia bermanfaat dan diamalkan dalam kehidupan harian.

Sebaran : Karim Naji Awwali
Seleggaraan: Afham Arif

nak ke mana ?

bismillahirrahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

apabila tirai tahun lalu berlabuh dan mentari tahun baru menjelma, adakah kita merasakan ia merupakan satu fenomena alamiah dan putaran biasa yang berlaku atau kita mengambil sesuatu daripada setiap detik saat yang berlalu pergi itu ?

having a sick longing towards these beautiful ladies of mine 
sampai termimpi-mimpikan mereka 

ketika quiz general pharmacology yang diadakan lewat isnin minggu lalu, penulis tercongak-congak jawapan untuk semua 20 soalan yang diberikan. Meskipun tidak mampu untuk menjawab semua soalan dengan betul dan ada beberapa jawapan penulis salah, namun bukan itu yang meberat di fikiran. Kata-kata terkahir profesor pharmacology itulah yang menyebabkan penulis terpaksa memaniskan muka setiap kali teman-teman lain bertanyakan jawapan untuk soalan-soalan tadi

'you are already a big boy. maybe 20 or older than that. You can think about what good and not for yourself. An examination is just about marks. Even it is included in the final marks, what truly matter is how you in front of Allah. The final examination in the mashyar. Just think about your attendance everyday in the lecture. So disappointing. Remember, we try to give the best for everyone of you. But only you decide whether you get the best or not.' - professor hammouda

tatkala mendengar keluhan tersebut, penulis jadi berantakan. Sudah tidak kisah pada teman lain sebenarnya ketika itu. Lebih menumpukan kepada diri sendiri. Apakah penulis tergolong dalam keluhan sinis tersebut atau tidak ?

Pintu yang luas terbuka 

kadang-kadang kita tidak nampak apa yang sudah terbentang di depan mata. Peluang untuk membaiki diri yang Allah campak pada kita ada di mana-mana bahkan itulah ruang yang paling besar dikurniakan kepada kita. Setiap saat yang dikurniakan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan diri sendiri terutamanya keimanan dan ketaqwaan kepada kita. Jika urusan kehadiran ke kelas pun tidak mampu untuk dilunasi, bagaimana pula denga masuliyyah lain yang lebih besar dan berat?

'dan bersegerelah kamu kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa' - ali-imran, 133


peluang untuk mendapat rahmat dan keampunan itu bukan hanya dikongkong pada tikar sejadah dan binaan masjid sahaja bahkan ditepi jalan pun kita mampu mendapatkannya. Berlari mengejar bas untuk sampai awal ke kuliah, mengaji sementara menunggu bas tiba dan mengulang kaji ketika menunggu di mahattah juga adalah indikator iltizam kita terhadap tugasan yang diberikan . Jika tidak mampu untuk melakukan apa yang disenaraikan, maka iltizamlah dengan berzikir ketika ke kuliah, itulah harta yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang.

bersedia untuk peperiksaan terbesar

kali pertama mendengar istilah 'Sijil Padang Mahsyar' ketika penulis berada di tingkatan empat dahulu, membuatkan penulis terdiam. Apakah terlalu besar nilai Sijil pelajaran Malaysia jika dibandingkan dengan ujian untuk lulus kemasukan ke syurga.

Sebenarnya bukan sahaja SPM itu yang besar, bahkan PMR, UPSR dan semua peperiksaan yang kita lalui di  dunia ini adalah besar apabila kita melakukannya tidak lain tidak bukan kerana mengharapkan redha Allah. Jika kita jelas matlamat menuju Padang Mahsyar yang disebutkan tadi, maka tidak akan berlaku istilah 'exam membosankan', belajar ketika exam sahaja atau apa-apa sahaja yang menunjukkan pemisahan antara kehidupan dan kematian kita.

mungkin bukan kita untuk terlalu tergesa-gesa dalam membuat perhitungan tentang alam akan datang, namun bukankah tanggungjawab kita untuk bersedia. Kata Imam Al-Ghazali, benda yang paling dekat dengan kita adalah kematian, maka bersedia untuk menghadapai kematian adalah perkara yang paling bijaksana untuk dilaksanakan. Antara cara-cara menghilangkan karat-karat jahiliyyah adalah dengan melazimi Al-Quran dan mengingat kematian. Orang yang mumtaz kehidupannya adalah yang berusaha menghiasi kematiannya dengan husnul khatimah.


Tahun baru, tanggungjawab baru 


 era 1432 H sudah berlalu , tatkala melihat status YM , Setiausaha Agung PERUBATAN yang berbunyi '1433 H' mendetik rasa syahdu di dalam hati. Semakin dewasa rupanya kita semua dan semakin bertambah hayat kita di dunia khususnya di bumi mesir ini. Yang paling penting, Allah masih memberikan kita peluang untuk menikmati udara tahun baru ini.

apakah yang harus kita lakukan apabila sudah tergolong dalam kelompok manusia tahun baru ? memperbaharui azam? membina cita-cita? Melengkapkan azam tahun lalu yang belum tercapai ? Lakukanlah apa sahaja yang dirasakan betul. Namun apa yang ingin penulis ingatkan adalah , hayatilah kata-kata Syeikh Mustafa Masyhur yang berbunyi 'Perbaikilah diri kamu dan Serulah yang lain'. Andai kita ingin berjaya dan cemerlang, maka ingatlah kepada teman-teman kita yang lain juga.

Andai kematian sudah menjelma, dan kubur serta batu nisan kita semua berbeza, maka ketahuilah kita akan dikumpulkan di Padang mahsyar yang sama dan setiap amal perbuatan kita akan dinilai tanpa satu pun dibiarkan begitu sahaja. Andai hak orang lain belum dilunasi, maka jawablah sendiri dihadapan Ilahi.

ingat lagi pada manifesto Mantan Timbalan Presiden 2 PERUBATAN 20110/2011 "with knowledge comes responsibilities' ?

hidup, semakin indah atau tidak ?


andai soalan itu diajukan kepada penulis, jawapannya adalah RAHSIA !!!!! namun andai ditanya mengenai segala nikmat yang allah berikan dalam kehidupan , maka sudah pasti jawapannya YA!!!!!

tahun 3 semakin menakutkan 
namun janji tuhan sentiasa mendamaikan 
mata pelajaran semakin berat 
namun dengan zikrullah menjadi kuat 
suasana di mesir semakin tegang 
namun dengan muraqabatullah bertukar tenang 

apakah resepi sentiasa tersenyum riang 
jadikanlah ia ibadah yang paling senang 
sudah pasti insan lain ramai yang tertawan 
bukan kerana wajah yang rupawan 
namun akhlak islamiyah yang menyenangkan 

hidup indah jika beribadah 
maka lazimilah ia agar menjadi malakah 
hingga selamat tiba ke gerbang al-jannah 

currently following kursus bekam by HPA

wallahua'lam 

Demi Cinta Suci

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

Alangkah beruntungnya sesuatu kaum yang sangat ikhlas. Apabila manusia dalam keadaan yang selesa, dia tidak dikenali bahkan tidak pernah diperhati. Namun di kala semua orang memerlukan bantuan, dia tampil memberi pertolongan.

