Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

London Life - Day 6

Bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum wbt

Penulis memohon kemaafan kerana tidak mengupdate day 5 kerana day 5 penulis dan Aizat hanya duduk berehat di rumah Ismat. Malam itu sahaja kami bertiga ( penulis, Aizat dan Izzat ) yang baru pulang dari Southampton menghadiri Evening with Nouman Ali Khan di Lancaster Hotel, London dan insyaAllah penulis akan berkongsi pengisian tersebut di dalam entri yang lain kerana semalam penulis tiba di rumah agak lewat.


Hari keenam. Kami ( penulis, Aizat, Izzat dan Ismat ) keluar berjalan-jalan di sekitar London meskipun tempat yang kami lewati hanyalah 3 iaitu Kensington Park, London Science Museum dan .... kedai makan ( Subway dan Mr Fish ) tetapi ada beberapa perkara yang menarik berlaku hari ini

1) kami berjalan-jalan di sekitar London menaiki basikal. Sebagaiman diketahui umum, berbasikal adalah salah satu pengangkutan umum yang seringkali digunakan oleh masyarakat tempatan dan ada juga khidmat sewaan basikal berjumlah 2 pound sehari. Jadi kami bertiga menyewa basikal di Kensington Park dan mula berbasikal di sekeliling taman tersebut dan melewati Royal Albert Hall yang gah dan ( i wish i could go and perfom there ... haha ) dan mula memarkir di kawasan terdekat

shoot 

Balik 

Kensington Park

2) memasuki Science Museum, suasananya sama sahaja cumanya bahan pamerannya bersifat sains dan teknologi. Penulis berasa excited menyaksikan pameran sejarah perubatan dahulu kala dalam semua bidang. Yang paling best adalah kami bertiga ( penulis, Aizat dan Ismat ) menyaksikan 2 tayangan yang ditayangkan. satu tiket berharga 10 pound tetapi kami daftar bertiga jadi penjaga kaunter tersebut memberikan pass keluarga berjumlah 20 pund sahaja untuk kami. Selesai menyaksikan tayangan 3D mengenai Rahsia angkasa lepas, kam belum puas dan Aizat secara tiba-tiba teringatkan bahawa pembeli tiket tayangan satu boleh mendapatkan diskaun untuk tiket kedua. Jadi setelah bertanya ternyata kami hanya perlu membayar 10 pound sahaja untuk tayangan kedua bermakna setiap seorang hanya perlu membayar 10 pound sahaja untuk 2 tayangan tersebut dan tayangan kedua mengenai hidupan bawah laut ternyata seronok dan 'tidak puas'.

Science Museum 

3) sewaktu melewati ruangan jualan bahan sains, penulis tidak dapat menahan diri untuk membeli beberapa benda yang penulis rasakan ' i have to have this ' hinggakan barangan tersebut berjumlah 31 pound dan penulis secara tidak sengaja telah menggunakan kad debit. aaaaaaaaaaa!!!!!!!!!! Penulis rasa sangat bersalah menzalimi kad tersebut ( haha ) dan merasakan 'Saeed, you have to repent. Itu suma dunia !!!!'

4) Kami bersarapan sekaligus makan tengahari di Subway namun Izzat berniat untuk makan fish and chips. jadi untuk makan malam ini kami meraikan keinginannya menikmati Fish n Chips namun adat di sini, Dine in lebih mahal berbanding Take Away jadi kami telah tersilap masuk ke kedai yang mahal. Namun begitu yang membuatkan penulis excited adalah 'Pot of Tea' yang penulis pesan berupa seteko kecil teh, sebekas kecil susu, gula segala dan cawan. Oh, ibaratnya hidangan kecil itu lebih best berbanding fillet ikan yang besar dan mahal itu.


InsyaAllah malam ini bertolak ke Cardiff dan kembara kami sudah hampir ke titik penghujungnya. Inilah yang di namakan 'Tuai padi antara masak, esok jangan  layu-layuan. Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan' .... Saya sangat rindu kepada Ummi, Abi dan adik-beradik saya !

London Life - Day 3

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Bas kami malam tadi pada jam 3.00 pagi. jadi selepas tidur awal dan sedikit di rumah Aizuddin, kami terus berjalan kaki meredah kegelapan laluan pejalan kaki siang tadi menuju ke hentian bas Lancaster University. Alhamdulillah Aizuddin terjaga dan mengejutkan penulis yang sudah tidur mati kerana tidak berjaya digerakkan oleh alarm henset sendiri. Juga alhamdulillah laluan pejalan kaki diterangi lampu jalan memudahkan penulis dan Aizat berjalan berdua keseorangan. Tatkala bas yang kami naiki bergerak kami terus sahaja terlena hinggalah sampai ke Buchanan Bus Station, Glasgow Scotland

Morning !!!!

