alhamdulillah hari ini hari Arafah dan besok hari raya eidul adha akan menjelang. Dalam hati kseyukuran sahaja yang terbenih.Syukur atas usia yang masih panjang hingga ke saat ini.Mungkin sebentar lagi penulis akal pergi..wallahua'lam. Sentiasalah meminta peluang daripada Allah agar umur kita dipanjangkan agar kita dapat menambahkan lagi ibadah dan taubat kita InsyaAllah.
Bila datang musim raya korban ini raya yang sibuk memperkatakan tentang berkorban , tadhiyah dan sebagainya.Ingin sekali penulis kongsikan bersama kita semua tentang satu perkara yang jarang kita dengar. InsyaAllah , kita berdoa agar manfaatnya dapat sama-sama kita ambil dan amalkan bersama InsyaAllah. Sabar juga merupakan satu bentuk pengorbanan bahkan ia bukanlah satu bentuk pengobanan yang senang tetapi menuntut kebesaran hati yang teguh dan berpaksikan ubbudiyah kepada Allah.
kerana sabar seseorang itu mampu untuk terus berada dalam kawalan iman dan taqwa.Sabar merupakan salah satu sifat yang dituntut oleh Islam. Dengan sabar kita mampu melihat dengan kaca mata islam dan tidak semata-mata menilai dengan mata zahir apatah lagi mata nafsu. Sabar merupakan intipati yang sangat penting terutamanya indikasi kepada kekuatan iman kita. Allah sendiri sentiasa menyuruh hambanya bersabar
'dan bersabarlah kamu sebagaimana bersabarnya rasul-rasul 'ulum azmi '
'hai orang-orang yang beriman , bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.'
sebagai seorang manusia yang sangat banyak kelamahan , memang suah sekali untuk terus bersabar terutamnya apabila bisikan syaitan sentiasa bergema di mana-mana. Ingatlah , sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Jika kita merasai kehadiran Allah di sekeliling kita maka ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah berhenti melihat dan mengawasi kita semua.
kaitannya dengan pengorbanan ? Sangat senang , kerana bila kita sabar kita telah mengorbankan keinginan hawa nafsu kita dan yang paling penting sekali , kita telah menyerahkan segala ketentuan itu kepada aturan dan penyusunan Allah.Itulah pengorbanan yang sangat besar ertinya di sisi Allah. Kita sering mendengar , berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah serta kita sudah maklum dengan fadhilatnya namun kita juga perlu ingat bahawa 'sesungguhnya sebaik-baik jihad itu adalah jihad melawan hawa nafsu ' dan senjata untuk melawnnya adalah sabar dan doa.
kini , semuanya terletak di tangan kita.hanya kita sahaja yang mampu untuk menentukan adakah kita mahu berubah atau tidak dan sesungguhnya Allah bersama-hamabnya kita setiap masa, usahlah takut atau gerun untuk menjadi yang lebih baik kerana jika hari ini lebih baik daripada semalam maka kita tergolong dalam hamba-hambanya yang beruntung
'alangkah ajaibnya urusan orang-orang mukmin itu, urusan mereka semuanya baik dan tiadalah sifat ini kecuali pada orang mukmin sahaja.Jikalau dikurniakan nikmat mereka bersyukur dan itulah yang baik bagi mereka.Jika dikurniakan musibah , mereka bersabar dan itulah baik bagi mereka .'
telah berkata Ad-Dhahhak: "barangsiapa yang tidak ditimpakan ke atasnya dengan satu-satu bala atau kesusahan atau kecelakaan selang 40 hari, maka tiada kebaikan untuknya di sisi Allah Ta'ala.
kemudian,
berkata Al-Junaidi Al-Baghdadi: " sekiranya kamu ditimpa satu-satu penyakit, maka janganlah kamu mencita-citakan keafiatan."
tegasnya menurut pandangan ahli sufi, jika kita memohon keafiatan seolah-olah kita tidak suka Allah mengampunkan dosa-dosa kita
19 year old guy
moderately looking person
friendly and moderate
nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
5 comments:
saeed, ana dapat satu kata2 dari seorang ulama:
telah berkata Ad-Dhahhak: "barangsiapa yang tidak ditimpakan ke atasnya dengan satu-satu bala atau kesusahan atau kecelakaan selang 40 hari, maka tiada kebaikan untuknya di sisi Allah Ta'ala.
kemudian,
berkata Al-Junaidi Al-Baghdadi:
" sekiranya kamu ditimpa satu-satu penyakit, maka janganlah kamu mencita-citakan keafiatan."
tegasnya menurut pandangan ahli sufi, jika kita memohon keafiatan seolah-olah kita tidak suka Allah mengampunkan dosa-dosa kita
wallahua'lam.
pengorbanan tue berjuta-juta kali lebih susah daripada menghadapi peluru perpandu Israel....
aku tak nafikan......
nice sharing bro... thanks...
kepada salman_azmin
jazakallah atas peringatan
semoga hati kita terus hidup dengannya
salam eiduladha
kepada walker
jazakllah ...looking forward for your sharing next time
Post a Comment