Mahukah menjadi manusia yang mengharapkan redha Allah ?

soalan pertama yang perlu ditanya kepada kita, untuk apa hidup , berjalan kaki di atas bumi ini selagi nyawa dan badan bercantum sekali ?

jawapan penulis : Mencari Redha Allah
sangat familiar dengan ucapan ini 'Life is searching for Mardhotillah, Seek HIM as HE sees you'

siapa tahu perbezaan antara hadaf dan Ghayah? Jika belajar bahasa arab, mesti akan jawab keduanya membawa maksud yang serupa. Namun dari segi istilah dan penggunaannya bagaimana ?

hadaf : sasaran yang bergerak dan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan
ghayah : tetap dan tetap dari mula sehingga akhirnya

macam kita adalah pelajar jurusan bahasa arab pula ya, ini sekadar perkongsian bahasa untuk mereka yang suka kepada 'language stuff' like i do. :D

kembali kepada topik , hidup adalah perjalanan yang panjang. Apatah lagi jika dihitung dengan pada setiap minit dan waktu yang bergerak. pasti lebih lama dan panjang masanya. apakah itu yang penting untuk difikirkan dalam hidup ini, berapa lama masa yang akan kita habiskan dalam layar lakonan yang Allah kurniakan kepada kita ?

hatta Rabiatul Adawiyah sanggup masuk ke neraka andai itulah harga meraih redha Allah , apakah syurga menjadi mahar kita menawannya ? 

Hidupnya adalah untuk berdakwah 


tidak semua kita mampu untuk berdiri di hadapan orang ramai dan bercakap itu dan ini dengan fasih dan sempurna. Namun tidak dihadkan dakwah itu dengan hanya menghamburkan kata-kata tetapi dengan melaksanakan segaa tuntutan Ilahi melalui amal yang baik dan tingkah yang menyenangkan juga adalah dakwah andai kita meletakkan niat itu dihadapan segala-galanya. Susah untuk meletakkan dakwah di dalam hidup kita ?

Lebih mementingkan mauqif daripada mauqi'nya 


mauqif : hubungan kita dengan Allah (HDA) - lebih dekat dan familiar
mauqi' : hubungan kita dengan manusia yang lain

perkara ini mungkin seringkali dibicarakan oleh penulis-penulis yang lain dalam blog yang lain, sekadar mengulang tayang bacaan umum . Tidak meletakkan cinta manusia dihadapan cinta kepada tuhan. Kata-kata yang pernah dikongsikan sewaktu program post-SPM , 'jika kita mengejar cinta insani, kita menjauhi cinta Ilahi. Jika kita mengejar cinta Ilahi, kita akan dikejar cinta Ilahi'

'kita kita mencari redha manusia di celah kemurkaan allah, Allah akan menyerahkan urusan kita kepada manusia. Jika kita mencari redha Allah di celah kemurkaan manusia, cukuplah Allah menyusun segal-galanya'

Tidak menyibukkan diri dengan pemikiran tentang hasil dari amalan kita


bukan mengejar natijah tetapi mengejar mardhotillah. Siapa kita untuk mempersoalkan hasil ibadah dan amalan kita. yang sepatutnya kita persoalkan adalah , sudah banyak amalan yang kita lakukan? sudah cukup taraf ikhlas dalam amalan-amalan kita? bukan membayangkan pahala yang melimpah ruah seimpal dengan setiap amal kebajikan, bukan membayangkan pandangan ornag terhadap kita.

even Saidina Khalid Al-walid tidak mempersoalkan kenapa dia diturunkan daripada panglima perang kepada tentera biasa, siapa kita yang bukan tentera di medan perang ini untuk memperkatakan itu dan ini.

do the deeds and let's Allah's doing do everything

Merasai Pertolongan Allah setiap masa 


ketika senang merasa Allah ada, ketika sukar merasa Allah menjaga kita, ketika gembira merasa Allah menjadi penyebabnya, ketika duka merasa Allah sentiasa menghibur hamba-hambanya. Bukankah yang memberika kemenangan itu adalah Allah, mengapa harus disandarkan kebergantungan itu kepada orang lain ?

Allah itu kuat, megah dan menang. Mohonlah semuanya daripada Allah
buka sirah Ashabul Ukhdud dan perhatikan pertolongan Allah buat hamba-hambanya yang yakin dan percaya.

Tidak berputus asa apabila ditimpa mihan dan tidak lalai apabila dikurnia anugerah 


harta dikurnia di tangan bukan di hati
barulah tenaga digembeleng untuk ilahi
harta warisan bukan penyeri di depan mata
tetapi bekalan berjuang di jalanNya
jika terjatuh di pertengahan
bangkitlah segera menggapai pertolongan
jika manusia semuanya tidak mahu melayan
percayalah tuhan tidak pernah meninggalkan

jika di dunia alpa dengan tahta dan harta
apatah ada tempat kita di syurga ?

sempat lagi bermadah puisi di tengah keseriusan kecil ini

Konklusi : Demi Cinta Suci 



 nak tutup entry dengan ayat yang berbunga-bunga tidak begitu tajam pena ini untuk berbicara. Namun renungi ayat di bawah agar tersiram jiwa yang kelayuan dek dunia yang mengasyikkan untuk bangkit menggapai keredhaan tuhan .

' Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama masuk islam di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik , Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka itu kekal di dalam selamanya. Itulah kemenangan yang besar.' - Surah At-Taubah, 100

wallahua'lam


NB
-kelesuan terubat dengan celoteh sahabat-sahabat yang mendamaikan , syukran kepada Afdholul Rahman bin Che Ani dan Ahmad Ridhwan bin Muhd Zain yang telah menghidupkan petangku yang agak kelabu tadi
-pride and prejudice - filem inggeris yang sangat mengesankan , terutamanya bagi sesiapa yang ingin belajar bercakap bahasa inggeris dengan sebutan yang dahsyat - currently addicted to it.

Mengantuk

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

azam dalam hati tahun ini adalah tidak mahu tersengguk di dalam kelas walau sekalipun. kalau tahun satu dulu banyak kali juga tersengguk dalam kelas dan tahun lepas adalah tiga empat kali sahaja tetapi tahun ini mahu rekod bersih, konsentrasi sepenuhnya pada pelajaran dan pengajaran profesor yang mengajar di depan.


antara method tidak mahu mengantuk dalam kelas

1- membesarkan kelopak mata tetapi bergilir-gilir melihat benda dekat dan jauh untuk mengelakkan keletihan
2- menyediakan air masak sentiasa di sisi dan terus minum jika mengantuk
3- sentiasa berzikir dan ingat bahawa setiap masa kuliah itu adalah amanah dan Allah maha melihat
4- perbaharui wudhuk jika sudah terbatal
5- tidak statik dan perbanyakkan pergerakan yang tidak keterlaluan
6- menjadi pelajar aktif yang banyak bertanya dan melontarkan jawapan jika ditanya oleh profesor
7- banyak lagi sebenarnya
8- jika nakal sikit - makan makanan yang best dan lazat tanpa disedari oleh profesor atau tidur dengan mata terbuka.

alhamdulillah, meski di rumah jadual tidur dan bangun masih perlu pada disiplin tetapi tidak pernah lagi mengantuk di kuliah (mungkin pernah tetapi dikecualikan kerana baru balik daripada membuat visa di gawazat). Tahun ini, rasa kelakar tetap ada tatkala melihat kawan-kawan lain yang tiba-tiba dikejutkan oleh profesor ketika sedang mengajar. Perasaan malu memang tetap sinonim apabila suda dikejutkan .. hihi

tetapi bagaimana pula dengan iman kita ? adakah iman kita sentiasa sedar sepanjang hayat kita ataupun turut sama mengalami sindrom mengantuk seperti fizikal kita?