Ada sesuatu yang menarik perhatian penulis pada stesen bas tersebut iaitu sistem penggunaan tandas yang seperti sistem metro. bayar dulu kat mesin baru boleh masuk. Very modern yet sometimes very inconvenience ( dahla memang most toilet kat sini memang macam tuh ). Kami menunggu tidak lama sebelum Muiz ( teman Aizat menjemput kami ) dan membawa kami berjalan kaki ke rumanya sekitar 10 minit daripada stesen bas tersebut sahaja. Inilah kali pertama kami melihat sebuah ruang di UK yang mempunyai ruang tamu yang besar. Merancang perjalanan serba sedikit untuk hari itu, kami terus keluar meneruskan kembara jam 9.15 pagi

menuju ke rumah Muiz

Kali pertama bersiar-siar tanpa musyrif dan berpandukan google map sahaja, kami ke kawasan cathedral besar dahulu tetapi tidak masuk diikuti dengan Necropolis di sebelahnya. kawasan perkuburan orang dahulu kala sedikit menyeramkan tetapi diganti dengan keseronokan kerana pemandangan daripada puncak bukit tersebut telah menawan hati kami yang berjaya menyaksikan keseluruhan Glasgow dari puncak ini. Angin yang bertiup juga menyejukkan dan sedikit merengsakan lebih lagi dari Lancaster.

sekitar Glasgow 

Cathedral besar ( ala-ala Van Helsing )

Dari Puncak Necropolis - sejuk dan mentari memancar 

panorama puncak Necropolis - subhanallah 

Tidak lama kami di situ kami terus berjalan kaki menuju ke Glasgow Green dan Winter Garden. Sebuah padang rekreasi ( agaknya ) yang saujana mata memandang serta membuatkan penulis ingin sahaja berlari sepuas-puasnya di situ serta sebuah taman di dalam bangunan kaca beriklim musim panas yang membuatkan penulis terkenangkan Kakak penulis yang kadangkala obses dengan species tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang rare dan cantik tersebut. Kami juga tidak lama di situ dan terus berjalan sepanjang Clyde River menuju ke Central Mosque di seberang jambatan tetapi malangnya masjid tersebut tidak dibuka lagi maka kami terpaksa bergambar hanya di bahagian luar sahaja.

kami menemui Trafalgar di Glasgow

saujana mata memandang

winter garden yang menghangatkan

kakak, ini untuk kamu 

central mosque 

Penulis berkeras untuk makan dahulu kerana terlalu lapar dan kami terus menuju ke City Center di kawasan Buchanan Street untuk mencari juadah tetapi kebanyakan kedai halal hanya mula dibuka sekitar jam 12 ( satu jam sahaja lagi ) maka kami memutuskan untuk makan di KFC halal yang dikatakan Muiz. Malangnya kami tidak menjumpai KFC tersebut setelah berkali-kali pusing-memusing kawasan tersebut apatah lagi menjumpai tanda halal di belakang kaunter KFC yang dikatakan halal tersebut sehinggalah melewati jam 12 tengahari, kami akhirnya makan di sebuah kedai makan halal biasa ( tetapi sedap )

dah macam dalam Harry Potter pulak

Kami mengambil subway ( sebuah kereta api bawah tanah ) menuju ke Riverside Museum di stesen Kelvin Hall. Kami berjalan lagi menuju ke sana, sebuah muzium seperti muzium kereta di Jordan dan Tall Ship di belakangnya, sebuah muzium kapal yang pada penulis biasa-biasa sahaja, angin sungai kuat menampar-nampar wajah kami. Kami langsung berjalan ke arah Exhibition Center, sebuah bangunan pameran yang unik dan berlapis-lapis binaannya tetapi kami tidak masuk atas alasan Aizat bahawa pemandangan di dalamnya biasa-biasa sahaja tanpa mengetahui ada Scotland Exhibition and Conference Center (SECC) di sebelahnya.

