bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t.
'berangkatlah kamu baik dalam keadaan meras ringan mahupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui - At-taubah:41'
Alhamdulillah , berkat usaha kerjasama antara semua ahli dalam batch, penulis dapat juga merasai kehangatan malam generasi yang berlangsung di Rumah Sarawak, Hayyu Asyir khamis yang lalu.Dikendalikan oleh AJKT kelas bersama naungan Persatuan PERUBATAN , alhamdulillah meskipun penulis selaku salah seorang ahli bersekutu terpaksa direhatkan atas jangkitan Hepatitis A tempohari
Naik ke tahun 2 memang bukan satu perkara yang mudah bahkan ia murpakan satu cabaran dan tanggungjawab yang amat besar dan mencabar buat penulis khususnya.Beroleh adik-adik tahun 1 yang sangat ramai dan 'mencabar' kredibiliti tahun 2 dengan sentiasa datang awal dan sebagainya , menyambung pengajian untuk tahun 2 yang makin memeningkan kepala dan mengekalkan ilmu tahun 1 agar terus dapat dipraktikkan dari semasa ke semasa.
Penyampaian ringkas daripada mantan ketua kelas penulis,Muhd hafiz Shamsuri yang turut dikenali sebagai 'Along' tidak mengecewakan.Bercerita mengenai 'kita dan ilmu' sungguh membuatkan hati rasa sayu akan kelalaian yang mencengkam. Allah tidak menghapuskan ilmu itu sekaligus tetapi Allah mencabutnya dengan mematikan ulama'.Sehingga akhir zaman nanti , apabila orang yang tidak berilmu itu diangkat menjadi ketua maka bukan sahaja dia merosakkan ummat bahkan menyesatkan mereka lagi.
sebab itulah , sebagai seorang pelaja muslim harus sedar bahawa tanggungjawab kita adalah untuk belajar dan terus belajar.Harga seorang insan pada ilmunya maka carilah ia sebanyak yang boleh.Sebagaimana Imam Syafie mengadu akan buruknya hafazannya kepada Imam Waqie'.Inilah butiran nasihat yang dilontarkan "Sesunggahnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu takkan masuk ke dalam hati yang berbuat maksiat" ... Apakah kelalaian kita hari ini menyebabkan kita selalu lupa dan tak ingat.
menurut cerita pelajar tahun 3, tahun dua ini mulalah macam-macam perangai boleh nampak.Yang start tak datang kelas, yang mula ponteng kelas ni, pergi kelas tu , malas study , main game kuat dan sebagainya. Ibaratnya tahun dua ini transition state.Antara menjadi golongan yang terselamat mahupun yang hanyut.Meskipun pahit untuk mengakuinya , sedikit sebanyak penulis turut terkena tempias fenomena ini. Kukuhkan tarbiyah dzatiyah yang ada di dalam hati dan sentiasa ingat pada hadaf ... Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
puas berceloteh bersama panel tahun 3 dan moderator ,ahli bait penulis , Dr hamzah yang sangat terkenal dengan 'thinking out of the box' , akhirnya kami dijamu dengan hasil tangan kami semua. Sebanyak lapan buah rumah antara kami ditugaskan untuk memasak pelbagai jenis nasi goreng dan yang paling memeranjatkan nasi goreng rumah penulis habis sebelum penulis mula makan lagi.Sempat cedok sikit sahaja.Itulah indahnya air tangan yang berteraskan ukhuwah.masing-masing memberikan komitmen yang terbaik.Cubit peha kanan, pasti peha kiri terasa juga sakitnya.
Malam generasi/Batch night/Glow with flow atau apa-apa sahajalah namanya, asalkan kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah itu yang sebaiknya.Ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mngubah nasib mereka sendiri. Wallahua'lam
NB
-tahniah kepada AJK pelaksana ... biro akademik tak dapat buat kerja
-tahniah kepada pemasak nasi goreng ... ilyas atas nasi yang sedap itu (sori tak sempat tolong)
-ada kematian lagi ... ya Allah kuatkan hati ahli baitku ya Allah
-hampir kecopetan setelah pulang dari program tersebut ... Allah lindungilah kami !
0 comments:
Post a Comment