Iman yang dinamik akan melalui proses bangkit daripada kelesuan yang membelenggu hidup apabila diceritakan kepadanya ayat-ayat Allah. teringat satu tweet yang dikongsikan oleh (entah tak ingat) yang berbunyi 'Ustaz kata kalau hati yang tak terasa apa-apa bila dibacakan ayat al-quran adalah hati yang mati'. Adakah kita terasa kebesaran Allah disebalik setiap ayat Al-Quran yang dilantunkan mulut kita setiap hari. Jika terasa, Alhamdulillah. Jika tidak .. sila muhasabah - especially you Saza s

Variasi kebangkitan tidak hanya diukur pada kebolehan seseorang untuk berjaga tanpa tidur. Bahkan sudah menjadi sunnatullah untuk kita tidur. Hanya allah sahaja yang tidak tidur. Bertepatan dengan firmanNya yang berbunyi "Allah tiada tuhan yang berhak disembah melainkanNya yang Maha Hidup Kekal lagi terus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur..." .

Pokoknya, fenomena mengantuk ini memang terjadi pada semua orang dan mungkin telah banyak dibahaskan sama ada dalam dunia eceran sains mahupun blog-blog lain. Physiology tahun 2 dulu ada juga belajar tetapi nantilah penulis kongsikan. Dah mengantuk sekarang. Sebelum kita semua dijemput ke alam separa sedar, apa kata baca petikan kata-kata dibawah ini.

'Syaitan akan membelenggu tengkuk salah seorang di antara kamu bila kamu tidur sebanyak 3 ikatan. Setiap ikatan akan dilaungkan 'keatas kamu masa yang panjang!'. Jika terjaga dari tidur dan berdoa 'Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku setelah dimatikan aku dan kepadaNyalah kami kembali' maka terputuslah satu ikatan. Jika dia berwudhuk setelah itu, terputuslah lagi satu ikatan dan jika dia bersolat maka terputuslah ikatan yang terakhir dan dia akan meneruskan kehidupannya dengan cerdas'

cuba bayangkan kalau kita tidak pernah baca doa bangun tidur dari dulu.... agaknya berapa banyak ikatan yang masih ada pada tubuh kita ya ?

saza s
mumtaz cosmopolitan

aina anta fi sauti Palestin ?


CC: 1 recipient
Show Details

Message bodyمن هنا نبدأ وفي الاقصى نلتقي

From Here We Begin, Till Al-Aqsa We’ll Meet!!
 “Sungguh Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan syurga, mereka berperang di jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh itu adalah janji yang haq dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al Quran, lalu siapakah yang lebih menepati janjinya selain dari pada Allah?” (QS At Tawbah : 111)
 “Orang-orang Yahudi akan memerangi kamu dan KAMU AKAN MENGALAHKAN MEREKA sehingga salah seorang di antara mereka bersembunyi di sebalik batu, maka batu itu berkata: “Hai hamba Allah, ini Yahudi berada di belakangku, maka bunuhlah ia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
PALESTIN…bumi para Anbiya. Bumi Isra’ dan Mi’raj.  Al-Aqsa, qiblat pertama umat Islam! Disepakati para ulama, ia mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Aqidah umat Islam. Untuk itu, IA WAJIB  UNTUK DIPERTAHANKAN!!
 Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) SEBAGAIMANA IA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI.”
Umat Islam itu bersaudara. Jika saudara kita di Palestin dibunuh, disiksa, dihalau, dipenjara, dihina dan wanitanya dirogol tanpa belas kasihan, kita turut merasai penderitaan mereka. Mereka sentiasa memanggil, melaungkan pertolongan dari kaum Muslimin, namun siapa yang benar-benar menyahut panggilan itu? Adakah kita akan terus berdiam diri dengan mengatakan “Palestin bukan negara kita, maka hukum mempertahankan tanah air tidak jatuh atas kita”? Bayangkan jika kelak negara kita yang diserang Kuffaar, maka ketika kita merayu meminta bantuan, mereka pula akan mengatakan perkara yang sama. Apakah perasaan kita saat itu? Allahu A3lam.
                                                                      
 Kini sudah hampir 100 tahun sejak “Deklarasi Balfour” 1917 dilancarkan oleh kerajaan British setelah penguasaan mereka atas bumi Palestin daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah. Deklarasi berat sebelah yang menyokong pendudukan Yahudi atas bumi Palestin itu ternyata menjadi bukti jelas betapa Umat Islam sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh Kuffaar. Deklarasi Balfour, dokumen yang memberi pengakuan dan legitimasi bagi bangsa Yahudi atas tanah Palestina, sebetulnya merupakan, meminjam istilah Robert John, ’the most extraordinary document produced by any government in world history.’ Dokumen itu merupakan janji dari bangsa pertama (Inggeris) kepada bangsa kedua (Yahudi) untuk memberikan negeri bangsa ketiga (Palestin), sementara pada saat itu ia masih merupakan bahagian dari kesultanan bangsa keempat (Turki). Deklarasi itu dikeluarkan bukan hanya satu tahun sebelum Perang Dunia I (1914-1918) berakhir, tetapi juga lima minggu sebelum pasukan Inggeris menduduki Jerusalem pada tanggal 9 Disember 1917.
 Pada tahun 1940-an, British telah melancarkan polisi pro-Palestin yang telah menyebabkan Zionis melancarkan serangan terhadap pegawai british. Akhirnya, Kerajaan British menyerahkan urusan Palestin-Israel kepada PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).
 Pada 29 November 1947, PBB mengeluarkan “Ketetapan 181” yang membahagikan Palestin 43% manakala Israel 67%. Asalnya, Arab-Palestin menduduki 92% daripada bumi Palestin. Sekali lagi, ketidak-adilan berlaku! PBB yang ingin menunjukkan simpati mereka terhadap Yahudi dalam kejadian “Holocaust” telah menetapkan bahawa Negara Palestin yang harus membayarnya! Pelik bukan? Holocaust adalah peristiwa pembersihan etnik yang ‘didakwa’ menyebabkan kematian hampir 6 juta orang Yahudi Eropah oleh Nazi Jerman yang dikepalai Adolf Hitler. Palestin tiada kaitan sedikit pun dengan peristiwa tersebut.
 Tahun 1948, menyaksikan kemuncak kekejaman Yahudi Zionis. 200 perkambungan diceroboh! Antaranya Desa Deir Yassin. Pada malam 9hb April 1948, penduduk desa Deir Yassin dikejutkan dengan perintah yang keluar dari corong-corong pembesar suara supaya mereka mengosongkan kampong mereka. Sebelum mereka mengetahui dan memahami apa yang berlaku, mereka telah dibunuh terlebih dahulu oleh kumpulan pengganas Yahudi Zionis dari kumpulan Stern, Irgun dan Haganah. 
Pegawai-pegawai daripada Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan PBB yang datang ke tempat kejadian menyaksikan bagaimana rumah-rumah penduduk Deir Yassin telah dibakar, manakala yang cuba melarikan diri dari api yang menyala telah ditembak bertalu-talu. Dalam serangan ini, wanita-wanita yang hamil telah dirobek perutnya dengan pisau  hidup-hidup. Selama dua hari peristiwa ini berlaku, 52 orang kanak-kanak telah disiksa lalu dibunuh di hadapan ibu mereka dan kepala-kepala mereka dipenggal selepas itu. Lebih daripada 60 orang wanita telah dibunuh dan anggota-anggota badan mereka telah dikerat-kerat.
Tidak puas dengan pembunuhan tersebut, pihak teroris Zionis ini telah mengumpulkan semua wanita dan remaja perempuan yang masih hidup di desa Deir Yassin, menanggalkan seluruh pakaian mereka lalu membaringkan mereka di atas kenderaan secara terbuka. Para teroris ini telah membawa mereka ke sekeliling kawasan perumahan yahudi di wilayah Baitul Maqdis di dalam keadaan tanpa seurat benang sebelum mereka semua dibunuh dengan muntahan peluru-peluru yang kejam.
                                                                              

15 Mei 1948…Negara HARAM Israel didirikan atas tanah suci Palestin!! 78% tanah Palestin telah diceroboh. Semenanjung Gaza diletakkan di bawah autoriti kerajaan Mesir, manakala Tebing Barat di bawah autoriti Jordan.