Riverside Museum

Exhibition Center - nampak tak dinding dia lapis-lapis 

sekitar Tall Ship ( tapi tak nampak ) 

Kami menyambung perjalanan 'berjalan kaki' kami ke Kelvingroove Museum sekitar 20 minit berjalan kaki dari SECC. Di sana kami mengambil masa sebanyak-banyaknya kerana penulis sendiri ( yang pada asalnya tidak mahu masuk ) terpaku lama pada bahan pameran yang autentik dan menarik langsungh teringatkan KakDa yang sudah pasti tidak cukup sehari menelaah bahan-bahan sejarah tersebut yang rata-rata menceritakan tentang Scotland dalam pelbagai sejarah bidangnya. Kami kembali mengambil subway ke Buchanan Street untuk kembali rumah Muiz bersolat asar dan zohor jama' ta'khir ( seta'akhirnya ) dengan kaki yang sakit dan badan yang letih tetapi puas !

Kelvingroove Museum 

di antara seribu wajah 

Glasgow University - macam eerie je bangunan 

setelah berehat di rumah Muiz dan menunaikan solat maghrib dan isyak, kami bergegas ke Queen Street Railway Station untuk menaiki train ke Edinburgh. Terima kasih kepada Muiz atas sponsor tiket mahal tersebut yang mengambil masa sekitar satu jam sahaja untuk tiba di Edinburgh. Penulis sebenarnya sangat mengantuk dan letih dan tertidur dengan nyenyaknya di kerusi menunggu bersama Aizat sewaktu menunggu Nazrin Afifi ( teman Aizat ) mengambil kami. Setibanya Nazrin, kami terus berjalan-jalan ke Edinburgh Castle yang berwarna ungu pada waktu malam, Edinburgh University yang klasik serta beberapa tempat lagi yang penulis tidak dapat fokus kerana terlalu mengantuk. Namun penulis kembali segar setelah minum Latte yang dibuat oleh mesin automatik yang sangat mengujakan ( yang mungkin hanya terdapat di sini ) sebelum terus menaiki bas menuju ke rumah budak SMAP Kajang ( teman-teman Afifi ), dijamu spagheti goreng berempah dan terus berehat

the purple color of Edinburgh Castle 

Edinburgh University - klasik !

buat santapan sepanjang jalan - Credits to Afifi 

pedas, paprika, sedap !

Perjalanan yang panjang dan memenatkan ini membuatkan penulis selalu terkenangkan rumah ( sudah pasti di Malaysia ) serta koreksi diri apakah penulis benar-benar hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.


London Life - day 2

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.

Subuh jam 5.30 pagi. Penulis mengalami sedikit masalah menyelarikan jam henset yang tidak mahu berubah mengikut waktu tempatan dengan waktu tempatan hinggakan kami terlewat sejam untuk bersolat. Kami tidak ke mana-mana pagi tadi sekadar duduk-duduk mengecas segala perkakas elektronik yang sudah kehabisan bateri untuk kegunaan perjalanan kelak. Lebih best dan masyuk apabila Aizuddin dan Bryar menghidangkan pasta dan tea berperisa buah-buahan untuk kami menjadikan pagi yang sejuk beku itu hangat dan mengamankan.

di depan rumah tuan rumah 

kami pantas keluar jam 9.00 pagi berjalan kaki menuju ke Universiti Lancaster untuk menghantar Izzat menaiki bas ke Bradford di stesen bas tersebut tetapi sempat singgah mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke sana serta beberapa kawasan pinggiran universiti yang cantik dan indah ( yang Aizuddin dan Bryar belum pernah sampai ) meredah angin kuat dan hujan renyai serta rumput basah dan becak tetapi puas dengan pemandangan yang kali pertama dipandang dan berbekas di ingatan.

once in a lifetime view

Selepas Izzat dihantar ( penulis tidak sempat kerana ke tandas ), kami langsung menaiki bas menuju ke Town bertemu dengan Rafiq ( rakan Aizuddin, penuntut tahun satu jurusan perakaunan universiti lancaster ) dan bersiar-siar di sekitar Town Lancaster. Perjalanan meredah kota kecil ini serta bergambar sakan di kawasan Her Majesty Prison Lancaster Castle sekitar tengahari setelah bersembahyang zohor dan asar di masjid Town yang unik dan tidak disangka-sangka mendatangkan kerinduan kepada tanahair ( owh, teringatkan ummi !)

Town - and shopping !!!!!