1967: Israel menceroboh Semenanjung Gaza dan Tebing Barat!
Zaman ini adalah zaman JIHAD. Maka beruntunglah orang-orang yang menyertai caravans of mujahideen. Mereka tidak gentar, mereka amat rindukan mati syahid di jalan Allah.
“Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup. di sisi Tuhannya mendapat rezeki” (3:169).
Apakah sumbangan kita terhadap para mujahideen yang berfungsi sebagai “frontliners” dalam mempertahankan agama Allah Azza Wa Jall?
Mulakanlah dari diri kita sendiri! Didiklah peribadi dengan ilmu Tauhid, Syariat, Fiqh, Akhlaq dan sebagainya. Dalami ajaran Al-Quran dan Hadis. Didiklah jiwa dengan kecintaan terhadap Allah dan RasuluAllah melebihi segalanya. Hiasilah diri dengan pakaian taqwa dalam setiap gerak langkah. Sentiasalah mohon petunjuk daripada Allah, Al-‘Alimun Hakim. Asuhlah diri menghadapi kepayahan,kejerihan dan kesusahan agar memahami derita saudara se-Islam kita. Ingat, saat ini panggilan jihad fisabileeAllah datang dari segenap penjuru tanah2 Islam. Di Palestin, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Somalia, Yemen, Selatan Thailand, Libya, Syria, dan Indonesia…..Ummah telah bangkit menyahut seruan itu. Bagaimana kita? Masih lali dengan hiburan kosong, muzik, perempuan, rokok, dadah, arak, dan perkara-perkara aturan kuffaar?
Bangkitlah wahai syabab-ul-ummah!! Lontarkan pakaian barat kalian! Mulakanlah dengan menanam  rasa ‘izzah dengan Islam, agama yang tertinggi. Tiada yang lebih tinggi darinya. Binalah kekuatan dari dalam diri kalian. Jangan lembik! Ummah sudah kesuntukan masa. Tentera Salib telah lama membuat persediaan…Jangan terperanjat jika mereka mula mengatur langkah, menjajah setiap inci bumi umat Islam. Kembalikanlah semangat Mu’tasim Billah, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayyubi, Khalid Al-Walid, Syed Qutb, Hasan Al-Banna, Abdullah Azzam, Abu Mus’ab Al-Zarqawi, Khalid Yassin, Abdul Aziz Rantisi, Yahya Ayyash, Usamah bin Laden dan para syuhada yang lainnya. Kembalikan maruah Islam yang telah sekian lama dirobek. “Isy Kariman Au Mawt  Syahidan!!”
RUJUKAN
1. Al-Quran
2. Buku “Palestin meniti Rentetan Sejarah” karya Dr ZainurRashid Zainuddin dan Dr Mohamad Hussaini Razali; cetakan Taawun Medi Resources
3. www.zainurrashid.com
4. The Zionist Story-an independent film by Ronan Berelovich
6. Dokumentari “Occupation 101”


NB
- artikel dipetik daripada perkongsian group PERUBATAN MESIR sempena PROGRAM KUNTUM yang tidak dapat dihadiri penulis  


wallahua'lam

spirit itu

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

jadual untuk peperiksaan final sudah pun dikeluarkan , cuma ditarik balik untuk beberapa pembetulan. Segala macam program pun sudah ditangguh. PERUBATAN sendiri tawaquf program bermula hari ini. Alhamdulillah , kesedaran untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran masih ada dan tidak dilupakan. Semoga Allah terus melimpahkan inayah dan berkahnya kepada kita semua.


Alhamdulillah juga , result untuk midsem baru-baru ini sudah pun selamat dikeluarkan.Ternyata , usaha yang sekarang masih perlu ditambah dan diimprovisasikan dengan lebih giat lagi kerana tidak berjaya mncapai target.sekadar sipi-sipi lagi untuk mendapat keputusan cemerlang.tambah-tambah pula , ada seseorang berjaya melintas penulis. Belum rezeki lagi memegang tempat pertama dalam kelas , tak mengapalah.

sewaktu menyerahkan senarai topik untuk diulangkaji bagi subjek physiology minggu lalu , penulis terserempak dengan dua orang pelajar tahun 1 yang kebetulan ingin berjumpa dengan prof yang mengajar subjek physiology. Tetapi malangnya prof tersebut tiada dan penulis hanya menyampaikan melalui pembantu lab yang kebetulan ada di dalam balik itu. Ternampaklah kertas-kertas jawapan untuk physiology bagi tahun satu sedang di 'key ini' markah mereka.

penulis : ha, apa khabar? , buat apa kat sini?
1st year A : alhamdulillah , kitaorang nak tanya prof pasal marakah physio mid sem
1st year B : kitaorang tak dapat lagi , dah lama tunggu tau
penulis : ooo , ye ke , sebenarnya , markah korang baru 'key in' . tengok tuh (sambil tangan menunjuk kearah pembantu makmal sedang menulis dan mencatat sesuatu)
1st year B : haaa ... ye ke?
1st year A : lambat betul prof nih
penulis : alah biasalah , kami tahun lepas pun , physio mid sem paling lambat dapat tau. Kejap lagi dapatlah tuh
1st year A : nampaknya semangat nak belajar physio nih lambat lagi lah.
penulis : kenapa pulak?
1st year A : sebab result  tu tak dapat lagi , kalau dah dapat barulahs emangat sket nak study
penulis : (mengeleng-ngeleng sambil tersenyum)


insiden ini acapkali berlaku di depan mata penulis .Tambah-tambah lagi semenjak menjadi biro akademik kelas , perihal pelajaran , exam ,soalan , result pelbagai semua dirujuk kepada penulis. Sewaktu baru pulang selepas muzaharat dulu pun , ramai yang asyik sibuk nak tahu result . Bila kata tak keluar lagi , semuanya hampa dan tiada mood untuk study. tapi bila keluar , markah rendah , rasa down pula .pelik!!!

sebenarnya , result peperiksaan itu  menyumbang kepada sedikit sahaja dalam menaikkan semnagat kita terutamanya dalam kalangan mahasiswa perubatan. Keputusan bukanlah indikator mutlak kepada inspirasi dan aspirasi perjuangan kita . namun begitu , kita kena ingat bahawa masyarakat sekarang menilai keberhasilan sesuatu individu dan institusi berdasarkan pencapaian mereka. jadi benda ini perlu dipandang melalui kacamata yang positif dan seimbang.

kalau kita asyik nak tunggu orang lain atau benda-benda sampingan lain seperti kawan-kawan , masyarakat , suasana , keputusan peperiksaan , maka semangat yang melonjak itu hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja , kenapa? kerana hadaf kita berjuang di dalam medan kita ini tidak betul dan setiap yang bermula dengan tidak betul ini belum pasti akan melahirkan natijah yang betul.

sewaktu menghadiri HIMEGA tahun 2009 , seorang panel slot 'sharing moment' ada berkongsi , 4 faktor penaik semangat dalam kita berjuang dalam menuntut ilmu ini ataupun dalam kita melakukan apa sahaja . Kita kena ingat bahawa dalam penentuan amal ini , keikhlasan kita perlu dijaga dan wasilah yang diambil juga harus dipelihara , jika tidak , kita hanya menangguk di air keruh sahaja tanpa memperoleh apa-apa .

Faktor pertama adalah kerana suruhan Allah swt . Firman Allah dalam surah Al-mujadilah yang bermaksud "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat" . Jika kemuliaan itu Allah yang berikan , maka tiadalah apa yang kita inginkan. Kerana ilmu itu adalah mahar yang sangat berharga , maka bercita-citalah untuk mendapatkannya. Apatah lagi mahasiswa perubatan, harus amalkan resmi padi , makin bertambah ilmu pengetahuan , makin sujud di depan tuhan.

kedua adalah suruhan Rasulullah . Sabda baginda 'menuntut ilmu itu kewajipan bagi semua muslim dan muslimah' dan banyak lagi hadis-hadis nabi yang menyeru kita agar berlumba-lumba mencari ilmu. Jika kita mengaku ummat baginda , maka hidupkanlah sunnah baginda. laksanakanlah suruha baginda. tidak rugi mereka yang percaya bahkan beruntung di setiap masa. Bukankah nabi itu sebaik-baik manusia , tidak mahukah kita mengikuti nasihat daripada baginda?

ketiga adallah ibubapa kita. Merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita di dunia ini. merekalah seharusnya penaik semangat dalam kalangan manusia yang harus bertahta di hati kita. Bukan kekasih pujaan , bukan kawan-kawan , bukan teman sepermainan tetapi ayah dan bonda. Besar pahala mereka yang menunaikan kewajipan terhadap ayah ibu apatah lagi menggembirakan hati mereka dengan kejayaan dan berita gembira. pesan mereka agar belajar dan berusaha , harus menjadi azimat untuk terus berjaya. Bukankah redha allah terletak pada redha mereka?

yang terakhir adalah jihad itu sendiri . Jihad , itulah pakaian mukmin. Doa , itulah senjata kita , Tawakal itulah perisai kita.Kelengkapan yang utuh dan cukup untuk menentang musuh di medan perjuangan. Tidak perlu takut dan gentar. Jihad , tangga kemuliaan kita sebagai mukmin, jika kta tidak berasa megah dengan laluan yang tercipta hanya untuk kita , maka siapa lagi yang sanggup turun padang berjuang mati-matian. Ingatlah , sesungguhnya sebaik-baik jihad adalah jihad melawan hawa nafsu.

apa-apapun penulis tulis adalah untuk diri penulis terutamanya.Apalah nilai ilmu tanpa amal. Bahkan orang berilmu tanpa amal akan diseksa terlebih dahulu daripada orang yang menyembah berhala. Jadi marilah kita betulkan persepsi kita dan kita bina kembali semangat perjuangan biar terbina atas dasar yang kukuh dan bersih. Moga Allah bersama kita semua

salam imtihan dan perjuangan
wallahua'lam

selawat atasMU

bismillahirahmanirrahim
assalamualikum w.b.t.


Alhamdulilllah , Allah izinkan lagi penulis menghirup udara pada hari yang mulia ini.12 Rabiulawal tahun ini. Terbayang dimata bagaimana kita mengingati pemergian seorang insan yang menjadi kecintaan seluruh Ummat.Seorang manusia yang tiada cacat celanya.Seorang manusia yang sempurna akhlaknya dan seorang manusia yang tulus hati dan budinya.Itulah Rasulullah s.a.w. .Muhammad bin Abdullah.

Syukur menjadi insan terpilih sebagai salah seoranh ummatnya.Ummat yang sentiasa dirinduinya dan ummat yang meniti buat kali terakhir dari bibirnya saat nyawa bercerai dari jasadnya.Itulah kasih yang mulia daripada seorang insan yang termat-amat mulianya.

sebagaimana yang kita semua ketahui , Jatuhnya tanggal 12 rabiulawal ini adalah selepas 14 Feb di mana kita semua disogokkan dengan perayaan Valentine's Day. MasyaAllah , di sana-sini muda-mudi berbicara pasal cinta dan mengingati kekasihnyaSedangkan Kita sendiri tahu valentine yang sebenar adlah untuk mengingati ALlah dan kekasihnya yang sangat dicintai . Sangat tertarik dengan video yang dihasilkan oleh Hilal Asyraf ini , semoga mendapat manfaat.



semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan hamab-hambanya yang terus dilimpahkan cahaya petunjuk dan panduan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak



Selawat Atasmu

Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com



Ada satu bintang
Sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya
Empat yang utama

Satu menyampaikan
Dua amanah
Tiga bijaksana
Empat membanarkan

Jangan kita ragu
cubalag sedaya mampu
Ikuti sunnahnya
Hidup kan bererti

Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab, Idzhar Jumali, Khairil Azrin, Iman, Mie & Bob.
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta



disini penulis sertakan perkongsian tahun lalu mengenai maulidur rasul , semoga terus dimanfaatkan
wallahua'lam


kita di mataNYA

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

salam Jumaat dan Kahfi buat semuanya
semoga kita berada dalam perlindungan Allah sentiasa.

hari ini hari jumaat , satu-satunya hari cuti bagi pelajar-pelajar Universiti Azhar (tibb) , kuliah banat penulis tidak tahu , asif sekali ya.Hari ini juga merupakan hari pembuang undi bagi PERUBATAN Pusat yang insyaAllah bakal dipecahkan kepada cawangan Kaherah, pusat dll. >_< .Jadi selamat mengundi kepada semua Ahli PERUBATAN. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam memilih calon isteri "pilihlah berdasarkan 4 perkara , rupanya,hartanya, keturunannya dan agamanya.Maka beruntunglah sesiapa yang memilih agamanya" ... buatlah pilihan anda , tepuk dada tanya iman !


nampak banyak tak sawang-sawang di laman sesawang ni.Dahla namanya pun sesawang kan . hihi . kesibukankah yang menyebabkan ia berdebu dan jarang sekali dibersihkan atau memang penulis malas dan sebagainya sebagaimana malasnya masyarakat arab untuk bangun awal pagi dll? hihi , kesibukan sekarang bukan lagi satu pilihan tetapi satu kewajipan.Sibuk mencari tuhan , sibuk berjuang ... andai kita tidak sibukka diri kita dengan kebaikan , nesacaya kita akan disibukkan dengan kebatilan.

kita memang tahu bahawa Allah maha melihat , maha mengetahui dan sebagainya namun bagaimana penghayatan kita dalam mengaplikasikan benda itu.Sekiranya kita tahu , sudah pasti kita akan sedar dan faham bahawa bukan hanya gerak-geri kita yang zahir ini bahkan hingga ke setiap degupan jantung kita , setiap error dalam pergerakan darah ke setiap organ tubuh , Allah ketahui.bagaimana kepekatan oksigen seimbang atau tak dibekalkan kepada otak dan tisu badan , semuanya Allah tahu.