Her Majesty Prison Lancaster Castle 
Rafiq, Bryar, Aizat, Penulis 

di tengah bandar adanya tuhan 
masjid Town 

kami menyambung perjalanan ke Williamson Park selepas membeli-belah secara tidak sengaja di kedai 'One Dollar' yang antaranya coklat-coklat dan biskut-biskut pelbagai. Menaiki bas dan berjalan kaki sekitar 15 minit, kami tiba di Williamson Park yang kelihatannya seperti Hutan lipur sekayu di Terengganu tetapi lebih sunyi, sejuk dan penuh dengan anjing-anjing lantaran kempen 'Bark in the Park' oleh pengusaha taman. kami turut bergambar sakan di sini sehingga terasa lenguh dan kebas angkara sejuk dan panjangnya perjalanan pulang dari taman tersebut menuju ke rumah Aizuddin berjalan kaki sahaja.

Ashton Memorial 

and ducks 

Petang itu juga penulis menyertai 'Majlis Ilmu' seperti usrah umum pelajar Malaysia di sini. Meskipun terpaksa melawan kantuk dan letih, penulis menemukan sesuatu yang baru dalam pertemuan kecil ini sebagai bekalan untuk menyuntik sedar serta menimbulkan ilham untuk menulis kelak. Sekarang sedang berehat-rehat kembali sambil menikmati masakan 'ayam masak lemak' sebagai bekalan untuk menaiki bas ke Glasgow, Scotland jam 3 pagi nanti insyaallah


benarlah unjuran Allah bahawa dengan berjalan-jalan, kehebatan tuhan terasa lebih menginsafkan

London Life - Day 1

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum wbt 

Penulis, Aizat ( sepupu ) dan Izzat ( rakan ) terpaksa bermalam di rumah Ismat ( rakan Aizat di london ) untuk malam itu selepas terlepas bas ke manchester pada jam 1 pagi setelah tiba di Heathrow 3 jam sebelumnya kerana Ismat terlewat sampai ke Heathrow untuk menghantar kami. meski agak sedih, pengalaman menyelusuri bumi London yang tidur di waktu malam tetapi hidup dengan golongan pemabuk, muda-mudi berpeleseran dan kesejukan yang sangat dan amat. Kami mengambil dua bas untuk sampai di rumah teman Ismat di Statham House dan semuanya kira-kira 2 jam setengah dan kami tiba tepat jam 4 pagi 

at Trafalgar Square at 3.00 am with shivering bone 

malam itu juga Aizat dan izzat memutuskan untuk mengambil terus bas ke Lancaster dan tidak ke manchester ( penulis sekadar menjadi pak turut sahaja ) kerana tidak cukup masa. Setelah mengusung beg penulis yang putus di atas kapal terbang, penulis mengambil masa yang agak lama untuk menjahit kembali. Ismat berpergian ke daerah lain atas urusan pengajian dan kami ditinggalkan  di rumah tersebut tanpa ada sesiapa pun yang kami kenal. Pagi itu kami tidur kembali setelah solat subuh jam 5.30 ( tetapi terlewat sejam ) setelah semalaman berjaga dan sekitar 10 pagi keluar untuk ke Victoria Coach station.

Atas unjuran Izzat, kami berjalan daripada Tollington Ways menuju ke Islington dan Highbury mengambil masa sekitar 40 minit berjalan setelah pusing-pusing sekitar Car Boot Market dan beberapa kedai di sepanjang perjalanan. Penulis berasa excited memiliki Kad Oyster sendiri ( kad pengangkutan awam ) meskipun kredit 5 pound itu habis serta-merta. Setibanya kami di Victoria, kami terus menuju ke Victoria Coach Station untuk mengesahkan tiket kami dan bersarapan secara berat di Arm Chicken sebuah kedai makan halal di tepi stesen bas. Tidak sukar sebenarnya mencari kedai makan halal di sana.


KFC bukan 'Arm Chicken' ya ~ morning where everyone went out to do work 

Menaiki bas yang bergerak tepat jam 12.30, penulis menghabiskan sekitar 6 jam untuk tidur sepanjang 7 jam perjalanan ke Lancaster ( singgah sebentar di Manchester Station tetapi tidak turun kerana tidak pasti bas berhenti berapa lama meskipun sekitar setengah jam juga berhenti ). Tiba di lancaster sekiutar jam 7 malam, penulis terkejut apabila stesennya adalah stesen Universiti lancaster. Kami bergegas menuju ke tempat sembahyang setelah ditunjukkan oleh dua orang muslim bangsa asing yang belajar di sini. 


bertemu dengan Aizuddin ( teman Aizat, pelajar Matematik tahun akhir ), makan malam di dalam kampus dan akhirnya pulang ke rumahnya untuk berehat. Penulis sangat excited menjejaki ruang solat yang mengamankan serta tandasnya yang sangat kemas dan menggamit pengguna memanfaatkannya. benarlah kadangkala tekaan orang ramai bahawa islam di tempat bukan islam terasa lebih mengislamkan. 


Adha '13

Salam everyone 


Egypt, i am back. Dah tahun 5 rupanya penulis di bumi Mesir ini. Sedar tak sedar, diam tak diam. Usia makin meningkat, dosa makin bertambah dan semoga amal dan pahala mampu memadamkan dosa yang semakin menggunung itu. However it is good to be back home. Egypt is definitely like no other ( except UIA :) ). 

                                          
        
Most of my friends got the chance to celebrate eiduladha in Malaysia ( well maybe online this time ) due  to their delay in returning back to Egypt due to current egyptian turmoil. I am definitely happy for them and a little frustrated for myself ( haha ) since i do planned to festive it in my homeland too. However the ticketing of my flight didn't allow me to do so. At least, eiduladha in Egypt was quite a festivity. 

                                
  
Again this year, i myself made qurban. A khoruf ( like a very fat sheep ) which cost me more than 1000le. Hopefully Allah will accept my sacrifice and make me a better and sincere servent. And of course, to made qurban means to slaughter it myself. The adrenaline rush was very memorable yet frightening indeed. Fortunately it turned out very well. Alhamdulillah. 

                              
 
And of course, sacrifice is an act to contribute something that is dear to the heart. Either wealth, health, seconds or penny, all of them if given towards the struggle of Islam and must be founded with pure intention and sincerity, insyaAllah Allah wiill definitely count them. O Allah, make me one of the, like Abraham and Ishmael and also PBUH Muhammad. Ameen 

                             
                                     From Cairo with love 
 
                             
                                       They are the family where i can return to 

                            
                                         Warga PERUBATAN cawangan al-Azhar 
   
Nb
- tomorrow, the new session will begins. Do pray for me 
- family, i miss you ! 
- kakda n kakak, i am waiting and praying for the good news 

Sensei

Bismillahirahmanirrahim 

Assalamualaikum wbt 

Salam jumaat everybody ( even surah al-kahfi pun tak dibaca lagi ). Moga hari yahg ditempuhi dikurniakan oleh Allah kesabaran, kecekalan dan ketenangan dalam rangka menggapai redha dan inayahNya. 

16 Mei yang datang betul-betul membuatkan wall FB dan twitter penuh dengan pelbagai jenis ucapan dan apresiasi buat para guru yang tercinta semenjak dari zaman tadika hinggalah yang sudah ambil PHD. Masing-masing tidak melepaskan peluang mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada cikgu masing-masing. Alhamdulillah, tandanya kita masih ingat kepada insan yang banyak mencurahkan bakti kepada kita dalam mengenali ilmu duniawi mahupun ukhrawi.

                  
  
Penulis cuma ingin kongsikan dua perkara sahaja sempena hari guru. 

Pertamanya, haruslah diingati bahawa guru kita yang paling agung adalah Rasulullah s.a.w kerana tanpa didikan dan pengorbanan yang beliau curahkan, mustahil kita menjadi siapa kita pada hari ini. Mendapat gelaran muslim dan mukmin, semuanya adalah natijah asuhan Rasulullah yang rantaiannya tidak putus-putus sehingga ke zaman kita semua. Sabda Rasulullah , 'Innama bu'ithtu mualliman ' yang bermaksud sesungguhnya aku diutuskan untuk menjadi guru. Maka tiadalah guru yang paling patut dihormati dan ditujukan dedikasi melainkan baginda s.a.w.

Keduanya, juga harus kita sematkan dalam fikiran kita bahawa guru-guru yang perlu kita sayangi adalah para sahabat nabi serta para tabiin dan segala ulama-ulama yang telah pergi mahupun masih ada lagi kerana tanpa mereka, terkuburlah ajaran islam di muka bumi ini. Para sahabat yang diibaratkan seperti 'bintang-bintang di langit yang menyuluh dalam kegelapan' merupakan guru yang mendidik kita semua dengan contoh teladan yang baik melalui lembaran sirah nabawiyah. Paling tidak boleh dilupakan adalah susuk Imam Asy-syafie ( dan imam-imam lain mengikut mazhab yang dianuti ) kerana kerangka ibadah kita selama ini berpaksikan ajaran dan didikan daripada beliau. 