Kita selama ini adakah benar-benar ingat dan meyakini bahawa Allah ada di mana-mana sahaja bahkan ditempat yang paling susah untuk dijumpaipun Allah tahu.Milik Allah lah kerajaan langit dan bumi yang penbuh kerahsiaan ini.Sekiranya kita mengatur langkah kehidupan tanpa neraca pemikiran yang seimbang dan wajar maka, apakah kita menolak kewujudan Allah sebagai pemerhati dan pengawasi? Sekirana kita tidak tahu dan tidak mahu , maka siapakah kita untuk menidakkan segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita?

bersembunyilah di mana sahaja , di rimba raya mahupun gurun sahara.berlarilah hingga ke langit tinggi mahupun syurgaloka.Allah pasti menjejaki kita di mana sahaja bahkan seala gerak-geri kita ada di dalam pengetahuan Allah s.w.t.Sekiranya kita hadamkan perkara itu , maka akan terbaatslah segala pergerakan kita. Nak buat jahat sikit tak boleh sebab Allah ada memerhatikan.Nak buat dosa sikit tak boleh sebab Allah ada memberikan pengadilan.Ingat , di mana bumi dipijak disitulah kekuasaan Allah kita junjung.

dan sebenarnya kita di mataNYA , tuhan KITA adalah sangat kecil dan lemah."sekiranya dunia itu bernilai sebesar sayap nyamuk , maka aku takkan memberikan kepada orang kafir itu walau setitik air".Sedangkan dunia pun lebih rendah nilainya daripada sayap nyamuk ,apakah nilai kita sebagai penghuni dunia yang kecil ini di mata Allah?

sedarlah , seangkuh dan sehebat manapun kita, kesejadah jua kita sujud.Seindah dan semahal mana pakaian kita , secarik kain dan secebis kapas juga yang akan membaluti kita.Seindah dan sebesar manapun rumah kita , dikubur sempit dan gelita juga menjadi kediaman kita.Seramai mana pun kawan dan sebanyak mana pun duit kita , kita akan keseorangan jua.Secantik manapun rupa kita, tulang putih itu sahaja yang akan tinggal nanti. "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu atau hartamu tetapi Allah melihat hatimu dan amalmu"

"sesungguhnya orang yang mulia disisi Allah adalah orang yangpaling  bertaqwa di antara kamu "
wallahua'lam

NB
-kepada semua ahli PERUBATAN , selamat mengundi!
-kepada penulis , jangan lupa berikan hak kepada BLOG anda ya
-kerja-kerja masih berlambak, jangan tenggelam dengan kesibukan anda !
-kak su , PMRmu gimana?

ukhuwah

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

'sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.Maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat Rahmat' Al-Hujurat : 10


orang mukmin itu , terikatnya mereka bukan kerana kebendaan semata-mata.Bukan pertalian darah sahaja .Bukan universiti dan asal kelahiran juga.Mereka diikat dengan tali Aqidah yang membawa mereka menjadi saudara.Cubit paha seorang mukmin , peha yang lain juga terasa sakitnya.Dengan keimanan , persaudaraan yang kita jalinkan membezakan hubungan persahabatn orang lain kerana kita bersaudara kerana mencari redha dan cintaNya.

ukhuwah itu tiada harganya kerana ia merupakan nikmat terbesar selepas Iman dan Islam.Dikurniakan mahabbah dalam diri setiap mukmin untuk bersilaturrahim sesama mereka agar mereka tahun bahawa islam terbina bukan atas nafsi-nafsi sahaja tetapi mementingkan jemaah umumnya.Di dalam peperangan di dalam perjuangan,ukhuwah inilah yang menjadi benteng pertahanan bilamana musuh datang menyerang.

Asas Akhlak Islam

untuk berukhuwah, Sertailah dengan keimanan kerana itulah syarat utama mencapai mardhotillah.tanpanya sia-sialah kita berkasih dan sayang.Darjat ukhuwah yang paling rendah adalah bersangka baik ataupun salamatus sadri.Dengan bersangka baik kita mendidik diri kita untuk melazimi berbaik sangka .Melupuskan prasangka yang semakin membusuk di dalam hati ummat manusia pada hari ini.Kesan paling besar akibat buruk sangka ini adalah hilangnya kepercayaan dalam diri terhadap orang lain.lantas menunaskan perpecahan sekaligus kejatuhan ummat

darjat ukhuwwah yang paling tinggi pula adalah al-ithar ataupun mengutamakan saudara lebih daripada kita sendiri.Inilah kemuncak ukhuwah yang mesti dikejar oleh semua ummat islam.Sebagaimana rantaian sabda nabi "Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu yang lain sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.".Ajaran Nabi telah menjadi idalah kepada kita bahawa tidak hanya menjaga diri sendiri tetapi memimpin tangan saudara-saudara kita yang lain kearah kebaikan bahkan bersama-sama mereka menuai pahala dan kebajikan.

mutiara Ibrah dari medan Yarmouk

Al-Adawi menceritakan riwayat daripada Imam Al-Qurtoubi 'Saya telah pergi mencari anak saudara saya di medan yarnouk bersama sedikit bekalan.Setelah dijumpainya , anak saudara saya berada dalam keadaan yang cedera parah.Saya ingin memberiya minum.Sebelum sempat disuakan ari kepadanya , kedengaran seorang lagi ingin minum air lantas dia mengisyaratkan air tersebut diserahkan kepada lelaki itu.Belum sempat saya memberi air tersebut kepada lelaki tadi kedengaran pula lelaki lain inginkan air lantas lelaki itu menyuruh saya memberi air tersebut kepada lelaki yang seorang lagi.Belum sempat lelaki tersebut minum, dia telah meninggal.Lantas saya kembali kepada lelaki kedua tadi namun dia juga telah meninggal.Tatkala saya kembali kepada anak saudaranya , dia juga telah meninggal.Syahidlah mereka semua di dalam rahmat dan ampunan Allah.

realiti Ummah hari ini

apakah kita berukhuwah bersama dengan muslim yang lain? Adakah kita menganggap bahawa semua yang mengucap kalimah syahadah itu saudara kita?Sekiranya kita merasakan mereka adalah saudara kita maka kita takkan terperangkap dengan barah individualistik yang makin mencengkam manusia hari ini.Konsep 'ananiyyah' yakni sendiri-sendiri makin menular merosakkan masyarakat.manusia mana yang boleh hidup semdirian? Sedangkan Rasulullah sebaik-baik manusia itupun perlu kepada jemaah islam untuk melaksanakan syariat apatah lagi manusia yang lemah seperti kita ini.

seruan gaza telah lama kedengaran.Apakah kita sengaja membiarkan telinga kita tuli.Seruan gaza sudah lama melambai-lama menggamit kita ke sana.Apakah kita sengaja membiarkan mata kita buta.Seruan gaza telah lama menuntut kita bersuara sama mengembalikan hak mereka.apakah kita sengaja membisukan lidah kita semata-mata kita bukan di sana.jika mereka itu digantikan dengan kita? Dapatkah kita membayangkan? "Barang siapa yang tidak mempedulikan urusan ummat islam , maka dia bukanlah dalam kalangan mereka"

akhirnya Ukhuwwah itu satu nikmat

kita sering diingatkan tentang nikmat Iman dan Islam namun kita selalu lupa bahawa ukhuwwah juga adalah nikmat yang terbesar selepas iman dan islam.Jika tidak masakan rasulullah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar di saat ketibaan mereka di pintu madinah dalam peristiwa hijrah.Ketahuilah ummah sekalian,untuk menjadi manusia yang ber'ukhuwah; , hendaklah kita melalui terapi ilahi terlebih dahulu iaitu tarbiah Islamiyah yang mendidik hati kita tunduk kepada peraturan Allah serta pesuruhnya.

sekiranya kita mencari redha manusia di dalam kemurkaan Allah maka Allah akan serahkan kita kepada manusia.Jika Kita mencari keredhaan Allah dicelah kemurkaan manusia , nescaya Allah akan cukupkan segala keperluan kita' Yakinlah !

wallahua'lam

sabar itu pengorbanan

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


alhamdulillah hari ini hari Arafah dan besok hari raya eidul adha akan menjelang. Dalam hati kseyukuran sahaja yang terbenih.Syukur atas usia yang masih panjang hingga ke saat ini.Mungkin sebentar lagi penulis akal pergi..wallahua'lam. Sentiasalah meminta peluang daripada Allah agar umur kita dipanjangkan agar kita dapat menambahkan lagi ibadah dan taubat kita InsyaAllah.