Maka, dalam kita ghairah mengucapkan, menulis, melakarkan, menyanyi, membuat video, membuat parody, sms, emel, pm dam sebagainya mengenai teks ucapan hari guru, jangan kita lupa untuk memanjatkan selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w. dan juga buat para sahabat dan para tabiin agar kita mampu digolongkan dalam kelompok hebat seperti mereka. 

Apresiasiku buat murabbi dan guru dalam hidupku 

. Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w al-Amiin 
. Para sahabat, tabiin dan para ulama
. Zahari bin Salleh ( Sekolah Menengah Agama Kampung Laut ) 
. Naziah binti Hassan ( Sekolah Kebangsaan Losong ) 
. Shafiyyah Solehah binti Sahari ( CFS IIUM Petaling Jaya ) 
. Syuwaida Nasuha binti Zahari ( Sekolah Rendah Ibnu Qayyim ) 
. Siddiq Syukkri Afanddi bin Zahari ( Sekolah Rendah Ibnu Qayyim ) 
. Mohamad Nor Haedir bin ( opss tak ingat ) ( CFS IIUM Petaling Jaya ) 

Jundi-jundi kecik yang begitu berharga dalam hidupku 
. Solehuddeen Shaatibi bin Zahari
. Suwaibah Mardhiyyah binti Zahari
. Salma Syakirah binti Zahari 
. Syahirah Mawaddah binti Zahari
                
    
Kronologi guru-guru kelas yang tidak mungkin ku lupakan 

Pasti as-Salam - 1996-1997

Sekolah Kebangsaan Padang Midin - 1998-2003
. Puan Maizatul Akmal 
. Puan Ruslina Din 
. Puan Latifah Yusof 
. Puan Fatimah Awang 
. Encik Ahmad Nazim 
. Puan Rohani Abdulllah 

Sekolah Menengah Agama Kampung Laut - 2004-2008
. Ustazah Nafisah Mohamad 
. Cikgu Shakirah Isa 
. Ustazah Masyitah Ishak 
. Ustazah Zuliyati Jaafar 
. Cikgu Zurainah Ahmad Kori 

Center For Foundation Studies IIUM - Mei - Julai 2009 
Faculty of Medicine, al-Azhar University, Cairo, Egypt - Oktober 2009 - present 

Who am i without all of you 
May Allah bless all of you dunia wal akhirah 

Regards 
Flibbertigibbet 

Nb 
. Exam forensic n toxicology is around the corner. Don't forget me in your prayer :) 

About Me

My photo
19 year old guy moderately looking person friendly and moderate nice,talkative and like to laugh always.Is very pleased with everyone who wants to talk and to make friends with him.Quite naughty but polite,shy but cheerful.May Allah bless anyone visiting this page.InsyaAllah
Powered By Blogger

initial ME 2

initial ME 2
patah tumbuh hilang berganti..thanks Allah to Cik Ha n Family
pingbox-

Bersama - Devotees
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Visit Pewaris.Net
SahabatMusleemSahabatMusleem

ritma Ilahi

palestin dan Kita

blogger united

jom undi

Pewaris.Net's Top Blogs

komuniti PERUBATAN

kau di dalam bayanganku

aku tersenyum dalam gembiramu
kau menangis di celah kedukaanku
kala ku bermimpi di siang hari
kau hadir bila malam meniti
kita menyanyi di setiap langkah kaki
kita menyanyi pada baris alunan nurani

tapi aku tidak nampak
pada tanganmu yang bergerak
aku tidak lihat
pada senyumanmu yang tersurat
aku tidak merasa
pada jiwamu yang selalu bersama

hingga kini
aku karam dalam lautan emosiku
terpukul dengan gelombang melankoliku
di tengah arus tsunami hati
yang bergelojak tinggi
yang ku nanti kapal menyelamat
hanya aral harapan yang berselirat

ku ingin kau disampingku selalu
ku mahu mimpi kau dan aku bersatu
tapi mana mungkin impian terlaksana
belum pasti harapan menjadi nyata
bisakah gagak dan merpati
terbang sebelah menyebelah
tak mungkin berdiri sama tinggi
duduk pula sama rendah

namun hatimu bukan palsu
dan jiwaku bukan boneka baldu
disaat aku terus mimpikanmu
akan ku terus mencintaimu
akan ku selalu merinduimu
akan ku sentiasa menyayangimu
meskipun sejak dari mula ku tahu
kau hanya di dalam bayanganku

My Blog List

twittering

Followers

Powered By Blogger