Bila datang musim raya korban ini raya yang sibuk memperkatakan tentang berkorban , tadhiyah dan sebagainya.Ingin sekali penulis kongsikan bersama kita semua tentang satu perkara yang jarang kita dengar. InsyaAllah , kita berdoa agar manfaatnya dapat sama-sama kita ambil dan amalkan bersama InsyaAllah. Sabar juga merupakan satu bentuk pengorbanan bahkan ia bukanlah satu bentuk pengobanan yang senang tetapi menuntut kebesaran hati yang teguh dan berpaksikan ubbudiyah kepada Allah.

kerana sabar seseorang itu mampu untuk terus berada dalam kawalan iman dan taqwa.Sabar merupakan salah satu sifat yang dituntut oleh Islam. Dengan sabar kita mampu melihat dengan kaca mata islam dan tidak semata-mata menilai dengan mata zahir apatah lagi mata nafsu. Sabar merupakan intipati yang sangat penting terutamanya indikasi kepada kekuatan iman kita. Allah sendiri sentiasa menyuruh hambanya bersabar

'dan bersabarlah kamu sebagaimana bersabarnya rasul-rasul 'ulum azmi '

'hai orang-orang yang beriman , bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.'

sebagai seorang manusia yang sangat banyak kelamahan , memang suah sekali untuk terus bersabar terutamnya apabila bisikan syaitan sentiasa bergema di mana-mana. Ingatlah , sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Jika kita merasai kehadiran Allah di sekeliling kita maka ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah berhenti melihat dan mengawasi kita semua.

kaitannya dengan pengorbanan ? Sangat senang , kerana bila kita sabar kita telah mengorbankan keinginan hawa nafsu kita dan yang paling penting sekali , kita telah menyerahkan segala ketentuan itu kepada aturan dan penyusunan Allah.Itulah pengorbanan yang sangat besar ertinya di sisi Allah. Kita sering mendengar , berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah serta kita sudah maklum dengan fadhilatnya namun kita juga perlu ingat bahawa 'sesungguhnya sebaik-baik jihad itu adalah jihad melawan hawa nafsu ' dan senjata untuk melawnnya adalah sabar dan doa.


kini , semuanya terletak di tangan kita.hanya kita sahaja yang mampu untuk menentukan adakah kita mahu berubah atau tidak dan sesungguhnya Allah bersama-hamabnya kita setiap masa, usahlah takut atau gerun untuk menjadi yang lebih baik kerana jika hari ini lebih baik daripada semalam maka kita tergolong dalam hamba-hambanya yang beruntung

'alangkah ajaibnya urusan orang-orang mukmin itu, urusan mereka semuanya baik  dan tiadalah sifat ini kecuali pada orang mukmin sahaja.Jikalau dikurniakan nikmat  mereka bersyukur dan itulah yang baik bagi mereka.Jika dikurniakan musibah , mereka bersabar dan itulah baik bagi mereka .'



salam eidul adha
mohon maaf atas segala salah dan silap
wallahua'lam


saudara kita

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.


bila umur semakin bertambah , maka kehidupan yang dilalui makin panjang , pengalaman yang dikutip bertambah banyak dan orang yang kita kenali pun makin ramai.

hidup sendirian memang bukan fitrah manusia.Bahkan profesor Psikologi penulis sendiri pun menegaskan banyak kali dalam kuliahnya minggu lepas bahawa apabila manusia itu hidup keseorangan maka dia akan menjadi gila kerana dia tidak mampu mengadakan apa yang tidak mampu diadakannya.

begitu juga dengan kita semua.Perlu bergantung kepaa yang lain.Kita kurang teman-teman kita lengkapkan.Kita tersilap kawan-kawan kita betulkan.Kita sedih , kawan-kawan kita hiburkan.Itulah gunanya teman.Namun yang paling penting bergantunglah kepada Allah yang paling dekat bersama kita setiap masa.

apakah kita tahu bahawa setiap manusia yang lalu-lalang di depan mata kita, adakah mereka saudara kita atau hanya manusia lain yang biasa? mungkinkah orang yang kita terlanggar tadi adalah saudara kita , mungkinkah orang yang kita selalu belanja makan setiap hari itu musuh kita?

sebenarnya , hanya satu sahaja penentu siapa saudara kita.Ikatan Aqidah sahajalah yang menyatukan hati-hati ummat manusia yang berjuta-juta berkeliaran di muka bumi ini.Allah telah menyatakan di dalam Al-quran bahawa 'Sesungguhnya Mukmin itu bersaudara' .maka tidak dapat tidak kita harus menerima dan yakin bahawa ikatan iman sahajalah yang menjadikan kita kepada kepada semua orang islam yang lain

"Tidak masuk Syurga salah seorang daripada kamu sehingga kanu beriman.Tidak beriman sala seorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu .mahukah kamu aku tunjukkan 1 perkara bahawa kamu mengasihi saudaramu , Sebarkanlah salam di antara kamu" Sabda Rasulullah

mendengar bacaan hadith tersebut menjadikan penulis takut kerana apakah penulis sudah mengasii saudara penulis.Terkenangkan sewaktu di kuliah setiap hari , berdepan dengan ramai pelajar tahun 1 dan tahun 3.Sedangkan tahun 2 sekelas sendiri pun tak terucap salam kepada mereka , ini kan pula untuk menyebarkannya kepada yang lain? alangkah ruginya jika ini yang bermain di fikiran...

mungkin segan dan tidak biasa menjadikan kita berat untuk menyampaikan salam.ingatlah kalian punya mulut sendiri .takkan ada yang mampu membenarkan mulut kita untuk mengucap salam jika bukan kita sendiri. Ingatlah penuhilah hak saudara-saudara kita .... ingatlah pada saudara-saudara yang jauh lebih malang di palestin sana...apakah mampu kita menolong mereka?


wallahua'lam

NB
-waiting for YT result
-salam buat TBku sayang yang genap 17 tahun semalam
-tahun 2 makin susah...mohon doa semua
-angin kaherah sudah makiiiiiiin sejuuuuuuuk!

susah dan senang

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum w.b.t.

dengan lafaz kesyukuran kepada Allah dalam kelewatan menyelarikan bacaan Quran dengan hari dalam bulan Ramadhan ini penulis mulakan penulisan kali ini.


alhamdulillah , sudah tamat 10 hari awal Ramadhan yang mulia ini. Pakej kedua sudah bermula setela pakej pertama meninggalkan kita.Pintu Maghfirah Allah terbuka seluas-luasnya membenarkan kita semua membuat pilihan untuk terus berada di dalam genggaman hawa nafsu ataupun bebas dan bernafas dengan jiwa hamba yang beriman.Terlampau banyak sebenarnya benda yang ingin diceritakan namun mungkin inilah sahaja yang ada.

susah : peluang muhasabah

mungkin agak 'something' untuk memulakan catatan kali ini dengan istilah 'susah' tetapi beberapa hari tanpa menulis ini benar-benar mengajar penulis erti perkataan ini.Perjalanan hidup yang sekajap tenang sekejap bergelora membuatkan kita sedar bahawa tiada kata indah dalam mehnah perjuangan.Semuanya susah namun adakah kita mengambil susah itu sebagai sesuatu yang menyusahkan kita atau kita jadikan susah itu sebagai satu peluang.Peluang untuk membetulkan diri kita yang sentiasa salah ini.

tiada seorang pun yang inginkan susah.Semuanya mahu senang dan ok.everyone wants something smooth and easy.Namun sudah suratan kehidupan, ada jari yang terluka ada kaki yang tercalar ada hati yang terguris dan sebagainya.Kita tidak mampu untuk meramal masa hadapan.Mungkin ada kerikil tajam menanti kita.Mungkin ada permaidani merah terhampar di depan sana.Cumanya untuk terus menerima dan redha dengan ketentuan adalah sangat sukar sebab itulah susah adalah satu peluang muhasabah.Muhasabah tingkat iman yang sentiasa turun dan naik.Tanpa susah , seseorang tidak mungkin merasai pengalaman, tanpa susah seseorang mustahil melakukan perubahan

senang : jaminan buat orang yang beriman

hanya orang yang beriman dan beramal soleh sahaja yang dijanjikan Allah kesenangan.Kesenangan yang melimpah-ruah di syurga .Tidak habis tujuh keturunan bahkan berapa keturunan pun tidak kan terputus. Senang, itulah hara yang paling ingin dimiliki setiap insan.Hidup senang, kerja senang, makan senang, tidur senang.... tiada siapa yang mahukan kerja yang rumit hingga mengundang kemurungan dan pening kepala.Senang adalah satu impian yang kadang -kala sesuatu yang terlalu takjub untuk di bayangkan.

pernahkah wujud senang dalam perjuangan? adakah Rasulullah menlalui saat yang menyenangkan ketika menyampaikan risalah islam kepada masyrakat? Pernah rasulullah meminta agar dijadikan perjalanan dakwah itu mudah dan senang.Kerja menyampaikan islam ini buakn dihiasi dengan permaidani merah tetapi di tabur dengan onak dan duri.Jika Rasulullah sebaik penyampai itu tidak pernah merungut apatah lagi lari, patutkah kita membiarkan kerja-kerja itu terbengkalai? bukan tidak boleh untuk merasai kesenangan tetapi kesenangan yang hakiki adalah kesenangan yang disediakan Allah di akhirat.

kursus orientasi bakal mahasiswa AQM

pertama kali menjadi fesilitator untuk satu program yang besar benar-benar merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Pengalaman untuk merasai kena marah, kena sindir, kena buat itu dan ini mengajar penulis untuk terus sabar susah dan senang.Biarpun tidak banyak kerja yang mampu dibuat dan lebih banyak dilakukan oleh ketua penulis dan tuan pengarah, penulis cuba lakukan yang terbaik sesuai dengan kemampuan. Tidak mampu untuk berceloteh dengan sangat panjang seperti mana orang lain , tidak mampu untuk memikirkan lawak-lawak hingga membuatkan orang tak kering gusi ketawa.Inilah seadanya orang yang lemah.

bila berada dalam situasi yang mengekang kita untuk terus tunduk dalam sistem islam,maka pandai-pandailah kita memanipulasi sistem yang ada.janganlah kita dilemahkan dengan sistem yang kuat itu.Kukuhkan semangat islam yang tertanam di dalam diri.Jangan biar maruah agam kita itu dipijak oleh mereka yang tahu tentang islam tetapi tidak faham dan sedar akannya.Mungkin kata-kata mempu menbuatkan kita terluka namun adakah luka yang kita alami mampu memberi kesan kepada islam? andai hanya kita dilemaskan dengan tsunami emosi,buanglah ia jauh-jauh.




SMAKL yang kurindui

duduk dekat dengan SMAKL tetapi sudah lebih seminggu tidak ke sana.Penulis tahu dan sedar jika ada yang tidak suka dan ada yang tidak puas hati... dahlah baliknye jarang sekali , pergi SMAKL tengok adik-adik pun tak selalu , teruk betul... haha ..... bairlah orang dengan persepsi sendiri.Ingatlah balik pada sirah sahabat nabi yang ingin sekali pergi berjuang tetapi disebabkan orang tuanya terlalu tua dan uzur, rasulullah menyuruhnya tinggal dan berbakti kepada kedua ibubapanya sementara masih ada.Adakalanya ibubapa kita sangat memerlukan anak-anak mereka.Kesibukan mereka tidak menang tangan.Tidak terkemas rumah dan tidak terlipat kain baju.Kitalah yang bertanggungjawab melaksanakan ia.

benar, sudah tidak tertanggung rindu yang ada di dada ini.Mahunya bersolat terawikh di SMAKL , mhaunya memeluk Ustaz Ali dan Ustaz Ihsan sebagai warden, mahu sekali berbicara dan berbual-bual mesra bersama adik-adik yang ada di sana , mahu sekali bergelak ketawa sambil berkongsi sediit ilmu yang Allah berikan ini. Tambahan pula adik-adik form 5 sedang trial sekarang, yang lain sedang bergelut dengan dunia ulang kaji buat menghadapai peperiksaan yang sudah around the corner sahaja.Namun sekali lagi penulis katakan, penulis hanya mempu untuk menuruti kata-kata orang tua sahaja.Merekalah yang lebih berhak untuk ditaati.Rindu kalian teramat.

UDMZ : doakan beliau



Bulan Ramadhan , musim bunga yang sentiasa harum dari hari pertama hinggalah ke hari yang terakhir , bahkan sebelum dan selepas bulan ini juga harumannya sentiasa terbawa-bawa dan tersebar luas ke segenap bumi ini.Alangkah bahagia menjadi tetamu Ramadhan, Bahagia mengecapi nikmat pahala yang berganda-ganda dijanjikan Allah ini.Lebih bahagia lagi jika kita dijemput Allah untuk bersama-samanya di bulan mulia ini.Tiada apalah yang diinginkan melainkan dapat terbang mengejar rindu pada pencipta yang menjadikan kita sempurna yang mungkin ini, andai bisa untuk mencium rahmat kasih dan sayangnya itu adalah suatu anugerah yang sudah tidak ternilai.

kini beliau berada dalam keadaan kritikal.Mungkin sudah hayatnya berada dalam usia senja.Biarpun semakin dimamah ketuaan, namun utuh semangatnya tetap tidak tergugat.Dia tidak lemas dengan kesulitan yang ada bahkan terus-terusan menyebarkan amanah selahi lidah mampu berucap.Itulah UDMZ , mungkin tidak begitu kenal penulis akan dirinya, bahkan beberapa kali sahaja penulis sempat bertemu mata bersamanya. Pesanan yang dilontarkan mempu menghasilkan jutaan kader-kader dakwah yang berkesan dan murabbi mithali yang bertaburan di atas muka bumi ini.Penulis hanya mampu berdoa agar Allah mempermudahkan urusan UDMZ sekarang.

sakit pengampun dosa

kadang-kala kita tidak sedar bahawa Allah sentiasa mendidik kita.Mendidik kita dengan didikan secara halus.Mendidik kita untuk terus menginsafi diri kita ini agar kita sedar dan tahu batasan-batasan menjadi seorang manusia.Memiliki aqal dan pengetahuan terkadang menjadikan kita takabbur dan selalu lupakan tuhan..Lupa taraf hamba yang membaluti tubuh lemah kita ini.

kadang-kala kita terjatuh tangga, kita tersepak batu, terlanggar pokok , terluka di sana-sini , terhantuk almari dan sebagainya.Itulah peringatan yang ALlah berikan kepada kita.Peringatan agar kita tidak lupa dan leka.Menjadi manusia bukan menjadi raja yang bisa berbuat itu dan ini tetapi menjadi hamba hina yang sedia menunaikan segala macam kewajipan yang telah ditaklifkan kepada kita.Marilah sama-sama kita memohon ampun daripada Allah di atas segala dosa yang telah dilakukan dan semoga Allah menerima segala amal kita dan memasukkan kita di kalangan hamba-hambanya yang diredhai.

Wallahu'alam



NB
-doakan tiket,kuliah,henset,kamera,iman,taqwaa dan amal mejadi semakin baik
-Allahumma bariklana fi Ramadhan
-kepada adik-adikku di SMAKL ... belajar sungguh-sungguh, kekandamu sentiasa mendoakan kalian

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger